Tujuan utama Cordova House adalah sebagai pusat komuniti.
Misi terbesar kami adalah untuk menguatkan lagi hubungan antara barat dan dunia muslim serta membantu menentang ideology radikal. Cordova house turut menyentuh isu Palestine dan Israel. Menerusi pusat ini semua penganut kepercayaan lain boleh bekerjasama jika mahu kesefahaman dan keamanan senantiasa dipelihara.
Di Cordova House, Kami berkongsi ruang bagi menjalankan aktiviti komuniti, seperti kolam reang, dewan kuliah, taman permainan untuk kanak-kanak. Cordova Hosue merancang untuk mengadakan program sereti member tumpuan kepada pendidikan dan syarahan, rekreasi dan oleh raga, aktiviti social seperti kelas memasak.
Di Tingkat 13, terdapat sebuah masjid. Kami juga akan meminta kerjasama daripada pemimpin pemimpin agama lain agar mengadakan ruang beribadat bagai agama masing masing.
Turut dimuatkan adalah ruang memorial multi kepercayaan untuk memperingati mangsa mangsa yang terbunuh semasa serangan 11 September 2001.
Objektif utama bagi penubuhan Cordova untuk menjadikannya satu penyatuan dan penawar kesedihan.
Cordova akan dibina atas 2 asas yang penting dan melaksanakan rukun yang sama kepada Yahudi, Kristian dan Islam. Pertama menyayangi tuhan yang maha pencipta dengan seluruh jiwa, raga, minda, hati dan kekuatan. Ke dua, menyayangi jiran tetangga sebagaimana kita menyanyangi diri sendiri.
Halangan utama sekarang adalah pembinaan belum selesai. Masalah utama adalah sumber kewangan.
Kenyataan daripada Presiden Us Barrack Obama, Datuk Bandar Michael Bloomberg, Presiden Kristian Dan Datuk Bandar Yahudi di New York menyokong hak muslim untuk mengamalkan agamanya.
Kenyataan dari mereka jelas bahawa pendirian Amerika terhadap kebebasan agama. Ini juga menunjukan hubungan baik antara Amerika-Muslim.
Saturday, March 24, 2012
Cordoba House
ILHAM DARI PUTERA at 10:57:00 PM