Mencari Hasil Ilmu

Thursday, October 08, 2009

Penciptaan Nabi Adam

Allah telah memerintahkan Malaikat Jibril untuk turun ke bumi untuk mengambil tanah bagi penciptaan nabi Adam. Namun Bumi menolak kerana takut Nabi adam akan melakukan kerosakan di atas muka bumi. Jibril tidak berbuat apa2 dan kembali kepada Allah.

Malaikat Mikail,Israfil pun menerima jawapan yang sama daripada bumi. Akhirnya Allah menyuruh Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah,

"Izrail, Engkau kini aku tugaskan, walaupun bumi menolak dengan pelbagai alasan, janganlah engkau undur, katakan bahawa kerjamu adalah perintahku".

Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah dan akhirnya bumi pun bersetuju.

Allah pula berfiman,"Ya Izrail pertama engkau yang ku tugaskan dan di belakang kelak ku tugaskan engkau mencabut roh mereka".


Jenis-Jenis Tanah yang Digunakan
  • Tanah tempat berdirinya Baitul Muqaddis.
  • Tanah Bukit Tursina.
  • Tanah Iran
  • Tanah Aden
  • Tanah Al-Kautsar
  • Tanah tempat berdirinya Baitullah
  • Tanah Paris
  • Tanah Khurasan
  • Tanah Babylon
  • Tanah India
  • Tanah Syurga
  • Tanah Tha'if
Proses Penciptaan Adam

Tanah itu dicampur air tawar, air masin, hanyir, api. Allah kemudiannya resapkan Nur Kebenaran.

Tubuh Adam digengam dengan gengaman 'Jabarut' dan diletakkan di dalam 'Alam Malakut'.

Tanah yang dipilih adalah Tanah pilihan. Tanah2 dicampur dengan rempah2 dan wangi-wangian dari Nur sifat Allah dan dirasmikan dengan air hujan 'Barul Uluhiyah'.

Dibenam dalam air 'Kudral Izzah'.

Roh diperintah memasukki tubuh Adam. Roh merasa malas dan enggan lalu berputar mengelilingi patung Adam.Allah menyuruh Izrail memaksa roh itu masuk dan akhirnya roh itu dapat masuk.

Warna kulit Adam semasa di syurga adalah seperti warna kuku manusia yang sihat.

Warna kulit Adam berubah semasa Adam berada di bumi.

Kemudian dijadikan 9 rongga/ liang. 7 di kepala dan 2 di bawah badan.

Dijadikan pula 5 pancaindera.

Roh memasukki tubuh Nabi Adam secara perlahan2 sehingga ke kepala selama 200 tahun. Demikianlah kekuatan yang diberikan kepada malaikat Izrail.

Apabila sampai aja di kepada, maka terjadilah otak dan tersusunlah saraf. Wujudlah mata dan terbuka melihat kiri dan kanan dan bahagian badannya masih tanah keras.

Kemudian telinga. Ketika itu terdengarlah suara malaikat memuji2 kekuasaan Allah.

Apabila roh melalui hidungnya, ia bersin dan mulutnya terbuka. Allah mengajarnya mengucap Alhamdulillah.

Apabila roh sampai di dada, tetiba Adam mahu bangun tetapi tidam kesampaian kerana badannya masih tanah dan masih keras.

Apabila roh sampai di perut, maka tersusunlah isi perut. Tetiba terasa lapar.

Roh meresap ke seluruh badan lalu terjadilah darah, daging dan tulang. Urat2 terkulit dengan sempurna .

Semua malaikat kagum dengan Adam. Adam di arak selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada penghuni langit pertama sehingga ketujuh sebelum dibawa semula ke syurga tempat Adam mula dijadikan

(Himpunan Kisah- Kisah Malaikat Disusun Muhammad Isa Selamat)