Pernah anda dengar mengenai Teori Evolusi atau Darwinisme. Mungkin anda akan beranggapan bahawa Darwinisma berkaitan dengan bidang studi biologi dan tiada berpengaruh sedikit pun dengan kehidupan sehari2.
Falsafah tersebut adalah Meterialisme yang mengandungi sejumlah pemikiran tentang mengapa dan bagaimana manusia muncul di muka bumi.
Kerosakkan ajaran Darwinisme meruntuhkan nilai2 dasar sesuatu negara dan masyarakat dan menciptakan sebuah masyarakat tanpa jiwa dan rasa sensitive yang menjadi keutamaan (focus) adalah meterialistik. Anggota masyarakat yang demikian tidak akan mempunyai idealisme seperti patriotisme, cinta bangsa, keadilan, kesetiaan, kejujuran, pengorbanan, kehormatan atau moral yang baik sehingga susunan social yang dibangunkan akan hancur dalam tempoh yang singkat. Kerana ini lah , meterialisme dianggap satu ancaman paling berat terhadap nilai2 yang mendasari tatacara politik dan social sesuatu bangsa.
Meterialisme adalah dokongan kepada ideologi anarki dan bersikap memecah belah yang mengancam kelansungan kehidupan negara dan bangsa. Komunisme, adalah ajaran berdepan diantara ideology ini merupakan konklusi politik yang dialami falsafah meterialisme. Komunisme berusaha menghancurkan kekeluargaan dan negara.
Teori evolusi menjadi landasan ilmiah bagi meterialisme dan juga dasar asas komunisme. Komunisme berusaha membenarkan diri dan menampilkan ideology sebagai sesuatu yang logic dan benar. Karl Marx dalam bukunya ada menyatakan bahawa Komunisme dicetus oleh buku Darwin “The Origin of Species”.
Kebanyakan orang menerima ilmu daripada ilmuan2 yang lain sebagai Kebenaran Sejati. Tak terlintas dalam fikiran bahawa tidak semua ilmu tepat dan boleh diambil sebati dalam kehidupan dan penyelidikan seterusnya.
Sebagai contoh, ahli biologi semacam ini dengan begitu mudah menemukan kelarasan yang menakjubkan pada molekul protein (bahan penyusun kehidupan) dan molekul ini dikatakan sama sekali tidak muncul secara kebetulan. Darwin menyatakan bahawa protein muncul pada suasana bumi yang agak primitif secara kebetulan berbilion2 tahun dahulu. Tambahan lagi teori beliau menambah lagi tanpa keraguan terdapat lebih jutaan protein terbentuk secara kebetulan. Secara luar biasa bergabung dan membentuk sel hidup pertama.
Jika berdasarkan kepada bidang Molecular Biology, terdapat lebih dari satu sel protein dan tidak mungkin lah ianya muncul secara kebetulan.
Sudut pandang meterialist menyebabkan banyak ilmuan menjadi ateis kerana percaya teori Darwin ini. Sungguh kuat teori ini sampai ada yang sanggup membebaskan dari percaya wujudnya Sang Pencipta. Ahli Biologi Amerika , Dr Micheal J. Behe pendukung Teori Inteligent Design yang mana design makhluk berlaku secara semulajadi dan teratur sehingga menjadi yang terbaik.
Friday, February 05, 2010
Ada Apa Dengan Darwinisme
ILHAM DARI PUTERA at 3:55:00 AM