Baginda juga diiktiraf oleh beberapa tokoh cendakiawan Barat setelah membuat kajian mengenai beliau dan sirahnya.
Berikut adalah beberapa petikan kata-kata cendakiawan mengenai baginda.
“Muhammad adalah personality agama dan rasul yang paling berjaya dalam sejarah manusia” (ENCCLOPEDIA BRITAINNICA).
“Pengasas kepada 20 empayar yang begitu luas bermula dengan sebuah empayar kerohanian, iaitu Muhammad. Memenuhi ciri2 kehebatan seorang manusia seperti yang semua kita mahukan. Dan kita bertanya adakah orang lain yang lebih hebat daripada beliau”.(Lamartine Histore de la Turquie Paris 1854).
“Kalau ada lelaki seperti Muhammad yang menggunakan kuasanya kepada dunia moden pasti segala masalah akan dapat diselesaikan dan seterusnya membawa keamanan serta kegembiraan yang di impi-impikan”.(George Bernard Shaw).
“Tindakan saya memilih Muhammad sebagai penghulu individu2 yang paling berpengaruh mungkin mengejutkan sebahagian pembaca dan mungkin dipersoalkan oleh sebahagian pembaca yang lain. Memang ternyata bahawa dialah satu – satunya manusia dalam sejara yang berjaya dalam agama dan secular”. (Micheal H. Hart, The 100 A Ranking Of Most Influential People In History, New York 1978)
“Saya telah mengkaji tentang dirinya – manusia yang hebat pada pandangan saya . Selain itu dia sekali bukan anti Kristian , Muhammad mesti diberi gelaran sebagai Penyelamat Kemanusiaan. Saya meramalkan agama yang dibawa oleh beliau bakal diterima oleh masyarakat eropah pada hari esok kerana ternyata diterima pada hari ini”. (George Bernard Shaw, The Genuine Islam, Volume 1 )
“Dalam tempoh lebih setahun sahaja, dia menjadi pemmimpin rohani , ketua negara serta memimpin kerajaan di Madinah dan tangannya telah mengoncang dunia”.(John Austin Muhammad The Prophet Of Allah dalam T.P’s and Cassel’s Weekly 24 September 1927).
“Empat tahun selepas kematian Justinian pada 569 Masihi telah lahir di Mekah dalam masyarakat Arab seorang lelaki yang paling berpengaruh kepada seluruh umat manusia”. (John William Draper, A History Of The Intelectual Development Of Europe, Landon 1875, Volume 1 halaman 329-330).
“Manusia seperti Pasteur dan Salk adalah pemimpin dari satu bidang. Gandhi dan Confucious pula dalam kategori lain. Alexander, Caesar dan Hitler pemimpin yang mempunyai kedua-dua ciri-ciri dalam kedua-dua kumpulan tadi. Tetapi pemimpin yang paling terulung dalam sejarah tamadun adalah Muhhammad kerana mempunyai semua ciri dan fungsi . Musa berada dibawah sedikit daripada Muhammad”.(Profesor Jules Masserman)
“Dia adalah gabungan Caesar dan Pope tetapi dia adalah Pope tanpa kemegahan, Caesar tanpa kekuatan tentera tanpa askar yang berdiri tanpa pengawal peribadi tanpa istana dan askar. Kalau ada orang yang berhak berkata bahawa dia memerintah berpandukan wahyu yang sebenar orang itu ada Muhammad. Ini kerana mempunyai kuasa tetapi tidak memiliki sebarang sokongan instrumen seperti menteri, istana, bala tentera, mahupun harta untuk melakukan tanggungjawab”. (Bosworth Smith, Mihammad and Mohammadanism, Landon, 1874, halaman 92).
“Adalah mustahil bagi sesiapa yang pernah mengkaji kehidupan dan perwatakan Rasul bangsa Arab yang agung itu, untuk tahu bagaimana cara dia mengajar dan bagaimana dia hidup serta dapat memahami segala-galanya kecuali memuji rasul yang hebat ini. Salah satu utusan yang paling hebat dari tuhan. Mungkin banyak perkara yang sudah diketahui oleh orang ramai tetapi saya tetap merasakan setiap kali mengulang membacanya muncul rasa kagum terhadap guru Arab yang hebat ini”. (Annie Besant, The Life And Teachings Of Muhammad, Madras, 1932)
Monday, March 01, 2010
Sarjana Barat Iktiraf Muhammad
ILHAM DARI PUTERA at 5:39:00 AM