Mencari Hasil Ilmu

Friday, December 17, 2010

masjid dianggap tempat latihan pengganas

Bagi penduduk Bandar Camberley, England mempertahankan bangunan sejarah St.Gregory sebuah sekolah lama era Victorian. Semuanya bermula apabila Persatuan Kebajikan Benggali, Berkshire, Hampshire dan Surrey mengemukan permohonan mendirikan tapak masjid di kawasan itu.

Sejak 14 tahun bangunan itu menjadi milik Persatuan Kebajikan Benggali, namun tak ada seorang pun menghiraukannya. Di bangunan itu segala aktiviti islam dilakukan. Dengan keperluan yang mendesak kumpulan minoriti islam merancang dalam pembinaan pembinaan masjid yang bernilai 3 juta Pound yang dianggap paling besar. Masjid itu akan mempunyai menara setinggi 100kaki, sebuah kubah, dewan solat, perpustakaan dan dewan serba guna.

Impian minoriti islam berkecai apabila rancangan itu mendapat tentangan hebat daripada pihak gereja dan penduduk tempatan.

Isu pembinaan menjadi kontroversi apabila penduduk tempatan mempersoalkan pembinaan masjid yang mengikut seni bina islam. Mengikut penduduk tempatan, seni bina itu tidak mengikut standard kualiti seni bina English. Bangunan yang dibeli adalah mempunyai seni bina unik English dan diwartakan sebagai kawasan peliharaan warisan seni bina. Apabila kawasan tersebut dirobohkan, maka hilanglah satu kesan peninggalan sejarah yang paling berharga.

Penduduk di situ bimbang keadaan lalu lintas akan menjadi sesak apabila adanya masjid baru. Yang mereka takutkan adalah dua menara masjid yang bakal dibina. Sebenarnya mereka lebih takutkan islam tersebar luas. Mereka membayangkan masjid sebagai kekuatan islam.

Bangunan St.Gregory hanya terletak 400 ela dari Sanhurst (Akedemi Tentera Diraja). Jika dibina akan menimbulkan ancaman kepada tentera. Di akedemi, pegawai menerima latihan ketenteraan. Yang membimbangkan, menara masjid 100 kaki tinggi akan menjadi menara tinjau puak pelampau untuk mengintip rahsia ketenteraan.

Menara masjid bagi mereka akan menampakkan hampir keseluruhan kawasan Akedemi dan akan mendedahkan keselamatan negara kepada bahaya. Mereka juga mempersoalkan saiz menara dan mengatakan kedudukannya sangat hampir dengan Akedemi Tentera Diraja Britain.

Apa yang umat islam sekitarnya inginkan adalah tempat untuk bersolat(masjid) bukannya bangunan sekolah yang serba kekurangan.

Thursday, December 16, 2010

Neturei Karta (Penjaga Kota)

Neturei Karta dalam bahasa Aram bermaksud penjaga kota adalah salah satu organisasi yang ditubuhkan pada abad ke 18 dengan tujuan menentang gerakkan dan ideology Zionist. Dipolopori oleh Yahudi Ortodoks organisasi yang dipimpin oleh Rabbi Yisroel Ben Eliezen (27.08.1698 – 22.05.1760). Dibentuk secara rasmi pada 1935 atas kemunculan Zionist dan rencana pembentukkan negara Israel. Gerakan ini yakin pembentukan negara Israel hanya dibenarkan di saat kedatangan juru selamat atau Imam Mahadi.


Di awal penubuhan nya, anggota gerakkan hanya tertumpu di Jurusalem sahaja dan mula melebarkan sayap hingga ke Landon, New York, Lithuania dan beberapa tempat di Amerika Utara. Bagi golongan ini, Zionist dianggap secular dan hanya akan mengotori Tembok ratapan. Kebanyakkan pemimpin menjalinkan hubungan erat dengan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad. Mereka terlalu menghormati beliau kerana pemerintahannya cukup adil terhadap orang yahudi yang merupakkan kelompok minority di sana.

Pemimpin pemimpin Neturei Karta juga pernah mengunjungi Syeikh Yusuf Qardawi dan dalam kunjungan tersebut mengatakan umat islam menentang penjajahan dan gerakkan zionisme yang menindas bukan orang orang yahudi, Sebahagian orang yahudi Ortodoks berhimpun di Al-Quds menyuarakan bantahan terhadap pendudukan Zionist atas wilayah Al-Quds yang dirampas daripada Palestine sejak lebih dari enam dekad. Kelompok yahudi Ortodoks yang tidak mengakui ideology Zionisme sebagai sebahagian dari ajaran agama yahudi dan mendukung perjuangan rakyat Palestine melawan Zionisme.

Dalam tunjuk perasaan ini, puak puak yahudi bersatu dalam gerakan Neturei Karta melaungkan slogan anti Zionist sambil membawa kain rentang tertulis “Yahudi bukan Zionist”. Puak puak Naturei Karta turut membakar bendera Zionist sehingga menimbulkan kemarahan tentera tentera Zionist. Ini menimbulkan petempuran kecil antara penunjuk perasaan dengan tentera Israel.

Kumpulan Neturei Karta mula dikenali apabila beberapa pemimpinnya berkunjung ke Iran pada tahun 2006 bagi memberi sokongan kepada Presiden Mahmoud Ahmadinejad dalam satu persidangan bagi menyangkal peristiwa penghapusan kaum yahudi yang dilakukan regim Nazi semasa Perang Dunis Kedua. Hubungan rapat dengan pentadbiran Palestine termasuk Hamas di Gaza dikecam kumpulan anti-zionist yang lain.

Selain Neturei Karta, International Jewish anti-Zionist Network (IJAN) ditubuhkan dengan komited memperjuangan kemerdekaan Palestine. Cawangan –cawangan mereka adalah di Poland, Iraq, Argentina, Afrika Selatan, Broklyn, Missisippi memperjuangkan hak hak sivil, aparteid di Afrika Selatan. Mereka dilihat bersungguh sungguh Zionisme dan negara Israel. Mereka berkeras menolak kolonisme dan menghapuskan warisan warisan nya. Sewaktu Israel memasuki Gaza, menyerang Palestine, IJAN berkumpul menyuarakan bantahan di hadapan kedutaan Israel di Bandar San Francisco Amerika Syarikat.

Wednesday, December 15, 2010

Nostradamus bapa segala penipu

Nostradamus adalah seorang yahudi yang berketurunan berasal dari Baitulmuqqadis. Sebelum kelahiran Nostradamus, seluruh ahli keluarga berpindah ke Perancis untuk memulakan kehidupan baru. Sebelum berpindah, Datuk dan ayahnya membuat persiapan lengkap untuk mempertahankan nama keluarga dan bangsanya. Mereka mengumpul segala manuskrip berharga dari BaitulMuqqadis, Baghdad, Mesir, dan Negara arab yang lain untuk membawa bersama. Cara mendapatkannya adalah dengan cara mencuri. Manuskrip ini mengandungi pelbagai rahsia bangsa, agama, Negara, pendidikan, perubatan, sastera dan termasuklah kitab kitab hadis lama.

Sejak kecil, beliau diajar datuknya yang fasih berbahasa arab tentang manuskrip. Selama bertahun-tahun mempelajarinya, Beliau mahir untuk mengeluarkan ramalan tentang hari kiamat sama seperti yang disebut di dalam hadis nabi.

Apa yang ditulis hanyalah coretan yang diambil dari hadis hadis nabi. Beliau memanipulasi seolah olah beliau yang meramalkan nya. Beliau pandai mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan yang banyak kerana bukunya digunakan semerata dunia.

Di dalam artikel The Prophetic Nostradamus tulisan Mit Ojhn memetik bahawa Nostradamus boleh melihat masa hadapan dengan bantuan dadah untuk berhalusinasi.

Nostradamus mengaku menggunakan buah pala untuk membantu bermeditasi untuk berhubung dengan roh jahat untuk melihat masa hadapan. Kadang kala ramalan itu adalah untuk membuat duit. Beliau tahu bahawa ramai manusia inginkan untuk mengetahui masa depan dan perkara ghaib.

Tuesday, December 14, 2010

Zina dan rogol

Dari segi bahasa Zina bermaksud mendaki sesuatu, sempit seperti bekas yang kecil dan juga kejahatan (Taj al-Arus).

Pada segi istilah, Zina membawa maksud yang bermacam2 jenis antaranya mengikut mazhab Hanafi yang bermaksud persetubuhan secara haram yang berlaku pada qubul seseorang wanita yang hidup dan memberahikan dalam keadaan yang boleh membuat pilihan (boleh memilih sama ada hendak melakukan atau tidak dipaksa) di Negara islam daripada yang terikat dengan hukum hakam islam tanpa wujud hak milik dan nikah yang sebenar atau hak milik dan nikah yang subhah.

Ulama Maliki mendefinasikan zina sebagai persetubuhan seorang mukalaf yang dilakukan dengan sengaja pada kemaluan perempuan yang sama sekali bukan miliknya.

Mazhab shafie pula mendefinisikan pula dengan memasukkan zakar ke dalam faraj yang diharamkan dan selamat dari sebarang syubhah dengan bernafsu.

Al-Shirazi seorang ulama shafie mengambarkan bagaimana zina itu berlaku. Apabila seorang lelaki dari Negara islam menyetubuhi seorang wanita yang diharamkan ke atasnya, tanpa wujud antara kedua duanya akad yang sah atau akad yang subhah tanpa wujud milik yang sah atau milik yang subhah dan lelaki itu berakal, baligh dan melakukannya atas sebab pilihan nya sendiri, tahu pengharamannya dan maka wajib lah ke atasnya hukuman had. Jika dia seorang muhsan maka wajiblah ke atasnya hukuman rejam.

Mazhab Hambali pula mendefinisikan sebagai perbuatan keji terhadap qubul dan dubur.

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, rogol bermaksud perbuatan memperkosa atau mencabul kehormatan perempuan sementara merogol pula bermaksud memperkosa atau mencabul kehormatan perempuan. Merogol lebih kearah paksaan tanpa kerelaan sedangkan zina bersifat persetubuhan secara haram sama ada suka atau tidak suka.

Monday, December 13, 2010

Pekerja Asing Antara Kepentingan Dan Keselamatan Negara

Secara umum, pengambilan buruh asing ke Malaysia adalah untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dalam sector sector tertentu dan bukan untuk diserap dalam pelbagai sector. Antara sector sector yang menghadapi kekurangan tenaga kerja adalah dalah bidang sector perladangan, pembinaan, perkhidmatan dan pembuatan. Di dalam ke empat empat sector tersebut sector perkhidmatan dan pembuatan mengalami kekurangan pekerja yang paling kronik.

Transisi ekonomi Malaysia yang dari pertanian ke sector perkilangan telah meninggalkan kesan terhadap permintaan guna tenaga. Permintaan produktiviti yang dijana oleh buruh buruh asing telah menambahkan jumlah eksport negara dan seterusnya menyumbangkan kepada lebihan imbangan pembayaran. Pertumbuhan pendapatan eksport yang kukuh didorong oleh nilai eksport yang tinggi terutamanya yang disumbangkan oleh sector pembuatan.

Kemasukan pekerja asing bukan sahaja memenuhi keperluan negara malah sumbangan mereka terhadap pertumbuhan ekonomi negara sememanglah amat di hormati. Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa Malaysia perlu mengurangkan pekerja asing tetapi takut ia akan menjejaskan industri yang berkenaan yang bergantung dengan mereka.

Keadaan jelas menunjukkan Malaysia masih memerlukan tenaga kerja untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan memenuhi permintaan guna tenaga yang ada. Pertumbuhan ekonomi dapat menjadikan Malaysia sebuah negara Maju dan seterusnya membolehkan Malaysia terus bersaing dengan negara yang lain. Kehadiran mereka sedikit pun tidak menjejaskan inflasi dan kadar faedah malah dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dan mengekalkan ekonomi. Mereka tidak memberi impak dari aspek gaji dan pekerjaan terutamanya di kalangan generasi muda. Kebanyakkan mereka sanggup bekerja di sector yang kurang mendapat sambutan dari pekerja tempatan seperti pembinaan dan perhotelan.

Peranan yang disumbangkan oleh pekerja asing adalah peningkatan KDNK dan perbelanjaan agregat adalah releven. Kemasukan buruh asing dapat meningkatkan nilai eksport negara. Akaun dagangan akan mengalami lebihan dan dapat membantu pertumbuhan ekonomi. Dari aspek ekonomi, kerajaan mengambil langkah dalam megawal kenaikan gaji buruh dan inflasi. Ini merupakan aspek utama dalam menuju kejayaan pertumbuhan ekonomi. Kerajaan dapat mengurangkan perbelanjaan penggunaan wang yang banyak untuk membayar gaji atau upah kepada buruh asing.

Mereka tidak terlalu meminta gaji yang lebih dan tidak terlalu menghiraukan pendapatan yang mereka perolehi. Asalkan gaji yang diterima mampu untuk menampung perbelanjaan keluarga di negara asal. Para majikan akan mengambil kesempatan ini untuk mengaut keuntungan kerana mereka tidak perlu menawarkan lagi kos untuk kemudahan social seperti tabung kebajikan pekerja, faedah perubatan, dan faedah faedah lain kepada pekerja mereka.

Kebanjiran buruha asing yang tidak dikawal akan memberi impak negatif kepada ekonomi tempatan, kesejahteraan social, ancaman keselamatan negara, dan kestabilan politik. Lambakan warga asing tidak selari dengan rekod warga asing termasuk mereka yang berdaftar dengan agen pekerja asing. Kuatir nya lambakan warga asing akan mendatangkan implikasi buruk terhadap social, keselamatan dan ketenteraman awam sehingga menjejaskan imej di mata dunia.

Kemasukan buruh asing secara besar besaran telah memberi kesan terhadap struktur upah daripada terus meningkat. Ini kerana kebanyakan buruh asing sanggup menerima upah yang kecil dan sanggup bekerja secara fleksibel. Jika fenomena ini berterusan kuatir ia akan mengekalkan Malaysia sebagai negara berorentasikan buruh murah dan akibatnya keinginan Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju pada 2020 akan sukar dicapai.

Pembayaran gaji yang rendah akan memberi manfaat kepada majikan kerana mereka dapat mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan keuntungan syarikat. Ia akan memberi kesan negatif terhadap penetapan upah bagi pekerja pekerja buat jangjka masa masa yang lama. Penyertaan buruh asing dalam pasaran buruh sering tertumpu dalam sector pembuatan dan mengakibatkan buruh tempatan mengalami pengurangan gaji.

Keadaan ini didorong oleh prinsip permintaan dan penawaran yang tidak seimbang. Tingkat harga dan gaji juga menurun apabila penawaran melebihi permintaan. Pekerja asing sanggup mengambil alih pekerjaan yang ditolak oleh rakyat tempatan kerana disebabkan factor gaji dan persekitaran kerja. Disebabkan ini, rakyat tempatan perlu menerima gaji yang sama dengan pekerja asing bagi mengurangkan risiko dibuang kerja.

Kajian oleh Friedberg dan Hunt (1995) di Amerika mendapati bahawa 10% penawaran buruh akibat migrasi buruh asing ke dalam negara akan menurunkan kadar upah buruh sebanyak 0.3% di sector tertentu. Ini membuktikan persaingan yang rakyat tempatan perlu hadapi bagi menghadapi lambakan pekerja asing. Kebanjiran pekerja asing akan merendahkan upah pekerja dan membawa kepada pulangan pemilik modal yang akan terus meningkat. Jurang perbezaan pendapatan yang sangat besar dalam masyarakat dan membawa kepada konflik kepentingan.

Disebabkan pertumbuhan ekonomi yang pesat, Malaysia dianggap sebagai negara pengimport utama buruh asing di Asia Tenggara. Kemasukan buruh asing meningkatkan pengaliran keluar mata wang. Daripada Januari 2008 – Jun 2008, jumlah pengaliran mata wang ke luar negara adalah RM9.12 Billion dan dijangka akan berganda pada hujung 2008. Terdapat 2.1 juta pekerja asing yang berdaftar di Malaysia dan membawa keluar RM 720 per bulan.

Jumlah ini tidak termasuk yang tinggal di Malaysia secara haram dan dianggarkan sebanyak satu juta orang. Kerajaan menganggap ia tidak memberi kesan ancaman kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan berdasarkan rizab yang dimiliki lebih banyak daripada jumlah pengaliran keluar. Pada jangka masa panjang ia akan menjejaskan ekonomi negara terutama dari aspek pertukaran mata wang dan memberi kesan terhadap nilai rizab negara.

Kemasukan pekerja asing akan meningkatkan tahap kemiskinan negara. Pekerja asing menyumbang peratus kemiskinan di Malaysia. Kadar kemiskinan golongan termiskin bagi buruh asing bertambah dari 6% pada 1995 ke 9.9% pada 1999. Semakin ramai pekerja pendapatan sama atau kurang daripada golongan berpendapatan lebih dari garis kemiskinan. Ini secara lansung memberi kesan negatif terhadap taraf dan kualiti kehidupan di kalangan rakyat Malaysia.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan mendedahkan 80% daripada pekerja asing di sector perladangan dikesan pembawa virus HIV. Berdasarkan Agensi Dadah Kebangsaan, kebanyakan mereka adalah penagih dadah dan bukannya aktiviti seksual.

Kehadiran pekerja asing menyebabkan kes kes jenayah. Kementerian Dalam Negeri menyatakan statistik bahawa 14,809 daripada 37,446 banduan di Malaysia adalah pendatang asing tanpa izin. Jumlahnya 28% dari kapasiti penjara penjara di Malaysia. Kerajaan juga menanggung RM11.6 juta pada2008 terhadap 60,800 PATI dengan kos perbelanjaan sebanyak RM30 sehari. Kos ini melibatkan kos pengurusan tidak termasuk kos kesihatan.

Saturday, December 11, 2010

poligami tanpa kebenaran

Undang – undang menetapkan bayaran denda sebanyak RM1000 kerana berpoligami tanpa kebenaran makamah boleh menyelesaikan masalah. Bagi yang berkemampuan sebua itu boleh dibuat dengan hanya memetik jari sahaja.

Berdasarkan laporan statistik JPN antara 2005-2009, sejumlah 74,723 pendaftaran kelahiran anak tanpa dokumen yang melibatkan orang melayu.

Menurut Presiden Peguam Muslim Malaysia, tujuan pendaftaran kelahiran bukan hanya satu formaliti bagi mendapatkan sijil nikah dan satu rekod bahawa perkahwinan tersebut menurut undang – undang negeri dan menepati syarak.

Perkahwinan yang tidak didaftarkan adalah tidak sah dari segi undang undang dan sebarang tuntutan juga tidak dapat dibuat. Mereka juga tidak boleh menuntut nafkah, hak penjagaan dan lain lain.

Masalah timbul apabila hendak dinasabkan anak yang dilahirkan kepada ayah kandung nya. Semasa pendaftaran, Dokumen perkahwinan perlu disertakan bagi kesahihan bahawa suami adalah suami yang sah dari segi undang undang.

Akta Undang undang keluarga islam Wilayah Persekutuan 1984, Seksyen 23(1) mengenai peruntukkan poligami dimana lelaki yang ingin memohon poligami perlu meminta izin Makamah Syariah terlebih dahulu. Bagi mereka yang ingkar boleh didakwa di bawah seksyen 123. Boleh dijatuhi hukuman tidak lebih 6 bulan dan tidak lebih dari RM1000 atau kedua duanya sekali.

Jika dokumen perkahwinan tidak dikemukakan, sijil lahir anak akan tertera nama anak yang dibinkan kepada Abdullah atau Asma Al- Husna.

Yang menjadi mangsa adalah anak kerana anggapan masyarakat akan mengata bahawa anak yang tidak mempunyai nama bapa akan dianggap sebagai anak tak sah taraf atau anak luar nikah.

Jika mempunya sijil nikah tetapi tidak mengemukakan nya semasa mendaftar anak boleh lah membuat pembetulan sijil lahir iaitu kemasukkan maklumat bapa pada sijil lahir sekiranya pemaklum dapat mengemukakan dokumen perkahwinan ibu dan bapa yang sah.

Pembetulan pada sijil lahir boleh dilakukan pada bila bila masa sahaja meskipun anak tersebut telah meningkat dewasa.

Friday, December 10, 2010

Khalifah Terakhir

TARIKH-TARIKH HIJRAH

Apakah faktor-faktor yang terdapat pada diri Imam Mahdi? Sabda Rasulullah SAW:“Kami ahlul bait dipilih oleh Allah lebih dari dunia. Kami umpama sebuah rumah dan Mahdi adalah umpama bata yang menutupi sebuah lubang pada dinding.” “Mahdi adalah penamat para wali”. Penamat para wali tak bermaksud penamat para pejuang Islam – penulis.

Beberapa perkara yang selalu dirujuk selain terhadap fizikal Imam Mahdi yang mirip Rasulullah ialah berkenaan:
1. Namanya Muhammad bin Abdullah (serupa nama Nabi SAW)

2. Keturunan Bani Hashim, dikatakan ibunya nasab ke Hassan, cucu Rasulullah manakala sebelah bapanya nasab ke Hussain, juga cucu Rasulullah.

Cuma satu perkara yang mungkin tidak pernah terlintas di fikiran kita tentang tarikh lahirnya adakah juga sama dengan tarikh lahir Nabi Muhammad SAW? Maka, saya telah dengan sedaya upaya cuba mencari sesuatu berhubung ayat yang menyebut kemunculan mujaddid setiap seratus tahun sekali. Maka, itulah juga tujuan saya untuk cuba mencari sesuatu berdasarkan perhitungan sains kalendar sama ada terdapat kesamaan hari yang wujud di antara tarikh Hijrah dengan tarikh Masehi bagi setiap seratus tahun khususnya dan dalam tempoh 1400 tahun hijrah. Pertama sekali kita mulakan dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Secara ringkas dan mudah apa yang ingin saya nyatakan dari jadual di bawah ialah dalam tempoh 1400 tahun hijrah atau bersamaan dengan 1443 tahun masehi, hanya dua kali sahaja yang terdapat tarikh yang hampir sama dengan tarikh ASAL, 10 Rabiul Awal –52 Hijrah bersamaan 20 April 571 Masehi, hari Isnin iaitu 11 Rabiul Awal 1392 = 24 April 1972 dan 13 Rabiul Awal 1393 = 16 April 1973!

Jika Imam Mahdi muncul pada ketika hari wukuf di Arafah pada tahun hadapan 2004/1425 yang akan jatuh pada hari Jumaat (hampir Haji Akbar), maka usianya mungkin 30 ataupun 31 tahun. Tentu ada yang bertanya kenapa tarikh lahir Nabi SAW 10 Rabiul Awal, tidak 12 sepertimana yang selalu diraikan oleh umat Islam saban tahun.

Sebenarnya terdapat banyak perselisihan namun saya memilih 10 haribulan berdasarkan kepada beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Pada tahun 2005, tarikh 20 April adalah jatuh pada 10 Rabiul Awal 1426, tetapi pada hari Rabu yakni satu lagi tarikh yang hampir berpadanan dengan tarikh ASAL kelahiran Nabi SAW!! Apa yang menarik ialah pada tahun 2004, tarikh lahir saya sendiri akan jatuh pada hari Sabtu, 11 Rabiul Awal 1425.

EPILOG

Berkenaan dengan kemunculan Nabi Isa pada tahun 24 Februari 2013 iaitu pada ketika “Sun, Mars and Mercury near Aquarius.”, mari kita tinjau sedikit kalendar kaum Maya di Mexico. Kalendar kaum Maya amat kompleks, ia adalah sebuah kalendar peramalan yang selalunya direkodkan sesuatu gejala samawi dalam bentuk buku ramalan yang digelar ‘kodex’ oleh jururamal atau Shamans. Dua kodex yang terkenal ialah kodex Tro Cortesianus dan kodex Madrid. Kodex-kodex ini mengandungi bermacam-macam figura atau bentuk-bentuk perlambangan yang biasa disebut hieroglif yang mewakili perlakuan bangsa mereka dengan jasad-jasad di langit dan juga berhubungan dengan dewa-dewa mereka. Kalendar Maya memang diperakui tepat sebagai mempertandakan detik-detik gejala samawi berpadanan dengan sesuatu peristiwa. Kejatuhan bangsa Maya sendiri juga diramalkan dengan tepat sekali menurut kodex mereka.

Kaum Maya telah menghitung sesuatu hari bukan dengan cara yang biasa kita gunakan tetapi dengan kaedah pembilangan yang dimulai dari kin, uinal, tun, katun, baktun, piktun dan kalabtun.

Hari bagi mereka adalah kin yang bersamaan dengan 1 hari.

19 kin @ 19 hari bersamaan 1 uinal.

359 hari = 1 tun.

7,200 hari = 1 katun.

144,002 hari = 1 baktun.

1,872,025 hari = 13 baktun (atau bersamaan dengan 1 Epoch Kejadian).

2,880,025 hari = 1 piktun, dan

57,600,025 hari =1 kalabtun.

Angka yang paling besar boleh dicapai dengan pembilangan hari sebegini akan memberikan tempoh tahun yang amat lama dan jauh kedepan. Bangsa Maya merasmikan kalendar mereka bermula dari tarikh 20 September 3113 Sebelum Masehi yang digelar sebagai “Era Maya”.

Tahukah anda bahawa kaum Maya telahpun meramalkan dengan pasti bahawa Epoch Kejadian adalah satu hari di mana “alam ini diperbaharui” yang antara lain bermaksud satu hari yang sangat besar dan signifikan dalam tamadun dan sejarah hidup bangsa manusia. Sama ada percaya atau tidak tetapi pemakaian istilah yang berakhiran dengan – tun adalah satu simbolik yang sangat hampir dengan gejala samawi yang selalu mereka ramalkan berlaku menurut kala dan ketikanya. Bukti-buktinya memang telah lama termaktub dalam sejarah jika kita mengkaji kebudayaan mereka dan kesannya terhadap tamadun dunia yang lain. Kaum Maya selalu beranggapan bahawa terbitnya posisi planet Kejora dalam sesuatu musim tertentu bermakna satu saat majal atau kecelakaan (bad omen) yang biasa dikenali oleh kita sebagai terbitnya heliakel planet (heliacle rising of the planet). Bangsa Mesir purba juga menandakan terbitnya heliakel apabila tibanya saat bintang Sirius atau Asy Syi’ra berembang di langit serentak dengan banjir Sungai Nil.

Satu Epoch Kejadian apabila diperhitungkan bermula dari tarikh asasnya tamadun Maya bermula dari 20 September 3113 SM Julian sehinggalah genap 1,872,025 hari pada tarikh 23 Disember 2012 M Gregorian! Sedangkan menurut perhitungan astronomi bahawasanya kedudukan “Sun, Mars and Mercury near Aquarius” memang disahkan telahpun bermula pada 23 Disember 2012 lagi dan mencapai saat kemuncaknya berembang pada 24 Februari 2013. Jadi, fahamlah kita bahawa jika tarikh itu telah diramalkan oleh kaum Maya sebagai satu era akhir zaman, maka kedatangan Nabi Isa pada tarikh itu mungkin memang tidak dapat dipertikaikan lagi.

Pada hujung Mei lalu, Duta Syria ke Malaysia telahpun memberi isyarat yang jelas bahawa Amerika berhasrat untuk menyerang Mekah pada tahun 2014! Bukan satu rahsia lagi jika anda menonton episod terakhir siri X-Files bahawa agen Mulder telah

mengetahui bahawa pada tahun 2014 ‘alien’ akan menyerang dunia. Tidak lain dan tidak bukan sama ada itulah petanda tahun peperangan mutlak Nabi Isa dengan Dajjal yang menaungi bangsa Yahudi dan Zionis Amerika dalam kurun ini setelah Amerika diasaskan semenjak pada tahun 1776 dan Israel pula pada tahun 1947!

Satu lagi, jika anda pernah bermain permainan komputer ‘Ghost Recon’, 'Ghost Recon: Desert Siege' dan 'Ghost Recon: Island Thunder', anda tentu akan dapat membaca secara langsung niat jahat Amerika untuk menakluk seluruh dunia siap dengan tarikh-tarikh perancangannya sekali (dari tahun 2006 hingga tahun 2013!) dan juga semua lokasi simulasi peperangan bermula dari Tbilisi di Georgia, Red Square (Moscow), Ethiopia hinggalah ke Cuba di mana Fidel Castro mati pada tahun 2009 sewaktu anda memegang watak sebagai askar Amerika dalam permainan itu!!! Ada satu lagi game komputer iaitu America's Army: Operation Recon. Kesemuanya mempunyai pertalian yang langsung antara sesamanya, cuma sama ada umat Islam tidak menyedari atau cuai untuk mengambil perhatian berat terhadap masalah ini. Apa pun umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa!

Apakah kesemua persoalan yang telah saya kemukakan adalah satu teka-teki tidaklah saya sendiri dapat pastikan kerana semua itu adalah dalam kekuasaan Allah Ta’ala dan kita hanya boleh tunggu dan lihat sahaja. Kejahatan Amerika sentiasa menjadi-menjadi, tanda-tanda konflik dengan Islam bukan rahsia lagi bermula dengan pengeboman menggunakan peluru berpandu Tomahawk ke atas Sudan, Afghanistan dan Pakistan pada 21 Ogos 1998 hinggalah ke episod-episod yang lebih terkini pada awal tahun 2002 dan juga 2003 ke atas Aghanistan dan Iraq. Di manakah kekuatan umat Islam sekarang?

Bangsa Arab telahpun lemah. Perkelahian sesama saudara muslim telah menjadi lumrah dan berakar umbi dari bangsa Arab hinggalah ke rantau sebelah dunia Melayu. Tampak seperti tidak ada surutnya. Musuh sedang menunggu di air keruh dan menanti masa yang sesuai sahaja menurut 'kuasa kosmos' yang telah mereka rancangkan. Namun kebatilan pasti akan dimusnahkan oleh cahaya kebenaran. Allah bersama umat Islam. Allah-lah Yang Menguasai Hari Pembalasan!

Imam (bahasa Arab: إمام) bererti pemimpin. Dalam erti biasa Imam adalah individu yang dilantik bagi memimpin golongan para jemaah ketika melakukan ibadah solat atau amal kebaikan. Erti lain ialah mereka yang diberi kepercayaan menjadi pemimpin bagi satu kumpulan untuk memimpin ke jalan yang benar (Khalifah).


Al-Mahadi adalah rahsia terbesar dan kunci segala ilmu yang mana ia membawa tentang kiamat dan hari pembalasan selagi kita tidak mencari Al-Mahdi atau mengetahui tentang Al-Mahadi kita menjadi manusia yang rugi dan sebenar rugi walaupun macam mana kita mempunyai amal dan ilmu kita tetap menjadi orang yang sebenar rugi kerana Al-Mahadi adalah rahsia penutup ... jangan menjadi seperti kassim baba tahu buka tetapi tak tahu tutup rugilah tu.. semoga kita dibawah kebenaran.

Sumber: Ahli Falak

Hanya kepada Allah kita akan kembali. Wallahua’lam bil ghaib.

Imam Malik R.A meriwayatkan:

"Bahawa ilmu yang sebenar adalah bukan dengan mengetahui banyaknya hadis, mengetahui semua Quran dan sebagainya. Ilmu sebenarnya adalah "NUR" (cahaya) yang Allah letakkan didalam hati para mukmin dan inilah perbezaannya dengan MUNAFIK."

Thursday, December 09, 2010

Kebenaran Berpoligami Seksyen 23(4) AUKI 1984

Perkahwinan yang dicadangkan adalah patut atau perlu memandangkan kepada keadaan suami dari segi kemandulan, keuzuran zahir dan jasmani, segaja ingkar hak hak persetubuhan dan gila.


Pemohon mesti berkemampuan dari segi syarak untuk menanggung semua isteri dan tangungan nya termasuk orang yang bakal ditanggung.

Pemohon berupaya memberi hak layanan sama rata kepada semua isteri mengikut hokum syarak.

Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri.

Wednesday, December 08, 2010

Kajian Yahudi ke atas hadis akhir zaman

Kemungkinan besar Nostradamus mengambil semua ramalan dari Ibnu Khathir yang mengumpulkan hadis tentang awal dan akhir zaman.

Orang yahudi memang suka pada ramalan dan akan mempelajari dari apa apa sahaja sumber ramalan yang ada. Mereka banyak membaca dan mengkaji tentang hadis tanda akhir zaman maka bertuahlah mereka.

Kelemahan orang islam adalah kurang membaca dan tidak menerokai ilmu sedangkan islam banyak membincangkan tentang tanda tanda kiamat. Di Arab Saudi, banyak buku yang membicarakan tentang ramaln nabi, tanda kiamat kecil dan besar.

Yahudi telah menggunakan hadis tersebut untuk kepentingan mereka dan telah membuat persediaan. Kitab hadis sebenarnya membuatkan kita lebih berwaspada ke atas yahudi.

Yahudi banyak mengetahui tentang tanda akhir akhir zaman bahawasanya islam akan menang memerangi yahudi. Baitul Muqqadis akan terus dipijak jika umat islam tidak terus berubah. Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah berlaku peperangan antara islam dan yahudi. Dan yahudi akan dibunuh oleh tentera islam sehinggalah orang yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok dan batu dan pokok itu berkata wahai orang islam, hamba Allah, dibelakangku ada yahudi, marilah membunuhnyakecuali pokok gharqad (yang tidak bersuara) sesungguhnya ia merupakan pokok yahudi.

Hadis ini digunakan oleh orang islam dan dengan bongkak mereka berkata, memang benar apa yang nabi katakan, jika benar maka buka pada zaman inilah kiamat. Orang islam nya sangat tidak berkualiti. Kamu akan menang apabila orang yang solat subuh sama banyak dengan orang yang solat pada waktu Jumaat.

Dari hadis itu juga ramai yahudi mengambil tindakan menanam pokok Gharqad untuk melindungi mereka. Ada yahudi yang masih tinggal di Madinah kerana mahu melihat nabi akhir zaman. Namun, nabi akhir zaman bukan dari kaum mereka, mereka menentang. Orang yahudi tidak boleh menerima mana mana kaum yang bukan dari golongan mereka. Mereka beriktizam untuk menentang bermati-matian.

Kita sepatutnya mencari, mengkaji dan menggunakan hadis nabi terutamanya dalam peringatan dan iktibar.Dua hadis terbaru dan releven pada zaman ini adalah mengenai lelaki yang memegang cemeti untuk memukul orang dan wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang di atasnya terdapat bonggol seperti bonggol unta di atas kepalanya.

Orang islam akan mati keseluruhannya sebelum timbul tanda tanda kiamat besar. Pengalaman kiamat besar akan dialami oleh orang bukan islam.

Monday, December 06, 2010

kabbalah secara tradisi

Jika dilihat dari segi tradisional dan turun temurun, Kabbalah berasal dari bumi Aden. Ia terhasil dari orang terpilih yang digelar sebagai Tzadikim dan bertanggungjawab ke atas sesetengah golongan.

Kabbalah juga boleh dikatakan berasal dari sebahagian dalam undang-undang warisan agama yahudi yang diturunkan oleh Tuhan kepada Rasul Moses di Bukit Sinai semasa kurun ke 13 BC.

Apabila Israel dating dan menetap di destinasi mereka Canaan untuk beberapa lama, pengetahuan esotik adalah di rujuk kepada amalan meditasi Hitbonenut, Rebbe Nachman of Breslov’s yang mmbawa makna sendirian atau menyendirikan diri.

Terdapat 72 perkataan yang mengaitkan kepada nama tuhan yang sering digunakan dalam mistik yahudi untuk tujuan meditasi yang diterbitkan daripada perkataan yahudi berkaitan dengan perkataan Nabi Musa dari kewujudan malaikat. Mukjizat Exodus yang membawa kepada turunnya Ten Commandment dan pandangan yahudi Ortodoxs mengenai penerimaan Torah pada Gunung Sinai.

Kabbalah zaman pertengahan dikatakan bertaburan di sekitar wilayah French, Andalusia Sepanyol dan juga Germany di Ashkenaz.

Sunday, December 05, 2010

islam dilihat sebagai pengganas di Selatan Thai

Kesengsaraan masyarakat Thai terus tertindas ekoran wujud syak wasangka yang tinggi kerajaan Thailand ke atas penduduk penduduk wilayah bekernaan. Bagi mereka, penduduk islam terlibat dalam perancangan menggulingkan kerajaan. Atas rasa curiga yang mendalam, maka ramailah pemimpin pemimpin islam yang ditangkap tanpa sebarang alasan.

Niat sebenar kerajaan adalah untuk mengurangkan populasi penduduk beragama islam di wilayah itu. Keadaan jelas semasa pemerintahan Taksin Shinawatra. Tidak hairanlah suatu hari nanti, bahasa, identity dan hak untuk mendapatkan perlindungan dihapuskan.

Amat mustahil untuk mengatakan bahawa penduduk selaan Thai akan tunduk kepada kehendak Bangkok kerana perkara ini tidak wajar jika dikaitkan dengan fakta wilayah Selatan Thai dibawah kerajaan Patanni pernah menjadi wilayah yang berdaulat.

Serangan yang dilakukan pihak Kerajaan Thai secara lansung untuk menakut-nakutkan penduduk setempat. Maka akan berlakulah penghijrahan besar besaran penduduk dari tempat tersebut kerana merasakan tidak selamat lagi. Sekali gus, wilayah itu senang ditakluki seperti mana yang berlaku kepada kaum Rohingnya di Myanmar.

Di Takbai, tentera-tentera mula dihantar masuk menyebabkan penduduk setempat tidak lagi merasakan terbatas dan menimbulkan perasaan takut dalam dir masyarakat. Pergerakan mereka terbatas pada waktu malam khususnya malah digalakkan untuk tidak keluar.

Penduduk yang ditangkap keluar pada waktu malam akan disoal siasat seperti mereka bersalah. Budaya lepak pada waktu malam di kedai kedai kopi tidak lagi terdapat di sana kerana bimbang kepada keselamatan mereka.

Suatu yang merumitkan apabila penduduk yang mengadakan kenduri pada waktu malam seperti majlis tahlil ataupun majlis – majlis lain. Penduduk dikehendaki melaporkan kepada tentera kerajaan dan tentera inilah akan mengawal majlis tersebut. Bagi penduduk tempatan perkara ini membahayakan diri mereka kerana melibatkan tentera.

Tidak semua penduduk menyukai kehadiran tentera. Apabila tentera berkawal mereka risau akan diserang hendap oleh golongan penentang kerajaan. Jika mereka tidak memberi tahu mengenai majlis maka tuan rumah akan diberi tindakan.

Penduduk di wilayah tersebut sudah lama tidk beriktikaf di masjid. Mereka banyak menghabiskan masa di rumah. Mereka hanya akan ke masjid hanya apabila masuk waktu untuk sembahyang dan akan pulang apabila selepas bersembahyang. Mereka merasakan apa apa sahaja boleh berlaku di masjid.

Walaupun Narathiwat diwartakan sebagai zon kuning atau zon bersih namun jangan disangka kawasan tersebut akan aman senantiasa. Penduduk tempatan menganggap hanya keamanan boleh diwujudkan apabila Bangkok memberi autonomi kepada wilayah selatan.

Yang menghirankan bahawa tentera kerajaan bebas menangkap mengikut kemahuan mereka tanpa sebab Telah ramai menjadi mangsa tangkapan tentera kerajaan. Penduduk juga tidak dibenarkan berbicara mengenai hak, politik serta mengutuk apa apa juga tindakan kerajaan. Jika diketahui, mereka akan ditangkap.

Kebimbangan penduduk terserlah apabila ramai tentera kerajaan berkahwin dan berkeluarga di kawasan tersebut. Ia secara lansung meramaikan penganut-penganut Buddha di kawasan berkenaan. Ia melenyapkan majority masyarakat melayu islam yang menjadi majority di kawasan berkenaan.

Saturday, December 04, 2010

FATWA-FATWA ULAMA BERKENAAN MENJATUHKAN PEMERINTAH

3. Fatwa Syeikh Shalih Fauzan Al-Fauzan

Soalan 2:

Amat dikesali, di sana ada yang mengharuskan kederhakaan kepada sesebuah kerajaan tanpa sebab-sebab yang dibolehkan oleh syarak, apakah dasar yang harus kami ikuti apabila berurusan dengan pemerintah Islam dan pemerintah bukan Islam?

Jawapan:

Pemerintah Islam wajib ditaati dan dipetuhi. Allah Ta’ala berfirman:

Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (Surah an-Nisa': 59)

Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam pula menyebut dalam hadisnya yang bermaksud:

“Aku berpesan kepada kamu agar bertakwa kepada Allah dan mentaati pemimpin kamu, sesungguhnya barangsiapa yang hidup selepas kamu akan melihat banyak perpecahan (perselisihan), maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa’ al-Rasyidin selepasku, berpegang teguhlah kamu dengannya dan gigitlah ia dengan gigi geraham (jangan lepaskan ia).”

Hadis ini menepati ayat yang sebelumnya. Dalam hadis yang lain, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda lagi dengan maksudnya:

“Barangsiapa yang mentaati pemerintah, sesungguhnya ia telah mentaati aku, barangsiapa yang mengingkari pemerintah, sesungguhnya ia telah mengingkari aku.”

Terdapat juga hadis-hadis lain yang menuntut kita agar mentaati pemerintah antaranya ialah:

“Dengar dan taatlah walaupun hartamu dirampas dan dipukul belakangmu.”
Pemerintah Islam wajib ditaati selagi mana ia mentaati perintah Allah. Sekiranya dia menyuruh maksiat, maka dia tidak perlu ditaati (maksiat tersebut).

Adapun berurusan dengan pemerintah yang bukan Islam berbeza mengikut keadaan-keadaan yang tertentu. Sekiranya orang Islam mempunyai kekuatan dan keupayaan untuk memeranginya, maka ia perlu ditumbangkan, kemudian pemerintah Islam perlu dilantik. Ini dianggap sebagai usaha jihad di jalan Allah.

Sebaliknya, jika orang Islam tidak mampu menumbangkannya, maka tidak harus menentangnya kerana ia akan lebih memudaratkan dan melemahkan umat Islam.

Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berada di Makkah selama 13 tahun selepas pelantikannya sebagai Rasul dan Makkah pada waktu itu di bawah pemerintah orang kafir. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersama-sama sahabat-sahabatnya tidak memberontak dan tidak memerangi orang kafir pada waktu itu. Peperangan tidak dibenarkan melainkan selepas hijrah Nabi ke Madinah, selepas terbentuknya daulah Islamiyyah dan jemaah Islam yang berupaya memerangi orang kafir. Inilah dasar Islam.

Orang Islam perlu berpegang dengan agama Islam dan mempertahankan akidah mereka jika mereka berada di bawah pemerintahan bukan Islam yang tidak mampu ditumpaskannya. Mereka tidak perlu membahayakan diri mereka dengan menentang orang kafir kerana ia akan melemahkan gerakan dakwah. Jika mereka telah mempunyai kekuatan untuk berjihad, mereka perlu berjuang di jalan Allah mengiku landasan syariah.

Friday, December 03, 2010

Dasar Dan Pengurusan Pekerja Asing Di Malaysia

Ekonomi Malaysia senantiasa menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan sepanjang 1990 dan 1997 sebelum berlakunya krisis kewangan terutamanya di Asia. Dengan beberapa langkah yang berkesan seperti tambatan mata wang mengembalikan semula ekonomi Malaysia dan kekal kepada tahap guna tenaga sepenuhnya. Pertumbuhan ekonomi ini menyebabkan meningkatnya keperluan negara terhadap guna tenaga dalam sector ekonomi dan secara tidak lansung mendorong kemasukan buruh asing dari pelbagai negara ke Malaysia.

Fenomena ini dilihat apabila jumlah pekerja asing yang dicatatkan pada 1997 (627426), 1998 (395140) kerana kemelesetan ekonomi, 1999(409660), 2000 (807096), 2001(849829) dan 2002(1067529). Keadaan ini menunjukkan ekonomi Malaysia telah pulih daripada kemelesetan yang berlaku akibat banyak sector telah membuka peluang pekerjaan yang banyak dalam negara. Antara sector ekonomi yang banyak memerlukan tenaga buruh ialah sector pertanian, pembinaan, perhidmatan dan pembuatan.

Kemasukan buruh asing ke Malaysia adalah melalui 2 cara iaitu melalui cara sah melalui agensi agensi yang berdaftar dengan Jabatan Imigresen Malaysia atau dengan cara yang tidak sah iaitu melalui agensi agensi haram yang tidak lansung yang tidak berdaftar. Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Malaysia antara negara ASEAN yang menghadapi masalah kemasukan buruh asing tanpa izin yang kritikal. Ini kerana kedudukan geografi yang strategic melalui jalan laut yang berhampiran satu sama lain.

Buruh asing yang terdapat di Malaysia terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu golongan bukan warganegara yang menetap di Malaysia dan mempunyai kad pengenalan berwarna merah yang terdiri daripada pelbagai keturunan. Di bawah Akta Sekatan Kerja 1968, golongan ini tidak dibernarkan makan gaji sekiranya mereka tidak mempunyai permit yang dikeluarkan oleh Kementerian Buruh. Kedua, pekerja asing mahir yang terdiri daripada golongan professional dalam bidang teknikal dan pentadbiran. Ketiga, buruh asing yang memasuki Malaysia secara tidak sah . Mereka digelar sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang majoritinya bekerja dalam bidang pertanian dan pembinaan.

Pada 1960, Mekanisma dan struktur pengambilan pekerja asing tidak termaktub di dalam system undang undang negara menyebabkan pengambilan pekerja asing secara tidak formal berlaku melalui orang tengah atau agen dari negara seperti Indonesia dan Thailand. Pada 1969, satu perundangan baru berkaitan pekerjaan diperkenalkan sebagai Peraturan Pekerjaan 1969 (Sekatan Dan Permit Pekerjaan) yang bertujuan sebagai memberi permit kerja secara fleksibel kepada pekerja asing dan tinggal di Malaysia.

Kebanyakan majikan, pekerja asing dan kaum keluarga telah menyalahgunakan peruntukan untuk tinggal secara haram di Malaysia. Masalah ini berlarutan sehingga tahun 1997, dimana kerajaan dilihat tidak menghiraukan situasi dengan alas an kedatangan mereka adalah sementara dan akan pulang ke negara asal. Pada ketika itu, Malaysia menghadapi masalah kekurangan pekerja asing terutama di sector perladangan dan kerajaan mengambil langkah langkah bagi menentukan aliran kemasukan pekerja asing di Malaysia.

Perundangan yang berkaitan dengan pekerja asing dilihat berubah ubah sama ada lebih ketat atau lebih longgar bergantung dengan keadaan semasa dan keperluan negara dalam sector guna tenaga. Dasar yang semakin berubah ubah boleh dianggap sebagai satu alat yang digunakan oleh kerajaan untuk mengawal kemasukan pekerja asing ke Malaysia.

Pada 1981, kerajaan telah mengumumkan peruntukan undang undang mengenai pembentukan agensi pekerja asing. Peruntukan bertujuan mempercepatkan proses pengambilan pekerja asing dimana majikan tidak perlu ke negara sumber untuk mencari pekerja. Pada 1984, Perjanjian Medan telah dimenterai antara Malaysia-Indonesia bagi menetapkan mekanisma dan penawaran tenaga buruh ke Malaysia. Indonesia bersetuju menawarkan tenaga buruh kepada 6 kategori yang diperlukan oleh Malaysia dalam terutamanya perladangan dan pembantu rumah. Selepas itu, Malaysia beberapa perjanjian lain dengan negara seperti Filipina (Pembantu rumah), Thailand (Pembinaan dan Perladangan) dan Bangladesh (Pembinaan dan Perladangan).

Dasar pengambilan pekerja asing pada era 1990 yang diamalkan di Malaysia adalah pendekatan jangka pendek dimana hanya untuk memenuhi permintaan sahaja. Dengan keadaan ekonomi Malaysia yang sedang berkembang sekarang dilihat tidak dapat membendung kemasukan PATI ke Malaysia. Pada 1991, kerajaan telah memperkenalkan peraturan baru yang dikenali sebagai Legalization Process (Proses Pengampunan).

Di bawah peruntukan baru ini, setiap majikan yang menggajikan pendatang tanpa izin perlu mendaftarkan dan mengesahkan status mereka dalam masa 6 bulan atau mereka akan berhadapan dengan tindakan makamah atau akan didenda sebanyak RM10K bagi setiap pekerja asing yang digajikan. Bagaimanapun, majikan perlu menghantar PATI pulang ke negara asal dan mengambilnya kembali melalui saluran yang sah. Ia telah menyulitkan dan meningkatkan kos majikan terutamanya dalam mengurus pengambilan pekerja asing dalam kuantiti yang besar. Peruntukan ini gagal mendapat sambutan dan tidak berkesan dalam menangani isu PATI.

Thursday, December 02, 2010

Agama Pemuja Syaitan

Semua nota yang ditulis di bawah adalah berdasarkan kepada ajaran pemujaan syaitan

Pemuja agama syaitan adalah pro kepada agama syaitan. Seksual adalah sesuatu yang memberi nikmat dan memuas hati dan mengisi kekosongan yang wujud dalam diri. Zaman moden memberi kita kelonggaran untuk menikmati seks tanpa perlu risau akan mengandung, tersebarnya penyakit seks, tekanan mental dan lain2. Pengamal ajaran ini menyokong kepada seks aneh, pelik dan lain macam selagi yang terlibat .

Kebanyakkan teks yang ditulis oleh LaVey kebanyakkan tertumpu kepada tenaga seksual tetapi sebagai alat social dan tenaga dalam ritual. Kebebasan sex bukan bermaksud melakukan seks dengan sesiapa pun, sebebas yang mungkin dan sebanyak yang mungkin tetapi menikmati seks yang hendak dinikmati. Emosi yang terkuat adalah nafsu dalam macam2 hal pun.

Seksual adalah seperti aur dengan tebing tidak dapat diputuskan. Tidak mengikut nafsu akan menyebabkan aliran air akan rosak ke arah yang tidak baik. Jujur kepada nafsu sendiri adalah lebih baik daripada menolak ikutan nafsu.

SATANIC FOLLOWER

Mereka akan sering mengucapkan perkataan seperti2:

Hail Satan.

Hail Vexen.

Hail the Church of Satan.

Hail any relevant thing I find good.

Satan adalah role model kepada pengikut Satanisme. Adalah tepat memuji2 nama Nya dan memberi peluang melihat dimana kesetian saya menipu.

“Hail Satan” adalah satu ucapan yang diucapkan mereka dalam konsep perkembangan dalam meletakkan system kepecayaan dogma. Memandangkan Satanism berkaitan dengan ideal Self Perfection yang tidak mungkin dicapai oleh semua manusia. Ia juga bermakna menjunjung potensi anda ke arah Self Perfection.

Satan mewakilli pencapaian tertinggi dan terbaik dalam mencapai Self Perfection. Apabila Hail Satan kamu juga menjunjung diri kamu yang membawa maksud akan bersama2 mencapai percapaian terbaik.

SATANIC BIBLE.

Ditulis oleh Anton LaVey pada 1969.

Book of Satan. Wujud dalam bentuk istilah dan bahasa2 yang menunjukkan karekter dan sifat Satanisme.

Book of Lucifer. Menerangkan tentang kebangkitan. Mengandungi falsafah dan konsep asas mengenai Satanism.

Book of Belial. Teori dan praktikal mengenai ritual Satanism, magik dan psychology.

Satan bukanlah entity yang wujud bernyawa dan sedar. Ia adalah symbol kepada sesuatu yang berkaitan dengan alam ghaib. Satanisme mengangkat Satan sebagai prinsip tertinggi daripada objek perantaraan.

Satan adalah entiti kegelapan yang wujud di dunia ini bagi mewakili alam semulajadi dan kematian di muka bumi. Satan adalah gelaran bagi menggambarkan symbol kekuatan yang bebas dari symbol symbol suci agama dan bertentangan sama sekali dengan tuhan. Ciri asas Satan adalah dalam bentuk menentang semua ajaran yang disampaikan oleh tuhan , Allah dan semua symbol agama yang lain. Satan berniat untuk menggantikan tempat tuhan.

Satanism mempunyai matlamat dalam menyesatkan umat dalam amalan agama harian mereka. Terdapat banyak jenis satan di dunia ini termasuklah yang memunculkan diri mereka sebagai manusia hidup.

Wednesday, December 01, 2010

12 barisan di akhirat

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:”Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris”Surah an-Naba’:18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:


BARISAN PERTAMA

Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA

Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEEMPAT

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM

Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETUJUH

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN

Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.”Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN

Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH

Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEBELAS

Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…” Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..

Tuesday, November 30, 2010

FATWA-FATWA ULAMA BERKENAAN MENJATUHKAN PEMERINTAH

3. Fatwa Syeikh Shalih Fauzan Al-Fauzan


Soalan 3:

Terdapat juga dalam kalangan pelajar yang mengambil mudah dengan mengatakan seseorang Muslim itu murtad. Ada juga yang mengajak orang lain melaksanaan hukumuan hudud ke atas orang yang murtad apabila sultan tidak melaksanaankan hukuman hudud tersebut?

Jawapan:

Melaksanakan hukum hudud adalah sesuatu yang baik bagi pemerintahan Islam. Tetapi tidak semua orang boleh melaksanakannya kerana mungkin akan tercetus huru-hara, pemberontakan, fitnah dan perpecahan dalam masyarakat. Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Maafkanlah kesalahan hudud di antara kamu, apabila telah sampai kes hudud kepada sultan, maka Allah akan melaknati penerima sogokan dan pemberi sogokan (orang yang cuba menggagalkan pelaksanaannya).”

Antara tugas-tugas pemerintah dalam Islam ialah melaksanakan hukuman hudud apabila telah sabit mengikuti syariat dalam mahkamah akan kesalahan orang yang melakukan jenayah seperti kesalahan murtad, mencuri dan sebagainya.

Kesimpulannya, pelaksanaan hudud adalah budi bicara pemerintahan, sekiranya tidak berlaku maka cukuplah dengan menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran serta berdakwah ke jalan Allah dengan penuh hikmah, pengajaran yang baik dan berhujah dengan cara yang terbaik. Dalam hal ini, tidak harus bagi individu untuk melaksanakan hudud kerana ia akan menimbulkan huru-hara, fitnah dan pemberontakan. Ia juga akan lebih membawa kemusnahan daripada kebaikan. Antara kaedah-kaedah syarak ialah: “Kejahatan (kerosakan) lebih utama dihindarkan untuk mendapatkan kebaikan.”

apa itu Kabbalah

Kabbalah adalah satu disiplin dan cara terbaik untuk pengajaran yang brkaitan dengan ilmu2 ghaib di dalam Judaism. Ia adalah satu jenis pengajaran yang menerangkan tentang hubungan diantara manusia dan Pencipta alam dan semua jadiannya. Kabbalah banyak mencari semua yang wujud hasil ciptaanNya dan cuba mengungkai kejadian dengan cara ilmiah. Ia juga cuba merungkai kejadian dan mengkaitkannya dengan reality spiritual. Banyak membiak di dalam agama yahudi dan banyak boleh ditemui di dalam sumber yahudi klasik.

Berdasarkan Zohar (Penemu ajaran Kabbalah), mengatakan bahawa ada 4 cara untuk belajar pengajian Torah. 4 cara ini dipanggil sebagai PaRDeS yang bermaksud Orchard.

Peshat (memberi makna dan tafsiran yang tepat mengenai Torah). Remez ( memberi tafsiran maksud maksud yang tersirat), Derash (memberi maksud mencari dan mengungkai yang tersembunyi), midrashic (bermaksud Rabbinic yang menjelaskan maksud secara pembandingan dengan perumpamaan imaginasi dengan kata kata yang serupa makna dan versi), Sod ( mentafsir secara metaphysic).

Perkataan Kabbalah ditemui sama ada oleh Solomon ibn Gabirol (1021-1058) atau seorang dari kurun ke 13 Spanish Kabbalist Bahya ben Asher. Kabbalah menerangkan dengan terperinci dan melakukan kajian mengenai agama yahudi , pengetahuan dan amalannya.

Mengikut tradisi ajaran Kabbalah,ilmu pengetahuan diturunkan secara oral oleh rasul, nabi dan sages (dikenali dengan Hakhamim) yang bertanggungjawab di dalam penulisan agama dan budaya yahudi. Tradisi ini dikatakan bermula sejak kurun ke 10 lagi dan pengaruh dan amalannyanya menyelinap ke lebih kurang sejuta rakyat yahudi purba.

Penaklukan berterusan oleh bangsa asing menyebabkan pemimpin agama pada masa itu menyemunyikan ilmu dan membiarkan ia menjadi rahsia kerana kuatir ia akan jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab. Ketua Sanhedrin juga melihat amalan Kabbalah sebagai satu amalan yang mungkin akan di salah gunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Sejak itu ajaran Kabbalah menjadi begitu rahsia, terlarang dan exotic kepada agama yahudi untuk dua setengah milinium.

Dalam Kabbalah semua ciptaan tidak boleh lari dari reality. Pandangan ini boleh dijumpai dalam falsafah yahudi zaman pertengahan yang menampilkan pemahaman berlainan dengan teologi yahudi. Bagaimanapun, pemahaman Agung diajar secara berbeza di satu sekolah yang lain. Kabbalah menjelaskan struktur metafizik dan naluri dari tuhan. Divine nya di dalam Torah di olah dengan struktur bahasa yang agak berlainan yang member maksud mistik. Falsafah yahudi mempersoalkan had dan kekurangan maksud Divine dari seseorang pemikiran seorang manusia dengan harmoni berdasarkan skrip exegesis.

Dalam Kabbalah, Tuhan bukannya metirial atau benda bukan berjasad tetapi adalah Pencipta yang Agung. Persoalan mengenai Kabbalah akn terjawab apabila dua persoalan asas tuhan terjawab antaranya tuhan itu sendiri dan ciptaanNya. Kabbalah mempercayai bahawa tuhan adalah infiniti, tiada penghujung dan tiada batasan.

Seperti yang kita tahu bahawa karya Rabbi iaitu teks Kabbalah adalah satu daripada cara bagaimana tradisi oral berlaku. Namun, kebanyakkan tradisi ini banyak yang sudah ditulis bagi mengurangkan karya akan pupus.

Ben Sira ( Pada kurun ke 170 BC) mengatakan bahawa semua nya adalah kosong jika dilakukan dengan rahsia. Dalam banyak tahun, banyak teks yang dikasilkan dan kebanyakkan nya adalah teks dari Sefer Yetzirah.

Monday, November 29, 2010

100 Most Influential Person In The History

TANGGA KE 60: JOSEPH LISTER.

Doktor bedah British yang menggunakan anti septik dalam pembedahan. Dilahirkan pada 1827 di Upton England. Pada 1852, Beliau menerima ijazah perubatan dari Kolej Universiti di Landon dimana beliau dianugerahkan sebagai penuntut terbaik dalam ijazah perubatan.

Pada 1861, beliau menjadi pakar bedah di Glasgow Royal Infirmary dan memegang jawatan sehingga 8 tahun. Bermulanya detik perkembangan teknik penggunaan antiseptik di dalan perubatan.

Di Glasgow Royal Infirmary, Lister bertanggungjawab mengurus blok bangunan pembedahan yang baru. Ini disebabkan oleh kadar kematian yang meningkat din sekitarnya. Antara jangkitan yang serius adalah gengrene memerlukan bidang pembedahan. Langkah pertama beliau adalah dengan membiarkan wad wad di blok terbabit dalam keadaan bersih. Bagaimanapun, keadaan ini tidak dapat mencegah kadar kematian.

Pada 1865, Beliau ada terbaca penulisan Louis Pasteur dan membuka paradigmanya mengenai Theory Germ. Jika jangkitan disebabkan oleh mikrob maka cara untuk menghalangnya adalah dengan membunuh mikrob tersebut sebelum sampai ke kawasan pembedahan. Beliau menggunakan asid Karboksilik sebagai anti septik.

Hasil kajian Lister diterbitkan pada 1867. Beliau juga ditawarkan sebagai Lembaga Pengarah Pembedahan Klinikal di University Edinburgh pada 1869 dan dalam 7 tahun berikutnya kemasyurannya tersebar.

Pada 1875, Beliau menjelajah ke Germen dan memberi syarahan ideanya dan kajiannya. Beliau juga menjelajah Amerika.

Pada 1877, Beliau diberikan jawatan Lembaga Pengarah Pembedahan Klinikal di King Collage di Landon untuk 15 tahun. Banyak penghormatan yang diberikan beliau. Beliau menjadi Presiden Royal Society untuk 5 tahun dan pakar bedah peribadi Queen Victoria.

Inovasi yang dilakukan telah menyelamatkan berjuta juta manusia. Kebanyakan manusia mampu hidup dan tidak meninggal akibat pencemaran mikrob di hospital. Ramai pesakit tidak lagi takut bahawa pembedahan akan membawa kematian kepada pesakit.

TANGGA KE 61: NIKOLAUS AUGUST OTTO.

Pencipta pertama ' 4 Stroke Internal Combustion Engine'. Engin ini digunakan untuk menggerakkan motorbot dan motosikal dan sangat diperlukan untuk kapal terbang. Kelebihannya adalah kerana kombinasi berat engin yang rendah ditambah lagi dengan kuasa output yang tinggi.

Keburukkan ciptaan ini adalah kerana menyumbang kebisingan, pencemaran alam, memerlukan petrol untuk berfungsi, menyebabkan kematian dan kecerderaan.

Ia menyumbang kepada penggunaan kenderaan peribadi daripada penggangkutan awam.

Untuk memenuhi permintaan automobile, manusia menggunakan berekar-ekar lot lot parking dan beribu ribu jalinan jalan raya dan mengubah muka bumi.

Beliau dilahirkan pada  di bandar Holzhausen Germen. Pada umur  tahun, beliau mendapat pengalaman dalam bidang perniagaan. Kemudian beliau menjadi kerani di Frankfut.

Pada 1860, beliau mendengar Etienne Lenoir (1822-1900) telah mencipta engin gas (engin gas pembakaran yang pertama).

Bermula daripada saat itu, Otto berusaha meningkatkan kualiti engin Lenoir. Pada 1863, Eugen Langen sahabat perniagaan menaja beliau. Mereka membuka kilang kecil. Mereka memenangi pingat emas untuk Two Stroke Engine mereka di Paris World Fair. Pada 1872, mereka mengupah Gottlib Daimler untuk mengurus perniagaan.mereka.

Hak cipta Otto untuk Four Stroke Engine bermula pada 1886. Selepas tahun 1886, ramai cuba mempolopori bidang engin ini antaranya Karl Benz, Daimler dan Henry Ford (US).

Penciptaan Four Stroke Engine menyebabkan nama nama terkenal yang lain turut terlibat di dalam badang automobile.

Sunday, November 28, 2010

mengapa Israel dibiarkan mengganas

Ingin dibincangkan mengenai konflik yang berlaku antara Israel dan Palestine dan mengapa perlunya unsur-unsur bersifat ketenteraan dalam penyelesaian konflik antara penduduk islam Pelestine dengan Israel. Penduduk islam Palestine telah ditindas dan dibunuh tanpa pembelaan sejak sekian lama sama ada oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu , OIC atau mana mana pertubuhan lain. Rundingan demi rundingan tetapi kejayaan dan penyelesaian tetap kabur dan tidak meyakinkan.

Pada akhir Mei dan awal Jun, Misi Bantuan Kemanusiaan yang mendapat tentangan ganas tentera Israel. Soalan yang bermain di fikiran kita adalah mengapa mereka sanggup melakukan sesuatu yang selalunya dibuat oleh orang yang tidak berfikiran waras. Tindakan ganas dilakukan oleh Israel (komandonya) pada 31 Mei 2010 ke atas kapal turki (Mavi Marmara)dalam pelayarannya ke peraliran antarabangsa yang melibatkankan sekurang kurangnya 9 orang mati syahid dan puluhan lain cedera.

Setahun yang lalu, (December 2008-Januari 2009),pihak Israel mengganas di Semenanjung Gaza lebih 3 minggu. Orang awam termasuk wanita dan kanak kanak menjadi mangsa. Bangunan bangunan dan masjid juga turut musnah. Umat islam semakin melaung laungkan semangat kebencian terhadap Israel di seluruh dunia.

Saturday, November 27, 2010

Senario Pekerja Asing Di Malaysia

Migrasi di Asia Tenggara telah lama berlaku dan ia tidak lansung memberi impak kepada peningkatan populasi di negara tersebut. Di samping itu, migrasi juga memberi impak ekonomi kepada negara tersebut dalam menikmati faedah tersebut. Peralihan corak ekonomi dari pertanian kepada industri dan ketidakseimbangan jumlah populasi dengan peluang pekerjaan serta perkembangan tahap pendidikan sesebuah negara sering menjadi factor utama terhadap berlakunya migrasi. Bagi rantau Asia Tenggara, Malaysia dilihat sebagai destinasi popular terutamanya golongan buruh asing untuk mendapatkan pekerjaan separa dan tidak mahir.

Kebergantungan kepada buruh asing adalah disebabkan kepada modenisasi dan kekurangan tenaga kerja di sector pekerjaan. Kerajaan banyak memperkenalkan pendekatan baru atau polisi bagi pengambilan pekerja asing untuk bekerja di sector tertentu bagi melaksanakan agenda ekonomi negara. Namun kemasukan melampau mereka akan menggangu gugat keselamatan negara dan secara lansung mengancam keselamatan negara.

Menurut Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, Penduduk Asia Tenggara (2001) meningkat selepas Perang Dunia Kedua daripada 178 juta pada 1950 kepada 522 juta pada 2000. Peningkatan dilihat sebagai peningkatan kelahiran, Pengurangan kematian, serta perkembangan migrasi ke Asia Tenggara. Semasa era penjajahan immigrant cina telah mendominasi kebanyakan kawasan di rantau ini berbanding immigrant lain seperti Arab, India dan Parsi.


Kehadiran orang cina tidak dapat diatasi lagi. Mereka banyak tertumpu di kawasan Bandar dan pelabuhan. Migrasi telah berlaku semenjak sejarah kewujudan manusia lagi, namun istilah ini digunakan bagi menerangkan maksud dasar kerajaan apabila wujudnya negara moden yang memberi tumpuan serius terhadap aspek persempadanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Pergerakan manusia dari satu negara ke negara yang lain telah menjadi sebahagian proses pembangunan social terutamanya dalam struktur ekonomi dunia yang kompetitif. Ini secara lansung memberi kesan dalam konteks ekonomi terutama terhadap individu, negara pengeksport dan negara pengimport tenaga buruh asing. Selalunya factor migrasi dikait rapat dengan factor ekonomi seperti kemiskinan, penggangguran yang tinggi dan juga factor factor lain seperti peperangan, bencana alam dan pergolakkan di negara asal.

Pekerja asing merupakan tenaga buruh yang penting dalam perkembangan ekonomi sama ada negara pengimport atau pengeksport. Mereka bukan sahaja memberi impak kepada pembangunan ekonomi malahan dapat memberi sumbangan besar kepada kesejahteraan ekonomi negara asal kerana dapat mengurangkan pengganguran. Mereka dianggap sebagai pengganti kerana hanya mengisi kekosongan yang tidak boleh dibekalkan oleh orang tempatan.

Pertembungan tamadun Barat dan tamadun islam di Afganistan

Peperangan yang berlaku di Afganistan tidak boleh dilihat sebagai peperangan Amerika dan sekutunya menentang Taliban tapi yang jelas melibatkan pertembungan tamadun antara Barat dan Islam. Pada asalnya Barat tidak bersetuju dengan pentadbiran Taliban. Tindakan Amerika pula disokong oleh negara negara utama seperti Kanada, UK, Belanda, dan negara negara lain NATO. Apa yang berlaku sekarang adalah konflik pertembungan antara lapan tamadun utama iaitu Confucious, Jepun, Hindu, Barat-Kristian, Islam, Slavic-Ortodox, dan Latin Amerika dan konflik terbesar adalah antara tamadun Barat dan tamadun islam.


Prof. Huntington sangat berpengaruh dalam dasar luar US dan Barat. Pandangan beliau ada persamaan dengan pandangan dengan pandangan George Kennan dalam tahun 1940 yang mengupas tentang ancaman komunis yang mempengaruhi dasar Amerika terhadap Soviet Union dan negara negara komunis yang lain. Pandangan Huntington mempengaruhi dasar Amerika terhadap islam yang cuba mengaitkan islam dengan sifat yang negatif seperti keganasan. Apa yang diketengahkan adalah persoalan survival dan persoalan percaturan politik dunia. Untuk survival dan mengekalkan kuasa mereka perlu menghapuskan negara/kumpulan yang cuba menggugat kedudukan Amerika. George Kennen merumuskan bahawa tindakan Soviet Union adalah merbahaya terhadap Amerika dan perlu mereka bertindak balas. Dari sini Amerika perlu bertindak bagi menyekat perluasan pengaruh komunis pimpinan Soviet Union di seluruh dunia.

George Kennen memainkan peranan penting dalam mempengaruhi dasar luar Amerika selepas Perang Dunia Kedua. Tindakan yang dilakukan Amerika dalam percaturan kuasa dalam struktur antarabangsa yang bersifat bipolar banyak berdasarkan idea asas yang dikemukakan oleh George Kennen.

Huntington mengemukakan idea yang besar yang mempengaruhi tindakan dan dasar luar Amerika selepas berakhirnya Perang Dingin. Pandangan Kennen bersifat Bipolar dan musuhnya komunis manakala pandangan Huntington pandangan nya berpihak kepada factor penting yang membawa kepada konflik bukan agi

Friday, November 26, 2010

Perang Di Afganistan

Perang Afganistan yang bermual pada Oktober 2001 telah melampaui lebih lapan tahun lamanya. Tiada tanda perang yang diketuai oleh kuasa besar US dan sekutu kuatnya NATO akan berakhir dengan kemenangan.

Perbelnjaan Perang dengan Afganistan adalah yang terbesar dan jika di campur dengan Perang di Iraq jauh lebih parah lagi.

Dalam memahami proses kejatuhan dan kebangkitan sesebuah kuasa baru, ia harus dilihat melalui sudut sejarah silam. Pihak US tidak akan mengakui kelemahan dan kejatuhan kuasa yang dialaminya.

Pihak Soviet Union pada masa dahulunya cuba bertahan daripada mengaku kalah pada 1979 hingga 1989 dan berundur setelah benar benar tenat dan terbukti gagal mempertahankan diri. Dengan menanggung beban di Afganistan menyebabkan Soviet Union mengalami kemusnahan ekonomi dan menjadi salah satu daripada keruntuhan Empayar Soviet pada Disember 1991.

Tiada siapa yang boleh meramalkan bahawa Soviet Union sebuah empayar yang besar boleh jatuh dengan masa yang begitu cepat sekali. Tidak dapat dinafikan bahawa keruntuhan dan kehancuran empayar soviet ada hubungan dengan perang pada 1979-1988.

Beban tanggungan perang semakin meningkat. Perbelanjaan perang dengan pihak Taliban semakin meningkat dari tahun 2003 sehingga sekarang. Perbelanjaan perang pada 2002 adalah 20 Billion berbanding 2003 kurang dari 20 Billion.

Bilangan tentera Amerika dan sekutunya semakin tinggi. Angka kematian semakin meningkat dari 2002 hingga kini. Sejak 2007, kematian tertinggi lebih daripada 200 orang, 300 orang bagi 2008 dan 400 kematian bagi 2009.

Sokongan sekutu NATO juga berkurangan, ada yang menarik diri contoh UK, Denmark dan Australia menyatakan akan mengurangkan atau memberhentikan penghantaran tentera ke Afganistan. Ini agak bertentanagn dengan dasar Us yang ingin menambahkan tentera ke Afganistan.

Kebngkitan dan sokongan rakyat Afganistan terhadap perjuangan Taliban semakin meningkat. Persoalan kelengkapan peperangan tidak menjadi masalah kepada pejuang Taliban kerana mereka sanggup berjuang walaupun dengan jubah dan senapang patah sahaja.

Obama menegaskan bahawa perang di Afganistan sangat penting bagi US dan Dunia. Bilangan tentera perlu ditambah bagi memastikan Afganistan tidak jatuh kepada Taliban dan Al-Qaeda. Bilangan tentera seramai 17 000 pada awal pentadbirannya adalah tidak mencukupi. Pimpinan baru tentera Us dan NATO Jeneral Stanley McChrystal akan menerima bilangan tentera yang semakin besar. Pada awal December 2009, Obama memutuskan akan menghantar seramai 30000 lagi anggota tambahan ke afganistan secepat mungkin.

Dari satu sudut lain, Us perlu mengukuh dan meningkatkan lagi kekuatan tentera dan keselamatan Afganistan dengan meningkatkan bilangan tentera dan polis dari kalangan penduduk tempatan. Ia lebih murah dari segi kos berbanding dengan membawa masuk tentera dari negara penceroboh. Bilangan tentera dari kalangan penduduk tempatan akan ditingkatkan dari 80000 kepada 134000 anggota menjelang 2011 dan ada yang mencadangkan 250000 anggota. Dalam masa yang sama jumlah polis dan tentera tempatan perlu ditambah sehingga jumlah yang besar daripada jumlah yang ada sekarang.

Tentera Taliban berjuang dengan penuh berani demi agama. Kematian dalam berjuang menentang US tidak pernah dianggap mati tetapi mulia disisi tuhan dan bercita cita untuk mati syahid. Sebaliknya tentera US berperang dengan rasa takut, tidak ada semangat juang yang tinggi dan tidak mempunyai tujuan dan matlamat mengapa mereka berjuang di Afganistan. Bilangan tentera dan kecanggihan senjata tidak menjamin apa apa factor kemenangan kerana mereka berlawan dengan tentera Afganistan yang menggunakan senapang patah dan kapak tua dalam melawan tentera US dan Sekutunya.

Kekuatan sebuah pakatan tidak bergantung kepada kekuatan fizikal semata mata. Kecanggihan peralatan tidak menjamin apa apa faktor kemenangan sesebuah angkatan tentera. Pihak US dan sekutunya mempunyai kekuatan fizikal, teknologi yang jauh lebih canggih dari tentera Taliban. Ini juga dapat dibuktikan dengan pengalaman perang pada masa dahulu. Pihak US mengalami kekalahan yang sama semasa peperangan dengan Indo-China dalam Perang Vietnam Pertama 1946-1954 dan Perang Vietnam sejak 1960 hingga kekalahan US pada April 1975 yang terpaksa menyerah kepada Komunis Vietnam Utara.

Keadaan yang sama dialami oleh Soviet Union dalam perang melawan Mujahiddin Afganistan dari 1979 hingga terpaksa menyerah kalah pada 15 Febuari 1989. Selain dari kekuatan fizikal, semangat dan keyakinan tentera juga perlu dalam memenangi satu peperangan. Dalam hal ini, semangat yang jelas adalah mempertahankan agama serta kedaulatan tanah air dari pencerobohan musuh kafir berideologi komunis yang jelas bertentangan dengan agama islam. Matlamat mereka adalah berjuang sehingga berjaya mengusir tentera Soviet dan sekutunya berideologi komunis dan kalau ditakdirkan mati syahid. Mereka beranggapan bahawa mereka tidak mati tetapi hidup disisi Allah serta diberikan tempat yang lebih baik dalam syurga.

Ramai tentera Nato sebernarnya diarah berperang bagi kepentingan Amerika bagi menghapuskan Taliban dan Al-Qaeda. Kepimpinan Amerika dikatakan penting dalam keamanan sejagat serta mempunyai hubungan rapat dengan peristiwa 11 September 2001.

Thursday, November 25, 2010

100 Most Influential Person In The History

TANGGA KE 58: ANTOINE HENRI BECQUEREL.

Penemu kepada Radioaktif pada 1852 di Paris, France. Menerima ijazah kedoktoran pada 1888. Pada 1892, menjadi profesor fizik aplikasi di museum of natural history, Paris. Datuk dan ayah beliau adalah seorang ahli fizik. pada 1895, beliau menjadi profesor fizik di Politeknik Ecole.

Tahun sebelumnya, Wilhelm Kontgen menemui X-ray yang dihasilkan dari Katod ray tube. Secara tidak sengaja beliau menemui bahawa sebatian Uranium dapat boleh menembusi radiasi walaupun tidak terdedah kepada cahaya tampak.

Beliau menemui radiasi yang dikeluarkan di uranium bukanlah X-ray tetapi Becqueral Ray. Beliau kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa uranium sendiri adalah radioaktif. Radioaktif bukan dari tindak balas kimia tetapi dari atom itu sendiri.

Pada 1896, 7 laporan saintifik dikeluarkan. Ramai penyelidik kemudiannya menjalankan kajian mengenai radioaktif seperti Marie Curie. Marie Curie menemui thorium adalah radioaktif. Bersama suaminya pula menemui polonium ran radium. Curie individu pertama menggunakan istilah radioaktif bagi menerangkan fenomena ini.

Ernest Rutherford & Fredrick menemui bahawa Becquerel mengandungi jenis2 radiasi seperti Alpha, Beta dan Gamma. Bahan radioaktif memancarkan banyak tenaga.

Pada 1903, Becqueral dianugeh Nobel untuk fizik bersama Pierre dan Marrie Curie.

Radioaktif kadangkala digunakan untuk rawatan kanser. Ia juga membantu dalam maklumat struktur nuklear. Juga digunakan dalam ujian biokimia. Radioaktif terlibat dalam kajian arkeologi dan geologi. Yang terpenting adalah radioaktif membebaskan jumlah tenaga yang banyak. Ciptaan terbesar radioaktif adalah dalam pembuatan bom yang meletupkan bandar Hiroshima dan Nagasaki.

Signifikasi individu ini adalah dalam perkembangan tenaga nuklear dan senjata nuklear. Beliau menjumpai satu dunia asing pada atom.

TANGGA KE 59: GREGOR MENDEL.

Penemu kepada asas pewarisan. Seorang paderi yang warak dan saintis amatur.

Dilahirkan pada 1822, di bandar Heinzendorf (Austrian Empire) dan kini Czechoslovakia. Pada 1843, memasuki Monastery Augustinian di Brunn, Austria. Menjadi paderi pada 1847.

Pada 1856, beliau menjalankan experiment dalam kacukan tumbuhan. Daripada experiment beliau mengeluarkan Hukum Pewarisan dan diserahkan kepada Brunn Natural History Society.

Pada 1866, kajian diterbitkan pada Transations dengan tajuk article "Experiment With Plant Hybrid". Artikel ke dua diterbitkan pada jurnal 3 tahun kemudian. Mandel juga menghantar hasil kajiannya kepada Karl Nageli (Pegawai yang bertanggungjawab terhadap hasil kajiannya).

Pada 1868, Mandel diberikan tugas untuk menyambung kajian mengenai tumbuhan. Apabila beliau meninggal dunia (1884) semasa berumur 61 tahun. Kajian beliau tidak lansung dietrima dan diberi pengiktirafan.

pada 1900, Beberapa saintis secara berasingan Hugo de Vries (Dutch), Caerl Correns (Germen) dan Enrich Vontschermark (Austrian). Ketiga tiganya menjalankan kajian berasingan berdasarkan kepada hasil kajian Mandell. Ketiga tiga pengkaji mendapat hasil sebagaimana artikel Mandel dan mereka membuat kesimpulan bahawa kajian mereka adalah hanya untuk membuktikan teori Mandell.

Pada akhir tahun, ramai saintis berpendapat bahawa Mandell sangat layak mendapatkan paten diatas kajian beliau.

Mandel berpendapat bahawa semua makhluk hidup terdapat unit asas yang diwarisi dari baka ke waris. Dalam tumbuhan yang dikaji Mandell, ciri ciri warna benih dan bentuk dipastikan dari sepasang gene. Mandell menemui bahawa 2 gene yang diwarisi dari genetik bakanya. Hanya gene yang dominan akan menunjukkan  ciri fizikal. Gene yang ressesive akan kekal dalam genetik tetapi tidak diwariskan. 50% kemungkinan gen itu akan diwarisi. Mendell sedar bahawa gamet (sel pembiakkan) mewakili 1 dari sepasang 2 gamet yang berpasangan.

Hukum Mandel merupakan titik mula kepada sains genetik. Beliau mula mengkaji set genetik yang terdapat dalam hidupan. Corak kajian beliau adalah analisis statik dari pemerhatian. Disebabkan faktor pemilihan semulajadi dinyatakan, saintis tidak dapat mengetahui gen warna mana yang akan diwarisi. Ini jelas bahawa Hukum Pewarisan sangat penting dalam pengetahuan manusia.

Perbezaan Mandell dan rakan rakan yang lain adalah Mandell dilupai dan kemudian kajian mereka dibuktikan semula.

Wednesday, November 24, 2010

Masjidil Aqsa Dan Kuil Sulaiman.

Sejarah silam boleh dilihat dari pelbagai sudut sama ada dari sudut islam atau barat. Di dunia barat, Raja Sulaiman dikenali sebagai King Solomon sebagai seorang raja Yahudi yang membina rumah ibadatnya yang disebut Yahudi sebagai Solomon Temple. Apabila diterjemah ke Bahasa Melayu, ia bermaksud Kuil Sulaiman.

Masjid Al-Aqsa bertepatan dengan kaca mata islam bahawa Raja Sulaiman yang mendirikan Masjid Al-Aqsa. Agama Yahudi oleh barat adalah islam yang dipinpin oleh para nabi silam termasuklah Nabi Sulaiman.

Masjid Al Aqsa atau dikenali Barat sebagai Solomon Temple amat terkenal dan besar menjadi ziarah oleh orang islam pada zaman Baginda.

Gambaran besar Masjid al-Aqsa diceritakan secara turun-temurun oleh orang yang pernah menziarahinya dari zaman ke zaman dan kemudiannya masjid itu dimusnahkan oleh Tentera Rom . Masjid itu mengalami beberapa penambahbaikan dan pembesaran dan akhirnya diruntuhkan oleh Tentera Rom. Tapak lokasi itu dikenali sebagai Temple Mount. Pada zaman Rasululah yang tinggal hanyalah tapak. Semasa Israk Dan Mikraj, Rasulluwah menaiki Buraq dari Masjidil Haram ke Masjidil Al-Aqsa melihat masjid yang pernah wujud di situ sebelum ke langit (Sidratul Muntaha).

Orang Mekah ada pernah menguji Muhammad untuk benar-benar membuktikan bahawa bagaimana rupa dan bentuk Masjidil Aqsa. Orang Mekah mengetahui rupa dan bentuk Masjidil Aqsa kerana pernah ke sana atau mendengar turun temurun dan tanpa ragu ragu mempercayai Rasullulah.

Ketika di Madinah, orang Yahudi bersembahyang mengadap Masjidil Aqsa yang dijadikan kiblatnya. Ketika agama yahudi merupakan agama islam zaman silam, sudah tentu mereka akan mengkiblatkan Masjid Al-Aqsa walaupun masjid itu tidak wujud.

Orang yahudi memandang hina Rasullulah dengan mengatakan bahawa orang islam meniru mereka. Maka turunlah wahyu yang mengkehendaki mereka menukar kiblah dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram.

Apabila orang islam menakluki Baitul Muqqadis salah satu langkah yang pertama yang dilakukan oleh Panglimanya Saidina Umar Al-Khattab ialah mencari lokasi tapak Masjid al-Aqsa. Masjid tidak ada malah tapaknya digunakn sebagai pusat longgokan sampah.

Maka Saidina Omar mengarahkan tempat itu dibersihkan sebagai tapak masjid Al Aqsa menggantikan Al Aqsa Sulaiman. Masjid pada asalnya kecil dan ringkas dan sedikit demi sedikit mengalami pengubahsuaian.

Kalifah demi kalifah berganti membina satu lagi masjid yang cantik yang dikenali sebagai Kubah sakarah (Dome Of Rock) atau Masjid Umar bersebelahan masjid Al-Aqsa di kawasan yang sama. Masjid Al-Aqsa adalah pewaris sebenar Masjid Sulaiman.

Orang yahudi terus mengimpikan Solomon Temple dibina semula berdasarkan igiminasi turun temurun. Inilah cita cita Israel. Setelah dibina mereka percaya bahawa Al-Masih akan muncul dan memimpin dunia ke dunia yang sempurna.

Tuesday, November 23, 2010

misi penghapusan etnik di Thailand

Wilayah wilayah Naratiwat menerima nasib yang sama dengan nasib yang diterima oleh Takbai. Wilayah yang mereka duduki turut diganggu gugat oleh kehadiran tentera tentera kerajaan. Ini seolah oleh terdapat satu rencana yang dirancang oleh kerajaan Thailand terhadap penduduk di kawasan penduduk majority islam disitu.

Pendidikan di 3 wilayah majority umat islam di Thailand menggunakan pendidikan pengajian islam yang sesuai dengan majority penduduk setempat. Bahasa yang digunakan pula adalah bahasa arab dan melayu. Namun, campur tangan daripada kerajaan mengistiharkan bahasa Thai sebagai bahasa rasmi dalam banyak urusan. Ini menjadikan banyak penduduk islam kawasan tersebut terpinggir. Kelemahan berbahasa Thai menyebabkan mereka tersekat dari melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Rakyat rakyat di wilayah tersebut melihat dasar kerajaan sebagai cuba menafikan hak mereka untuk terus hidup dalam persekitaran berbahasa melayu sebagai bahasa pengantaraan.

Selain penolakkan bahasa rasmi dan penolakkan bahasa selain bahasa Thai. Kerajaan Thai tidak memberikan perhatian serius terhadap system pendidikan sekolah-sekolah agama di wilayah berkenaan.

Kebanyakan mereka terpaksa berusaha mencari sumber pendapatan untuk membina sekolah, membayar gaji guru, serta segala keperluan mereka. Banyak pondok pondok didirikan hasil wang ihsan penduduk setempat. Sukatan mereka tidak diiktiraf oleh kerajaan Thai sekali gus menyebabkan ramai pelajarnya tertinggal dari arus politik perdana.

Perkara ini dilihat oleh penduduk di wilayah berkenaan sebagai sesuatu yang serius. Sekiranya ini berlarutan maka golongan professional dari wilayah itu tidak dapat dihasilkan. Maka mereka akan melihat bahawa kerajaan Thai lebih menumpukan misi untuk memundurkan bangsa melayu Thai. Hal ini membimbangkan penduduk dan memaksa pihak kerajaan memberi kuasa autonomi supaya mereka boleh membangunkan wilayah mereka dan tidak tertindas.

Monday, November 22, 2010

penduduk neraka adalah wanita.

Kadang saya HERAN, menurut Rasulullah shalallaahu 'alaihi wa sallam kebanyakan penduduk neraka adalah wanita.

“Aku melihat ke dalam Surga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya)

Padahal pintu-pintu kebaikan dan pintu-pintu surga terbuka buat wanita, dan Allah telah memudahkan wanita untuk masuk ke dalam surga, dan wanita telah mendapatkan KELEBIHAN dan KEISTIMEWAAN:

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang pria yang sholeh.

2. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

3. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

4. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

5. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

6. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

7. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (dengan jarak 10,000 tahun perjalanan).

10. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. menatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

11. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

12. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

13. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

14. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

15. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

16. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 pria yang jahat.

17. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

18. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

19. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

20. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

21. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakult.

22. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

23. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

24. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

25. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

26. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

27. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

28. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

29. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

30. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun sholat.

31. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

32. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

33. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

34. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

35. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Friday, November 19, 2010

Rintihan Suara kemerdekaan Umat Minoriti Islam

Boleh dikatakan bahawa suara umat islam adalah bermusim dalam isu yang membabitkan umat islam. Puncanya adalah kerana umat islam tidak mempunyai kekuatan, pengaruh dan masih sukar mencari titik persamaan ke atas semangat persaudaraan umat islam. Malah pemusuhan dan penindasan ke atas sesama umat islam di sesetengah negara tidak pernah selesai.


Kalau dunia islam mampu bersatu menentang penindasan regim zionis ke atas umat islam, bagaimana pula penindasan ke atas minority umat islam di China, India, Myanmar, eropah dan beberapa negara eropah. Jika dilihat dunia islam hanya bergema apabila berlaku sesuatu ke atas umat islam.

Contoh yang nyata adalah yang berlaku kepada etnik Uighur di Xianjiang China. Apa yang dilalui oleh bangsa ini sudah kira kira 250 tahun selama mana berada di bawah penguasaan Negara China. Mereka cuba dihapuskan secara sistematik.

Wilayah yang dikenali sebagai Turkistan timur dengan nama barunya Xianjiang atau bermaksud tanah yang ditawan oleh pemerintah China menyimpan banyak bukti kekejaman yang dilakukan oleh pemerintah China.

Lebih memburukkan keadaan apabila pemerintahan Komunis mengambil alih kerajaan dimana satu gerakan untuk menghapuskan populasi dan menjadikan mereka sebagai penduduk minority di wilayah mereka sendiri.

Sekita tahun 1950, 75% daripada populasi di wilayah ini adalah etnik Uighur dimana etnik Hui sekitar 6%. Pada 1990, populasi Hui menurun ke 40 % berbanding Hui meningkat ke 56%. Hui kini membentuk majority dan menguasai Bandar dan memiliki banyak tanah etnik Uighur diambil untuk tujuan pembangunan menyebabkan mereka semakin jauh terpinggir ke kawasan pendalaman yang mundur.

Kawasan ini sangat penting daripada sudut strategic dan pertahanan tetapi wilayah bagi menguji kemampuan senjata nuclear. Banyak juga kecacatan yang dialami oleh etnik Uighur akibat terdedah pada radiasi. Banyak yang tidak diketahui oleh dunia luar. Bagi pentadbiran pusat tidak mengiktiraf apa apa kenyataan yang dikeluarkan oleh puak Uighur. China akan menuding jari kepada Rebiya Kadeer yang dikatakan menjadi dalang kepada rusuhan yang berlaku lantas kenyataan yang dikeluarkan beliau.

Cuma dengan dunia tanpa batasan, segala maklumat yang berkaitan dengan etnik Uighur mudah tersebar oleh media. Pemimpin islam pula bersikap sikap membisu. China membalas dengan mengatakan bahawa isu ini adalah berkaitan dengan masalah dalaman negara komunis tersebut. Negara negara lain hanya mampu mengesa China tetapi tidak mampu berbuat apa apa.

Cukup malang sekali bagi umat islam apabila sebarang tuntutan yang berkaitan dikatakan sebagai tuntutan pengganas. Ini lah yang berlaku ke atas etnik Uighur, masyarakat Palestine, Selatan Filipina, Selatan Thailand, Chechnya dan Kashmir.

Isu membabitkan umat islam sendiri perlu diselesikan oleh umat islam sendiri bukannya barat. Penindasan regim Zionist ke atas pendudukan Palestine adalah contoh yang terbaik. Sejak Israel ditubuhkan, pada 14 Mei 1948 penduduk Palestine tidak berubah malah menjadi buruk.

Apa yang berlaku ke atas umat islam Bosnia dan Kosovo adalah serupa. Barat hanya bertindak apabila wujud desakan masyarakat antarabangsa. Pembabitan Amerika Syarikat dalam soal ini juga berkepentingan isitu meluaskan pengaruh di rantau Balkan untuk mengimbangi pengaruh Russia yang berakar umbi di rantau tersebut. Penyelesaian nya juga tidak adil bagi Bosnia kerana negara itu akhirnya terbahagi kepada dua identiti. Keiklasan barat dalam konfliks Bosnia juga dipersoalkan. Bagaimana sebuah wilayah yang diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Negara Negara Bersatu (PBB) seperti Srebrenica gagal dipertahankan sehingga menyaksikan beribu umat islam dibunuh dimana kesannya dirasakan sehingga kini.

Begitu juga nasib umat islam di Kashmir sehingga kini menantikan usaha masyarakat antarabangsa khususnya dunia islam untuk berbuat sesuatu bagi memastikan matlamat mereka memiliki negara sendiri tercapai. Selama 50 tahun, berperang dan berdepan dengan konfliks yang bersudahan, sudah sampai masanya Kashmir mendapat perhatian dunia.

Bagi India, Kashmir sangat penting kerana kaya dengan hasil galiannya dan cukup strategik. Memberi kemerdekaan kepada Kashmir merupakan kebimbangan utama India kerana sebahagian lagi Kashmir berada di Pakistan.

Kashmir sehingga kini masih kekal di bawah kekuasaan India kerana keputusan dan revolusi yang dikeluarkan PBB. Malah negara islam pun tidak menunjukkan sikap kesungguhan untuk mencari penyelesaian atas banyak factor dan pertimbangan.

Pakistan juga memberi sokongan kerana terikat dengan tekanan barat. Apa yang berlaku di Kashmir kerap kali digambarkan India dan media barat sebagai gerakan pemisah dan keganasan menentang pemerintah.

Hal yang sama berlaku pada etnik Kurdish yang sehingga kini tidak mempunyai negara sendiri dimana wilayah mereka pernah wujud suatu ketika dahulu dipecah- pecahkan sehingga membuat etnik Kurdish merempat di beberapa buah negara. Mereka menghuni wilayah tenggara Turki, utara Syria, utara Iraq, dan wilayah Iran yang bersempadanan dengan Turki.

Hari ini etnik Kurdish menerima kemakmuran dengan pemberian autonomi di utara Iraq setelah kejatuhan Saddam Hussien.
Bangsa Kurdish dianggarkan berjumlah sekitar 35 juta dimana 20%(Turki), 15-20% (Iraq), 8% (Syria), 7% (Iran), 1.3% (Armenia) membentuk etnik kedua terbesar di negara negara tersebut.

Thursday, November 18, 2010

Muslihat serangan ke atas Iraq Dan Afganistan

Tidak dapat dinafikan bahawa peristiwa 11 September dianggap sebagai titik penting pertembungan tamadun seperti yang dikemukakan kerana sehari selepas peristiwa yang berlaku tanpa penelitian dan kajian yang mendalam George Bush terus menuduh bahawa Al-Qaeda yang bertanggungjawab ke atas serangan 11 september. Ini seolah olah tuduhan atau perancangan awal yang telah dipikir dahulu.

Yang pasti serangan ke atas Afganistan adalah kerana pentadbiran Taliban di Afganistan mesti dimusnahkan. Terdapat juga yang mengatakan bahawa Afganistan adalah sebagai rancangan jangka panjang Amerika.

Iran semakin kuat kedudukan pertahanan nya mesti dikepung terlebih dahulu sebelum serangan ke atasnya dilakukan. Iran terletak di tengah tengah diantara Iraq dan Afganistan. Penguasaan negara seperti Afganistan dan Iraq perlu dalam strategi sebelum menyerang Iran dengan jayanya. Pihak Amerika mengakui tentang kekuatan Republik Islam Iran (Iran sukar dikalahkan dalam perang Iran-Iraq dari 1980-1988 walaupun ketika serangan Republik Islam Iran baru terbentuk dan belum tersusun system pentadbirannya. Bayangkan Iran yang baru setahun jagung itu pun dapat mengalahkan Iraq yang mendapat bantuan Amerika, bagaimana pula Iran yang telah matang sekarang.

Amerika masih di tahap kegagalan bagi menguasai Iran kerana Afganistan gagal dikuasai oleh oleh Amerika sehingga kini, kebangkitan tentera dan sokongan terhadap taliban semakin meningkat, manakala sokongan ke atas negara negara bersekutu semakin menurun. Great Britian akan menghantar tentera ke Afganistan dengan syarat Kerajaan Afganistan mesti dahulu meningkatkan kuasa tenteranya.

Iraq juga gagal dikuasai oleh Amerika sebagaimana dirancang. Amerika berjaya menjatuhkan hukuman mati ke atas Saddam Hussien tetapi gagal menghapuskan perasaan Anti-Amerika di Iraq. Kepungan ke atas Iraq sukar dilakukan kerana tapak kepungan di Iraq dan Afganistan tidak kukuh.

Iran semakin kuat dari segi peningkatan ketenteraan (dengan penguasaan teknologi nuklear) dan juga sokongan dan pakatan kerjasama dengan kuasa besar lain khususnya hubungan dengan Russia sejak pentadbiran Vladimir Putin. Teknologi nuclear Iran semakin kuat. Iran baru sahaja melakukan ujian peluru berpandu Shehab 3 yang mampu hingga ke sasaran selatan benua eropah. Iran juga mampu mengeluarkan jet pejuang rekaan sendiri yang tidak dapat dikesan oleh radar AS.

Terbentuknya pakatan pakatan negara negara laut Kaspia yang diketuai oleh Rusia dan Iran serta negara negara sekitar Laut Kaspia. Perjanjian itu mengatakan bahawa negara negara anggota tidak dibenarkan menggunakan negara mereka sebagai negara pangkalan melancarkan serangan ke atas negara negara anggota. Perjanjian ini terbentuk sempena lawatan Vladimir Putin ke Iran.

Sejarah imigrasi yahudi ke Palestine

Peningkatan penduduk yahudi di Palestine adalah disebabkan oleh  kesempitan kehidupan mereka di eropah dan penigkatan pengaruh Organisasi Yahudi Sedunia. Agensi Yahudi untuk Palestine meningkat di bawah Ketuanya David Ben Gurion dengan polisi bahawa Ziomist Amerika akan memberi dana dan pengaruh di Washington DC dengan pengaruh dan effective di Komuniti Palestine Amerika.


Selepas Perang Perang Dunis ke 2 dan Holocaust menyebabkan banyak masyarakat yahudi yang tidak mempunyai Negara menjadi pelarian. Banyak yang terselamat dari Holocaust lari melarikan diri ke Palestine dimana di tangkap oleh tentera British. Namun, kemaraan yahudi gagal dibendung oleh pihak british.

Pada 1947, Agensi khas dibawah Pertubuhan bangsa bangsa bersatu (PBB) mengesorkan bahawa Barat Palestine diberikan kepada Negara yahudi manakala yang lain nya diberikan kepada Negara Palestine. Keputusan P BB mengakibatkan Perang diantara Yahudi dan Negara arab yang dikenali sebagai Perang Arab Israel 1048.

Pada 14 May 1948, Pada akhir mandate British. Agensi Yahudi David Ben Gurion mengistiharkan bahawa tarikh tersebut Negara yahudi tercipta. Lantas itu, 7 negara arab pada hari yang sama menyerang dan membunuh tentera tentera Israel. Konfliks ini menyebabkan 710,000narab Palestine menjadi pelarian dan 850,000 yahudi berhijrah ke Israel.

Fungsi Pertubuhan Yahudi Sedunia berfungsi sebagai organisasi yang membantu dalam membantu dan menggalakkan yahudi untuk berhijrah ke Israel. Ia memberi bantuan secara politik dari beberapa buah Negara di dunia.

Perjuangan utama adalah pada tahun 1948 di mana membantu memberi sokongan logistic kepada penghijrahan yahudi secara besar besaran dan terpenting adalah dimana usahanya dalam membantu yahudi untuk keluar dari Soviet Union dan untuk mempraktikkan kebebasan beragama dalam harian mereka.

Wednesday, November 17, 2010

Negara Barat Mengkianati Perjanjian

Orang islam berhak hidup dengan aman dalam wilayah sambil mengamalkan kepercayaan tanpa campur tangan pihak luar. Jika terdapat golongan yang sudi membantu, kita patutlah membuka laluan dengan batas batas pemikiran yang logic dan teratur supaya kehidupan orang islam berlandasan dengan agama.


Apa ertinya semua ini jika dilihat dari segi sudut perkembangan politik antarabangsa sejak 1648 berikutan termenterainya Perjanjian Westphalia. Barat secara rasmi telah mengikat diri kepada ketetapan menghormati kemerdekaan dan kedaulatan negara lain. Atas nama keselamatan sejagat yang teradun di Barat sendiri, segala prinsip yang terkandung dalam Perjanjian dikorbankan satu demi satu bagi menjaga kepentingan pihak tertentu iaitu negara negara Barat yang diketuai Amerika Syarikat.

Islam sebagai Rahmat Kepada Seluruh Alam tidak berpeluang berfungsi di arena antarabangsa malah orang islam dan negara islam tidak terselamat dari Keselamatan Sejagat yang ditaja. Idea ini dikemukakan Barat dan sebati dengan Barat dan pendirian PBB, negara negara muslim dan bukan muslim. Ini bermakna bahawa keresahan orang islam akan berlanjutan.

OIC dan NGO islam sepatutnya melakukan sesuatu agar umat islam hidup aman dan makmur dan secara lansung menamatkan penindasan.Sekiranya idea keselamatan islam berkembang, negara bukan islam dan penganut agama lain turut meraih keuntungan dan kebahagian khasnya prinsip Insanniayyah yang menekankan sikap hormat menghormati sesama manusia yang menawarkan toleransi antara negara menjadi pegangan dan amalan dalam hubungan antara bangsa

Tuesday, November 16, 2010

Yahudi Pandai Bukan realiti sebenar

Pemenang Hadiz Nobel banyak dibolot oleh orang yahudi. Begitu juga banyak pemikir – pemikir hebat, saintis, ahli perniagaan dan ahli perniagaan adalah yahudi. Maka timbullah andaian bahawa yahudi adalah bangsa yang bijak dan pandai. Ia selaras dengan kenyataan yahudi bahawa konsep bangsa pilihan tuhan adalah bertepatan dengan agama mereka.


Memang banyak pemikir hebat di kalangan mereka antara nya Sigmund Freud, Karl Marx dan Albert Einstein. Begitu juga sekarang dengan negara yang kecil dan sangat sendat mereka berjaya menguasai Amerika Syarikat dan Eropah Barat serta secara lansung dunia keseluruhanya. Adakah ini hebat.

Mereka menyumbang kepada kalifah Umaiyyah, Abbassiyyah dan Uthmanniyah mahupun Analusia serta Anatolia. Yahudi menjadi penyumbang utama kepada tamadun islam. Dari situ mereka terus menyumbang perkembangan Renaissance di Itali dan seterusnya Enlightenment yang membawa dunia ke zaman moden.

Pada waktu yang sama timbul kebodohan mereka. Bagaimana pula negara yang bijak gagal membina sebuah negara. Jika dibanding dengan bangsa lain, mereka tidak menghadapi masalah untuk membina negara sendiri.

Apabila menubuh negara Israel pula, mereka terus tidak diiktiraf. Dalam keadaan yang sama mereka gagal mengalahkan bangsa Palestin yang sering mengganggu mereka.

Hakikatnya walaupun bijak pandai dikalangan yahudi tetapi perlu meninggalkan agama nya untuk masa depan. Demi mencorak zaman moden, beliau meninggalkan agamanya. Ayahnya beragama Kristian manakala beliau Atheis. Beliau pencipta fahaman komunisme dimana tiada tuhan fahaman nya dan negara akan ditadbir dibawah fahaman secular.

Dalam sejarah tamadun, menempatkan kepentingan orang yahudi semasa tamadun Rom, Islam, Renaissance mahupun Enlightenment tetapi tidaklah begitu besar. Mereka adalah sebahagian daripada kelompok yang besar. Tanpa orang bukan islam mereka tidak dapat berkembang.

Di Amerika Syarikat dan Eropah, yahudi tidak akan bangun tanpa golongan gentile. Mereka sangat memerlukan sokongan dan bantuan dari golongan yang lain.

Itu sebabnya negara yahudi, Israel gagal muncul sebagai negara yang berjaya. Ia merupakan negara yang tidak diiktiraf oleh negara negara bukan yahudi. Warganegara Israel berketurunan Arab tidak diberi peluang dan hak sewajarnya oleh perlembagaan. Pada masa penubuhan negara Israel, mereka mengiktiraf hak rakyat Palestine dan berubah dari semasa ke semasa.

Penubuhan Israel yang berasaskan fahaman Zionist sendiri banyak ditentang oleh yahudi sendiri. Di kalangan yahudi Ortodoks, mereka berpendapat bahawa selagi masih tidak turun maka negara Israel tidak boleh wujud. Pendapat adalah berdasarkan kepercayaan agama. Ada di kalangan yahudi yang tidak mempercayai agama juga menolak sebuah negara Israel berasaskan kaum

Di kalangan yahudi terdapat banyak fahaman mazhab, kumpulan dan firgah. Banyak juga orang yahudi telah meninggalkan agama mereka. Ada yang memeluk kristian, islam. Yang banyak adalah mereka yang atheis dan Astonisisme.

Adakah orang yahudi berasaskan kepada kaum dan agama. Banyak yang asalnya bukan keturunan yahudi terutama di Russia. Ini kerana mereka memeluk agama yahudi. Ada juga yahudi yang tidak mempercayai agama mereka.

Dalam tradisi islam, penganut awal kristian yang berpegang kepada Kitab sebenar Nabi Isa digelar sebagai Nasrani tetapi menurut barat Nasarenes merujuk kepada salah satu daripada mazhab awal Kristian.