Pada 1 Julai 2010 lalu, satu berita AFP mengenai kuasa mengeluarkan fatwa di Arab Saudi yang menjadi rebutan para ulamak sehingga kadang kadang pelik dan memeranjatkan.
Perkembangan terbaru dalam satu dua dekad yang lalu menjadikan fatwa sebagai satu monopoli golongan tertentu terutamanya golongan radikal.
Golongan inilah yang akan menjatuhkan kerajaan mengikut tarifan mereka bahawa kerajaan adalah secular, jahiliah dan macam macam lagi walaupun pemerintahan berada di bawah kerajaan islam.
Imam Masjid Al-Haram, Sheikh Adel al-Kalbani mengeluarkan fatwa bahawa muzik itu haram. Beliau kemudiannya berkeras bahawa fatwanya adalah kerana beliau belum menemui nas nas atau dalil yang menjurus mengatakan bahawa muzik itu haram.
Perbalahan berlaku di negara negara yang cuba melepaskan diri dari budaya dan tradisi turun temurun.
Fatwa fatwa yang agak melampau akan menyebabkan perbalahan dan tidak senang sesetengah pihak. Ada ulamak yang dipecat kerana fatwa mereka antaranya Ulama Al-Azhar.
Fatwa dikeluarkan adalah berdasarkan kepada Al-Quran, Sunnah, Nas nas dan interpretasi peribadi.
Pada masa kini, banyak ulama yang hanya mengejar popularity di television dunia arab sehingga ulama memiliki stesen television satelit sendiri. Mereka boleh dikatakan mencari publisiti dengan mengeluarkan fatwa segera di kaca telivision dengan hanya melalui panggilan telifon dan penggunaan teknologi seperti internet, E-mail, Facebook serta SMS.
Seorang pengkritik Arab Saudi mengkritik tindak laku dan program soal jawab agama nya yang tergelincir dari matlamat penyebaran islam itu sendiri untuk mendidik umatnya. Ulama tidak bersemuka dengan penyoal, bersoal jawab dengan terperinci, masa terhad, analisis hukum yang tidak mendalam dan tergesa gesa tentang persoalan agama yang diajukan.
Pada masa kini, nas nas agama digunakan secara meluas oleh syarikat perniagaan, media lama dan baru dengan melibatkan para ulama untuk melariskan produk atau perkhidmatan. Ia mampu menambah keutungan wang berlipat kaali ganda dengan menggunakan agama sebagai pelaris.
Thursday, October 28, 2010
Wajah Wajah Ulama
ILHAM DARI PUTERA at 8:14:00 AM