Mencari Hasil Ilmu

Wednesday, October 21, 2009

Perbezaan Undang2 Di Malaysia

Saiz rotan bagi pesalah jenayah sivil tidak dinyatakan dan bergaris pusat 1.25 cm manakala saiz rotan bagi pesalah jenayah syariah menggunakan panjang rotan 1.22m dan bergaris pusat 1.25cm.

Pesalah jenayah sivil peperiksaan kesihatan boleh dilakukan oleh mana2 pegawai kesihatan manakala pesalah jenayah syariah dilakukan oleh pegawai perubatan yang beragama islam.

Hukuman sebat (sivil) dilaksanakan oleh mana mana pegawai sebat rotan yang dilantik oleh Kominsioner Jeneral Penjara manakala sebat (syariah) dilakukan oleh pegawai sebat yang beragama islam sahaja.

Pukulan sebat (sivil) hendaklah di bahagian punggung manakala pukulan sebat (syariah) di lakukan di mana bahagian tubuh badan kecuali muka ,kepala, perut dan bahagian kemaluan.

Rotan (sivil) diangkat setinggi mungkin dan dilibas ke punggung pesalah manakala pegawai (syariah) tidak boleh mengangkat alat sebatan melebihi paras kepalanya dan pukulannya hendaklah di buat secara sederhana supaya tidak melukakan kulitnya.

Pesalah sivil tidak memakai pakaian dan hanya ditutup di bahagian alat sulit sahaja dan di ikat di Tripod. Pesalah Syariah bagi laki2 hendaklah berdiri dan perempuan hendaklah duduk di atas kerusi yang tiada penyandar dan dikehendaki memakai pakaian nipis.

Pesalah jenayah sivil, jika sebahagian atau keseluruhannya hukuman sebat tidak dapat dilaksanakan atas sebab2 kesihatan maka ia akan dirujuk ke makamah. Bagi jenayah syariah boleh di tanggugkan sehingga pesalah itu sihat tubuhnya untuk menjalani baki hukuman itu.

Perempuan (hukuman jenayah sivil) tidak boleh dikenakan hukuman sebatan manakala perempuan (hukuman jenayah syariah) boleh di kenakan hukuman sebat.

Tiada saksi (undang2 sivil) di perlukan semasa upacara sebat dijalankan manakala saksi (undang2 syariah) sekurang2 nya 4 lelaki islam.