Fahaman Feminisme muslim mula popular di Mesir pada awal 1920 . Tokoh yang popular dalam fahaman ini adalah seperti Prof. Dr. Amina Wudud, Dr. Fatima Mernissi, Riffat Hassan, Amira Sonbol dan Irshad Manji di US. Fokus aktiviti mereka adalah tafsiran ayat ayat al- quran dan hadis yang berkaitan dengan wanita.
Isu yang ditimbulkan bahawa golongan ini adalah kesamarataan di kalangan manusia. Mereka beranggapan bahawa ayat ayat ini ditafsirkan bahawa golongan ulama mentafsirkan berdasarkan kepada budaya dan praktikal masyarakat arab. Mereka menuntut bahawa wahyu wahyu yang sedia ada dikaji semula untuk sesuai kepada semua golongan.
Sudut pemikiran, kreativiti dan cara berfikir semua nya berkisar kepada fahaman liberal. Bagi mereka, satu tafsiran baru perlu dilakukan semula bagi membentuk kerangga intelektual, terkini dan sesuai dengan kerangka setempat.
Metodologi asas adalah dalam mentafsir wahyu wahyu supaya tidak terkongkong dalam metodologi klasik yang menjurus kepada penguasaan kaum adam. Beberapa metodologi yang digunakan adalah metodologi sains, sosiologi, antropologi, liguastik, sejarah, kritikan sains dan sastera dan lain lain lagi metodologi yang bersesuaian.
Metodologi ini diperkenalkan oleh sarjana barat seperti Charles Sanders Pierce, F.D. Schleieirmacher dan W. Dilthey.
Sunday, March 11, 2012
Feminisme Muslim
ILHAM DARI PUTERA at 9:38:00 AM