Mencari Hasil Ilmu

Tuesday, October 19, 2010

Beza Islam Dan Agama Lain

Masyarakat islam akan beranggapan bahawa agama islam adalah agama sebenar manakala agama yang lain adalah agama yang tidak benar. Begitu juga dengan agama yang lain akan beranggapan sebaliknya.


Di Malaysia, islam adalah agama rasmi dan orang islam tidak akan berkompromi dengan orang bukan islam apabila bersentuhan dengan agama islam. Bukan sahaja islam mempunyai hak keistimewaan di negara ini bahkan di dalam perlembagaan islam diiktiraf sebagai agama sebenar dan tidak layak duduk sama tinggi dengan agama agama yang lain.

Islam tidak disebut sebagai agama tetapi ad-Din yang diterjemahkan sebagai cara hidup. Persamaan islam dan agama lain adalah kerana agama lain mempunyai institusi-institusi yang menunjukkan ia sebuah agama. Pada asasnya ia berbeza dengan agama agama yang lain.

Dalam islam terdapat ulamak yang berfungsi sebagai rujukan dalam bidang agama islam. Ramai orang bukan islam menggap bahawa ulamak berfungsi seperti paderi, sami dan rabbi. Tetapi sebenarnya tidak. Imam dan ulamak sangat berbeza dengan paderi dan sami. Imam mengetuai sembahyang dan sesiapa sahaja umat islam boleh menjadi iman. Ulamak tidak perlu ada semasa upacara agama manakala agama lain memerlukan paderi dan sami semasa melakukan upacara agama.

Semua agama lain mempunyai berhala atau objek suci di dalam rumah ibadat mereka. Dalam keadaan ini, ayat-ayat Al-Quran diletakkan di sekitar masjid. Namun peletakkan ayat-ayat Al-Quran disekitar masjid bukannya wajib dan jika tiada pun boleh. Tetapi syarat masjid adalah mikrab, menara, mimbar dan kubah seolah oleh menjadikan masjid sebagai tempat suci.

Menara dan kubah pada masjid mempunyai fungsi yang tertentu. Menara adalah tempat dimana bilal melaungkan azan sehingga jauh kedengaran. Begitu juga dengan kubah untuk membuatkan masjid kelihatan lebih besar dan lebih tinggi. Semuanya berbentuk fungsional bukannya berbentuk kesucian.