Pertama kali pulang beraya tepat di pagi hari raya Ahad 20 September 2009. Sampai awal kg tepat jam 2 petang.
Rasa punya rasa macam kenal rasa kuih ni.
Roti John. Keistimewaan makanan Melaka. So Popular di sini. Sapa Tak makan rugi sedap gila. Kalau ibu kota ada Roti John berlauk. Kalau Perlis Roti John Telur. Kalau Melaka Pula ada roti John Sardin. The real Roti John. Dibawa oleh orang luar semasa menjajah Melaka. Telur sardin bawang mayonis cili di celup di permukaan dalam roti dan digoreng. Yang berlain nya adalah cili dan mayonis. Kena lah ubah mengikut selera orang melaka yang suka makan pedas.
Eyes of Malaysia. Terletak di tepi laut. Dikawasan yang ditambak. Pusing lima kali aja.
Menara Taming Sari. Terletak di sebelah Dataran Pahlawan.
Tuesday, September 29, 2009
Cuti Hari Raya- Balik Kampung
ILHAM DARI PUTERA at 9:23:00 AM
Sunday, September 27, 2009
1.8 Billion Manusia
Mereka yang memeluk islam adalah di iktiraf sebagai golongan yang terbaik. Firman Allah dalam Surah Ali Imran :110 "Kamu adalah umat yang terbaik yang di lahirkan untuk manusia menyuruh kepada kebaikan dan menegah kepada kemungkaran dan beriman kepada Allah".
Islam paling berpengaruh di Timur Tengah, Benua Afrika utara dan termasuk beberapa negara di Asia. Komuniti minoriti terbesar di jumpai di China, semenanjung Balkan di Eropah Timur dan sebahagian Russia. Semuanya bertunas melalui kumpulan immigran muslim.
Hari ini terdapat kira2 1.8 billion uma islam yang berdaftar di pusat2 pendaftaran di seluruh dunia. Jumlah uma islam pula di katakan melebihi jumlah yang di nyatakan kerana terdapat umat islam baru yang tidak merekod , memaklumkan dan menukar nama atau agama baru merekan kerana takut akan prejudis gara2 'Islamicphobia'.
Kira2 20 peraus adalah dari tanah arab, 30 peratus dari negara India dan 15.6 peratus dari Indonesia.
Isu ini timbul apabila micheal jackson yang di katakan islam tidak menukar status agama barunya secara hitam putih dan persoalan imbul berapa banyak kah umat islam di dunia ini.
Islam adalah agama sejagat unuk semua manusia tanpa mengira bangsa, negara, bahasa dan warna kulit.
Jika kita mengucap dua kalimah syahadah maka islam lah kita.
ILHAM DARI PUTERA at 2:39:00 PM
Tuesday, September 15, 2009
Boikot Indonesia
Mereka memberontak, membakar bendera kita, dan sekarang cuba mencari rakyat Malaysia, bagi tujuan apa, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Jika kita rakyat Malaysia berfikir secara waras, cuba kita fikirkan semula apakah yang terjadi pada tahun 1998 sewaktu mereka menggulingkan Suharto? Sebagai rakyat Malaysia yang terkandas di Jakarta pada tahun 1998, dan seterusnya jika tanpa bantuan kedutaan kita, mungkin saya sudah lama tidak menghirup angin keamanan negara kita Malaysia. Oleh yang demikian, saya ingin menyarankan, sekiranya rakyat Indonesia itu sendiri yang bermati-matian mahu "membunuh" jiran mereka ini, saya cadangkan agar Malaysia mencari jalan supaya negara dan rakyat kita tidak dipijak seperti mana yang mereka fikirkan kita boleh dibuat begitu. Cadangan saya: 1. Boikot barangan import dari Indonesia untuk sementara waktu. 2. Boikot kedatangan pekerja asing dari negara itu sendiri untuk waktu yang tertentu, ataupun sampai rakyat mereka sedar, yang mereka sangat memerlukan Malaysia bagi menjana ekonomi mereka sendiri. 3. Jangan diperpanjangakan visa pekerjaan mereka selepas dua atau tiga tahun, ataupun visa mereka yang sudah tamat tempohnya dalam waktu ini. 4. Menteri Dalam Negeri/Luar Negeri harus memberikan taklimat yang betul dan menjelaskan perasaan rakyat kita sendiri terhadap sikap yang ditunjukkan oleh warga Indonesia. Jika kita mula melakukannya, saya pasti bahawa bukan sahaja negara Indonesia itu sendiri yang merasa peritnya, namun lebih perit lagi kepada rakyat mereka sendiri yang terutamanya sangat berharap kepada kekukuhan ekonomi Malaysia sebagai sumber pendapatan mereka dan keluarga di Indonesia. Kenapa kita mesti merasa takut dan masih berharap agar mereka sedar? Mereka ini tidak akan sedar, kerana dari pengalaman saya yang tinggal di negara itu selama enam tahun, perangai rakyat mereka yang datang dari kelas bawahan ataupun sangat miskin, sangatlah menggerunkan. Dan perlu diingat bahawa lebih dari 85 peratus rakyat Indonesia adalah dalam lingkungan dua kelas ini. Jika warga di pulau Bali sangat membenci "orang Indonesia" mereka sendiri (ingat pada Bali 2002 dan 2005?), nah kita rakyat Malaysia, fikirkanlah sendiri akibatnya. Jika kita sangat bangga jika dapat memboikot gergasi besar Amerika, mengapa tidak kepada Indonesia?.Tepuk dada tanya selera.
ILHAM DARI PUTERA at 11:45:00 AM
Friday, September 11, 2009
Alpha Epsilon (AEPi)
- Awal asasnya adalah untuk membantu lelaki yahudi mencari pasangan yahudi juga.
- Juga bertujuan untuk mengekalkan dan menguatkan hubungan sesama yahudi di sekolah tinggi dan sektor pekerjaan
- Menyiapkan yahudi Amerika untuk menjadi pemimpin masa hadapan.
- Berkait secara lansung melalui Ikatan Inisiatif Israel.
- Berkait rapat dengan pertubuhan yahudi yang lain seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish Hatorah, Chabadon on Campus, Hasbara Fellowship, B'inai Brith International, Shaare Zadek, Chai Lifeline, Holocoust Museum and Gift of Life.
ILHAM DARI PUTERA at 10:13:00 AM
Mark Zuckerberg
- Dilahirkan didalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester Country, New York.
- Majalah 'Time' telah mengiktirafkan Mark dalam ranking ke 52 sebagai tokoh paling berpengaruh dunia pada tahun 2008.
- Mark individu ke 321 terkaya di Amerika daripada 400 individu pada ahun 2008.
- Individu termuda yang pernah disenaraikan ketika usianya mencecah 24 tahun. Kekayaan sebanyak US$1.5 Billion.
- Termasuk di dalam Alumni AEPi.
ILHAM DARI PUTERA at 9:57:00 AM
Tujuh Wasiat Raja2 Melayu.
Bahawa pada tarikh 5 Ogos 1957, Duli-duli yang maha mulia Sembilan orang raja2 melayu sebagai raja pemerintah dari 4 buah negeri melayu bersekutu dan lima buah negeri melayu tidak bersekutu memberi perkenan menurunkan tanda tangan persetujuan kepada penubuhan Perlembagaan Tanah Melayu dengan memahat tujuh wasiat raja2 melayu.
“Kami mewasiatkan kepada zuriat keturunan kami perkara yang mana jika kami bersatu padu dan berpegang teguh padanya, selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera”.
Kami namakan dan panggil bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung sebagai Persekutuan Tanah Melayu.
Kami istiharkan dan kami simpan unuk kamu dan kami benarkan kamu isiharkan dan simpan untuk anak2 cucu kamu selain gunung ganang, hutan simpan, tanah simpanan melayu sehingga 50% dan selebihnya berebutlah bersama2 kaum lain.
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu. Selain unuk membeneras kekacauan dalam Negara dan ancaman dari luar Negara.
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja2 melayu memerintah negara ini.
Kami istiharkan islam adalah agama rasmi persekutuan.
Kami teapkan bahasa kebangsaan adalah bahasa melayu.
Kami amanahkan dan peranggungjawabkan kepada raja2 melayu untuk melindungi kedudukan isimewa orang melayu dan kepentingan sah kaum2 lain (bumiputera dan anak2 negeri Sabah dan Serawak).
Wasiat ini dihasilkan atas kehendak raja2 untuk mengekalkan kesinambungan sejarah kedaulatan dan kuasa politik melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil wakil sah
ILHAM DARI PUTERA at 9:35:00 AM
Thursday, September 10, 2009
The Lucky Laki - Superman
Reff:
Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku
Ayahku selalu berkata padaku
Laki-laki tak boleh nangis
Harus selalu kuat harus selalu tangguh
Harus bisa jadi tahan banting
Tapi ternyata sakitnya cinta
Buat aku menangis
Back to Reff:
Ayahku selalu memarahi aku
Jika jatuh air mataku
Kata ayah selalu air mata itu
Adalah tanda kelemahan
Tapi ternyata air mataku
Ternyata jatuh juga
ILHAM DARI PUTERA at 11:13:00 AM
Fenomina Facebook amat menular sekali di seluruh dunia. Siapa yang tidak menggunakan Facebook akan dilebelkan sebagai buta IT. Pada tahun 2008, pengguna Facebook mencecah 140 juta pengguna. Lantaran sambutan yang menggalakan itu Facebook menjana pendapatan sebanyak 300 juta pada tahun 2008.
Fenomina ini menyebabkan Facebook menjadi buruan pelabur dalam mencari ruang pelaburan baru. Pada tahun 2007, Microsoft telah membeli 1.6% kepentingan bernilai 240 juta. Syarikat Russia, Digital Sky Technologies pula melabur sebanyak 200 juta menjadikan nilai syarikat Facebook melonjak ke $US15 Billion
Blog majlis Fathul Hidayah mendedahkan pemilik sebenar Facebook. Facebook dimiliki oleh Mark Zuckerberg seorang graduan sains computer dari university Harvard Anak kepad pasangan yahudi Edward (doctor gigi) dan Karen Zuckerberg (pakar perubatan). Pada usia 11 tahun beliau telah mencipta permainan computer ‘Risk’ dan permainan musik ‘Synape’. Facebook dilancarkan di bilik asramanya pada 4 Febuari 2004 untuk menudahkan mahasiswa Havard berhubungan.
Semasa di Havard, beliau menjadi anggota Alpha Epsilon Pi (AEPi) yang aktif. Pertubuhan ini adalah pertubuhan persaudaraan mahasiswa yahudi di US. Keanggotaan hanya terbuka kepada bangsa yahudi yang belajar di university. Tujuan utama adalah untuk membina semangat kepimpinan di kalangan mahasiswa yahudi.
Facebook membenar penubuhan akaun baru yang menyokong terhadap ideology zionis, kewujudan Israel dan yang berkaitan. Yang tidak menyokong akan disiasat dan akhirnya di tutup akaunnya. Contohnya di Indonesia, Kumpulan Cyber Jihad yang diketuai oleh Muhhammad Jibriel ( Prince Of Jihad) akhirnya tidak diizinkan untuk melayari Facebook. (rujukan Eramuslim.com dan Arrahmah)
ILHAM DARI PUTERA at 10:58:00 AM
keganasan dunia dan jihad islam
THAILAND: Jihad Menentang Pekerja Binaan Yang Beragama Buddha. Dilaporkan pada 11 June 2009,(Reuters). Seorang pekerja binaan yang beragama Buddha telah dibunuh oleh pengganas Islam di Yala dan meninggalkan nota yang berbunyi, “Kamu membunuh orang yang tidak berdosa oleh itu terpaksalah kami membunuh orang orang kamu . Penekanan berita ini adalah pembunuhan seorang pekerja binaan Buddha dan nota yang mengatakan orang Buddha ini bersalah sedangkan orang islam tidak bersalah.
Penonjolan media barat terhadap orang orang islam yang dibesar2kan sebagai gerakan jihad islam menentang orang bukan islam yang melakukan keganasan melampau sehingga menyebabkan kehilangan nyawa yang banyak.
Prasangka dan laporan media barat yang berat sebelah dan tidak mengandungi fakta2 yang berlaku di Thailand iaitu ketika pembunuhan begitu banyak orang islam dalam majid berbanding seorang pekerja binaan Buddha.
Pembunuhan seorang pekerja binaan beragama Buddha ini sebernarnya dilakukan setelah berlaku tragedy pembunuhan kejam terhadap orang islam yang sedang bersembahyang di masjid yang membunuh sekurang2 10 jemaah yang sedang menunaikan sembahyang tetapi media barat memilih menonjolkan pembunuhan kejam lelaki buruh binaan Buddha dan melupakan pembunuhan di masjid.
Jihad telah di sempit maknanya kepada peperangan senjata semata2 untuk membunuh orang kafir dengan mengambil ayat2 perang dalam al-quran. Secara dasarnya memberi gambaran kasar mengenai kewajiban berperang dan langka2 yang perlu diambil ketika berperang. Yang menyedihkan lagi apabila ada ayat2 al-quran yang diambil sedikit mengikut sesedap rasa sahaja.
ILHAM DARI PUTERA at 10:53:00 AM
Islam Semakin Lemah
September memang sinonim dengan dengan tragedi 9/11 yang bukan sahaja meranapkan lambang atau kemegahan US, World Trade Center. Kejadian ini turut meningkatkan pandangan serong terhadap umat islam sedunia.
Tarikh ini menjurus kepada pelebelan berterusan umat islam selaku pengganas tanpa mengira bangsa, Negara dan warna kulit. Asalkan islam, nama ‘Pengganas’ akan keluar dari mulut mereka.
Mereka melihat islam dari sudut yang cukup jahat sekali. Asalkan terdapat nama arab atau islam tentu akan dikuarantine dahulu.
Di Xianjiang China pula, etnik Uighur pula dibunuh dan didiskriminasi dari pelbagai segi seperti hak, ekonomi, kehidupan serta amalan ibadah sebagai muslim. Apabila Negara islam ingin masuk campur atau membantu untuk menyelesaikan masalah, kerajaan China pula menjawab “Ini urusan Negara kami, Usah masuk campur”.
Ini tidak termasuk isu2 lama seperti penerbitan karikatur Nabi, penindasan rakyat islam Thailand di selatan Thailand, Islamicphobia, penahanan umat islam tanpa bicara di Teluk Guantanamo Bay, serangan ke atas Iraq dan Afganistan dan lain-lain. Semuanya adalah bagi memburukkan dan menjatuhkan nama islam.
Ditambah lagi dengan orang islam yang terlalu mengikut telunjuk barat tanpa mengira apakah kesannya terhadap islam.
ILHAM DARI PUTERA at 9:41:00 AM
Tiada Kuasa
Sesuatu yang mengejutkan apabila Jabatan Agama Islam Pahang( JAIP) menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa pondan di makamah. Menurut pengarah JAIP Datuk Abdul Manan Abdul Rahman, JAIP ini mengemaskini undang2 syariah di negeri tersebut. Selama ini , JAIP hanya mampu memberi nasihat kepada mereka
ILHAM DARI PUTERA at 9:38:00 AM
Wednesday, September 09, 2009
Pembangkang Mungkin Menang Lagi
PILIHAN Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang bakal berlangsung nanti. Ia merupakan yang ke sembilan dalam siri PRK selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12).
Sudah pasti UMNO dan Pas akan meletak calon pada PRK itu. Berdasarkan daftar pemilih, kaum Melayu mewakili 66 peratus daripada 14,192 pengundi berdaftar. Pengundi India meliputi 19.9 peratus; Cina, 10.5 peratus dan kaum lain sebanyak 3.5 peratus.
PRK kali ini amat penting kepada BN. Oleh kerana Bagan Pinang kubu kuat, maka BN perlu menang. Imej BN tercalar selepas siri PRK pasca PRU12. BN hanya menang di Batang Air, Sarawak dan tidak bertanding di Penanti, Pulau Pinang serta kalah pada enam PRK lain.
Walaupun kalah, pola peningkatan undi Melayu dan pengundi muda seperti di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Manek Urai sedikit sebanyak "mengubat keperitan" akibat kekalahan berkenaan.
Namun walau apa pun analisisnya, dalam amalan "Demokrasi Berparlimen", kelebihan satu undi pun sudah memadai untuk diisytiharkan sebagai pemenang.
Maka BN wajib menang di Bagan Pinang. Bukan sekadar untuk mempertahankan kerusi, malah mesti dengan pertambahan majoriti.
Di atas kertas, BN dijangka tidak menghadapi ujian getir untuk memenangi hati pengundi. Namun dalam politik, sekiranya tersalah percaturan - terutama soal calon - ia mampu memberi kesan besar.
Walaupun Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, UMNO Teluk Kemang mempunyai ramai calon yang layak, pemilihan seharusnya dilakukan dengan teliti.
Calon mesti disaring, ditapis dan diteliti daripada pelbagai aspek termasuk latar belakang peribadi agar tidak dipersoal dan dimanipulasi oleh pembangkang sewaktu kempen.
Semua pihak terutamanya pemimpin UMNO dan BN harus ingat pesanan Datuk Seri Najib Razak agar menjadikan pengalaman sewaktu PRK-PRK sebelum ini sebagai iktibar jika ingin mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang.
Pada PRU12, Bagan Pinang terbahagi kepada sembilan daerah mengundi. Empat daerah mewakili majoriti pengundi Melayu dan India dan satu daerah campuran pengundi Cina serta undi pos.
UMNO/BN menang di enam daerah mengundi manakala Pas menang di tiga daerah yang majoriti pengundi berketurunan India.
Maka bagi menjamin kemenangan dengan majoriti lebih besar, parti-parti komponen BN mesti memainkan peranan dengan lebih proaktif. UMNO/BN harus memperkasakan strategi mempengaruhi pengundi ke arah memastikan kemenangan.
Momentum kemenangan pakatan pembangkang harus dihentikan segera. Tidak mustahil ia dapat dibuktikan di Bagan Pinang.
Mungkin secara kebetulan talian kecemasan bernombor "999". Maka PRK ini juga dapat diterjemahkan sebagai PRK ke sembilan (9), di Negeri Sembilan (9) dan diadakan dalam tahun 2009 (9).
Kemenangan dapat membuktikan kepada umum bahawa BN tidak lagi perlu menggunakan talian kecemasan ini. Ia perlu dipindahkan kepada pakatan pembangkang pula!
Ketika ini, BN menguasai 20 daripada kerusi DUN di Negeri Sembilan dengan 16 diwakili oleh pakatan pembangkang.
Kemenangan di Bagan Pinang amat penting bagi BN untuk mengekalkan majoriti dan kesinambungan kuasa di DUN negeri tersebut.
ILHAM DARI PUTERA at 8:50:00 AM
Minyak Minyak
Ada orang menyatakan petrol A lebih baik daripada petrol B atau minyak B lebih bagus daripada bahan api C. Adakah itu benar?
DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.
RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.
Bermula hari ni, klasifikasi penjualan minyak petrol di Malaysia akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97.
Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.
Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.
Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.
Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.
Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.
Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.
Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.
Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh. Adakah ia sekadar gimik?
Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.
RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.
Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?
Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).
Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.
Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95.
Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.
Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama.
Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.
ILHAM DARI PUTERA at 8:20:00 AM
Tuesday, September 08, 2009
Arab diseru jangan berbaik dengan Israel
Liga Arab dan pergerakan Hamas menggesa negara-negara Arab supaya menutup pintu kepada sebarang pemulihan hubungan dengan Israel selagi rejim Yahudi itu meneruskan rancangan untuk membina lebih banyak perumahan haram di wilayah Palestin.
Ketua Liga Arab, Amr Mussa dan pemimpin Hamas, Khaled Meshaal menyuarakan pendirian tersebut dalam satu sidang media bersama di sini semalam.
"Mustahil untuk bercakap tentang pemulihan hubungan selagi Israel terus bersikap keras kepala dan menolak sebarang langkah penting ke arah membekukan aktiviti pembinaan kawasan penempatan Yahudi," kata Mussa.
Beliau membuat kenyataan itu selepas Menteri Pengangkutan Israel, Yisrael Katz berkata, rejim Yahudi tidak akan membatalkan rancangan untuk meningkatkan aktiviti pembinaan sekalipun mendapat kritikan meluas termasuk daripada Amerika Syarikat (AS).
Media Israel melaporkan pembinaan rumah baru antara 400 dan 700 unit akan diumumkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tidak lama lagi.
"Saya tidak percaya mana-mana kerajaan Arab boleh menghadiahkan pemulihan hubungan kepada Israel. Isu pemulihan ini mesti ditutup," kata Mussa.
Beliau menjangka reaksi yang sangat keras akan timbul di seluruh dunia Arab jika didapati ada negara yang memulihkan hubungan dengan Israel.
Meshaal turut memberi amaran kepada negara-negara Arab supaya 'jangan menghadiahkan pemulihan hubungan kepada Israel'.
Pemimpin Hamas yang berpangkalan di Damsyik itu juga memberi amaran tentang dasar AS di Asia Barat yang menurut beliau 'bertujuan untuk menyatukan negara-negara Arab supaya menentang Iran dan bukan menentang Israel'.
Meshaal bagaimanapun berkata, Hamas akan memantau rapi apa yang bakal dicadangkan oleh Barack Obama berhubung proses damai apabila Presiden AS itu menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lewat bulan ini.
Washington sejak beberapa bulan lalu menggesa Israel membekukan semua kegiatan pembinaan di samping mendesak negara-negara Arab mengambil langkah ke arah memulihkan hubungan dengan negara Yahudi itu bagi tujuan menghidupkan semula rundingan damai.
ILHAM DARI PUTERA at 8:44:00 AM
Amerika kuasai pasaran senjata
Amerika Syarikat (AS) menguasai lebih dua pertiga dari jualan senjata asing pada tahun lalu, tahun yang menyaksikan penjualan global terendah untuk tiga tahun berturut-turut.
Akhbar The New York Times dalam laporannya semalam memetik sebuah kajian peringkat Kongres pada Jumaat lalu yang menyatakan AS terlibat dalam 68.4 peratus dalam jualan senjata global.
Ia melonjak hampir 50 peratus tahun lalu, walaupun dunia mengalami krisis ekonomi dengan nilai jualan AS$37.8 bilion (RM133.3 bilion) dari AS$25.4 bilion (RM89.6 bilion) pada tahun 2007.
Lonjakan tersebut menafikan trend seluruh dunia yang menyaksikan penjualan senjata global jatuh 7.6 peratus kepada AS$55.2 bilion (RM194.6 bilion) tahun lalu. Perjanjian penjualan senjata global berada pada paras terendah sejak tahun 2005.
Itali di tangga kedua, mencatatkan AS$3.7 bilion (RM13 bilion) penjualan senjata, sementara Rusia di tempat ketiga dengan AS$3.5 bilion (RM12.3 bilion) dalam jualan tahun lalu berbanding AS$10.8 bilion (RM38 bilion) pada 2007.
Times menyatakan, peningkatan jualan tersebut adalah disebabkan ‘tempahan besar dari pelanggan di Asia Barat dan Asia’ serta kontrak berterusan untuk peralatan dan perkhidmatan sokongan.
AS juga mendahului dalam penjualan senjata kepada negara membangun dengan 70.1 peratus daripada keseluruhan perjanjian senjata dengan nilai AS$29.6 bilion (RM104.2 bilion) untuk tahun lalu.
Perjanjian jualan senjata dengan dunia membangun termasuklah sistem pertahanan udara pada harga AS$6.5 bilion (RM22.9 bilion) kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE), jet pejuang berjumlah AS$2.1 bilion (RM7.4 bilion) kepada Maghribi dan helikopter tempur bernilai AS$2 bilion (RM7 bilion) kepada Taiwan.
India, Iraq, Arab Saudi, Mesir, Korea Selatan dan Brazil turut menandatangani perjanjian pembelian senjata dengan AS.
Laporan itu juga mendedahkan UAE sebagai pembeli terbesar di antara negara-negara membangun dengan pembelian senjata sebanyak AS$9.7 bilion (RM34.2 bilion) tahun lalu.
Arab Saudi pula berada di tempat kedua dengan AS$8.7 bilion (RM30.7 bilion) sementara Maghribi di tangga ketiga dengan AS$5.4 (RM19 bilion).
ILHAM DARI PUTERA at 8:42:00 AM
Friday, September 04, 2009
Telaga Zam Zam
Pengalaman seorang jurutera kimia di arab Saudi dalam merawat air laut sebagai air minuman, Tariq Husien.
Sejak kira2 4000 tahun dahulu, tidak ada seorang pun yang ingin mengkaji ke atas telaga zam2. Namun idea tercetus pada 1971, seorang doctor mesir telah menghantar
Jesteru, kenyataan ini telah menimbulka kemarahan Raja Faizal. Menteri Pertanian Dan Sumber Air diarahkan untuk membuat siasatan bagi menolak dakwaan European Press tersebut.
Disini lah bermulanya penyiasatan/ penyelidikan, Tariq Hussien. Beliau diberi tugas memeriksa dan membuktikan air zam2 suci dari kekotoran dan sesuai di minum. Fikirannya seakan2 kosong. Beliau tiada sedikit pun idea.
Apabila berada di dalam kolam, memang sukar dipercayai bahawa kolam yang sebesar kolam (1.46meter 2.66 meter) dapat menampung pengunjung haji pada musim haji. Kemudian beliau mencari paip pada dasar namun tidak berjumpa apa2.
Apa yang menarik adalah kelihata pasir2 halus menari2 di dasar telaga. Semasa beliau mengepam air keluar. Parasnya akan berubah (berkurangan) sebentar sahaja. Kemudian akan kembali pada paras asal.
Sekarang tibalah masa untuk mengambil sampel telaga untuk diuji. sebelum ke makmal, Beliau mengambil kesempatan untuk memeriksa semua perigi/telaga yang terdapat di seluruh kota Mekah dan dapati bahawa semuanya telah kering.
Anatar sciencetist yang telah mengadakan penyelidikan adalah Tariq Hussien (Riyad arab saudi), M.A.Khan, A.K.M.Sherriff, K.M. Idris dan M.Alamgir (Bangladesh), S.H.A. Careem (Sri Lanka), dan Dr Masaru Emoto (Jepun) yang menemui molekul air yang paling cantik/sempurna di dunia.
Air zam2 kaya dengan mineral untuk badan dalam 2000 mg per liter berbanding telaga/sumber air biasa yang hanya 260mg per liter.Air zam2 bersifat alkali semulajadi yang dapat meneutralkan acid dalam perut dan menghilangkan sakit hulu hati. Kehadiran Iodin yang tinggi pula untuk membekalkan jumlah iodin yang diperlukan kelenjar tiroid. Kehadiran florida pula menghalang pertumbuhan bakteria,lumut,alga yang menyebabkan rasa dan warnanya berlainan dari sumber air yang lain.
Hasil kajian Tariq Hussien
- Jumlah air yang keluar dari telaga antara 11-18 liter setiap saat dan purata 660 liter seminit, 39600 sejam dan 950400 liter sehari.
- Ujian pam yang dilakukan untuk menyukat air zam2. dengan mengeluarkan 8000Liter dalam masa sesaat. Paras air surut 3.23 meter- 13.39 meter dari permukaan telaga. Kemudian paras air berhenti menyusut. Paras air kembali normal selepas 11 minit berhenti mengepam.
Natrium 250mg/L
Calsium 200mg/L
Kalium 20mg/L
Magnesium 50mg/L
Sulfur 372mg/L
Bikarbonate 366mg/L
Nitrat 273mg/L
Fosfat 0.25mg/L
Ammonia 6mg/L
KANDUNGAN MINERALDALAM AIR ZAM ZAM TIDAK PERNAH LUPUT/BERUBAH WARNA RASA/EXPIRED WALAUPUN DISIMPAN LAMA
ILHAM DARI PUTERA at 11:08:00 AM
Thursday, September 03, 2009
Obama puji umat Islam
Presiden Barack Obama memuji umat Islam di Amerika Syarikat (AS) atas sumbangan mereka memperkayakan budaya negara ini.
Presiden AS itu menyertai Setiausaha-Setiausaha Kabinet, anggota kor diplomatik dan ahli Kongres untuk memberi penghargaan kepada apa yang beliau sifatkan sebagai 'sebuah agama besar serta komitmennya terhadap keadilan dan kemajuan'.
"Sumbangan umat Islam kepada Amerika terlalu banyak untuk disenaraikan kerana masyarakat Islam begitu terjalin erat dengan struktur komuniti kita dan negara kita," kata Obama pada satu majlis berbuka puasa di White House malam tadi.
Turut hadir dua anggota Kongres beragama Islam iaitu ahli-ahli Dewan Perwakilan, Keith Ellison dan Andre Carson di samping duta dari negara-negara Islam dan duta Israel ke Washington, Michael Oren.
Obama bercakap tentang seorang lagi tetamu undangan, Bilqis Abdul-Qaadir, yang memecahkan rekod negeri bagi kutipan mata terbanyak dalam sukan bola keranjang sebagai seorang pelajar sekolah tinggi di Massachusetts.
"Sebagai seorang pelajar cemerlang, sebagai seorang atlet yang akan memasuki Universiti Memphis, Bilqis menjadi inspirasi bukan sahaja kepada gadis-gadis Islam tetapi juga kepada kita semua," kata Presiden itu.
ILHAM DARI PUTERA at 10:39:00 AM
Pencetus Penubuhan Negara Yahudi
Cadangan penubuhan Negara khas untuk orang2 yahudi di buat oleh wartawan Hungry Heodore Hertzl (PENGASAS ZIONISTME) dalam gagasannya “Die Judem Stat” pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Anarabangsa( WZO) melalui persidangan pertama di Basle Switzerland pada 27-29 Ogos 1897.
Deklarasi Balfour. Sekutu kuat Zionist (British) menyelebelahi yahudi dan mengistiharkan deklarasi Balfour pada 2 Nov 1917. British memberi sokongan dan jaminan akan tertubuhnya Negara yahudi tersebut. Maka berlakulah pengijrahan beramai2 secara sistematik yang melibatkan yahudi eropah dan Russia ke Palestine.
British dengan kuasanya membawa isu Palesine ke PBB pada awal penubuhan Israel unuk melindungi Israel dan menyatakan sokongan secara terang-terangan ke penduduk dunia. Dengan pengaruh yahudi dan sekutunya , mereka mengeluarkan ketetapan 181 yang membahagikan 2/3 tanah Palestine ke Israel dan 1/3 ke Palestine.
Rakyat Palestine adalah bangsa arab yang paling malang di dunia. Mereka dilupai oleh PBB, Negara arab dan umat islam sendiri. Ketika Zionist erat berkerjasama dengan british, Negara arab pula gagal membantu perjuangan sendiri.
NAKBAH bermaksud malapetaka 1948. malapetaka yang menyebabkan pengusiran 60% rakyat Palestine (800 000 orang). Dari kewujudan 580 buah kampong palesine dan telah di hancurkan 478. Zionist pula menjadikan peristiwa Holocoust yang dilakukan tentera Nazi Jermen sebagai alasan untuk mereka membina regim di atas keperitan rakyat Palestine. Namun resolusi demi resolusi tiada gunanya.
Selepas 61 tahun, 90 % tanah Palestine di kuasai Zionist, masjid Al-Aqsa yang diberkati di cabul kesuciannya, rakyat Palestine yang tidak berdosa meringkuk dalam penjara, ekonomi mereka di sekat, jutaan mereka menjadi pelarian dengan pelbagai lagi tragedy.
Entiti zionis di tengah2 negara arab dan dunia islam di dokong senjata2 World Of Mass Desruction(WMD). WMD boleh di ibaratkan sebagai menggugat keamanan dan pencetus perang dunia. Kelemahan negara2 arab menyebabkan Israel mengambil kesempaan ini.
Intifadah merujuk kepada kebangkitan rakyat Palestine dalam rangka menentang dasar penjajahan yang dilakukan terhadap tanah air mereka. Kebangkitan bermula seawall tahun 1920-an. Apabila british (agen yahudi) melakukan penjajahan terhadap Palestine. Intifadah terbesar adalah “mubarakah” yang berlaku pada 9 september 1987. Intifadah bermakna kepada rakyat Palestine kerana bermulanya harapan bagi perjuangan merampas kembali hak2 mereka.
Objektif sebenar inifadah di dokokong ribuan rakyat Palestine yang bangkit unuk mengembalikan hak dan maruah mereka yang di rampas regim Zionist. Pada awal kewujudan intifadah , senjata utama mereka adalah batu2 yang berada di jalanan. Intifadah menghilangkan rasa takut di kalangan mereka malahan memberi perubahan bermakna buat mereka. Intifadah juga telah membangkitkan semangat dan keyakinan terhadap keadilan Allah dan kekuatan islam.
Kesan Inifadah kepada agenda zionis. Inifadah membuka tembelang Israel apabila mereka mencanang dakwaan bahawa Israel adalah oasis demorkrasi di timur tengah. Namun, sikap sebenar ialah kuasa colonial yang di bina atas dasar penindasan dan kezaliman.
Buat kali pertamanya Israel mengeluarkan kenyataan bahawa mereka berasa risau dengan kebngkita intifadah. Pada tahun 1989-2000 seramai lebih daripada 700 000 yahudi berpindah keluar dari bumi Israel aas tujuan keselamatan.
Hamas yang dahulunya berbekalkan senjata melontaran batu tapi kini telah mempunyai bridged tentera yang mampu menjangkau 50km. kalau dahulunya menggunakan kamera usang tapi kini mempunyai stesen tv yang berpusa di Amman, Beirut dan Landon. Dahulunya hanya mmpunyai pusat pertukaran wang etapi kini telah memiliki Bank Nasionaldi bawah runtuhan bagunan
Antara faktor2 kerajaan Hamas yang merisaukan Israel.
- Penentangan dan kebangkitan di dikalangan rakyat.
- Kebangkitan/sokongan kepada Hamas dan kecenderungan tidak mengiktiraf negara Israel.
- Peningkatan kesedaran dalam kalangan umat islam terhadap bahayanya regim yahudi.
- Berkurang nya pengijrahan ke negara yahudi.
- generasi muda Israel yang tidak berminat terhadap politik zionist
- Pertambahan jumlah rakyat Palestine yang tinggal di wilayah Israel.
- Kegagalan zionist untuk melemahkan semangat juang rakyat Palestine walaupun dengan cara kejam
- Negara zionist tidak akan aman selagi wujudnya Hamas.
ILHAM DARI PUTERA at 9:53:00 AM
Memerangi Yahudi Kerana Kejahatannya
Persoalan Palestine, Al-Quds dan Yahudi menjadi topic wajib umat islam seluruh dunia. Persoalan demi persoalan menyebabkan ada segelintir yang memihak dan menyokong kepada regim yahudi. Walaupun segelintir tapi tetap membimbangkan kerana mungkin akan menjadi tali barut yahudi.
Meliha kepada sejarah yahudi iu sendiri, mereka sering dihalau. Namun, Kerajaan sehinggalah Turki Othmanniyah menyelamatkan mereka. Mereka dijamin selamat oleh Allah, rasul dan jemaah islam apabila bernaung di bawah Negara islam .
Pada asalnya Yahudi ingin membuka petempatan /Negara bagi orang yahudi di kawasan yang tidak menimbulkan konflik seperti Uganda, Afrika dan amerika selatan. Palestine adalah Negara islam yang elah di duduki oleh orang islam sejak lama dahulu. Mereka akan berperang jika Negara mereka di rampas.
Kongres yahudi 100 tahun pada ahun 1897 memutuskan perancangan bagi penubuhan Negara yahudi di Palestine. Deklarasi elah dikeluarkan dan mengumumkan bahawa Negara yahudi akan ditubuhkan dalam masa 50 tahun dari saat itu mengikut perancangan, perencanaan dan persiapan. 1948 terbukti apabila berjaya menawan/menjajah Palestine.
Surah Al Baqarah ayat 246
“Mengapa kami idak mahu berperang di jalan Allah padahal sesungguhnya kami di usir dari kampong halaman kami dan anak2 kami”.
Mereka menjajah Negara. Merampas hak2 kita dalam Negara sendiri. Sau demi satu kawasan dan Bandar jatuh ke dalam tangan yahudi. Haifa, Yaifa, Akka dan lain2 bandar jatuh ke tangan mereka.
Negara yang dijajah adalah Palestine dan di dalamnya terdapat Al-Aqsa masjid ke 3 paling mulia di dalam islam. Al-Aqsa mungkin di rencanakan untuk di robohkan walaupun pada dasarnya mereka hanya mengorek terowong untuk tujuan arkeologi tetapi tindakan ini akan melemahkan struktur asas Al-Aqsa.Bagi Negara yang tinggi ilmu sainsnya sepatutnya projek pembinaan terowong di bawah tapak Al-Aqsa sepautnya di batal kan kerana factor melemahkan struktur binaan.
Sabda Rasulluwah. “Umat ku yang paling ramai adalah pada akhir zaman tetapi mereka hanyalah seperti buih2 di lautan, tak punya kekuatan”.
Yahudi mempunyai perancangan yang rapi untuk bangsa mereka. Mereka mempunyai cerdik pandai dari segenap sector/jurusan. Umat islam sekarang hanyalah melakukan perubahan secara spontan bukanlah terancang. Mereka mempunyai permainan politik yang sangat licik.
Mereka akan membua perjanjian damai sementara dengan arab tapi fundamental mereka adalah unuk mendirikan Israel raya dari Sungai Furat sehingga lah Sungai Nil. Untuk mencapai cita2 tersebut mereka bersatu dan umat islam sebaliknya. Jumlah bangsa Arab adalah 250 juta. Jiran2 Palestine semuanya bangsa arab. Namun tak ada satu pun yang memberi bantuan terhadap Palestine. Malahan umat islam termakan umpan terlampau banyak bilangannya. Contohnya kebodohan Saddam Hussien dalam perang diantara Iraq dan Iran dan menerima bantuan ketenteraan dari Amerika.Akhirnya persahabatan mereka tidak ke mana2.
Yahudi memang terkenal sebagai bangsa yang kedekut. Namun , apabila mereka mengisistiharkan Negara yahudi(Israel) di Palestine, setiap jam mereka menerima wang berjuta2 ringgit wang sebagai anda sokongan. Yahudi memang sanggup mengorbankan wang dan nyawa demi perjuangan mereka.
Yahudi meniupkan semangat atas dasar agama. Mereka akan membawa kitab taurah semasa peperangan. Semangat spiritual ini yang membawa kepada kemenangan mereka.
Bagi memengangi perjuangan ini, islam perlu bersatu dan berperang di atas dasar agama dan bagi mempertahankan kesucian islam.
ILHAM DARI PUTERA at 9:50:00 AM
Hukuman Sebat
SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.
Dalam islam hukuman adalah untuk mengajar. Malahan untuk orang mengandung, orang tua, kanak2 dan orang dewasa berlainan cara perlaksanaan nya. Ini untuk mengurangkan rasa psikologi bagi mereka yang dikenakan hukuman. Bagi wanita semua anggota tubuh akan di tutup. Tak ada bahagian aurat yang terbuka
SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.
*Ni aja yang aku tau
ILHAM DARI PUTERA at 9:23:00 AM
Tuesday, September 01, 2009
1Malaysia acuan Thailand dan Indonesia?
Jika konsep 1Malaysia ingin dicapai dan direalisasikan, semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum perlu bersatu dan mengorbankan ciri-ciri kaum mereka.
Justeru, adalah perkara-perkara asas dalam pembentukan 1Malaysia seperti pendidikan awalan perlu diselaraskan seperti:
l Tiada sekolah lain selain Sekolah Kebangsaan.
l Sekolah Wawasan perlu diwujudkan kembali dan dikembangkan seluruh negara.
l Penggunaan bahasa kebangsaan diwajibkan dalam urusan rasmi kerajaan, komunikasi, dan surat menyurat. Penggunaan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan semasa berurusan dengan agensi kerajaan tidak akan dilayan.
l Penggunaan bahasa kebangsaan juga perlu ditebarkan bukan sahaja di dalam iklan-iklan bertulis tetapi juga iklan elektronik dan media massa.
l Mata pelajaran Sejarah dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah rendah dan wajib lulus di peringkat sekolah menengah, manakala mata pelajaran berkaitan sejarah dan integrasi kaum menjadi mata pelajaran teras pelajar tahun 1 di semua IPTA dan IPTS.
l Pertuturan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan tidak dibenarkan di kawasan umum. Ini adalah supaya pertuturan tersebut difahami oleh semua kaum di Malaysia, menepati tuntutan pengguguran istilah 'kaum' di dalam borang-borang kerajaan.
l Pendaftaran nama tidak boleh mencerminkan ciri-ciri kaum asalan, tetapi perlulah menambah atau menukar terus dengan nama kebangsaan, iaitu mengikut taburan kaum terbesar di Malaysia.
Cubalah kita lihat negara jiran kita seperti Indonesia dan Thailand. Mereka boleh dilihat sebagai satu kaum yang sama kerana mempunyai ciri-ciri dan identiti yang seragam. Sukar untuk membezakan ciri kaum asal mereka kerana mereka bukan sahaja fasih berbahasa kebangsaan (bahasa Indonesia atau bahasa Siam) tetapi mereka juga mempunyai nama yang mencerminkan ciri negara mereka yang seragam meskipun hakikatnya asal usul kaum mereka berbeza.
Andainya syarat-syarat di atas boleh disepakati untuk dituruti, maka akan lahirlah satu bangsa Malaysia yang bersatu dan di waktu itu barulah seluruh rakyat Malaysia boleh diiktiraf sebagai 1kaum.
ILHAM DARI PUTERA at 10:02:00 AM
Sudahkah kita cukup patriotik dan nasionalis?
USIA 52 tahun bagi seorang kakitangan awam, adalah petunjuk bahawa usia persaraan kian hampir tiba. Namun bagi sebuah negara bangsa seperti Malaysia, 52 tahun usia merdeka, adalah petunjuk bahawa masih banyak usaha perlu dilestarikan.
Negara sebagai sebuah entiti berdaulat tidak boleh bersara daripada melaksanakan tiga fungsi asasinya. Pertama melindungi keselamatan wilayah dan rakyatnya.
Kedua, menjamin dan merealisasikan hak sivil warganya, dan memberi identiti serta membina semangat kekitaan kepada penduduknya. Rakyat tanpa negara, ibarat warga Palestin, yang diusir ke sana ke mari. Negara tanpa rakyat, adalah satu ruang kosong yang tidak memberi apa-apa makna.
Justeru, sebagai rakyat Malaysia kita cukup beruntung. Bertuah dalam erti kata, sudah banyak modenisasi, urbanisasi, dan kejayaan demi kejayaan yang kita kecapi.
Kita juga bertuah kerana kemerdekaan kali ke-52 tahun ini disambut dalam bulan Ramadan, bulan penuh barakhah yang dijanjikan Allah pelbagai ganjaran pahala bagi segala amal kebaikan, yang kita jayakan.
Tempoh 446 tahun usia negara dijajah, oleh pelbagai kuasa asing, hak rakyat dirampas, masyarakatnya dipecah perintah, landskap sosio-budaya diubah, ekonomi diperah, kita menjadi hamba di bumi sendiri.
Ini bahana akibat penjajahan. Ini kesan bila perpaduan tidak dipedulikan sebaliknya persengketaan jadi keutamaan. Ingatlah kembali sebab-musabab Perjanjian Pangkor pada Januari 1874 ditandatangani.
Ingatlah kembali bagaimana dengan tipu daya British dan atas nama kemanusiaan dan usaha mengamankan negeri, British mampu mentadbir negeri ini melalui peranan Residennya.
Hasil mahsul bumi diperah, kekayaan negara diratah, tidak cukup dengan itu, bagi memenuhi tembolok dan perut penjajah, dan kononnya atas dasar rakyat pribumi malas bekerja, maka ramai imigran dibawa masuk pada penghujung kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 untuk bekerja di ladang getah dan lombong bijih timah.
Bukan itu sahaja, sejarah negara ditulis semula, nama bandar, jalan, empayar Melayu diubah secara semborono, lalu dijustifikasikan kononnya pemodenan yang berlaku adalah hasil buah tangan penjajah dan kaum pendatang.
Walhal, kaum pribumi tidak diberi peluang yang wajar, jika dibina sekolah sekalipun, sekadar bertujuan ibarat melepaskan batu di tangga. Tidak lebih semata-mata mahu menjadikan anak-anak Melayu belajar menjadi petani, peladang atau nelayan yang lebih baik sedikit daripada keturunan mereka.
Semenjak merdeka, begitu banyak perubahan. Sebut apa sahaja, baik ekonomi, pembangunan politik, kesejahteraan sosial, dipacu oleh kerajaan yang dipilih rakyat. Pelbagai dasar dirangka, program dilaksana, semuanya bermatlamat untuk memenuhi keperluan rakyat.
Mengutamakan rakyat, supaya igauan penindasan secara halus, langsung mahupun tidak langsung yang dialami oleh generasi terdahulu tidak berulang menimpa generasi kini.
Lantaran itu, setiap warga Malaysia harus bertanya diri sendiri. Sudah cukup patriotikkah kita? Adakah kita faham akan susah payah, pengorbanan pimpinan, pejuang terdahulu memerdekakan negara?
Apakah pengertian dan makna Merdeka di sanubari kita? Apakah cuti Merdeka diingati sekadar satu cuti umum, melihat perarakan, berlibur ataupun tidak lebih daripada hari-hari biasa yang kita lalui.
Sama seperti Ramadan, yang ibadahnya kita jalani, adakah puasa hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, sedangkan mata, telinga, hati kita, nafsu kita, niat kita tidak berpuasa dalam erti kata sebenarnya.
Siang kita berpuasa, namun malam harinya kita asyik bercerita perihal keburukan orang. Siang kita berpuasa, namun dalam masa yang sama timbul niat tidak baik kepada saudara seagama kita.
Siang kita berpuasa, namun malamnya kita tidak mengimarahkan masjid atau surau, memperbanyakkan tadarus al-Quran, berqiamulail, beriktikaf dan berusaha menghubung silaturrahim, sebaliknya sibuk berpesta membeli belah, akibat gamitan promosi Hari Raya yang entah apa-apa.
Siang kita berpuasa, namun kita kikir untuk bersedekah, sebaliknya membazir ketika berbuka. Kita remehkan anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin.
Bantuan diberi kita alunkan dengan liputan media secara besar-besaran, walhal konsep sedekah dalam erti kata yang sebenarnya, 'tangan kanan yang memberi, tangan kiri pun tidak akan sedar perihal pemberian tersebut'.
Demikian juga darihal Merdeka, jika pengertian Ramadan hakiki mahu diserapkan dalam usaha menghayati Merdeka di bulan Puasa. Patriotik dan nasionaliskah kita, jika kita asyik menyatakan keburukan kerajaan yang selama ini menjaga keselamatan dan kebajikan kita?
Patriotik dan nasionaliskah kita jika kerajaan yang selama ini membantu menjayakan agenda pendidikan anak-anak kita dituduh dengan pelbagai tohmahan dan kata nista yang tiada kesudahannya?
Patriotik dan nasionaliskah kita, jika hanya kerana berebut kuasa politik, saudara seagama kita kafirkan, rakyat kita peralatkan, agama jadi mainan dan keamanan jadi taruhan.
Patriotik dan nasionaliskah kita, jika amanah yang diberi pada kita dijadikan laluan untuk berlaku rasuah dan salah guna kuasa? Patriotik dan nasionaliskah kita jika kekayaan yang kita perolehi berkat dinamisme dasar kerajaan, namun akhirnya dengan kekayaan yang kita ada digunakan pula untuk meruntuhkan tamadun yang sedia ada?
Patriotik dan nasionaliskah kita jika kita asyik merungut itu dan ini, mengharapkan kerajaan memberi itu dan ini, sedangkan kita sendiri sebagai warganegara tidak pernah ataupun masih kurang dalam mewakafkan diri kita dalam usaha berkorban untuk negara.
Jika kesemua persoalan ini mampu dijawab, difahami, dimuhasabahkan, dipraktik secara jujur dan ikhlas, barulah rahmat Merdeka di bulan Ramadan yang mulia ini mampu menyerlahkan barakahnya.
Biarlah seluruh rakyat Malaysia dapat hidup sebagai satu bangsa, satu suara, satu hasrat, Satu Malaysia dengan mengutamakan perpaduan, kemajuan, keharmonian dan kemajuan berterusan.
ILHAM DARI PUTERA at 9:58:00 AM