Mereka memberontak, membakar bendera kita, dan sekarang cuba mencari rakyat Malaysia, bagi tujuan apa, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Jika kita rakyat Malaysia berfikir secara waras, cuba kita fikirkan semula apakah yang terjadi pada tahun 1998 sewaktu mereka menggulingkan Suharto? Sebagai rakyat Malaysia yang terkandas di Jakarta pada tahun 1998, dan seterusnya jika tanpa bantuan kedutaan kita, mungkin saya sudah lama tidak menghirup angin keamanan negara kita Malaysia. Oleh yang demikian, saya ingin menyarankan, sekiranya rakyat Indonesia itu sendiri yang bermati-matian mahu "membunuh" jiran mereka ini, saya cadangkan agar Malaysia mencari jalan supaya negara dan rakyat kita tidak dipijak seperti mana yang mereka fikirkan kita boleh dibuat begitu. Cadangan saya: 1. Boikot barangan import dari Indonesia untuk sementara waktu. 2. Boikot kedatangan pekerja asing dari negara itu sendiri untuk waktu yang tertentu, ataupun sampai rakyat mereka sedar, yang mereka sangat memerlukan Malaysia bagi menjana ekonomi mereka sendiri. 3. Jangan diperpanjangakan visa pekerjaan mereka selepas dua atau tiga tahun, ataupun visa mereka yang sudah tamat tempohnya dalam waktu ini. 4. Menteri Dalam Negeri/Luar Negeri harus memberikan taklimat yang betul dan menjelaskan perasaan rakyat kita sendiri terhadap sikap yang ditunjukkan oleh warga Indonesia. Jika kita mula melakukannya, saya pasti bahawa bukan sahaja negara Indonesia itu sendiri yang merasa peritnya, namun lebih perit lagi kepada rakyat mereka sendiri yang terutamanya sangat berharap kepada kekukuhan ekonomi Malaysia sebagai sumber pendapatan mereka dan keluarga di Indonesia. Kenapa kita mesti merasa takut dan masih berharap agar mereka sedar? Mereka ini tidak akan sedar, kerana dari pengalaman saya yang tinggal di negara itu selama enam tahun, perangai rakyat mereka yang datang dari kelas bawahan ataupun sangat miskin, sangatlah menggerunkan. Dan perlu diingat bahawa lebih dari 85 peratus rakyat Indonesia adalah dalam lingkungan dua kelas ini. Jika warga di pulau Bali sangat membenci "orang Indonesia" mereka sendiri (ingat pada Bali 2002 dan 2005?), nah kita rakyat Malaysia, fikirkanlah sendiri akibatnya. Jika kita sangat bangga jika dapat memboikot gergasi besar Amerika, mengapa tidak kepada Indonesia?.Tepuk dada tanya selera.
Tuesday, September 15, 2009
Boikot Indonesia
ILHAM DARI PUTERA at 11:45:00 AM