Dalam Perang Dunia Pertama, Khalifah Uthmaiyyah bersekutu dengan Jermen dan Austria-Hungary dalam menentang Britian, Perancis dan Amerika Syarikat. Jepun pula memihak kepada Britian.
Sejarah menunjukan bahawa Jermen kalah. Kalifah Uthmaiyyah tumbang dan semua wilayah wilayahnya merdeka atau diambil alih oleh Britian dan Perancis. Kalifah Uthmaiyyah digantikan dengan Republik Turki pimpinan Kamal Artartuk. Kalau Kamal Artartuk tidak merampas kuasa mungkin Turki akan dijajah dalam masa yang lama atau dibahagikan bahagikan antara Britian dan Perancis. Dalam pendapat ini, Kamal boleh dilihat sebagai hero kerana beliau menyelamatkan Turki daripada memjadi bahan pembahagian jajahan antara Britian dan Perancis.
Disitulah sikap perhitungan Istanbul, andai kata Uthmaiyyah memihak kepada Britian dan Perancis maka mungkin ia akan selamat dan mungkin sejarah akan berubah. Mungkin ada sebab mengapa Uthmaiyyah memilih sedemikian.
Dalam Perang Dunia Ke Dua, Turki memilih untuk memihak kepada Britain dan Perancis maka ia akan selamat. Begitu juga semasa Perang Dingin, Ankara memilih Amerika dan menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Turki terus dalam keadaan selamat kerana Amerika mengalahkan Kesatuan Soviet dalam Perang Dingin.
Arttartuk memilih fahaman sekularisme sejak penubuhan Republik Turki untuk menjadikan sebuah negara eropah yang berjaya. Ini mendorong Amerika bagi sekutu Amerika yang setia.
Friday, November 05, 2010
Turki dalam geopolitik dan pemikiran ummah
ILHAM DARI PUTERA at 6:20:00 AM