Keselamatan nasional menjadi keselamatan bagi negara yang bergerak di pentas dunia. Ini bermaksud pertahanan wilayah, penerusan cara hidup, pelanjutan regim yang memerintah dan kelangsungan nasional ( National survival).
Barat khasnya US semakin berpendirian bahawa idea keselamatannya harus diterima pakai oleh semua negara sekiranya dunia mahu diselamatkan. Semua ini menjurus kepada penjagaan kepentingan semata-mata. Ia menjejaskan kepentingan pihak lain dan memusnahkan nilai-nilai serantau.
‘Kepentingan Barat’ bermaksud juga penguatkuasaan lokasi strategik yang kaya dengan hasil buminya, pasaran bebas, pasaran produknya ke negara sasaran, pengujian senjata terbaru, pemilihan kawasan riadah dan santai bagi mana mana warganya berehat dan menikmati alam sekitar yang bersih persekitarannya.
Umat islam semakin terdedah dengan konsep keselamatan sejagat ini. Kedudukan mereka, budaya dan kewujudan mereka tidak serasi dengan kehendak Barat. Kedaulatan negara islam tidak mengandungi apa apa erti . Konsep ini bila bila masa saja boleh ditepikan.
Negara islam hari ini sering menjadi mangsa atas nama Demorkrasi, Perang, keatas keganasan dan ekonomi.
Friday, October 29, 2010
Umat Islam Patut Risau
ILHAM DARI PUTERA at 4:00:00 PM