Ada cubaan setengah pihak terutamanya di barat atau di kalangan golongan liberal di Timur. Ini termasuklah yang terpengaruh dengan fahaman barat.
Di Amerika bermulanya satu gerakan New Age yang gemar mengambil ciri ciri kerohanian daripada agama agama di dunia ini tanpa perlu menganutinya. Walaupun terdapat banyak aliran dalam New Age tetapi gambaran yang diambil bahawa semua jalan kerohanian dalam apa juga agama adalah sama.
Bagi umat islam, semua yang dinyatakan adalah tidak berasas. Bukan umat islam sahaja yang akan menolak kenyataan yang dinyatakan, malahan semua agama akan bertindak demikian. Masing masing akan berpandangan bahawa agama mereka betul manakala agama yang lain salah dan tidak benar.
Kalangan New Age berpendapat semua agama adalah sama. Apa yang ingin dicapai oleh semua agama di dunia ini adalah mendapat kebahagiaan selepas tidak wujud di dunia ini. Malah agama yang menolak ketuhanan juga dilihat sebagai satu usaha kerohanian juga. Kesimpulannya semua nya sama.
Orang barat yang tidak percaya akan tuhan dipelopori oleh golongan New Atheism atau Atheisme Baru hanya beranggapan pada hayatnya. Seperti yang dikatakan pengasasnya, Richard Dawkins menganggap tiada roh dan kewujudan nya hilang begitu sahaja selepas kematian. Mereka tetap mahu melakukan perbuatan kebaikan kerana mereka selesa berbuat kebaikan. Dengan manusia saling berbuat baik diantara satu sama lain membolehkan masyarakat berfungsi.
Jika dilihat agama agama utama dunia kefahaman mereka tentang ketuhanan sangat berbeza sekali diantara satu agama dengan agama yang lain.
Terdapat pelbagai kesamaan diantara yahudi, kristian dan islam kerana agama ini bertunjangkan kepada tunjang yang sama.Bagaimanapun, perbezaan ini amat besar walaupun mereka saling mempengaruhi satu sama lain.
Dari beberapa segi, Yahudi dan islam mempunyai persamaan menurut kepercayaan satu tuhan dalam pemahaman Monotheism. Kristian memegang fahaman trinity, satu dalam tiga dan tiga dalam satu. Tuhan, Isa dan Rahul Kudus. Apatah lagi agama Buddha dan Tao yang tidak mempercayai tuhan. Apa yang disebut sebagai Haeven bukannya tuhan tetapi kayangan dimana roh roh berkumpul setelah mati. Kayangan berada di langit manakala neraka untuk mereka yang berbuat jahat sama ada dihukum di neraka atau berlegar legar menjadi hantu di muka bumi.
Agama yahudi amat jelas menolak nabi Isa dan Muhammad. Maka dari situ hukum dan syariat adalah berbeza dan penting sekali konsep pemahaman ketuhanan (Allah) juga sangat berbeza.
Perbezaan agama tidak boleh dibandingkan dengan perbezaan antara kaum dan budaya. Agama membawa kepada iman terhadap tuhan yang agung. Tidak ada agama di dunia dapat mengungkapkan kehebatan Allah kecuali Islam.
Dengan perkembangan zaman dan tradisi yang panjang serta ada pembaharuan maka setiap agama telah membangun hujahan kerohanian masing masing yang berbeza di antara satu sama lain.
Sunday, November 07, 2010
Tiada Agama Yang Serupa Di Dunia Ini
ILHAM DARI PUTERA at 6:02:00 AM