Mencari Hasil Ilmu

Thursday, October 14, 2010

Cordova House Di Ground Zero New York


Setiap kali 11 September, dunia senantiasa diingatkan dengan kekejaman pengganas puak pelampau Islam yang meruntuhkan Pusat Dagangan Dunia (WTC), sembilan tahun lalu. Damai suasana pagi yang biru tiba tiba dicemari oleh kepulan asap hitam.

Seketul besi daripada serpihan menghempap bumbung bangunan kilang kot Burlington. Hentakan itu menyebabkan dua tingkat bangunan musnah dan mengalami kerosakan yang teruk.

Kesan serangan berani mati bukan sekadar meranapkan mercu tanda Amerika itu tetapi turut merosakkan bangunan lima tingkat milik American Siciety For Muslim Advancement (ASMA) yang terletak kira kira di 45 Park Place kira kira 600 meter dari WTC.

Ini adalah kerana bangunan paling lama di Bandar Raya mengalami kerosakkan teruk. Mengalami nilai sejarah yang dibina pada 1857-1958 namun tiada ertinya kerana kemudahan telah dimusnahkan. Pada April 2009, Pengasas ASMA, Imam Feizal Abdul Rauf membeli bangunan itu dari New York Pomerantz dengan harga yang tinggi iaitu USD 4.28 juta dan dijelaskan secara tunai akhirnya dimiliki oleh Pertubuhan Islam terbesar di New York.

Orang islam New York bersatu hati mengumpulkan dana bagi membayar harga bangunan yang rosak secara tunai. Kira kira USD 5juta berjaya dikumpulkan. Bangunan buruk yang hampir musnah itu kini menjadi milik orang islam.

Mengapa tapak bangunan itu tidak digunakan untuk manfaat warga New York. Bangunan itu strategic untuk membangunkan pusat islam dan masjid terbesar di Bandar raya itu. Pada September 2009, bangunan itu digunakan sebagai masjid untuk memudahkan Muslim New York menunaikan solat Jummat.

Feizal sudah lama bercita cita untuk membina sebuah pusat islam terbesar di tengah bandaraya. Yang paling mengembirakan ialah tempat itu berhampiran dengan Ground Zero isitu tapak runtuhan WTC. Sumbangan datang bercurah-curah dari seluruh dunia islam dan penyumbang terbesar adalah Kuwait, Arab Saudi, Libya dan Qatar.

Tidak sia sialah usaha Feizal untuk mendirikan sebuah pusat islam terbesar kerana mendapat sokongan dari pertubuhan islam di seluruh dunia. Dalam perancangan bangunan 13 tingkat yang bakal dibina akan dilengkapi pelbagai kemudahan, pusat kesihatan, sekolah, auditorium, gelanggang bola keranjang, kolam renang, sekolah, pusat jagaan kanak kanak, pejabat dan masjid. Yang cukup besar untuk memuatkan 2000 jemaah pada hari Jumaat.

Pembinaan itu menelan belanja sebanyak USD 100 juta, dan dana sudah cukup dikumpulkan hasil sumbangan negara negara islam. Misi yang ingin disampaikan Feisal adalah membawa muslim Amerika dan Bukan muslim bekerja sama serta islam bukan agama yang membawa kepada keganasan.

Bangunan yang diberi nama Cordova House itu akan memberi peluang pekerjaan kepada Penduduk Bandar itu dan menjana pelaburan melebihi USD 100 juta kepada New York. Semua perancangan akan dijangka siap dalam tempoh 3 tahun.

Apabila kertas cadangan dikemukakan kepada Majlis Bandaraya New York, kekecohan mula berlaku. Ramai yang bimbang Cordova House akan menjadi tempat melatih Pengganas. Sesuatu yang dikaitkan dengan islam adalah haram bagi warga New York. Mereka terlalu prejudis. Bagi mereka orang islam adalah pengganas yang akan menghancur bandaraya mereka.

Isu itu menjadi pedebatan hebat di internet dan media walaupun dilulus pembinaannya. Sebanyak 24 ahli majlis menyokong, seorang menentang, dan 10 berkecuali. Ini bermakna usaha Imam Feizal untuk membina jambatan keyakinan antara islam dan penduduk bukan islam.

Walaupun telah diterang berkali kali, bangunan itu bukanlah masjid tetapi seperti pusat komuniti yang dibina oleh agama lain namun tentangan nya tetap hebat. Konsepnya sama seperti yang dilakukan oleh Pusat Komuniti Yahudi di kawasan berhampiran. Pusat itu diterima pula oleh Warga New York. Apabila nama islam digunakan, ramai yang membantah. Demontrasi jalanan diadakan bagi membantah pembinaan Cordova House. Malah satu laman web dibina untuk mengumpulkan pendapat orang ramai bagi menghalang pembinaan.

Itulah rakyat Amerika fobia dengan nama islam. Pada hakikatnya ia sebuah bangunan 13 tingkat yang menempatkan pejabat dan kemudahan. Yang membezakannya, Cordova House mempunyai ruang masjid yang disediakan untuk umat islam New York bersembahyang.

Masjid adalah sebahagian daripada Cordova House dan bangunan itu bukanlah bangunan persendirian. Itulah isu yang dibesarkan warga New York yang takut Cordova House dijadikan tempat melatih pengganas. Tempat itu akan menyediakkan tempat khas bagi memperingati mangsa 11 September dan sudut untuk bertakafur bagi memperingati dan berdoa kepada orang yang terkorban. Semuanya diambil kira sebelum cadangan diluluskan. Ini bukan untuk islam sahaja tetapi untuk semua agama yang boleh menggunakan kemudahan yang ada.

Ramai yang berpendapat bahawa projek tersebut adalah untuk menunjukkan rasa megah rakyat Muslim Amerika kerana berjaya meruntuhkan WTC.

Hari 11 September tidak memilih mangsanya. Semua agama terlibat dalam kejadian tersebut. Mereka semua masyarakat New York yang terkorban bersama serangan tersebut.

Bagi saudara saudara mangsa, perasaan tidak puas hati masih berasa tidak puas hati. Di dalam hati mereka selalu berbisik, mengapa bangsa yang dianggap pengganas itu dibenarkan mendirikan masjid yang pernah dimusnahkan oleh golongan mereka sendiri. Ada diantara mereka sedar bahawa bukan semua orang islam adalah pengganas dan tidak sanggup melihat masjid berdiri tegak di Ground Zero.

Jika dilihat dari segi hak, umat islam New York boleh membina apa apa sahaja bangunan, kemudahan atau apa apa kemajuan sekali pun di atas tanah yang mereka beli dan telah dipindah milik ke ASMA. Terpulanglah kepada mereka.

Kenyataan Micheal Bloomberg (Datuk Bandar New York), menyatakan projek terpaksa diluluskan kerana dilkukan dengan cara yang sah dan kerajaan tidak boleh memilih perniagaan berdasarkan agama. Menghalang sesuatu agama dan menghalang gama yang lain. Kerajaan perlu berlaku adil kepada semua agama. Apa yang akan rakyat katakan kepada kerajaan jika memilih sesuatu agama dan memolak sesuatu agama. Ini akan mencalarkan maruah kerajaan dan memalukan rakyat New York itu sendiri.