Mencari Hasil Ilmu

Thursday, November 11, 2010

Palestine Penting Untuk Umat Islam Keseluruhannya

Palestine amat penting kepada umat islam secara keseluruhannya. Selama ini umat islam kurang prihatin terhadap Palestine. Kita sepatutnya mengkaji kepentingan bumi Palestine, mengkaji sejarah negara dan rakyat Palestine.


Tragedi yang menimpa kapal Marvi Marmara pada 31 Mei 2010 ketika rejim Israel menyerang anggota keamanan antarabangsa yang sedang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Gaza di perairan antarabangsa serta mengorbankan 9 sukarelawan. Peristiwa ini tidak dapat dibayangkan berlaku pada abad ke 21 dan apatah lagi tamadun manusia abad ke 3 ini.

Bumi Palestine amat penting untuk umat islam dari segi fizikal dan spiritual . Kepentingan juga mempunyai kepentingan dengan kesucian bumi ini dan sejarah dalam konteks perutusan para nabi oleh Allah untuk membewa rahmat dan kesejahteraan kepada manusia di bumi ini.

Al-Quran menyatakan bahawa para nabi yang turun dan mendiami bumi suci Palestine dengan jelasnya Nabi Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak, Yaaqub, Yusuf, Saleh, Daud, Sulaiman, Isa dan para nabi lain manakala nabi Muhammad diberi penghormatan yang mulia oleh Allah dengan pengembaraan ke Bumi Suci dan pengsinggahan pada waktu malam di Masjid Al-Aqsa dalam peristiwa Israq dan Mikraj.

Masjid Al-Aqsa terletak di bumi Palestine yang merupakan kiblah pertama umat islam. Al-Aqsa juga merupakan 1 daripada 3 masjid yang mendapat keberkatan. 2 masjid di Arab Saudi dimana umat islam boleh beribadat dengan senang tanpa risau akan diganggu semasa beribadat. Tidak bagi Palestine dimana Masjid Al-Aqsa dikawal oleh Regim Israel kerana ditawan oleh Regim Israel selepas Insiden kekalahan Arab semasa peperangan lima hari yang berlaku pada Jun 1967.

Semenjak penaklukan Zionist pada tarikh tersebut, Zionist telah melakukan pelbagai aktiviti yang merosakkan masjid Al-Aqsa. Hanya beberapa hari selepas penaklukkan, mereka melakukan berbagai-bagai aktiviti yang merosakkan masjid Al-Aqsa antaranya merobohkan dinding Al-Magharibah di sebelah barat masjid dan diratakan untuk menjadi tempat ibadat orang yahudi.

Usaha mereka untuk menemui bukti sejarah tentang kehadiran Solomon Temple di kawasan utara dan barat Baitul Muqqadis, mereka menjalankan kerja galian dan pembongkaran yang besar di kawasan itu. Mereka tidak dapat mencari bukti yang dicari. Sebaliknya bukti menunjukkan Bandar dan kota Baitul Muqaddis adalah Kota Suci Islam.

Negara Zionist ditubuhkan pada 14 Mei 1948 di atas sekeping tanah yang kecil tetapi mereka merampas tanah Palestine dengan kadar 77% dan mengusir kira kira 800K penduduk Palestine yang menjadi pelarian perang sejak 1948 sehingga 1967.

Dalam peperangan baki tanah Palestine telah dirampas termasuklah Tebing Barat, Timur Jurusalem, Semenanjung Gaza. Israel juga berjaya merampas Pergunungan Golan daripada Syria (1150 KM persegi), Semenanjung Sinai (61198 KM persegi) dari Mesir, Sinai dikembalikan kepada Mesir ketika Mesir memenangi peperangan dengan Israel pada tahun 1974dengan beberapa syarat yang diletakkan oleh Israel termasuklah perjanjian damai dengan Israel dan bantuan kewangan dari sekutu Israel, US.

Ketika rakyat Palestine lari merempat ke tanah asing, Israel pula membuka pintu seluas luasnya pintu kepada orang yahudi untuk berhijrah masuk ke Israel. Mengikut perangkaan yang dirangka, terdapat kira kira 2.8 juta yahudi telah berhijrah ke Palestine antara tahun 1949-2000.

Kemenangan Hamas dalam pilihan raya Palestine membuka peluang kepada regim Israel untuk mengukuhkan lagi penindasan terhadap Palestine dan rakyatnya. Mereka melebelkan Hamas sebagai golongan radikal dan jihad islam. Tambahan pula Hamas mempunyai kaedah perjuangan yang berbeza dengan Fatah. Keadaan ini berakhir dengan meletakkan Palestine diletakkan pada 2 kerajaan dengan 2 Perdana Menteri. Fatah menguasai Tebing Barat dan Hamas Menguasai Gaza.

Pada 2005, Israel mengundurkan tentera dan rakyatnya di Gaza supaya menjadi kawasan penduduk Palestine sepenuhnya. Sebaliknya Israel meletakkan Gaza sebagai penjara terbuka yang besar bagi rakyat Palestine . Ini kerana lautan dan angkasa dikuasai oleh Israel.