Tidak dinafikan bahawa kebangkitan islam yang berlaku pada 70-an merupakan kebangkitan keganasan dan era kelahiran pengganas. Pertembungan antara islam dan barat sering membawa kepada gerakan keganasan.
Apa yang disalah erti oleh masyarakat Barat dan Timur adalah dorongan atau sebab munasabah golongan radikal islam atau fundamentalis Islam menggunakan jalan ganas menentang Barat dan disalah erti sebagai gerakan berbentuk radikal.
Kebangkitan islam di seluruh dunia adalah satu era kesedaran bahawa masyarakat islam dijajah dari segi fizikal dan mental. Demikian juga kemunduran dan penyelewengan ekonomi, social, nilai, dan agama yang dialami oleh umat dan negara islam itu sendiri sekali gus menuntut pembaharuan dilakukan.
Kebangkitan islam adalah semangat kesedaran dan kebangkitan umat untuk kembali pada ajaran islam tulen yang dijelaskan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Pada masa itu, umat islam telah diseleweng oleh penjajah barat mereka tenggelam dalam hidup secular, menjadi hamba abdi kepada keruntuhan moral dan akhlak dan pemikiran mereka dijajah kerana sistem barat yang memisahkan agama dari kehidupan sama ada dunia pendidikan, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya.
Pada 70-an berlaku beberapa peristiwa yang menyedarkan umat islam tentang kekuatan dan kemampuan umat islam. Contohnya pemberontakan Iran dalam menumbangkan kerajaan Beraja Shah yang gagah dan kuat yang sering dikunjungi US. Kegawatan Barat akibat ugutan Raja Faizal untuk menyekat minyak kepada Barat dan kesedaran umat islam dalam menunaikan ibadat. Ini memberi kesedaran bahawa umat islam mampu menjadi umat yang kuat dalam kemampuan bersaing dengan umat yang lain sekiranya mereka bersatu dan sepakat menggunakan kekuatan ekonomi, minyak dan agama itu sendiri.
Pada 1977, satu Kongress Pendidikan Islam Sedunia yang telah diadakan di Mekah dengan disertai para sarjana Islam dan Barat. Hasilnya beberapa resolusi dikeluarkan.
Antara resolusi yang dikeluarkan adalah mengeluarkan sarjana islam yang menguasai ilmu Dunia dan Akhirat.
Kerajaan menyedari bahawa reformasi pendidikan termasuk pendidikan agama dengan membawanya ke dalam sistem arus perdana negara. Wujud bahagian agama di Kementerian Pelajaran, bantuan dan kawalan sekolah agama rakyat dan sistem tradisi seperti sekolah pondok dan madrasah ke dalam sistem pendidikan negara.
Satu keistimewaan dalam mengisi erti kebangkitan islam sekurang kurangnya menjadi model kebangkitan islam moden serta sesuai dengan era globalisasi yang mula mencelarukan pemikiran umat islam.
Konsep jihad terutamanya telah disalahtafsir oleh segelintir pihak terutamanya di kalangan individu tertentu sebagai peperangan menggunakan senjata menghapuskan elemen elemen kekufuran yang menentang islam dan umatnya. Begitu juga institusi fatwa yang dilebelkan Barat untuk kegunaan kumpulan radikal.
Dengan itu, lahirlah suara suara sumbang yang mengatakan bahawa Umat islam menubuhkan institusi islam tertentu untuk melatih anak anak islam tentang perjuangan islam mengenai perjuanagn islam yang berdasarkan jihad dalam pengertian sempit dan keras. Digelar sebagai ‘Perkemahan tentera bagi melatih tentera islam dan jihadis’, begitu juga dengan NGO islam yang berpaksikan islam.
Ini yang berlaku dan membuka peluang kepada dunia Barat khususnya Amerika dalam muncul sebagai polis dunia bertindak menyerang semangat kebangkitan islam yang dianggapnya sebagai musuh sejagat. Mereka mengambil kesempatan menjatuhkan kerajaan pimpinan orang islam yang dianggap tidak bertamadun. Dengan ini timbulnya gagasan teori Al-Qaeda, Terorist islam serta Mujahiddin dalam kategori pengganas. Atas teori memerangi keganasan inilah pihak penjajah Barat menguasai dunia Islam yang kaya dengan hasil minyaknya.
Di Malaysia, kebangkitan islam tidak melahirkan pengganas, pertubuhan islam radikal dan jauh sekali mengeluarkan tentera yang berjuang melaksanakan agenda jihad. Pertubuhan bukan kerajaan yang lahir merupakan institusi yang bergerak secara aman dan damai.
Sebarang kemunculan gerakan yang berbentuk radikal seperti Al-Ma’unah yang berdasarkan perjuangan senjata atau taksub serta fanatik agama seperti al-Arqam patut dihapuskan.
Masyarakat Malaysia malah Dunia patut memahami agenda yang dinamik, bertamadun dan harmoni. Ini penting supaya imej islam tidak disalah ertikan dan diberi gambaran salah oleh media barat tidak dikaitkan dengan umat islam di negara ini kerana imej islam di negara ini amat positif dan dinamik.
Atas sebab ini Malaysia layak mendapat perhatian dan layak digelar sebagai contoh dalam pembangunan agama dan dunia, pembangunan manusia dan masyarakat majmuk serta masyarakat yang aman dan damai yang masih boleh mempertahankan system arus perdana berdasarkan negara demorkrasi.
AL-FATIHAH - AHMAD NAWAB DIJEMPUT ILAHI
1 hour ago