Mencari Hasil Ilmu

Tuesday, February 10, 2009

Mossad mahu bunuh saintis nuklear Pakistan

Saintis nuklear Pakistan yang baru dibebaskan dari penjara, Abdul Qadeer Khan, berkemungkinan besar berada dalam senarai bunuh Mossad kerana enam rakan rapatnya, semuanya saintis nuklear Makmal Penyelidikan pimpinan bapa nuklear Pakistan itu dikenal pasti menjadi sasaran bunuh agensi perisikan Israel.

Dalam buku terbaru sejarah Mossad, penulisnya, Gordon Thomas, berkata selepas mengesan laluan perjalanan rakan Qadeer ke Arab Saudi dan Teheran ketika pemerintahan Presiden Mahmoud Ahmadinejad, Mossad menukar nama saintis berkenaan daripada senarai ‘tahan’ kepada senarai ‘bunuh.’

Rekod buku penulis itu bertajuk Gideon’s Spies menunjukkan bagaimana Mossad mengesan Qadeer selepas tokoh nombor tiga pergerakan al-Qaeda, Khalid Sheikh Mohammed, membocorkan rancangan mengebom Amerika Syarikat kepada penyiasat pada 2003.

Tidak lama selepas itu, Mossad memberitahu Amerika bahawa Qadeer mengunjungi Afghanistan untuk bertemu pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, pada April 2003.