THAILAND: Jihad Menentang Pekerja Binaan Yang Beragama Buddha. Dilaporkan pada 11 June 2009,(Reuters). Seorang pekerja binaan yang beragama Buddha telah dibunuh oleh pengganas Islam di Yala dan meninggalkan nota yang berbunyi, “Kamu membunuh orang yang tidak berdosa oleh itu terpaksalah kami membunuh orang orang kamu . Penekanan berita ini adalah pembunuhan seorang pekerja binaan Buddha dan nota yang mengatakan orang Buddha ini bersalah sedangkan orang islam tidak bersalah.
Penonjolan media barat terhadap orang orang islam yang dibesar2kan sebagai gerakan jihad islam menentang orang bukan islam yang melakukan keganasan melampau sehingga menyebabkan kehilangan nyawa yang banyak.
Prasangka dan laporan media barat yang berat sebelah dan tidak mengandungi fakta2 yang berlaku di Thailand iaitu ketika pembunuhan begitu banyak orang islam dalam majid berbanding seorang pekerja binaan Buddha.
Pembunuhan seorang pekerja binaan beragama Buddha ini sebernarnya dilakukan setelah berlaku tragedy pembunuhan kejam terhadap orang islam yang sedang bersembahyang di masjid yang membunuh sekurang2 10 jemaah yang sedang menunaikan sembahyang tetapi media barat memilih menonjolkan pembunuhan kejam lelaki buruh binaan Buddha dan melupakan pembunuhan di masjid.
Jihad telah di sempit maknanya kepada peperangan senjata semata2 untuk membunuh orang kafir dengan mengambil ayat2 perang dalam al-quran. Secara dasarnya memberi gambaran kasar mengenai kewajiban berperang dan langka2 yang perlu diambil ketika berperang. Yang menyedihkan lagi apabila ada ayat2 al-quran yang diambil sedikit mengikut sesedap rasa sahaja.
Thursday, September 10, 2009
keganasan dunia dan jihad islam
ILHAM DARI PUTERA at 10:53:00 AM