Mencari Hasil Ilmu

Saturday, April 10, 2010

Pengaruh US Dalam Aktiviti Global

Pengaruh US dalam aktiviti global memang sukar digugat. Pengaruh ini bukan sahaja diukur dari segi pengaruhya ke atas dunia termasuklah ke atas dunia islam.

Laman web, www.forbes.com/lists menyenaraikan senarai individu paling berpengaruh di dunia. Di tempat pertama adalah Presiden US Barrack Obama. Beliau baru-baru ini menerima anugerah Nobel Keamanan Dunia.

Di tangga ke dua, Hu Jintao Presiden Republik China yang mempunyai rakyat 1.3 billion orang. China didakwa oleh penganalisis politik antara negara yang memiliki hak kebebasan politik dan kebebasan media yang paling sempit sekali. Dalam tempoh 25 tahun, China telah menunjukkan kemampuan untuk merampas tempat US sebagai kuasa ekonomi dunia.

Dalam tangga ke 9 barulah muncul Abdullah bin Abdul Aziz al-Saud, Raja Arab Saudi – negara paling banyak simpanan minyak di dunia .

Arab Saudi memiliki simpanan minyak mentah sebanyak 260 billion tong dan meliputi 25% dari simpanan minyak dunia. Peranan Arab Saudi dalam membela dunia islam??. Masih kabur kerana masih lagi berpihak ke sebelah barat.

Tangga ke 10 Bill Gates. 85% dari pengguna komputer dunia menggunakan perisian Microsoft yang diasaskan Gates.

Jika dilihat pula kepada 10 syarikat paling terkenal . Syarikat Coca-cola dari US di tangga pertama. Tangga ke 2 IBM dari US, Microsoft ke 3, GE ke 4, Nokia (Finland) ke 5, McDonald ke 6, Google ke 7, Toyota(Jepun) ke 8, Intel ke 9, Walt Disney ke 10.

Jelas 8 dari 10 syarikat dari US. Tidak satu pun dari syarikat milik umat islam.