Dalam konteks hubungan antarabangsa, negara2 Latin bersikap kontra terhadap AS dan negara pakatan lain. Selain Malaysia, Libya, Iran dan Cuba yang sering dilabel sebagai suara penentang apabila ditindas, tidak mematuhi peraturan dan perundangan antarabangsa. Kini suara lantang tersebut dari Venuzuela pula menerusi kepimpinan Hugo Chaves. Chaves dilihat tidak senang dengan tindak-tanduk AS yang cuba mendominasi Venuzuela. Ini menyebabkan US bertindak provokatif untuk menjatuhkan pemerintahan Chaves. Tindakan US yang berterusan bertindak provokatif dilihat sebagai keangkuhan kepada ketidakadilan dasar antarabangsa kuasa besar dunia. Tindakan provokatif dilihat cuba memusnahkan integriti dan kedaulatan negara. Percubaan untuk campur tangan bagi mempengaruhi geopolitik negara terbukti berlaku. Chaves beberapa kali cuba diguling sama ada melalui rampasan kuasa, ketenteraan atau pilihanraya dimana penentang presiden dilihat rakan atau proksi kuasa besar AS.
Sokongan kuasa US terhadap rampasan kuasa tentera 12 April 2002 membuktikan penglibatan kuasa asing dalam persekitaran politik Venuezuela.
Hugo dilihat memberi nafas baru kepada perjuangan menentang campur tangan US di negara2 lain dunia terutamanya di Latin. Tidak hairan lah beliau digelar Fidel Castro ke dua. Suara lantang amat penting bagi seimbangkan penindasan jurang ekonomi blok utara (AS, Kanada dan Eropah). Peranan pemimpin seperti Dr M amatlah ditunggu2 kerana memperjuangkan keamanan dan anti penindasan.
Tindakan Chaves yang lantang dan berani berkait rapat dengan peristiwa/krisis yang didalangi US bagi menjatuhkan pentadbirannya. Dari negara terpendam dan kini meningkatkan imej dan prestij di kaca mata antarabangsa. Beliau dilihat memberi imbangan pengaruh terhadap tindakan US yang ingin menguasai dunia.
Pada Feb 2005, dalam temu bual di tv, beliau ada menyatakan bahawa jika dia mati dibunuh yang bertanggungjawab adalah Presiden AS. Betapa kontra nya pendapat perjuangan beliau.
Presiden Romulo Gallegos, Presiden pertama dijatuhkan melalui rampasan kuasa tentera selepas 8 bulan berkuasa. Rampasan kuasa diketahui Marcos Perez Jimenez mendapat restu bantuan ketenteraan AS. Sekali gus membuktikan penglibatan campur asing dalam persekitaran politik Venuzuela. Beliau menyokong perjuangan Castro dan menyelar AS dan mengelar George W.Bush sebagai syaitan. Ia dilakukan secara terbuka di Perhimpunan Agong Bangsa2 Bersatu pada 19 September 2006 dan mendapat liputan meluas media seluruh dunia.
Sikap kontra Chaves bermula apabila melakukan lawatan rasmi negara ke Iraq (10 Ogos 2000) Beliau satu satunya negara yang melakukan lawatan ke Iraq selepas tercetusnya Perang Teluk (1991). Ini menjadikan AS tidak senang dengan Hugo Chaves.
Keberanian Chaves tergambar apabila beliau berani memberi amaran keras kepada duta AS ke Caracas untuk tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran politik dan ekonomi Venuezuela. Pernah memberi amaran keras meminta duta AS meninggalkan Venuezuela kerana mencampuri urusan negara. Kenyataan nya berbunyi , “Kamu telah melanggar Piagam Geneva sekiranya kamu terus campur tangan dalam hal ehwal Venuezuela kamu boleh di istiharkan sebagai Persona Non Grata dan keluar dari sini “Chaves kepada William Brownfield).
Tindakan usir adalah susulan dari pernyataan duta itu sendiri seolah2 campur tangan dalam urusan Venuezuela.
Sekali gus memberi gambaran negatif kepada hubungan dua hala. Tindak balas Chaves memberi isyarat kepada dunia bahawa ketegangan hubungan diplomatic antara Caracas- Washington semakin memuncak.
AS mencorak hubungan luarnya berdasarkan kepentingan negaranya tanpa memikir kesan terhadap negara lain. Semestinya ia tidak digemari negara lain dan mengdisriminasi negara dunia ke tiga. AS negara yang memiliki keupayaan ekonomi yang kukuh dilihat memenopoli kekuatan ekonomi dunia dengan melakukan hubunga diplomatic, ekonomi dan lain2.
Pada 24 Feb 2007, negara itu menghabiskan lebih 50 billion untuk membendung hegemoni AS serta tabung Kewangan Antarabangsa (iMF).
Sunday, February 07, 2010
Dasar Luar Venuzuela
ILHAM DARI PUTERA at 10:39:00 AM