Tragedi yang melanda kepada warga Turki di Gaza melonjak nama Turki dalam konfliks Israel-Palestine.
Semua nya berubah apabila parti Erdogan (Parti Keadilan Dan Pembangunan) memenangi pada tahun Mac 2003. Turki menjadi harapan baru apabila ia memilih penderian untuk berpakat membendung keganasan Israel. Ankara sendiri memperlihatkan kecenderungan bersama sama rakyat Palestine yang tertindas terutama sekali Penduduk gaza yang seramai 1.5 juta orang. Erdogan tanpa segan silu meninggalkan Forum Ekonomi Dunia yang dikongsi bersama Perdana Menteri Israel Shimon Peres dan menuduh yahudi sebagai pembunuh pada Oktober 2009. Turki tanpa segan segan menjemput Pemimpin HAMAS dalam buangan Khaled Meshaal.
Turki kini muncul sebagai kuasa Timur Tengah yang berpontensi sebagai mengubah lanksap konfliks Arab-Israel berhubung Palestine.
Pembabitan aktif Turki di bawah kepimpinan Erdogan mempunyai implikasi besar kepada 3 sebab utama.
Semenjak Perang Dingin, Turki menjadi sekutu kepada barat. Berbekalkan warisan Kamal Artartuk dan nilai nilai secular modennya, ia telah bersekongkol dengan US dalan Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (NATO) yang menjadi pusat pengintipan untuk pakatan pertahanan bagi memantau Soviet Union dan memajukan proses kebaratan dalam kehidupan politik dan ekonomi. Ia begitu rapat dengan Eropah barat dan berjinak dalam anggota Komuniti Eropah.
Bersama Iran dibawah Shah, Turki menempa hubungan rapat dan mesra dengan Israel sambil mewujudkan pengkongsian strategic dengan negara yahudi itu dan sering mengadakan latihan ketenteraan bersama sama. Turki menyerlah sebagai asset kepada regim Tel Aviv dari segi imej di kalangan umat islam.
Turki yang pernah menerajui ummah ketika empayar Uthmaiyyah dan merupakan kuasa islam yang berpengaruh, berpontensi menjana kembali kekuatan ketenteraan bersandarkan kepada penganut islam berketurunan Turki di Eropah Timur dan Asia Tengah. Juga peranannya sebagai negara yang berpegang teguh kepada mazhab Sunni. Kepimpinan negara itu dalam OIC dapat mempengaruhi sikap terhadap konfliks Arab- Israel.
Turki meghala perhatiannya ke Palestine berikutan tindakan Israel ke atas fortilla. Ankara sebagai membenamkan harapan Tel Aviv untuk menghidupkan kembali jalinan dengan Turki. Turki juga menggelarkan Israel sebagai negara pengganas dan menuduh negara yahudi sebagai lanun yang melanggar undang undang antarabangsa. Turki telah menamatkan 3 rancangan ketenteraan dan melarang kapal terbang tentera Israel menggunakan ruang angkasanya.
Saturday, November 06, 2010
Turki dan Palestine.
ILHAM DARI PUTERA at 6:28:00 AM