SOLAT SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga dan diturunkan ke bumi.Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda merasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. bersembahyang 2 rakaat.
Rakaat Pertama: Bersyukur kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat Kedua: Bersyukur kerana siang telah menjelma.
SOLAT ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan solat zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim a.s. 4 rakaat.
Rakaat Pertama: Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat Kedua: Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat Ketiga: Bersyukur dan bermohon keredhaan Allah s.w.t.
Rakaat Empat: Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
SOLAT ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan solat asar ialah Nabi Yunus a.s., iaitu tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus a.s. di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang 4 rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah dari 4 kegelapan.
Rakaat Pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat Ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat Keempat: Kelam dengan perut ikan nun.
SOLAT MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan solat maghrib ialah Nabi Isa a.s., iaitu tatkala baginda dikeluar kan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa a.s. lalu bersembahyang 3 rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut.
Rakaat Pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain dari Allah yang Maha Esa.
Rakaat Kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat Ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.
SOLAT ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s., iaitu pada suatu ketika baginda telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa a.s. sebagai tanda bersyukur kepada Allah sebanyak 4 rakaat.
Rakaat Pertama: Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat Kedua: Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat Ketiga: Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat Keempat: Dukacita terhadap anak Firaun.
Friday, April 02, 2010
Sejarah Solat Dalam Islam
ILHAM DARI PUTERA at 3:13:00 AM