Israel telah meluluskan pembinaan empat bangunan apartmen baru di timur Baitulmaqdis, sekali gus menambah ketegangan dengan rakyat Palestin ketika Amerika Syarikat (AS) sedang berusaha mencari jalan perdamaian.
Rakyat Palestin mendakwa timur Baitulmaqdis merupakan kawasan masa depan mereka dan meminta supaya semua projek pembinaan dihentikan sebelum rundingan disambung semula.
Projek 24 unit itu sedang dibangunkan di kejiranan Arab oleh Irving Moskowitz, seorang Yahudi Amerika yang bermurah hati membiayai peneroka-peneroka Yahudi untuk memperkuatkan kubu Israel di kawasan-kawasan kota suci.
Baitulmaqdis merupakan mencetuskan isu panas antara Israel dan Palestin dan bangunan baru itu bakal terletak di salah sebuah kawasan paling strategik, hanya di luar Bandar Lama yang menjadi tembok kepada penganut Islam dan Yahudi.
KINI BEREMPAT - 'RIAN' NAMA ANAK KEDUA PASANGAN DURIANKIMCHI
42 minutes ago