Mencari Hasil Ilmu

Monday, November 08, 2010

Turki Uthmaiyah Tumbang Barat Tepuk Tangan

Apa kesannya kepada dunia Islam akibat dari rebahnya Kerajaan Turki Uthmaniah 1918. Wilayah islam di Timur Tengah dipecah pecah dan dibahagikan kepada kuasa barat khususnya Great Britain dan Perancis. Mandat Lebanon dan Syria diberikan kepada Perancis. Iraq, Trans-Jordan, Palestine diberikan kepada British. Lebih awal daripada itu telah berlaku Arab Revolt 1916 (satu penipuan besar British terhadap orang Arab agar tidak menyokong Turki dengan menjanjikan kemerdekaan kepada Arab Speaking People jika Turki berjaya dikalahkan).


Orang islam ditipu hidup hidup kerana pada 1917 berlakunya Deklarasi Belfour yang menjadi asas kepada pembentukkan negara Israel pada 1948. Sejak itulah hijrah masuk orang yahudi ke Palestine berlaku dengan sokongan kuat British bermula selepas Perang Dunia Pertama. Berakhirnya Perang Dunia 1 (1918) 60K yahudi menetap di Palestine (Jumlah keseluruhan penduduk Palestine seramai 750K). Dengan perlindungan yang diberikkan Britain tahun 1931, penduduk yahudi Palestine 175K (18% dari jumlah penduduk Palestin). Pada 1939, menjadi 430K (28%). Peranan yang dimainkan British sangat besar dalam menguatkan yahudi di bumi Palestine.

Peranan British kemudiannya dimainkan US pada awal selepas Perang Dunia Kedua apabila pihak British secara relatifnya telah lemah dan tidak lagi sebuah kuasa yang kuat. Ini telah membawa kepada pembentukkan dan pengistiharan negara Israel pada tahun 1948. Penubuhan Israel ini telah mendapat tentangan oleh banyak negara dunia khususnya negara islam di Timur Tengah dan lain lain negara. Sehingga kini negara seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei tidak menjalinkan hubungan diplomatic dengan negara Israel dan secara lansung tidak mengiktiraf negara yahudi itu.

Dengan struktur yang ada merujuk kepada Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) yang di kuasai Amerika dan Barat maka apa keputusan nya mestilah memihak kepada kepentingan barat khususnya. Keputusan itu mestilah menjurus kepada kepentingan Israel dan tidak menyentuh kepada tindakan ganas Israel. Walaupun tindakan yang dilakukan itu menyakitkan umat islam. Keputusan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PBB mengenai tindakan Israel terhadap misi kemanusiaan Mei 2010 adalah satu yang sangat lemah dan menyakitkan hati umat islam dan gerakkan anti Israel.

Terbentuknya negara Israel 1948 adalah dengan sokongan dan kepentingan barat. Adalah mustahil yang dilakukan PBB akan melemahkan Israel. Apa yang dilakukan Ban Ki Moon adalah selaras dengan dasar Amerika dan asas penubuhan negara Israel.

Sistem dan struktur kuasa serta organisasi yang didukung oleh barat gagal memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah ini. Liga Arab nampak seperti pertubuhan negara negara arab tetapi lebih dilihat bahawa negara Mesir, Arab Saudi, Kuwait, Jordan, mempunyai hubungan dan kepentingan dengan Amerika yang tidak meletakkan kepentingan umat islam lebih utama. Seolah olah negara negara diatas dikawal oleh Amerika dalam keputusan dan tindakkan.

Perlu ada satu pakatan baru yang tidak dipengaruhi oleh Barat khususnya Amerika. Ia mungkin bersifat radikal kalaupun mahukan penyelesaian konfliks mencapai objektif, unsur unsur ketenteraan perlu difikirkan.

OIC perlu menjadi asas kepada beberapa ketetapan yang mempunyai unsur unsur ketenteraan dengan memasukkan beberapa ketetapan yang mempunyai unsur2 ketenteraan didalamnya bagi melindungi negara negara yang berada dalam peperangan dengan cara membantu menyumbang tenaga bagi melindungi negara yang diceroboh.

Penceroboh dan pembunuhan berlaku di Palestine sekarang dan mungkin akan berlaku pada negara lain pula. Peperangan adalah dalam erti kata melindungi negara daripada diancam oleh negara luar seperti Israel. Negara negara yang kuat seperti Iran dan turki boleh memimpin organisasi baru supaya lebih berkesan.

Sudah pastinya organisasi ini akn tidak disenangi barat. tapi ini merupakan satu jalan akhir bagi kita umat islam dari terus ditindas tanpa terbela. PBB tidak boleh diharapkan bagi membela umat islam. Rundingan boleh berlaku tetapi dalam masa rundingan sedang berjalan berlaku banyak pembunuhan dan tindakan kejam ke atas umat islam Palestine.

Apa yang berlaku kepada umat islam Palestine adalah seolah olah satu proses penghapusan etnik bagi melenyapkan bangsa Palestin. Sampai sudah masanya kita umat islam membentuk organisasi ketenteraandan tidak kisah rela berjuang dan mati syahid. Apa yang berlaku pada Misi Kemanusiaan Gaza adalah lambang keberanian dan kesanggupan berjuang dan cita cita syahid umat islam akhir zaman. Cuma organisasi yang sesuai belum ada bagi menyusun.