Mencari Hasil Ilmu

Sunday, October 03, 2010

Filem Review : MAGIKA

Anda perlu lupakan sebentar cerita cerita dongeng dari barat seperti Cinderella, Snow white, dan Alice In Wonderland. Apa kata anda memberi perluang kepada filem terbaru araha Edry KRU yang bertajuk MAGIKA. Watak watak yang warna warni seperti Pak Pandir, Bawang merah dan putih, puteri bunian, nenek kebayan dan Putri Gunung Ledang dengan aura mereka tersendiri.

Filem MAGIKA yang mula ditayangkan pada 23 September lalu mengumpan penonton dengan pelakon hebat, skrip dan musikal yang berkesan dan berjaya menarik hati saya.

Pelakon pelakon utama nya seperti Diana Danielle, fahmi turut membantu memandu filem ini dengan baik sekali.

Elimen lawak juga dimuatkan di dalam filem ini melalui watak seperti orang minyak, Awang kerdil, Mahsuri, Nujum Pak Belalang dan Hang Tuah.

Teknik CGI juga digunakan bagi menjana ilusi istana Puteri Gunung Ledang dan Jambatan Tasik Chini.

Saya memberi 8/10 bintang kerana satu genre baru berbentuk filem musikal dan diantara filem yang terbaik saya rasa.