Setiap negara memerlukan interaksi dengan negara2 lain bagi memantapkan kedaulatan negara dan cuba mendapatkan pengiktirafan di ruang diplomasi antarabangsa. Jelas sekali dunia yang semakin tidak bersepadan ini memerlukan hubungan politik dan ekonomi. Dalam era ini, tidak ada satu negara pun mampu sendirian tanpa sebarang perhubungan satu sama lain.
Setiap tingkah laku yang berlaku memberi perubahan dan impak terhadap persekitaran antarabangsa . Pengamatan mengenai kebangkitan negara tersebut menampakkan satu wadah kepimpinan baru bagi rumpun selatan dan Dunia KeTiga.
Venuezuela merupakan sebuah negara persinggahan Christopher Columbus dan Alfonso de Ojeda pada 1498-1499. Pada masa itu Venuezuela didiami oleh kaum Arawak dan Chibcha. Mengalami perubahan politik, ekonomi dan social apabila Sepanyol menjajah timur laut Venuezuela dan kemudiannya membentuk sebuah negara Venuezuela pada 1521. Penjajahan berterusan sehingga 1811 apabila berlakunya pemberontakan.
Semenjak Venuzuela bebas dari penjajahan , proses modenisasi digerakkan dan mencuba melakukan yang terbaik bagi menarik pelaburan asing dan membangunkan insfrastruktur, pertanian dan pendidikan. Era Antonio Guzman Blanco (1870-1888) memaparkan satu cubaan membina sebuah negara maju dan moden.
Pada tahun 1902, disebabkan pergantungan dana dari negara asing, perlabuhan terpenting di Venuzuela dihalang operasi menerusi sekatan dan ancaman daripada British, Itali dan Germen. Ini bukti pihak barat masih ingin menjajah dan tidak puas hati dengan penjajahan masa lampau sehingga masih berani menggangu gugat negara lain semata2 menjaga kepentingan mereka sendiri.
Sejarah yang panjang menyebabkan negaranya utuh dalam survival di peringkat antarabangsa . Venuzuela merupakan negara pengeluar minyak mentah yang terbesar di pasaran minyak mentah global. Semasa pemerintahan Juan Vicente Gomes memulakan eksplorasi dalam bidang petroleum di Venuzuela.
Saturday, February 06, 2010
Venuzuela Suara Dunia Ketiga
ILHAM DARI PUTERA at 4:56:00 AM