Mencari Hasil Ilmu

Friday, February 25, 2011

Sejarah Migrasi Buruh Di Dunia

Negara negara Asia dianggap sebagai penyumbang utama imigran asing terutamanya dalam konsep pekerjaan di negara ini. Kemasukan pekerja asing di negara ini di kaitkan dengan libralisasi ekonomi, ketidak samarataan terhadap peluang ekonomi dan penguatkuasaan sempadan yang kurang berkesan. Pekerja asing dianggap sebagai proses social yang sering dikaitkan dengan isu-isu seperti situasi ekonoi pasaran, penawaran buruh secara transnasional, perubahan polisi di negara pengimport dan peruntukan hak hak pekerja asing.

Goss dan Linquist berpendapat bahawa seseorang akan membuat keputusan untuk berhijrah jika dia merasakan dapat memaksimumkan pendapatan mereka. Ini kerana kebiasaannya mereka akan dapat pekerjaan yang lebih baik dari aspek gaji yang akan diperoleh berbanding dengan negara asal.

Ketidakseimbangan gaji dan perkembangan ekonomi di negara negara serantau akan meransang meningkatnya penghijrahan pekerja ke negara lain di rantau tersebut. Menurut Hicks, dalam teorinya Wage Diffential Teory, migrasi berlaku disebabkan terdapat perbezaan dalam penawaran dan pemintaan buruh anatara sebuah negara dengan negara yang lain. Ini menunjukkan negara yang mempunyai penawaran buruh yang tinggi secara relatifnya mempunyai tahap gaji yang rendah manakala negara yang mempunyai penawaran buruh yang rendah mempunyai tahap gaji yang tinggi.

Berlakulah penghijrahan pekerja dari negara yang mempunyai gaji yang rendah terutama dari negara Dunia Ketiga ke negara maju atau dari kawasan pendalaman ke Kawasan Bandar di sesebuah negara. Menurut Hicks, pengaliran buruh asing separa mahir ke negara maju mengekalkan negara itu sebagai negara berintensifkan buruh murah. Sebaliknya, pembangunan ekonomi dalam negara pengeksport pekerja akan tercapai melalui pengaliran wang asing dan pembentukan tenaga kerja asing yang dapat mengurangkan pendapatan di negara asal.

Harris & Todaro menyatakan secara rasional bahawa seseorang akan mengambil tindakan untuk bermigrasi kerana perbezaan gaji dan peluang pekerjaan di sesebuah negara walaupun ia tidak mengetahui sejauh mana kebenarannya. Kebanyakan negara Asia senantiasa menggalakan rakyatnya melakukan migrasi ke negara lain supaya boleh meningkatkan ekonomi negara melalui remittance.

Davanso pula akan factor migrasi adalah kerana percaya akan faedah yang diperoleh akan melebihi kos yang dikeluarkan untuk tujuan migrasi. Kos adalah secara lansung atau secara tidak lansung. Migrasi pekerja bukan hanya terhad kepada pekerja separuh mahir dan mahir tetapi melibatkan perpindahan teknologi kemahiran daripada sesebuah negara ke negara lain.

Amin menyatakan migrasi dianggap sebagai satu pemindahan nilai positif yang sedia ada daripada seseorang pekerja terutama pekerja berkemahiran ke sebuah negara lain. Pekerja mahir yang berhijrah merupakan pekerja asing yang produktiviti tinggi yang berpendidikan lebih tinggi daripada negara yang sedang membangun. Sebagai seorang negara pakar dari luar negara, ia mempengaruhi persekitaran pekerjaan dan memperkukuhkan kedudukan ekonomi negara pengimport.

Proses migrasi juga dikaitkan dengan isu kiriman wang iaitu pengaliran keluar wang dari sesebuah negara ke negara yang lain. Pengaliran wang keluar memberi manfaat kepada negara pengeksport berbanding negara pengimport tenaga kerja asing. Taylor menyatakan bahawa kesan pengaliran wang asing adalah meningkatkan dana dan sumber pendapatan serta dapat menjana pembangunan ekonomi terutamanya bagi negara pengeksport pekerja asing.

Terdapat beberapa factor migrasi berlaku iaitu ingin meningkatkan pendapatan dan menghantar wang ke kampung halaman untuk menyara kehidupan keluarga, untuk membina rumah baru atau membeli tanah, untuk menggunakan wang untuk tujuan melabur dalam beberapa bidang perniagaan. Dengan itu, pihak kerajaan perlu mengawal pengaliran wang keluar supaya tidak menjejaskan ekonomi negara pengimport . Seddon menyatakan pihak kerajaan perlu terlibat untuk mengawal pengaliran mata wang asing demi mengukuhkan pertukaran wang asing daripada cukai yang diperoleh.

Isu pengaliran wang asing sering mendapat perspektif positif dari pihak kerajaan apabila dianggap dapat meningkatkanpembangunan negara dan menyediakan keperluan semasa kepada rakyat seperti kesihatan dan pendidikan. Menurut Taylor, terdapat beberapa cara untuk mengukur kesan pengaliran wang asing terhadap ekonomi ialah kesan secara lansung terhadap ekonomi dengan melihat purata pengaliran wang asing dengan jumlah perdagangan eksport. Khidmat buruh dilihat sebagai salah satu eliment eksport dan pengaliran wang asing dilihat sebagai bayaran kepada negara pengeksport untuk perkhidmatan buruh yang diberikan.

Pertukaran wang asing dilihat sebagai penyumbang secara lansung kepada kesan pengaliran wang asing kepada negara penghantar. Ia dapat memberi kesan positif terhadap Imbangan Pembayaran Negara. Kesan secara tidak lansung ialah ransangan terhadap ekonomi tempatan melalui kesan berganda daripada pengaliran wang asing. Kesan ini dilihat sebagai lebih efektif apabila wang kiriman pergi ke kawasan pendalaman. Ini kerana kebanyakan penduduk luar Bandar lebih menggunakan barangan tempatan berbanding barangan import maka secara tidak lansung ia dapat menahan duit daripada mengalir ke luar negara.

Thursday, February 24, 2011

Sejarah Penubuhan MOSSAD

Mossad dibentuk pada 13 December 1949 dengan nama Central Institute For Coordination seperti mana di cadangkan oleh Reuven Shiloah kepada Perdana Menteri David Bengurion. Shiloah mahukan satu badan untuk mengkoordinasikan dan meningkatkan kerjasama diantara badan badan berkaitan keselamatan. Antaranya adalah Army’s Intelligent Department (AMAN), The General security servise (GSS), dan bahagian pejabat perhubungan asing. Pada Mac 1951, MOSSAD berjaya menarik perhatian Perdana Menteri pada ketika itu dan menjadi sebahagian kepada Pejabat Perdana Menteri dengan melaporkan secara terus kepada Perdana Menteri.

Moto asal MOSSAD adalah berasal dari Bible “For by Wise guidance you can wage war, and in abundance of counselor there is victory”.

Kemudiannya motto ini berubah apabila MOSSAD muncul di khalayak ramai. Motonya kemudian berubah kepada “where there is no guidance, a nation fall, but in an abundance of counselors, there is safety”.

Wednesday, February 23, 2011

Besi Untuk Senjata

Dunia islam dikenali dengan sumber alam yang melimpah ruah. Salah satu daripada sumbernya adalah besi. Pada zaman islam, berkembang dengan pesat teknologi penghasilan besi dan seni membuat pedang.

Salah satu pusat pembuatan pedang dengan teknologi yang termahsyur pada zaman kalifah adalah Damsyik, Syria. Seni pembuatan pedang dengan teknologi tinggi dalam peradaban islam bermula sejak kurun ke 9. Dalam buku Subh Al-Asha tulisan Al-Qalqashandi mencatatkan bahawa Damsyik menjadi pusat penghasilan besi yang mashyur pada kurun ke 12 masihi.

Pedang buatan Damsyik kerap kali disebut sebagai pedang Persia kerana lentur dan tajam. Kehebatan pedang buatan negara islam sempat membuat tamadun barat terdiam dan kagum. Ia merupakan faktor mengapa pasukan Tentera Salib Eropah kalah kepada pasukan tentera islam.

Pedang Persia mampu memotong sutera yang dijatuhkan dari udara. Pedang ini juga mampu mematahkan bilah pedang lain atau batu tanpa hilang ketajamannya.

Ketika zaman perang salib, peradaban barat cuba untuk mencari rahsia teknologi pedang yang dikuasai dunia islam. Tentera salib menyebut besi yang hebat dari Damsyik dikenali sebagai Damascus Steel. Teknologi besi dan pembuatan pedang begitu terkenal sehingga mampu menempa Wootz Steel menjdi indah dan lentur.

Seni membuat pedang pada era kejayaan islam mendapat perhatian khusus dari peradaban barat. Robert Hoyland dan Brian Gilmore di dalam bukunya Medieval Islamic Swords And Swordmaking.buku itu menerangkan mengenai risalah yang dikeluarkan oleh ulama muslim terkenal abad ke 19, Ibnu Ishaq Al-Kindi tentang Pedang dan Ragam Jenisnya.

Tuesday, February 22, 2011

Herbatus Sauda Dalam Kajian Perubatan

Ibnu Sina hidup diantara tahun 980-1037 Masihi telah meneliti manfaat Habbatus Sauda. Ahli perubatan yanuni seperti Dioscoredes pula mencatatkan manfaat Habbatus Sauda dalam mengubati sakit kepala dan saluran pernafasan.

Ibnu Sina di dalam bukunya ‘ Canon Of Madicine’ menerangkan bahawa ia boleh meransang tenaga, memulih kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim dalam bukunya Medicine of the prophet mengatakan bahawa Habbatus Sauda dapat memulihkan penyakit penyakit seperti batuk, bronchititis, masalah perut, cacing, masalah kulit, senggugut, haid, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur.

Dr Ahmad Elkadi pula mengatakan bahawa herba ini dapat meningkatkan daya tahan sakit (sistem imunisasi).

Dalam sebuah buku bertajuk Rahsia Perubatan Habbatus Sauda dan diterjemahkan ke bahasa melayu oleh Abdul Khairi Al-Latifi, habbatus Sauda boleh membantu megeluarkan asid urik dari badan dan mengelak dari terkena gout , bahan Nigellon yang terdapat di dalam nya dapat mengurangkan kesukaran bernafas dan serangan asma dan memberi manfaat dalam rawtan serangan ke atas pembuluh darah. Nigellon juga dapat mengurangkan pengeluaran Histamine yang menyebabkan alahan , menyembuhkan selsema, merendahkan tekanan darah dan banyak lagi.

Ibnu Qayyim melaporkan bahawa Habbatus Sauda dapat mengubati 50 penyakit. Nabi Muhammad bersabda “ Sungguh dalam Habbatus Sauda terdapat penyembuh segala penyakit, kecuali al-Sam (Kematian).

Monday, February 21, 2011

Jintan Hitam Herbatus Sauda

Jintan hitam (Nigella sativa Linn) atau habbatus Sauda adalah rempah ratus yang digunakan sebagai tanaman ubat. Rempah itu berbentuk butiran hitam yang telah digunakan secara meluas oleh masyarakat India, Pakistan dan Timur Tengah untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Tanaman ini juga disebut di dalam perkembangan awal agama islam.

Jintan hitam telah digunakan sebagai herba perubatan sejak 3000 tahun dahulu. Ahli perubatan yang tercatat mengenai Ibnu Sina (980 – 1037AD), Al-Biruni (973-1048 AD), Al-Antiki, Ibnu Qayyim dan Al-Baghdadi.

Asalnya tumbuhan ini meliar di sekitar Mediterranean dan negara Asia Tenggara. Kemudian menular di Afrika utara (Mesir, Syria, Iran dan India). Bagi iklim yang sesuai ia ditanam di kawasan laman rumah dan di tepi jalan. Pohonnya kecil sahaja tetapi manfaatnya amat besar ke atas manusia.

Ketinggiannya adalah kira kira 20-50 cm sahaja, berdaun halus, kedudukan daun bertentangan, batang berwarna hijau, ukuran garis lintang sekitar 2-5 cm dan bercabang ke atas. Dianggap sebagai pytotherapeutic (tujuan perubatan).

Tumbuhan ini tumbuh di kawasan tanah yang kering dan kontang (agak berpasir dan sederhana kerasnya). Ia juga memerlukan sedikit air untuk hidup. Ia juga tidak boleh tumbuh dengan baik di bawah cahaya lindungan cahaya matahari dan memerlukan cahaya setiap masa.

Bahan aktif di dalam Habbatus Sauda ialah thymoquinone yang boleh mengurangkan risiko jantung, barah, Alzheimer dan melambatkan proses penuaan.

Ia juga kaya dengan Monosaccharide glucose, Xylose, Polysaccharide, Fatty Acid yang tidak tepu. Ia digunakan secara tradisional untuk menghasilakn kulit muka cerah, merawat batuk, asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah tidur, sakit sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolestrol, merawat batu karang dan sebagainya.

Sunday, February 20, 2011

Loon Si Anak Didik Puff Daddy

Ada sesiapa mengenali seorang hamba Allah yang bernama Amir. Jika saya mengatakan dengan nama Loon maka ada peminatnya yang mengetahui siapa beliau yang saya ingin katakan. Beliau adalah seorang penyanyi Hip-Hop yang terkenal dan merupakan anak didik Puff Daddy yang menjadi bekas kumpulan Bad Boys.

Nama sebenar beliau adalah Chauncey L. Hawkins. Namanya amat laris sehingga Di USA cakera padatnya terjual sebanyak 7 juta unit.

Hawkins berasal dan dibesarkan dalam suasana kehidupan penuh sesak bersama sama masyarakat kulit hitam di lorong lorong gelap Harlem, New York. Beliau seperti anak anak muda lain terlibat dalam banyak aktiviti kurang sihat.

Mujurlah akhlaknya tidak rosak dan sebaliknya banyak terlibat dalam bidang muzik. Minat dalam tarian rap membuatkan mereka belajar bersungguh sungguh di setiap lorong di jalanan untuk menguasainya.

Hawkins mula terlibat sebagai artis apabila menganggotai kumpulan Harlem World. Semasa itu, mereka merakan banyak koleksi lagu-lagu rap. Beliau juga terlibat dalam bidang lakonan dengan membintangi dua buah filem arahan Damon Dash yang bertajuk Sate Property 2 dan Death of a Dynasty.

Ketika bersama syarikat Bad Boy, ia menghasilkan album solonya yang melonjak namanya. Beliau Berjaya di puncak kerjayanya sebagai rapper bagi kategori muzik genre R&B dan hip-hop.

Pada tahun 2004, Hawkins keluar dari syarikat tersebut dan menubuhkan syarikat sendiri untuk menghasilkan album bertajuk Boss Up Entertainment.

Segala penat dan lelah beliau akhirnya terbalas apabila yang diminati beliau akhirnya terbalas. Dunia glamour dan kekayaan melimpah luah

Beliau dilihat sebagai artis kulit hitam Afrika-Amerika yang Berjaya mencipta nama dan meraih pelbagai kejayaan. Semuanya berubah apabila beliau kmbali ke Dubai dan kini namanya berubah menjadi Amir.

Amir banyak mendalami ilmu-ilmu agama bersama ustaz. Selalunya ia akan ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah disamping berjumpa dengan imam-imam Masjidil Haram untuk menanyakan soal islam. Beliau akan melawat tempat tempat sejarah umat islam.

Harta dan nama yang beliau kecapi tidak pernah meletakkan beliau mencapai kebahagian dan ketenangan jiwa. Apa yang beliau inginkan adalah menjadi seorang islam yang beriman kepada Allah.

Penampilannya amat berubah sekali dari berpenampilan bergaya ke penampilan berjanggut, berjambang , berkopiah dan berjubah.

Kini beliau telah menyertai Lembaga Islam di Kanada dan berusaha dalam menyebarkan islam.

Amir menyimpan impian supaya satu hari nanti dia dapat mengajar artis popular lain supaya mengenal islam. Memahamikan mereka bahawa islam itu agama kedamaian bukannya agama keganasan yang di wawarkan media barat. Amir berdakwah dan menyampaikan nasihat kepada gnerasi muda di mana islam berada.

Saturday, February 19, 2011

Pedang Saladin

Keistimewaan Pedang Salahuddin Al-Ayubi terbongkar apabila Profesor DR.Peter Paufler dan kumpulannya di Universiti Teknikal Dresden Jermen menemui tiub karbon nano di dalam pedang yang digunakan oleh tentera Sallehuddin Al-Ayubi di dalam peperangan Salib.

Tiub tiub karbon nano inilah yang telah menjadikan pedang pedang pejuang islam sangat istimewa, ianya tajam dan mudah lentur. Penemuan ini diterbitkan di dalam jurnal Nature pada 2006. Menurut sejarah, Sallehuddin telah memimpin pembebasan Tanah Suci ke tiga umat islam dari cengkaman Kristian hampir seratus tahun lamanya dalam Perang Salib.

Kunci kepada teknologi nano pedang mujadid terletak pada teknik pembuatannya yang unik. Bijih besi dari India yang dikenali sbagai Wootz mengandungi jumlah peratusan unsur karbon yang tinggi yang memberikannya sifat rapuh.

Apabila terkena suhu yang amat tinggi sekitar 800 Darjah Selsius campuran besi dan karbon tadi tidak akan ditambah dengan unsur seperti Kronium, Mangan, Kobalt, dan beberapa unsur lain yang telah memberikannya sifat sifat pedang setiawan (tajam lagi lentur).

Teknologi ini pupus selari dengan ketandusan Wootz dan penghasilnya. Penempa pedang ini secara tidak lansungnya menghasilkan ilmu baru contohnya campuran bahan kimia pada peratusan yang sesuai dan teknik penggunaan haba yang tinggi dalam membuat produk.

Pedang Sallehuddin berwarna biru berkilau di sepanjang pedangnya. Ia sekali gus mengajar pedang Tentera British dan Raja Richard sekali gus. Ini bererti kehebatan teknologi orang islam pada masa itu lebih hebat. Inilah yang dihikayatkan oleh sir Walter Scott dalam bukunya The Talisman.

Friday, February 18, 2011

Masih Damaikan Bosnia

Perjanjian Dayton yang ditandatangani 15 tahun lalu di Bosnia gagal membendung konflik etnik di situ.


Bosnia terbahagi kepada Croat menguasai 51% wilayah sementara 49% dikuasai Republik Srpska (etnik Serb). Pembahagian akibat Perjanjian Dayton pada 1995. Hasilnya terpaksalah negara berpecah untuk menjadi aman.

Penduduk islam sama ada takut atau enggan untuk pulang ke kediaman yang kini dikuasai etnik serb.

Selain tertedah oleh serangan, kepulangan mereka tidak di alu-alukan. Bagi penduduk islam, kembali ke kawasan yang dikuasai puak Serb menjadikan mereka puak minority. Wilayah timur yang bersepadanan dengan Serbia merupakan kawasan majoriti umat islam dan diistiharkan sebagai kawasan selamat oleh PBB.

Semasa perang kawasan wilayah Timur dijaga oleh Pengaman PBB dari Belanda membiarkan kawasan itu ditawan oleh tentera Serbia tanpa mampu dihalang Pengaman PBB. Disini terkuburnya, 7000 lelaki dewasa dan kanak-kanak islam yang dibunuh kejam dan ditanam dalam kubur besar di beberapa lokasi di negara tersebut.

Penduduk Serb bermati-matian mempertahankan hak dan bahagian mereka untuk mempunyai negara sendiri di Bosnia. Menurut mereka Perjanjian Dayton memberi hak kepada Serb untuk menubuhkan negara sendiri.

Walaupun wujud pandangan berbeza, yang penting ketiga – tiga puak perlu bersama sama mengetepikan perbezaan pendapat untuk mencapai kedamaian dan kestabilan.

Usaha yang dilakukan oleh US dan EU ditolak bulat bulat oleh tiga tiga etnik di sana.

Penduduk Bosnia diwakili oleh penduduk muslim, Croat menganggap cadangan itu tidak cukup kuat faktanya dan Serb menganggap pakej yang dicadangkan adalag di luar jangkaan mereka.

Memisahkan Bosnia pada 2 identiti berbeza adalah satu kesilapan yang besar. Memisahkan Bosnia kepada 2 identiti menyebabkan keinginan untuk memiliki negara sendiri membuak-buak. Sehingga hari ini, puak Serb menganggap Bosnia sebagai negara palsu dan kemerdekaan Bosnia adalah satu tindakan yang bodoh. Mereka menganggap Bosnia sebagai sebahagian daripada Serb. Malah usaha puak Serb membawa keluar dari Republik Srpska keluar dari bosnia dan bersatu dengan Serb tidak pernah padam.

Jika cubaan puak Serb berjaya menyebabkan puak Croat pula akan cuba bergabung dengan negara Croatia kerana wilayah mereka berdekatan dengan Croatia.
Masalah yang menghantui Bosnia adalah bagaimana merapatkan jurang antara etnik terutamanya etnik Serb yang menolak mentah mentah cadangan membentuk megara tunggal Bosnia.

Thursday, February 17, 2011

Lahirnya Bandaraya Baru Yang Bertaraf Dunia

Pelan Induk Putrajaya telah membentuk sebuah tapak lading kelapa sawit kepada bandaraya moden abad ke 21.


Pada tanggal 21 June 1999, Bandaraya terbaru Malaysia menyambut penghuni penghuni nya diterajui oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahadhir Mohamad ke Perdana Putra Putrajaya. Kemudian disusuli dengan kakitangan kakitangan awam yang lain setelah mendapat kunci kunci pejabat yang lain.

Konsep sebuah bandaraya baru yang berasingan khas untuk kerajaan persekutuan bukanlah satu konsep yang baru. Sewaktu kemerdekaan US pada 1783, US mengambil keputusan untuk mendirikan Bandar baru yang dinamakan Washington DC di tepi Sungai Potomac. Langkah ini diikuti dengan negara Kanada yang memilih Ottawa. Pentadbiran penjajah British di India memilih untu menubuhkan Bandar baru yang bernama New Delhi. Turki memilih Ankara bukan nya Instanbul. Australia memilih Camberra bukannya Sydney dan Melburne. Brazil membangunkan Brasilia bukannya Rio de Janeiro dan Sao Paulo. Pakistan memilih Islamabad bukannya Kerichi.

Bandaraya pentadbiran ini mempunyai satu persamaan. Ia dirancang dengan teratur untuk melambangkan dan inspirasi negara.

Menjelang 1990, Penduduk Kuala Lumpur akan meningkat sebanyak 4.1% setahun. Bersempadan pula dengan Bandar Bandar Klang, Damansara, Puchong, Subang jaya dan Shah Alam memadatkan lagi populasi dan guna tanah di Kuala Lumpur.

Dato Seri Dr Mahadhir Mohammad berjaya mencari penyelesaian dengan menghidupkan konsep bandaraya pentadbiran berasingan di negara ini. Faktor untuk permindahan ini adalah disebabkan kos, kewangan, sosio ekonomi dan alam sekitar.

Kerajaan mempunyai 2 pilihan iaitu meningkatkan penggunaan tanah atau menyewa banyak ruang tanah. Kedua dua melibat kos yang tinggi.

Implikasi yang lain adalah kesesakan lalu lintas, social dan kesan alam sekitar.

Pada asalnya 8 lokasi dikenal pasti sebagai tapak bandaraya Putrajaya kerana topografi nya yang menarik. Lokasi nya adalah Pinggiran Pantai Sepang Selangor, Kawasan Pantai Pulau Lumut, Barat daya Rawang Selangor, Kawasan Sabak Bernam Selangor, Kuala Selangor Timur Selangor, Dataran Kenaboi Jelebu Negeri Sembilan, Pantai utara Port Dickson, Bukit tinggi Pahang.

Antara syarat pembangunan Putrajaya adalah pembangunannya mestilah selari dengan Cyberjaya, Meletakkan Malaysia unggul di mata dunia, Berdekatan dengan KLIA, berhubungan dengan Bandar Bandar utama yang lain.

Akhirnya Daerah Sepang dipilih kerana factor hartanah (lokasi dan jaraknya dengan Bandar Bandar utama yang lain), terletak berdekatan dengan Kuala Lumpur, berhampiran dengan Cyberjaya.

Pada 2 Jun 1993, Ahli Palimen mengistiharkan Prang Besar sebagai tapak pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru. Pada 12.10.1994, Prang Besar bertukar namanya kepada Putrajaya sempena Perdana Menteri Pertama.

Keluasan Putrajaya adalah sebesar Shah Alam iaitu 4.45 km².

Tumpuan utama pembinaanya adalah gabungan manusia dengan pencipta, manusia dan alam semulajadi serta manusia dan manusia.

Peneraju utama Bandaraya Putrajaya adalah (19.10.1995) Petronas (40%) dan Khazanah (40%) serta Kumpulan Wang Amanah Malaysia (20%).