Mencari Hasil Ilmu

Tuesday, November 29, 2011

KELEBIHAN DAJJAL

Allah member Dajjal banyak kelebihan/ keistimewaan untuk mengujui keimanan dan keteguhan manusia terhadap Allah.

Pada Dajjal, terdapatnya syurga dan neraka. Kedua- duanya khas untuk menguji keimanan manusia terhadap Allah. Ini kerana hanya Tuhan (Allah) sahaja yang mampu memberikan kedua-dua pemberian syurga dan neraka kepada manusia. Manusia biasa tidak mampu memberikan syurga dan neraka, bahkan lagi menciptanya.

Dajjal akan ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan yang tidak menjadi. Dajjal akan menurunkan hujan di negeri itu jika penduduknya mengaku beriman kepada Nya. Daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan akan melimpah ruah. Bagi daerah yang tidak mengaku Dajjal sebagai Tuhan, maka daerah itu akan berada dalam keadaan kebuluran dan kesusahan. Bagi orang islam yang beriman maka mereka akan berasa bersyukur dengan apa yang mereka ada dan makanan mereka adalah tahlil, zikir, takbir, tasbih dan bertaubat.

Dajjal boleh menjelajah seluruh pelosok muka bumi dalam masa 40 hari dengan kepantasan luar biasa. Kepantasannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang. Hanya 2 tempat sahaja yang tidak boleh dimasuki oleh Dajjal iaitu Mekah dan Madinah.

Hanya seorang dari Mekah dan Madinah yang bertemu dengan Allah. Lelaki itu berkata “Adakah kami Dajjal”. Dajjal itu membunuhnya dan menghidupnya semula dan berkata “Tidak kah kamu percaya kepada Ku”. Lelaki itu menjawab, Tidak, malah bertambah keimananku kepada Allah. Dajjal itu cuba membunuh lalaki itu buat kali kedua tetapi diselamatkan oleh Allah.