Dalam system kalifah ini Attartuk menjadi Perdana Menteri dan kuasanya adalah terhad. Maka Turki tidaklah menjadi negara yang bersekutu dengan barat secara keterlaluan, menyertai EU dan bersikap berbeza dengan Israel.
Kalifah berpelembagaan mungkin akan mewujudkan system capuran yang diamalkan di Britain, Jepun dan Vatican. Pusat kedaulatan tetap berada di Istanbul dengan menjadi wilayah antarabangsa islam seperti Vatican yang diperuntukan untuk katolik.
Pusat pemerintahan Turki tetap berada di Ankara dan pusat pemerintahan kalifah di Istanbul. Kalifah berperanan untuk memimpin umat islam sekurang kurangnya mazhab sunnah Wal Jamaah. Jika Syiah mereka telah mempunyai Ayatollah mereka sendiri di Qom manakala kalifah Sunni terletak di Istanbul.
Berdasarkan peluang sejarah lalu, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinan Reccep Tayyip Erdogan di Ankara boleh menunjukkan pimpinan islam ke seluruh dunia.
Setelah berusaha baik dari segi ekonomi, politik dan budaya Erdogan menunjukkan kepada dunia bahawa masalah sebenar datang dari Eropah sendiri walaupun mereka tidak mengamalkan Kristian.
Dalam keadaan ini, Ankara tidak mempedulikan Eropah. Ia mengambil pendirian bebas dengan mengambil kira persaudaraan dengan negara negara islam dan negara negara berhaluan kiri yang lain. Berkenaan Israel, Ankara kini tidak mengikut kehendak Washington, Landon, Paris dan Berlin.
Thursday, November 04, 2010
Turki Dibawah Sistem Kalifah Baru
ILHAM DARI PUTERA at 7:44:00 PM