Telah banyak peristiwa dan gerakan asing yang menunjukkan penentangan terhadap islam dan para penganutnya terutamanya dari dunia barat atas nama politik.
Peristiwa terbaru adalah larangan kerajaan terhadap pembinaan menara bagi bangunan masjid. Pada 2004, Perancis melarang para pelajar islam memakai tudung untuk menutup aurat.
Ia merupakan cabaran malahan yang lebih teruk sekali penghinaan terhadap agama itu sendiri. Ini termasuk lah lakaran kartun Nabi Muhammad dan filem berwajah yang menyentuh dan melukakan hati kita.
Penentangan terhadap islam baik dari segi agama dan politik sebenarnya telah lama berlaku. Ia ditafsirkan sebagai pertembungan antara ideology Sekular dan islam malahan Kristian dan islam.
Penentangan ini berlaku sejak perang salib lagi dan berterusan hingga ke zaman moden dengan berlakunya Perang Bosnia tidak lama dulu.
Dunia barat sebernarnya mempunyai agenda tersendiri dalam menetang dan menguasai Negara islam. Mereka sebenarnya ingin menguasai agenda ekonomi untuk mengaut kekayaan dari Negara islam yang mewah dan makmur.
Dasar perang menentang keganasan tajaan Amerika Syarikat telah menyebabkan serangan kilat pada 11 September 2001 merupakan satu bentuk baruintipan yang berlaku ke atas dunia islam untuk menaklukinya. Ini termasuk tindakan melancarkan serangan bersenjata ke atas pengganas muslim di mana mana pengganas itu berada.
Peristiwa 11 September menjustifikasi pendudukan AS ke Iraq dan Afganistan. Ini tujuan memecah belahkan rakyat di kedua-dua Negara itu. Motifnya menjadikan Iraq dan Afganistan sebagai tanah jajahan dan akhirnya memudahkan pihak AS membina saluran paip dan gas di kawasan timur tengah dan sebahagian Negara Asia Tengah yang kaya raya.
Gerakan mengintip Negara Iraq dan Afganistan oleh pihak AS telah lama berjalan sebelum berlakunya !! September. Rantau kaya yang mempunyai rizab minyak dunia lebih daripada 60% berjaya menguasai atas nama Memerangi Keganasan. Disokong pula oleh NATO dan beberapa NGO serta Pertubuhan Negara- Negara Bersatu.
Ramai penulis2 arab melebelkan penaklukkan ke atas Iraq dan Afganistan sebagai Perang Salib Petrol yang dilancarkan terhadap dunia islam.
Penulis juga melebelkan perang yang sedang dilancarkan adalah PERANG DUNIA KE 4 diantara KRISTIAN DAN ISLAM.
Monday, February 15, 2010
Serangan dan cabaran terhadap islam
ILHAM DARI PUTERA at 6:12:00 AM