Mencari Hasil Ilmu

Friday, November 19, 2010

Rintihan Suara kemerdekaan Umat Minoriti Islam

Boleh dikatakan bahawa suara umat islam adalah bermusim dalam isu yang membabitkan umat islam. Puncanya adalah kerana umat islam tidak mempunyai kekuatan, pengaruh dan masih sukar mencari titik persamaan ke atas semangat persaudaraan umat islam. Malah pemusuhan dan penindasan ke atas sesama umat islam di sesetengah negara tidak pernah selesai.


Kalau dunia islam mampu bersatu menentang penindasan regim zionis ke atas umat islam, bagaimana pula penindasan ke atas minority umat islam di China, India, Myanmar, eropah dan beberapa negara eropah. Jika dilihat dunia islam hanya bergema apabila berlaku sesuatu ke atas umat islam.

Contoh yang nyata adalah yang berlaku kepada etnik Uighur di Xianjiang China. Apa yang dilalui oleh bangsa ini sudah kira kira 250 tahun selama mana berada di bawah penguasaan Negara China. Mereka cuba dihapuskan secara sistematik.

Wilayah yang dikenali sebagai Turkistan timur dengan nama barunya Xianjiang atau bermaksud tanah yang ditawan oleh pemerintah China menyimpan banyak bukti kekejaman yang dilakukan oleh pemerintah China.

Lebih memburukkan keadaan apabila pemerintahan Komunis mengambil alih kerajaan dimana satu gerakan untuk menghapuskan populasi dan menjadikan mereka sebagai penduduk minority di wilayah mereka sendiri.

Sekita tahun 1950, 75% daripada populasi di wilayah ini adalah etnik Uighur dimana etnik Hui sekitar 6%. Pada 1990, populasi Hui menurun ke 40 % berbanding Hui meningkat ke 56%. Hui kini membentuk majority dan menguasai Bandar dan memiliki banyak tanah etnik Uighur diambil untuk tujuan pembangunan menyebabkan mereka semakin jauh terpinggir ke kawasan pendalaman yang mundur.

Kawasan ini sangat penting daripada sudut strategic dan pertahanan tetapi wilayah bagi menguji kemampuan senjata nuclear. Banyak juga kecacatan yang dialami oleh etnik Uighur akibat terdedah pada radiasi. Banyak yang tidak diketahui oleh dunia luar. Bagi pentadbiran pusat tidak mengiktiraf apa apa kenyataan yang dikeluarkan oleh puak Uighur. China akan menuding jari kepada Rebiya Kadeer yang dikatakan menjadi dalang kepada rusuhan yang berlaku lantas kenyataan yang dikeluarkan beliau.

Cuma dengan dunia tanpa batasan, segala maklumat yang berkaitan dengan etnik Uighur mudah tersebar oleh media. Pemimpin islam pula bersikap sikap membisu. China membalas dengan mengatakan bahawa isu ini adalah berkaitan dengan masalah dalaman negara komunis tersebut. Negara negara lain hanya mampu mengesa China tetapi tidak mampu berbuat apa apa.

Cukup malang sekali bagi umat islam apabila sebarang tuntutan yang berkaitan dikatakan sebagai tuntutan pengganas. Ini lah yang berlaku ke atas etnik Uighur, masyarakat Palestine, Selatan Filipina, Selatan Thailand, Chechnya dan Kashmir.

Isu membabitkan umat islam sendiri perlu diselesikan oleh umat islam sendiri bukannya barat. Penindasan regim Zionist ke atas pendudukan Palestine adalah contoh yang terbaik. Sejak Israel ditubuhkan, pada 14 Mei 1948 penduduk Palestine tidak berubah malah menjadi buruk.

Apa yang berlaku ke atas umat islam Bosnia dan Kosovo adalah serupa. Barat hanya bertindak apabila wujud desakan masyarakat antarabangsa. Pembabitan Amerika Syarikat dalam soal ini juga berkepentingan isitu meluaskan pengaruh di rantau Balkan untuk mengimbangi pengaruh Russia yang berakar umbi di rantau tersebut. Penyelesaian nya juga tidak adil bagi Bosnia kerana negara itu akhirnya terbahagi kepada dua identiti. Keiklasan barat dalam konfliks Bosnia juga dipersoalkan. Bagaimana sebuah wilayah yang diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Negara Negara Bersatu (PBB) seperti Srebrenica gagal dipertahankan sehingga menyaksikan beribu umat islam dibunuh dimana kesannya dirasakan sehingga kini.

Begitu juga nasib umat islam di Kashmir sehingga kini menantikan usaha masyarakat antarabangsa khususnya dunia islam untuk berbuat sesuatu bagi memastikan matlamat mereka memiliki negara sendiri tercapai. Selama 50 tahun, berperang dan berdepan dengan konfliks yang bersudahan, sudah sampai masanya Kashmir mendapat perhatian dunia.

Bagi India, Kashmir sangat penting kerana kaya dengan hasil galiannya dan cukup strategik. Memberi kemerdekaan kepada Kashmir merupakan kebimbangan utama India kerana sebahagian lagi Kashmir berada di Pakistan.

Kashmir sehingga kini masih kekal di bawah kekuasaan India kerana keputusan dan revolusi yang dikeluarkan PBB. Malah negara islam pun tidak menunjukkan sikap kesungguhan untuk mencari penyelesaian atas banyak factor dan pertimbangan.

Pakistan juga memberi sokongan kerana terikat dengan tekanan barat. Apa yang berlaku di Kashmir kerap kali digambarkan India dan media barat sebagai gerakan pemisah dan keganasan menentang pemerintah.

Hal yang sama berlaku pada etnik Kurdish yang sehingga kini tidak mempunyai negara sendiri dimana wilayah mereka pernah wujud suatu ketika dahulu dipecah- pecahkan sehingga membuat etnik Kurdish merempat di beberapa buah negara. Mereka menghuni wilayah tenggara Turki, utara Syria, utara Iraq, dan wilayah Iran yang bersempadanan dengan Turki.

Hari ini etnik Kurdish menerima kemakmuran dengan pemberian autonomi di utara Iraq setelah kejatuhan Saddam Hussien.
Bangsa Kurdish dianggarkan berjumlah sekitar 35 juta dimana 20%(Turki), 15-20% (Iraq), 8% (Syria), 7% (Iran), 1.3% (Armenia) membentuk etnik kedua terbesar di negara negara tersebut.