Mencari Hasil Ilmu

Thursday, October 21, 2010

Serbia berdendam dengan muslim Bosnia

Serbia memang telah berdendam dengan orang islam sejak 1389 apabila tentera Serbia kalah ke tangan Uthmaiyyah dalam Perang Kosovo. Kekalahan Serbia memberi peluang kepada Uthmaiyyah memperluaskan jajahan ke Eropah timur seperti semenajung Balkan dan berjaya menakluki Bosnia pada 1463.


Penaklukkan kerajaan Uthmaiyyah menandakan bermulanya era pemerintahan kerajaan islam di Bosnia Herzegovina dan berakhirnya Empayar Dushan yang dinaungi Raja Karageogvitch dari Serbia.

Kerajaan Uthmaiyyah di Bosnia diterima baik oleh masyarakat di sana malah penduduk Bosnia yang beragama Kristian Bogomil memilih untuk memeluk islam manakala Kristian Katolik lebih selesa berada di bawah jajahan kerajaan islam Uthmaiyyah daripada berada jajahan Kerajaan Serbia.

Kristian Ortodoks mendapat keistimewaan semasa berada dalam Kerajaan Serbia manakala agama lain sering ditindas. Bagi masyarakat Kristian Ortodoks, Kerajaan islam Uthmaiyyah lebih baik dari Kerajaan Kristian Katolik Byzantium yang pernah memerintah Bosnia pada abad ke 8.

Penerimaan masyarakat Bosnia terhadap Kerajaan Uthmaiyyah membolehkan Kerajaan Islam memerintah negara hampir 400 tahun sehingga berlakunya pemberontakan di Bosnia pada 1875 yang dilakukan oleh orang Kristian Serb.

Pada awalnya orang Kristian Serb membuat kekacauan dengan menghasut penduduk di Bosnia menentang kerajaan Uthmaiyyah. Kekacauan itu mencetus pemberontakan dengan mengorbankan lebih banyak nyawa orang islam Bosnia.

Pemberontakan yang berlarutan ini membawa kepada campur tangan asing sehingga termeterai Perjanjian Berlin yang memutuskan Bosnia dimiliki oleh Austria-Hungry walaupun ia sebahagian daripada Turki Utmaiyyah. Disitulah penindasan ke atas umat islam bermula.

Pada 1908, Bosnia dipindah milik kepada Austria-Hungry secara kekal. Cita-cita Serbia untuk mendapatkan Bosnia dalam usaha membentuk Empayar Serbia (Serbia Raya) menemui kegagalan. Mereka beralih arah pula kepada Kerajaan Austria-Hungry.

Perang Dingin antara Austria-Hungry dengan Serbia semakin rancak sehingga meletusnya Perang Dunia Pertama apabila Putera Mahkota Austria-Hungary, Franz Ferdinand yang membuat lawatan ke Sarajevo terbunuh.

Kebetulan semasa hari tersebut, orang Serbia sedang merayakan Hari Kosovo di Sarajevo. Kedatangan Putera Mahkota seperti menghina mereka.