Mencari Hasil Ilmu

Tuesday, November 09, 2010

Suara Palestine Perlu Di Dengar

Sejarah membuktikan bahawa segala usaha menjadikan rakyat Palestine melupai perjuangan mereka sering menemui kegagalan. Oleh itu, strategi baru diperlukan Israel seperti melanbat lambatkan usaha musuh bagi mencapai objektif.


Jika kempen memerangi keganasan Israel bertujuan menyerang Hamas kerana hendak menghancurkan Hamas maka Israel telah kalah. Ini memberi lampu kemenangan kepada Hamas kerana mempopularkan Hamas.

Hamas bukan sahaja menghadapi musuhnya di Israel tetapi rakan rakan politik yang ingin melihat kejatuhan Hamas.

Israel merupakan kuasa tentera yang ke 4 terkuat di dunia. Mempunyai ratusan nuclear Warheads. Sedangkan Palestine diharamkan memiliki senjata berat. Oleh itu Palestine akan dijangka kalah melalui peperangan senjata. Lebih jelas lagi satu usaha pembunuhan diri beramai ramai.

Satu cara membebaskan Palestine adalah dengan cara menggerakkan politik Palestine dan Arab dengan lebih pantas lagi. Hanya dengan ini dapat menjamin kejayaan pada masa esok.