Mencari Hasil Ilmu

Friday, November 12, 2010

Sisa Perjuangan Rakyat Palestine

Isreal berusaha menipu dunia. Bagi mereka membunuh rakyat Arab adalah perkara biasa yang seharusnya dilakukan atas nama Perang Memerangi Keganasan. Akhirnya Arab yang menjadi mangsa. Alasan mereka Arab tidak mempunyai ciri ciri sebagai seorang ‘Kawan’. Arab tidak bertolak ansur akan pendudukan Israel. Israel meminta agar Arab berdamai, bersederhana dan berperikemanusiaan. Alasan ini amat didokong Regim Israel dan kuncu kuncunya.


Golongan Elit Amerika sudah pasti amat yakin dan akur dengan alasan ini terutamanya apabila menyedari hakikat bahawa mereka memerlukan kepentingan Israel sebagai rakan kongsi.

Dunia pula begitu yakin dengan bahawa rakyat Palestine perlu diajar kerana ganas dan buas. Inilah andaian utama yang menjadi misi Zionist Enterprise sejak kelahiran gerakan tersebut. Suara mereka bergema di seluruh pelusuk dunia dengan lantang sekali.

Hakikatnya serangan bertubi tubi Israel ke atas rakyat Palestine nampak lebih ganas dan tidak ketamadunan. Namun, serangan mereka lebih dihalalkan lagi. Serangan Palestine dianggap lebih Barbarik dan patut di hapuskan. Serangan demi serangan sebenarnya meningkatkan lagi semangat dan api perjuangan terhadap kuasa penjajah yang menjajah negara mereka secara kejam, sistematik dan luar biasa.

Persoalannya kenapa Israel meneruskan pembunuhan dan penindasan ke atas rakyat Palestin. Israel sendiri mengorbankan jiwa tenteranya walaupun bilangannya hanya boleh dibilang dengan jari. Begitu juga imej dan maruah mereka pada dunia tamadun dan keperimanusiaan.