Mencari Hasil Ilmu

Friday, October 22, 2010

Cara Negara Lain Membendung Gejala Pembuangan Bayi

BELANDA- Hanya satu sahaja dalam setahun kes buang bayi berlaku di sana. Belanda mengamalkan polisi membenarkan wanita melahirkan anak di hospital dengan hanya menggunakan nama samaran. Ibu hadir tanpa nikah juga boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan tanpa menunjukkan identity dan anak boleh didaftarkan sebagai anak yang terlantar. Program anak yang tidak diingini yang ditempatkan di hospital turut dijalankan tanpa perlu seseorang itu menyatakan identity ibu bapa sebenar.


JERMEN- Pada 2000, negara tersebut mengadakan ruang kecil seperti almari di dinding hospital yang dilengkapi dengan katil bayi, alat penghangat suhu, selimut dan mainan dipanggil Babyklappe atau Baby Hatch. Apabila pintu almari itu tertutup, alat pengera akan berbunyi, batuan perubatan akan segera akan segera diberikan. Ibu yang tidak mahu bayi mereka akan meninggalkan bayi mereka disitu tanpa mengenali identitinya. Pada 2005, sebanyak 80 Babyklappe dibina di seluruh negara.

CHINA – Polisi satu anak satu keluarga menjadi fenomena buang bayi perkara biasa. Walaupun sekarang polisi ini agak longgar tetapi jumlah bayi yang dibuang tetap meningkat kerana budaya dan kemiskinan. Beberapa etnik di China menggap anak cacat sebagai aib. Anak2 yang dilahirkan cacat akan dibuang atau ditinggalkan di merata2 tempat. Tiada sebarang inesiatif yang diambil oleh kerajaan China dalam menangani masalah ini.

INDIA- Bayi dibuang dan dibunuh adalah perkara biasa dalam kemiskinan. Paling banyak kaum perempuan kerana perempuan perlu membayar dowry apabila hendak berkahwin. Di Tamil Nadu, Baby Hatch pertama ditubuhkan pada 1994 dan meluas ke seluruh negara dan telah berjaya menyelamatkan ramai bayi perempuan dari dibunuh.

AMERIKA SYARIKAT- Dilaporkan bahawa 150-300 bayi baru lahir dibunuh baru lahir. Untuk mengatasi masalah ini, Program Save Haven diwujudkan di semua negeri. Setakat ini hanya 48 Negeri mempunyai Yayasan Perlindungan Kanak2. Melalui Akta Bayi Save Haven Ibu Bapa dibenarkan menghantar bayi yang tidak diingini berusia 1 hari – 1 bulan ke unit kecemasan hospital dan balai polis.

KENYA- Akibat wabak penyakit, keganasan dan kemiskinan, ramai bayi di negara itu menjadi anak yatim dan dibiarkan di tepi jalan. Setiap 10 minit, Satu bayi dibuang atau terbiar kerana ditinggalkan ibubapa. Dianggar 700 orang mati kerana AIDS dan lebih sejuta kanak2 menjadi yatim kerana ditinggalkan. Abandoned Baby Center Nairobi ditubuhkan pada 2001 berjaya menyelamatkan nyawa bayi yang terbiar di tepi jalan.

AUSTRIA- Undang2 membenarkan ibubapa yang tidak mahukan bayi yang dilahirkan di pusat Baby Hatch. Pegawai kebajikan masyarakat akan mengambil bayi itu untuk dijaga selama 6 bulan sebelum diberikan kepada keluarga angkat. Di negara ini wanita boleh melahirkan anak tanpa memberikan identitinya kepada pihak hospital.

REPUBLIK CZECH- Menteri kebajikan membenarkan baby hatch atau baby box ditubuhkan pada 2006 dan ia sah dari segi undang2 negara itu. Dibantu Yayasan Save The Children, seramai 30 baby hatch ditubuhkan dan sudah menyelamatkan 15 nyawa.

HUNGARY- Hampi sedozen Baby Hatch telah ditubuh di seluruh negara terutamanya di hospital. Baby Hatch pertama adalah di Hospital Schopf-Merei Agost di Budapest pada 1996.

JEPUN- Pada 2006, Hospital Jikei dibawah Kumamoto Prefecture telah menubuhkan Storks Cradle dalam mengurangkan masalah pembuangan bayi dan pengguran. Sehingga 26 November tahun lalu seramai 25 bayi diterima. Program ini diletakkan di bawah pengawasan yang ketat oleh jawatankuasa khas.

PAKISTAN- Yayasan Edhi di Pakistan mempunyai 300 pusat baby Hatch atau jhoola yang berjaya menyelamatkan 16000 nyawa bayi. Ibu atau bapa boleh meninggalkan bayi yang tidak diingini di luar pintu pusat tersebut yang lengkap dengan katil. Setiap satu jam kakitangan pusat itu akan memeriksa untuk memastikan ada bayi yang ditinggalkan.

AFRIKA SELATAN - Sebuah organisasi Door Of Hope menubuhkan Hole In The Wall pada Ogos 2000 yang dibiayai oleh Mission Chruch di Johannesburg . Sehingga Jun 2004 seramai 30 bayi ditinggalkan di situ.

ITALI- Seramai 8 pusat Baby Hatch ditubuhkan oleh Movement For Life. Pada Dec 2006 sebuah pusat Baby Hatch yang moden telah dibina di Policlinico Casillino di Rom dan pada Feb 2007, ia menerima bayi pertamanya.