Mencari Hasil Ilmu

Tuesday, November 22, 2011

DIMANAKAH DAJJAL TINGGAL

Nabi Muhammad pernah menjawab bahawa Dajjal berada di Laut Syam Dan Laut Yamen, Akan dating dari arah timur lalu Baginda mengarahkan tangannya kea rah timur.

Dari hadis yang lain menunjukkan bahawa Dajjal akan keluar diiringi pengikutnya yang terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak.

Dari hadis yang lain, Dajjal akan keluar dari Kota Yahudi, Khurasan bersama sama 70,000 Yahudi dari Isfahan. Ramai perempuan dan kanak-kanak menjadi pengikut Dajjal sehinggalah orang lelaki terpaksa mengikat ahli keluarga mereka supaya tidak menjadi pengikut Dajjal.

Air tabaria terletak di sempadan Syria-Palestin dan Air mata Zaguhar terletak di Selatan Syria berkurangan dan ini menunjukkan tanda bahawa kedatangan Dajjal di muka bumi ini semakin hampir.

Dajjal akan menjelajah seluruh dunia dan berakhir di Baitul Muqqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa selepas Nabi Isa dan Umat islam bersolat dibelakang Imam Mahdi. Mereka akan berhadapan dengan Dajjal dan tenteranya. Apabila Dajjal melihat Nabi Isa, Dajjal akan cair dan Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya..