Rassululah telah memberi ruang dan peluang kepada orang yahudi Madinah meskipun baginda tahu hati budi mereka. Dengan harapan terbuka hati untuk beriman, tidak pun menjadi jiran yang baik dan boleh diharapkan.
Dengan usaha diplomasi, rasul mengikat perjanjian dengan mereka khasnya 3 bani yahudi terbesar Qainuqak, Nadhir dan Quraizah. Perjanjian meliputi hal2 tolong menolong atas dasar kemanusiaan.
Mereka akan sedia tolong menolong jika salah satu daripada nya ditimpa kesusahan atau diserang musuh dari luar. Kedua2 belah pihak boleh mengamalkan agama masing masing tanpa ada hina menghina. Termasuk tidak memberi bantuan musuh dari luar.
Awalnya mereka akur dan menepati janji. Namun mereka mula mengukir janji saban hari. Tindakan kemuncak adalah pakatan untuk membunuh Rasullullah. Rasul pada suatu hari melawat perkampungan bani Nadhir. Rasulullah pada masa itu ditemani oleh beberapa orang sahabat. Rasululah berhajat sedikit memberi pertolongan melibatkan perbelanjaan tertentu memandangkan komuniti Bani Nadhir berupaya membantunya.
Cerah harapan apabila tokoh terkemuka yahudi sedia membantu. Rasululah dipelawa menjamah makanan dahulu sebelum pulang.
Rupanya orang2 yahudi Bani Nadhir mengambil kesempatan daripada sikap ramah dan lemah lembut rasullulah.Cepat sungguh mereka mengatur rancangan hendak membunuh rasul. Dengan pertolongan Allah, nabi mengetahui apa yang akan berlaku. Baginda terus pulang tanpa sebarang ucapan.
Rasulullah datang semula ke penempatan Bani Nadhir Bukan untuk berbincang atau meminta bantuan tetapi untuk menjatuhkan hukuman. Mereka bersalah kerana berkomplot hendak melakukan pembunuhan terhadap rasullulah. Mereka diusir dari Bandar Madinah dan tidak boleh lansung menjadi penduduk Madinah.
Saturday, January 09, 2010
Dendam Yahudi Terhadap Rasullullah
ILHAM DARI PUTERA at 12:21:00 PM