Di barat terdapat ilmuan menjadi evolutionist atau materialistic kerana seseorang ilmuan perlu memenuhi pra syarat untuk mendapat promosi , diiktiraf akedemik agar diiktiraf dalam jurnal ilmiah. Memang telah menjadi dasar sains dan teknologi negara2 barat.
Individu yang mengekemukakan teori evolusi dan mempertahankan nya adalah seorang ilmuan Inggeris yang bernama Charles Robert Darwin.
Darwin tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang biologi. Dia hanya memiliki minat terhadap alam dan makhluk hidup. Minat ini menyebabkan beliau sacara sukarela berlayar dengan sebuah kapal bernama H.M.S pada tahun 1832. Beliau sangat terpesona dengan pelbagai jenis species makhluk hidup terutamanya jenis2 burung Finch di kepulauan Galapagos. Beliau mengira bentuk variasi paruh pada burung tersebut. Kemudian lahirlah konsep adaptasi terhadap persekitaran.
Konsep ini ada kaitan juga dengan Hukum Seleksi Alam. Ini dikira menemukan asal usul species. Satu species berasal dari species yang lain. Beliau menerbitkan buku yang berjudul The Origin Of Species By Mean Of Natural Selection pada tahun 1859.
Teori Darwin dipandu oleh ahli biologi Perancis yang bernama Lamarck. Menurut beliau makhluk hidup mewariskan ciri-ciri yang mereka dapat selama hidupnya dari satu generasi ke generasi sehingga terjadi evolusi.
Salah satu dalam aspek dalam diri penemu Darwinisma adalah pandangan beliau mengenai warna kulit manusia di muka bumi ini. Beliau menganggap orang kulit putih Eropah lebih baik dan lebih maju daripada ras manusia yang lain.
Darwin berpendapat orang kulit hitam dan orang Oborigin Australia sama dengan Gorila. Golongan ini digelar golongan tidak beradab. Golongan tidak beradab akan disingkirkan sedikit demi sedikit.
Di saat kemunculan buku Darwin, seorang ahli Botani Gregor bernama Gregor Mendel menemukan hokum penurunan sifat pada tahun 1900. Saat ini melahirkan satu cabang biology yang di beri nama GENETIK. Beberapa tahun kemudian struktur gen dan kromosom ditemukan. Pada tahun 1950, penemuan struktur molekul DNA yang berisi informasi genetic menghempas teori evolusi Darwin.
Beberapa dekad lalu Era perjuangan barat dalam membuktikan kebenaran Neo-Darwinisme. Bukti baru pihak golongan Neo-Darwinisme berupaya memberi contoh mutasi yang menguntungkan. Neo- Darwinis berupaya memberi contoh mutasi yang menguntungkan dengan melakukan ribuan eksperimen mutasi. Yang teruk nya, usaha mereka berakhir dengan kegagalan keseluruhan.
Sebahagian besar pembela fanatik muncul pada 1970. Awalnya ahli Paleontologi Amerika, Niles Eldredge dan Stephen Jay Gould sangat sedar bahawa pernyataan Neo-Darwinisme telah meruntuhkan secara keseluruhan dari cacatan fosil sejarah. Fosil membuktikan bahawa makluk hidup tidak berasal dari evolusi bertahap tetapi tiba secara tiba2 dan sudah terbentuk sepenuhnya.
Darwin mengajukan kesimpulan nya semasa bidang genetic, mikrobiologi dan biokimia belum diteroka. Jikalau bidang2 ini ditemukan kan dahulu maka Darwin akan sedar bahawa teori nya benar2 tidak ilmiah.
Begitu juga dengan dunia ilmu pengetahuan pada masa itu yang hanya memeliki pemahaman yang dangkal dan kasar tentang struktur dan fungsi sel.
Saturday, February 06, 2010
Pengerak Semula Darwinisme.
ILHAM DARI PUTERA at 4:54:00 AM