“Saya kesal atas kehilangan nyawa, tetapi tentera Israel terpaksa mempertahankan diri atau nyawa mereka akan melayang. Demikian lah kenyataan yang keluar dari mulut Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bagi mempertahankan tindakan tenteranya mengempur flotilla dalam misi kemanusiaan ke Gaza pada 31 Mei 2010.
Pengempuran mereka bermula bahawa maklumat misi itu bermula dari rangkaian al-Qaeda. 9 orang sukarelawan terkorban dan berpuluh puluh lagi orang tercedera hanya kerana ingin menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza. Kira-kira 10 ribu tan barang barang bantuan yang diharapkan dapat mengurangkan kesakitan dan penderitaan yang dilalui oleh rakyat Palestine di Gaza sekali lagi tidak dapat sampai ke sasarannya.
Israel memang mahu menghapuskan kehidupan di Gaza dengan cara tersendiri. Meskipun mendapat ancaman dan tentangan dari seluruh dunia, Israel tetap dengan pendirian bahawa mereka mengambil langkah yang betul dengan nama keselamatan. Hak manusia tidak wujud dalam kamus perjuangan mereka.
Kekejaman Israel baru baru ini membuka mata pihak antarabangsa untuk menuntut pembukaan masuk sempadan ke Gaza atas dasar kemanusiaan dan menuntut penyiasatan antarabangsa ke atas peristiwa ini atas dasar keadilan.
Adakah Israel takut akan gertakan antarabangsa tetapi Israel ingin cuba melihat keperihatinan masyarakat antarabangsa mengenai Palestine.
Setiap tahun Israel mendapat dana daripada Amerika (AS) bernilai berbillion dolar dalam bentuk pinjaman dan bantuan. Adakah pendirian Amerika akan berubah Dibawah Presiden Barrack Obama selepas keganasan Israel ke atas flotilla kemanusian baru baru ini.
Melihat pengaruh yahudi di negara maju, sukar bagi mereka untuk menghalang apa apa tindakan Israel. Dunia media yang dicorakkan dan dipegang Israel adalah berdasarkan kepada perpeksi dan ideology mereka. Begitu juga dengan dunia hiburan yang digunakan untuk menyebarkan propaganda dan ideology yang dikuasai yahudi. Lobi yahudi di dalam pentadbiran yahudi melalui American Israel Public Affair Community amat berpengaruh dalam hubungan US-Israel, pasaran antarabangsa yang mempengaruhi ekonomi dunia. Antara kekuatan Israel dalam mengatur perkembangan sosiopolitik dan sosioekonomi dunia.
Sejauh manakah keupayaan rakyat Malaysia dalam memberi tekanan kepada Israel?. Yang boleh kita gunakan adalah dengan memboikot produk yang diberikan pulangan secara lansung atau tidak lansung kepada Israel. Jika negara yang menghina Nabi Muhammad merasa kesan tindakan kurang ajar mereka, mengapa tidak kita memboikot negara yang menyumbang secara lansung atau tidak lansung kepada Israel.
Kita melihat struktur dan bentuk tindakan yang ada sekarang tidak memberi kesedaran kepada tentera Israel. Struktur kuasa yang ada sekarang merujuk kepada struktur yang ada dan organisasi antarabangsa sekarang yang dibentuk selepas Perang Dunia ke 2 dan asasnya adalah struktur kuasa dan organisasi yang bermula dari konflik besar awal abad ke 20. Ini kerana lahirnya Israel dan dibentuk oleh system yang dinyatakan di atas terus sampai hari ini.
Perjanjian Versailles 1919 berusaha membentuk order baru Pasca besar 1914-1918. Dibuat berdasarkan kepentingan barat dan negara negara sekutu dan jauh sekali bagi melindungi umat islam dan negara negara kecil bukan barat. Ho Chi Minh (Nationalis Vietnam) hadir dalam persidangan di Paris kerana apa yang ingin dibentuk Presiden Woodrow Wilson adalah untuk Barat dan melindungi kepentingan barat. Ho Chi Minh melihat kepada usaha negara Siviet Union yang baru dibentuk melalui Revolusi Russia (Revoluis Bolsevik 1917).
Perjuangan Ho Chi Minh berasaskan fahaman komunis dengan sokongan Soviet Union diteruskan sehingga berlakunya Perang Vietnam Pertama (1946-1954). Ho Chi Minh memenangi perang Perang Vietnam Pertama dan terbentuknya negara Vietnam Utara melalui Perjanjian Geneva pada 1954. Setelah Amerika gagal memenuhi persetujuan dalam dalam gencatan senjata 1954 iaitu mengadakan pilihan raya seluruh Vietnam dalam tempoh 2 tahun selepas perjanjian Geneva 1954. Ini membawa kepada Perang Vietnam Kedua yang akhirnya penyokong Ho Chi Minh mencapai kejayaan penyatuan seluruh Vietnam sebagai negara Komunis dalam tahun 1975.
Ingin dinyatakan disini bahawa penipuan barat menyatakan bahawa hentikan perang 1918 dan kita bina hidup baru pendamaian sejagat berdasarkan ‘Fourteen Point’ yang dikemukakan oleh Woodrow Wilson. Hanya mereka kedamaian bukan untuk keadilan sejagat seluruh dunia. Dalam konteks ini, konflik Palestine-Israel yang berterusan ini nampak kepada kita kuasa kuasa barat yang tidak jujur dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat islam Palestine dan menyelesaikan masalah sejagat.
Sunday, October 31, 2010
Israel Tidak Gentar Kutukkan AntaraBangsa
ILHAM DARI PUTERA at 7:38:00 PM