Allah member Dajjal banyak kelebihan/ keistimewaan untuk mengujui keimanan dan keteguhan manusia terhadap Allah.
Pada Dajjal, terdapatnya syurga dan neraka. Kedua- duanya khas untuk menguji keimanan manusia terhadap Allah. Ini kerana hanya Tuhan (Allah) sahaja yang mampu memberikan kedua-dua pemberian syurga dan neraka kepada manusia. Manusia biasa tidak mampu memberikan syurga dan neraka, bahkan lagi menciptanya.
Dajjal akan ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan yang tidak menjadi. Dajjal akan menurunkan hujan di negeri itu jika penduduknya mengaku beriman kepada Nya. Daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan akan melimpah ruah. Bagi daerah yang tidak mengaku Dajjal sebagai Tuhan, maka daerah itu akan berada dalam keadaan kebuluran dan kesusahan. Bagi orang islam yang beriman maka mereka akan berasa bersyukur dengan apa yang mereka ada dan makanan mereka adalah tahlil, zikir, takbir, tasbih dan bertaubat.
Dajjal boleh menjelajah seluruh pelosok muka bumi dalam masa 40 hari dengan kepantasan luar biasa. Kepantasannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang. Hanya 2 tempat sahaja yang tidak boleh dimasuki oleh Dajjal iaitu Mekah dan Madinah.
Hanya seorang dari Mekah dan Madinah yang bertemu dengan Allah. Lelaki itu berkata “Adakah kami Dajjal”. Dajjal itu membunuhnya dan menghidupnya semula dan berkata “Tidak kah kamu percaya kepada Ku”. Lelaki itu menjawab, Tidak, malah bertambah keimananku kepada Allah. Dajjal itu cuba membunuh lalaki itu buat kali kedua tetapi diselamatkan oleh Allah.
Tuesday, November 29, 2011
KELEBIHAN DAJJAL
ILHAM DARI PUTERA at 6:20:00 PM
Tuesday, November 22, 2011
DIMANAKAH DAJJAL TINGGAL
Nabi Muhammad pernah menjawab bahawa Dajjal berada di Laut Syam Dan Laut Yamen, Akan dating dari arah timur lalu Baginda mengarahkan tangannya kea rah timur.
Dari hadis yang lain menunjukkan bahawa Dajjal akan keluar diiringi pengikutnya yang terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak.
Dari hadis yang lain, Dajjal akan keluar dari Kota Yahudi, Khurasan bersama sama 70,000 Yahudi dari Isfahan. Ramai perempuan dan kanak-kanak menjadi pengikut Dajjal sehinggalah orang lelaki terpaksa mengikat ahli keluarga mereka supaya tidak menjadi pengikut Dajjal.
Air tabaria terletak di sempadan Syria-Palestin dan Air mata Zaguhar terletak di Selatan Syria berkurangan dan ini menunjukkan tanda bahawa kedatangan Dajjal di muka bumi ini semakin hampir.
Dajjal akan menjelajah seluruh dunia dan berakhir di Baitul Muqqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa selepas Nabi Isa dan Umat islam bersolat dibelakang Imam Mahdi. Mereka akan berhadapan dengan Dajjal dan tenteranya. Apabila Dajjal melihat Nabi Isa, Dajjal akan cair dan Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya..
ILHAM DARI PUTERA at 7:18:00 PM
Tuesday, November 15, 2011
DAJJAL
Dajjal sebenarnya sudah ada sejak zaman nabi lagi. Ia dipenjarakan di sebuah pulau. Nabi menceritakan tentang Tamim Ad-Dari yang beragama kristian dan kemudiannya telah memeluk agama islam.Tamim pernah bercerita pada ku mengenai kisah Ad-Dajjal.
Tamim berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu terdapat seekor binatang yang tidak dikenali mana ekor dan mana kepalanya. Binatang itu dinamakan al-Jassasah (Si Pencari Berita) Bermulanya dialog antara Tamim dan Al-Jassasah.
Al-Jassasah berkata “ Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu”.
Tamim dan kumpulannya masuk ke hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, diantara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.
ILHAM DARI PUTERA at 7:43:00 AM
Monday, November 07, 2011
KOD E
Bahan bahan yang menggunakan gelatin atau lemak babi mempunyai kod pengenalan yang tertentu.
Di Eropah, bahan pewarna, penstabil, pemanis, dan pemekat yang menggunakan sumber babi ditandakan dengan E. Bahan bahan yang disertai dengan Kod E disertai dengan turutan nombor yang dikelaskan sebagai pewarna, penstabil, pemekat, dan pemanis.
Menurut sumber JAKIM dalam portalnya bahan kod E terbahagi kepada kategori kritikal dan tidak kritikal.
Bahan yang dikategorikan sebagai tidak kritikal adalah sumber dari bahan kimia dan tumbuhan manakala bahan yang dikategorikan sebagai kritikal adalah kemungkinan besar dari sumber tidak halal dan perlu dikaji sumbernya.
ILHAM DARI PUTERA at 8:44:00 AM
Friday, November 04, 2011
BABI BANYAK GUNANYA
Babi adalah sejenis binatang yang banyak kegunaannya. Babi, tulangnya boleh digunakan untuk meningkatkan tahap kekerasan kertas dan mengurangkan kelembapan kertas. Juga digunakan untuk menghasilkan kalsium (Daripada tulangnya). Gam kasut juga dihasilkan dari tulang babi untuk meningkatkan kualiti dan tekstur kulit kasut. Abu tulang babi pula digunakan dalam pembuatan brek kereta api.
Tisu babi pula boleh digunakan untuk sebagai uju kaji bahan senjata kimia, menguji tisu atas tindak balas bahan kimia,
Gelatin dari babi digunakan untuk menghasilkan gelatin (Ais Krim). Tambahan gelatin di dalam makanan adalah untuk mengawal proses penghabluran gula dan melambatkan proses pencairan. Gelatin juga digunakan untuk penghasilan mentega rendah lemak bagi mencantikkan tekstur. Bagi penghasilan bir, ia digunakan sebagai agen penjernih yang akan bertindak balas dengan bahan pahit dan tannin untuk menyerap elemen yang menyebabkan warna air keladak menjadi warna air jernih. Proses sama juga digunakan dalam jus buah buahan.
Gelatin tulang digunakan dalam penghasilan peluru. Gelatin juga digunakan sebagai lapisan luaran ubat berbentuk tablet untuk menjadikan tekstur ubat menjadi keras. Dalam industry Filem Fotografi, Geletin tulang digunakan sebagai agen pelekat ke atas filem.
Asid lemak daripada lemak tulang boleh menghasilkan warna dan boleh melembutkan pakaian.Asid lemak daripada lemak tulang juga digunakan untuk menghasilkan warna syampu yang akan menyebabkan nya berkilat seperti mutiara. Juga digunakan dalam pembuatan lilin bagi mengeraskan dan mempercepatkan nya cair. Cat boleh menjadi berkilat jika asid lemak daripada lemak tulang digunakan. Bagi pembuatan sabun, asid lemak daripada tulang babi digunakan sebagai agen pengeras dan warna.
Campuran asid lemak daripada lemak tulang boleh digunakan sebagai campuran dalam pelembab. Asid lemak daripada babi pula boleh digunakan dalam pembuatan krayon sebagai agen pengeras.
Bulu babi boleh digunakan dalam penghasilan berus cat. Protien dari bulu babi digunakan untuk melembutkan doh roti. Bulu babi yang diproses boleh dijadikan baja.
ILHAM DARI PUTERA at 12:27:00 PM