Mencari Hasil Ilmu

Saturday, October 02, 2010

MUJADDID

MUJADDID

Perkataan mujaddid bererti pembaharu agama atau pejuang agama sesuai dengan lafaz dari hadis Nabi SAW: “Sesungguhnya Allah akan memberikan umat ini (Islam) yakni diperbaharui pimpinan agamanya pada setiap seratus tahun oleh seorang pembaharu agama akan agamanya.”(Innallaha ya’asu lihazihil ummati ‘ala roksi kulli mi’ati sanatin maiyujadidu laha dinaha).

Bagaimanakah kita akan menentukan adakah benar atau tidak bahawa pada setiap seratus tahun sekali akan ada pemimpin besar Islam yang akan dilahirkan? Mari kita lihat fakta ini. Sepanjang sejarah Islam kita sedia mendengar tokoh-tokoh Islam kurun lampau, akan tetapi pada kurun ke-19 memang lahir ramai cendekiawan Islam pada penghujung kurun itu. Contohnya Badi’uzzaman Sa’id An Nursiy dari Turki (1873), Imam Ahmad Asy Syarif As Sanusi dari Libya (1873) bahkan Syeikh Muhammad Abduh dari Mesir yang lahir pada tahun 1849 juga antara mujaddid yang rata-rata hidup dalam lingkungan antara 1850-an hingga 1880-an. Begitulah juga seratus tahun selepas mereka. Dijangka tentu ada mujaddid kolektif seperti ini bagi tahun 1950-an hingga 1980-an.

Jika Imam Mahdi dilahirkan seratus tahun selepas mujaddid kolektif tadi, apakah pada tahun 1970-an? Jika mengikut ramalan Nostradamus bahawa akan datang seorang Raja Penakluk (Great King of The Mongols) pada tahun 1999, manakala Bush mungkin boleh saja digelar Great King of Terror, apakah Imam Mahdi memang telah pun ada pada ketika ini? Imam Mahdi bukanlah turun dari langit tetapi merupakan seorang insan biasa juga yang diberikan hidayat oleh Allah dalam satu malam. Jika Imam Mahdi dikatakan akan mula muncul ketika berusia 26 tahun pada tahun 1999 itu, adakah beliau lahir pada tahun 1973?

Jika Imam Mahadi dikatakan belayar hingga ke Mekah, kerana apakah beliau melakukan hal sebegini? Kenapa tidak dengan cara pengangkutan darat dan udara? Sekarang kita nampak satu hakikat bahawa kebanyakan negara di Timur Tengah seperti Iraq, Iran dan Libya selain dikenakan sekatan ekonomi, Iraq dan Libya dikenakan juga zon larangan udara. Apakah ada perkaitan rapat di antara sekatan penerbangan udara dengan pelayaran di laut relevan terhadap corak perjalanan Imam Mahdi?