Mencari Hasil Ilmu

Wednesday, December 30, 2009

The 100 Most Influential People In History

TANGGA 1 : MUHAMMAD

Menurut penulis (Micheal H.Hart), kebanyakan tokoh yang terdapat dalam buku “The 100 Most Influential People In History” dibesarkan dalam suasana politik, persekitaran tamadun yang tinggi ketamadunannya dan politik

Muhammad lahir pada 570AD di Mekah, selatan tanah Arab yang pada masa itu berada dalam zaman kegelaman tamadunannya, jauh dari laluan perdangan utama, kesenian dan pendidikan. Menjadi anak yatim pada umur 6 tahun. Beliau dikatakan buta huruf.

Muhammad memberi inspirasi kepada bangsa arab untuk keluar dari tanah arab untuk eksplorasi dan menawan empayar hebat seperti Mesopotamia, Syria dan Palestine.

Ramai yang akan mempersoalkan mengapa beliau dinobatkan sebagai number satu dan terbaik dari yang terbaik.

Muhammad memainkan peranan penting dalam penyebaran islam jika berbanding dalam perkembangan kristian. Kristian dikembang kan oleh banyak individu. Nama2 seperti St.Paul, Maharaja Constantine, Jesus dan lain2 lagi nama yang wujud. Dalam Kristian, Jesus berperanan dalam etika utama manakala teologi Kristian dikembangkan pula oleh St.Paul yang sebahagian besar menulis ‘New Testament’.

Muhammad pula bertanggungjawab terhadap teologi islam, etika utama dan prinsip utama dan prinsip moral. Beliau memainkan peranan penting dalam proses agama baru dan praktik amalan agama islam.

Muhammad merupakan seoarang sekular dan ketua agama, tidak seperti Jesus yang merupakan seorang secular.

TANGGA KE 2 : ISAAC NEWTON

Beliau adalah sainstis terhebat dan paling berpengaruh. Dilahirkan di Woolsthorpe, England pada hari Krismass , tahun yang sama kematian Galileo. Di sekolah beliau tidak banyak menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran. Semasa remaja ibunya menghantar beliau ke sekolah dengan tujuan menjadi seorang petani. Pada umur 18 tahun, memasuki Cambridge University. Semasa itu kebijakan dalam sains meningkat dengan drastic sekali.

Kurun ke 17, beliau berjaya mencipta teleskop astronomi, Newton First Law of Motion, Nature of light – Cahaya biasa terdiri dari tujuh warna pelangi, Law of Reflexion dan Refraction of light.

Beliau juga berjaya dalam matematik moden dan mekanikal. Sumbangan matematik beliau adalah ‘Integral Calculus’ semasa berumur23 tahun.

Pertemuan penting adalah dalam bidang mekanikal, sains dimana benda boleh bergerak. Formulanya F=MA a.k.a Undang-undang gravity universal.

Pada 1687, Karya terhebat beliau “The Mathematical Principle Of The Natural Philosophy” mempersembahkan teori gravity dan teori pergerakan. Karya ini membolehkan pengukuran pergerakan planet mengelilingi matahari. Masalah utama ahli falak pada masa itu adalah dinamik dan berjaya diselesaikan dengan sekelip mata.

Kepentingan penemuan beliau, dalam excyclopedia anda akan menemui banyak sumbangannya berbanding saintis2 yang lain. Beliau juga diiktiraf oleh ilmuan2 seperti Leibniz, friend of St.Issac, French scienctist Laplace, Lagrange, Ernst Mach (saintis tahun 1901).

Sumbangan lain adalah dalam kajian Termodinamik (haba) dan Acoustics (sound) dan terpenting sekali prinsip fizik “Conservation Of Momentum” dan “Conservation of Angular Momentum”. Menemui teoram binomial dalam matematik.

Penemuan sainstifik beliau bukan sahaja merevolusikan teknologi, ekonomi, politik , pemikiran agama, kesenian dan falsafah.

TANGGA KE 3: JESUS CRIST.

Islam di temui oleh seorang individu tetapi Kristian ditemui oleh lebih dari satu individu. Individu yang menjumpai agama Kristian ada dua orang iaitu Jesus dan St.Paul. Jesus menjumpai formula spritual dan idea2 asas mengenai hubungan manusia. Teologinya pula hasil kerja St.Paul. Paul hanya menambah dan menyerpunakan ajaran Crist. Paul banyak menulis sebahagian besar New Testamentberbanding Muhammad 100% adalah ajarannya.

Jesus mati pada usia yang muda tidak seperti Buddha dan Muhammad dan meninggalkan hanya sedikit ajarannya. Kebanyakkan Kristian beranggapan Paul adalah penemu agama Kristian bukannya Jesus. Tidak logic lah kita mengatakan apa yang berlaku di gereja , Jesus lah yang bertanggungjawab.

Tambahan lagi kehidupan Jesus yang serba rahsia dan tidak dapat dibuktikan. Terdapat pelbagai versi nama, tahun kelahiran dan tahun kematian.

Tidak seperti Muhammad Jesus tiada pengaruh dalam dunia politik tambahan lagiperkembangan politik.

TANGGA 4 : BUDDHA

Nama sebenar adalah Putera Siddhartha penemu agama Buddha, anak raja pemerintah di Kapilavastu bantar di timur laut India berdekatan sempadan Nepal. Beliau dari suku Gautama dan puak Sakya di Lumbini sempadan Nepal. Semasa berumur 16 tahun, beliau berkahwin dengan sepupu yang sama umur. Dibesarkan dalam istana mewah tetapi inginkan kehidupan yang sederhana. Melihat orang miskindan senantiasa menderita mahukan kemewahan. Beliau melihat bahawa kebanyakkan golongan kaya selalu kecewa dan tidak gembira dengan kehidupan mereka. Semua lelaki dijangkiti penyakit dan akhirnya menemui ajal.

Pada umur 29, selepas kelahiran anak pertama, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan kehidupan mencari kebenaran dalam kehidupan. Beliau meninggalkan istana, isteri, dua anaknya dan kedudukan nya sebagai putera raja. Beliau berjaya mendapat solusi dalam segala masalah manusia dengan keserdehanaan dalam hidup.

Prinsip utama adalah 4 kebenaran yang suci. Kehidupan manusia adalah tidak gembira. Penyebab ketidak kegembiraan adalah disebabkan oleh ketamakkan dan nafsu. Nafsu dan ketamakan boleh dihapuskan dengan cara yang dipanggil NIRVANA. Kaedah yang digumakan untuk melarikan diri dari ketamakan dan nafsu dipanggil Eightfold Path..

Ajaran Buddha adalah ajaran yang tidak direkodkan selepas beliau. Satu sebab mengapa ajaran Buddha mati di India kerana ajaran hindu telah lama wujud dan sudah lama menapak di India.

TANGGA KE 5: CONFUCIUS

Beliau manusia pertama yang mensintesis idea asas tamadun kaum cina. Falsafahnya mengenai moral individu, dan konsep kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat dan memerintah berdasarkan teladan.

Beliau dilahirkan pada 551 BC – 479 BC di negara Lu, kawasan Shantung timur laut China. Ayahnya mati semasa umurnya muda dan hidup dalam kemiskinan.

Pada usia yang muda beliau berkhidmat sebagai pekerja kerajaan yang berjawatan rendah dan meletak jawatan beberapa tahun kemudian. Selepas berumur 50, beliau dianugerahkan jawatan tinggi dalam kerajaan . Kedudukan nya dalam kerajaan dicemburui musuh menyebabkan beliau dibuang kerja dan dibuang negara.

Confucius diiktiraf sebagai penemu agama baru. Beliau tidak menyukai untuk membincangkan isu dunia selepas mati dan mengelak spekulasi metafizik. Boleh dikatakan bahawa beliau adalah falsafah secular yang hanya berminat kepada personal, moral politik dan cara mengendali nya.

Dua elimen yang penting dalam Confucius adalah Jen dan Li dan hanya yang terpilih mampu mengendalinya. Jen kadang2 dirujuk kepada ‘Cinta’.

Beliau juga berpendapat bahawa zaman kegemilangan adalah pada masa lepas.

Maharaja pertama dinasti Ch’in, Shih Huang Ti memerintah untuk memusnahkan pengaruh Confucius . Semua ilmu yang ditulis beliau dimusnahkan untuk melenyapkan dari sejarah.

TANGGA KE 6: ST.PAUL

Beliau dikenali sebagai Saul, Dilahirkan di Tarsus sebuah Bandar Cilicia (Turkey) pada era Kristian.

Merupakan rakyat empayar Roman, berketurunan yahudi dan pada mudanya belajar bahasa bahasa Hebrew dan menerima pengajaran yahudi. Pada usia muda beliau belajar bersama Rabbi Gamaliel.

Pengaruh Paul dalam agama Kristian adalah pekembangan besar sebagai pendakwah, kejayaan sebagai penulis New Testament, Peranan sebagai pengembang agama Kristian.

Daripada 27 buah buku 14 daripadanya ditulis beliau.

TANGGA KE 7: TSI AI LUN

Beliau adalah pencipta kertas. Pernah bekerja sebagai hakim besar kerajaan China pada tahun 105 AD. Penemuan beliau menyebabkan beliau dinaik pangkat, mendapat gelaran yang hebat dan menjadi kaya. Penglibatan beliau dalam istana menyebabkan kejatuhan beliau.

Pada kurun ke 2, Kerajaan China mengesport kertas ke negara2 lain di Asia. Untuk beberapa lama mereka menyembunyikan teknik membuat kertas. Pada tahun 751, kertas mula dihasilkan di luar China di Samarkand dan Bhagdad. Teknik ini menular di Arab dan pada kurun ke 12 barulah melular ke eropah.

Sebelum kewujudan kertas, kebanyakan orang cina menulis di atas hirisan buluh. Masalah timbul apabila hendak membawa atau mengulang kaji kerana terlalu berat. Ada juga buku yang ditulis di atas kain sutera tetapi terlalu mahal untuk tujuan asas. Dibarat pula buku ditulis di atas kulit kambing biri2 yang mana diganti dari penggunaan papyrus (tamadun Greeks, Roman dan Egyptian).

Pada zaman dahulu perkembangan budaya di China terbatas disebabkan penggunaan hirisan buluh. Mereka perlu menggunakan pedati untuk membawa atau memindahkan buku2 dari satu tempat yang lain. Dengan teknologi ini , ketamadunan cina berkembang dengan pesatnya.

TANGGA KE 8 : JOHANN GUTENBERG

Beliau dikenali sebagai bapa percetakan kerana sumbangan beliau dalam kaedah percetakan yang moden. Kaedah itu terbahagi kepada 4 jenis iaitu jenis pasang siap, mesin percetakan itu sendiri, jenis dakwat yang sesuai, penggunaan jenis kertas yang sesuai.

Karya beliau yang terkenal adalah Gutenberg Bible yang dicetak pada 1454.

Pada awal kelahirannya, eropah dan China mempunyai teknologi yang setaraf. Selepas penciptaan mesin tersebut, pencapaian eropah meningkat dengan drastic dan meninggalkan China di belakang kerana menggunakan kaedah yang lama yang begitu lambat sekali.

Penciptaan beliau menyebabkan perkembangan revolusi zaman moden. Tanpa penemuan beliau percampahan ilmu tidak lah secepat yang disangka.

TANGGA KE 9 : CRISTOPHER COLUMBUS

Dengan menemui jalan ke dunia baru yang menghubungkan eropah dengan ‘The Orient’. Secara lansung melahirkan beberapa buah negara seperti Amerika. Penemuan ini merangsang ekplorasi dan penjelajahan di Dunia Baru. Dunia baru dibuka oleh eropah sebagai wilayah terbaru negara untuk petempatan dan meningkatkan populasi disamping membekalkan kekayaan sumber mineral dan bahan mentah untuk menggerak ekonomi eropah. Penemuan nya membawa kepada kemusnahan tamadum kaum Red Indian. Ianya kemudiannya merebak ke beberapa set negara yang lain.

Beliau dilahirkan di Genoa Italy pada tahun 1451. Apabila meningkat remaja , beliau menjadi kapten kapal dan pelayar yang hebat. Beliau berpendapat bahawa terdapat jalan mudah ke timur dengan merentasi Lautan Atlantik. Beliau telah lama berhujah mengenai pendapat ini. Beliau kemudiannya meminta Queen Isabella 1 of Castile membiayai penjelajahan beliau.

Kapalnya memulakan penjelajahan pada Ogos 1942. Perhentian pertama adalah di Canary Island (Afrika) dan berlayar kembali pada 9 September. Columbus kembali ke Sepanyol pada march 1943 dan mendapat perhormatan.

Isabella telah berjanji Columbus bahawa beliau akan dilantik menjadi gabenor di mana mana tanah baru yang dijumpainya. Walaubagaimana pun beliau tidak berjaya sebagai pentadbir dan dibawa pulang ke Sepanyol.

Sudah jelas bahawa penjajahan beliau menimbulkan impak revolusi pada sejaqrah eropah dan memberi kesan kepada Amerika.

Walau bagaimanakanbeliau bukan orang pertama yang menjumpai Dunia Baru. Penjelajah Viking Leif Ericson telah lama menjejak kaki di Amerika. Nama beliau taklah sepenting Colombus. Ilmu dan penemuan beliau lansung tak direkod. Tidak seperti Colombus , beberapa tahun selepas kembalinya Colombus ke Sepanyol, banyak ekspedisi ke dunia baru menanti dimana kolonosasi wilayah baru bermula.

Falsafah Greeks, Aristotle pernah mengeluarkan hypothesis mengatakan bahawa dunia baru terdapat di mana mana .Pendapat beliau diguna pakai oleh sebilangan ilmuan eropah pada 1400.

TANGGA KE 10 : ALBERT EINSTAIN

Ilmuan sains terhebat kurun ke 20 dan ilmuan terhebat abad ini. Ini kerana teori beliau ‘Theory of Relativity’ . Terdapat 2 teori yang terlibat, Teori Khas Relative (1905) dan Teori Asas Relativity (1925) yang dikenali sebagai “Einstein Law Of Gravition”.

Ramai yang mengatakan bahawa teori beliau merupakan teori semata2. Formulanya adalah E=MC². E adalah tenaga, M adalah jisim dan C adalah kelajuan cahaya, 186000 batu per saat. Teori di dapat dibuktikan dan dipraktikkan pada tahun 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom bom atom.

Bukan senang nak mengaplikasikan E=MC². Banyak pihak bergabung tenaga merelisasikan penciptaan bom atom. Pada tahun 1939, Einstein telah menulis surat kepada Presiden Roosevelt mengatakan kemungkinan penciptaan senjata.

Presiden pada masa itu melancarkan Projek Manhantan yang membawa kepada perkembangan bom atom pertama.

Berbanding dengan Newton, teorinya sangat senang untuk difahami dan teori Einsteins adalah sukar untuk di fahami walaupun diterang/ diulang beberapa kali.

Teori Newton digunakan untuk menyelesaikan masalah dan mencari ilmu saintifik baru. Ilmunya tidak pernah tidak stabil. Teori Einstein pula terikat pada paradoxes dan teorinya berlegar2 pada teori remaja yang ingin teorinya tercapai.

Newton berada di atas Einstein kerana teorinya berjaya menggerakkan sains masa kini dan tidaknya Einstein.

Beliau sangat berminat dengan dunia manusia dan selalu mengeluarkan pendapat di dalam soal2 politik. Seorang yang Pacifist dan penyokong teguh Zionism dan Individualist.

TANGGA KE 11: KARL MARX

Peneraju utama sosialis sainstifik dilahirkan di 1818 di Bandar Trier, Germany. Ayahnya peguam dan pada umur 17 tahun, memasuki University Bonn untuk belajar undang2. Kemudian lanjutkan pelajaran ke University Berlin dan dianugerahi PHD dalam falsafah di University Jena.

Beliau berubah bidang ke bidang wartawan dan merupakan editor kepada Rheinis Che Zeitung di Colongne. Disebabkan politiknya yang tidak selari dengan pemerintah pada masa itu menyebabkan beliau berpindah ke Paris, Perancis.

Dia kemudiannya dibuang dari Perancis dan berpindah ke Brussel. Disitu beliau menerbitkan karya yang bertajuk “The Poverty of Philosophy”. Pada tahun 1847. Selepas itu , beliau menerbitkan “The Comunist Menisfesto”. Pada tahun 1848, beliau kembali ke Colonge tetapi dibuang negara beberapa tahun kemudian. Beliau kemudian ke London dimana menghabiskan sisa hidup nya di sana.

Dengan hasil pendaftaran sebagai wartawan, beliau menghabiskan sisa hidup di Landon membaca dan menulis buku berkenaan politik dan ekonomi.

Dalam bahagian pertama bukunya, Das Kapital muncul pada tahun 1867. Penulisan Karl Marx adalah teori asas komunism dan pandangan luar biasa perkembangan abad ke 20.

Beliau diletakkan di ranking ini kerana kepentingan kominism sebagai sejarah jangka masa panjang . Disebabkan kebangkitan komunis adalah salah satu daripada sejarah.

Antara idea utama komunis adalah

  •  Orang kaya hidup dalam kemewahan manakala orang miskin hidup kebuluran.
  •  Cara untuk menghapuskan ketidak adilan adalah dengan mewujudkan system yang mana pengeluaran dikawal dan dimiliki lerajaan dari kepentingan individu.
  •  Cara yang paling mudah untuk mewujudkan kerajaan sebegitu adalah dengan revolusi secara paksa.
  •  Untuk mengekalkan system sosialist, system kuku besi dari parti komunis perlu dikekalkan untuk jangka masa tertentu.

3 idea pertama telah lama dikemukakan sebelum Marx lahir lagi tetapi beliau mempopularkan nya. 2 tokoh terkenal mengikut komunis adalah Lenin, Stalin, Mao Tse Tung.

Boleh dikatakan bahawa idea sebenar Karl Marx disalah ertikan dan disalah anggap.

TANGGA KE 12: LOUIS PASTEUR

Ahli kimia dan biologi Perancis merupakan ikon terkenal dalam bidang perubatan. Teori yang paling terkenal adalah Germ Theory Of Disease.

Dilahirkan pada 1822 di Dole, France. Pada umur 26 tahun, beliau berjaya membuktikan isomer Tektarik Acid. Dalam bidang Proses Penapaian, beliau dapat membuktikan bahawa microorganism penyebab penapaian yang memberi sumbangan besar dalam industri alcohol.

Pendapat ada mengatakan bahawa mickoorganisma tertentu boleh menyebabkan penyakit dan perlukan anticeptik untuk mengelak microorganism memasukki tubuh manusia.

Bacteria merbahaya boleh memasuki tubuh manusia melalui makanan dan minuman . Kerana ini beliau membangunkan satu teknik yang dipanggil Pasteurization Tecknique. Yang membunuh bacteria dalam minuman.

Pada umur 50 tahun beliau berminat kepada Antrax yang menyerang binatang ternakan. Beliau berjaya membuktikan jenis2 bacteria yang bertanggungjawab terhadap2 penyakit. Beliau telah berjaya dalan penghasilan strain Antrax bacillus yang lemah membolehkan lembu menjana immunity apabila disuntik dengan strain tersebut.

Pencapaian seterusnya adalah teknik untuk mengelak penyakit rabies. Begitu juga dengan thypus epidemik dan polio.

Beliau juga menemui fenomena anaerobiosis ( satu kelebihan untuk hidup tanpa oksigen). Kejayaan dalam menghapuskan penyakit yang menyerang ulat sutera meningkatkan industri sutera. Begitu juga dengan Chicken Cholera.

Sumbangan besar Louis Pasteur adalah dalam penemuan immunisasi yang mengurangkan jumlah kematian dan juga penularan. Penemuan beliau setidaknya mampu meningkatkan umur sehingga 70 tahun ke atas.

TANGGA KE 13: GALILEO GALILEI

Saintis Italy yang lahir pada tahun 1564 di Bnadar Pisa. Beliau belajar di universiti Pisa dan mendapat pelajaran di situ pada tahun 1589. Beberapa tahun kemudian, beliau menyertai university Padua sehingga tahun 1610. Aristotle mengatakan bahawa objek yang lebih berat akan jatuh dengan lebih cepat berbanding dengan objek yang lebih ringan kecuali digeselkan dengan udara.

Satu lagi sumbangan adalah dalam Hukum Inertia. Jika daya yang menghalang disingkirkan, maka objek yang terus bergerak akan terus bergerak.

Penemuan yang diketahui orang ramai adalah dalam bidang astronomi , penciptaan teleskop . Beliau menghabiskan masa selama 6 tahun menulis karya Dialogue Concerning The Two Chief World System. Buku ini menampilkan bukti2 Copernicius yang diterbitkan pada tahun 1632. Buku ini telah menimbulkan kemarahan pihak gereja sehingga membawanya ke pengadilan. Teorinya mengatakan bahawa bumi beredar mengelilingi matahari bukannya bumi sebagai pusat system

TANGGA 14: ARISTOTLE

Orang pertama di dunia mengeluarkan cara pemikiran logic yang menggunakan prinsip pemikiran falsafah.

Beliau dilahirkan pada 384 BC di Bandar Stagira Macedonia. Ayahnya seorang ilmuan . Pada 17 tahun, beliau ke Athans untuk belajar di Akedemi Plato sehingga 20 tahun. Pada peringkat awal beliau berminat dalam biologi dan sains practical . Di bawah akedemi beliau berminat akan spekulasi falsafah.

Pada tahun 342 BC, beliau pulang ke Macedonia dan menjadi tutor khas bagi anak raja Alexander The Great. Selepas Alexander menjadi raja, beliau pulang kembali ke Athans dan membuka sekolah bernama Lyceum. Dia tidak pernah meminta Alexander untuk menjadikannya pembesar tetapi meminta dana untuk penyelidikan. Ini adalah contoh sainstis yang diberi dana penyelidikan yang berskala besar.

Karya yang ditulis beliau dikatakan tidak kurang daripada 170 buah buku dan 47 daripadanya berjaya diselamatkan. Bidang yang diceburi adalah astronomi, zoology, embryology, geography, geology, fizik , anatomi, fisiologi dan cabang2 ilmu lain yang dipelopori oleh bangsa Greeks. Untuk menjadi seorang yang mahir dalam segenap cabang sains beliau juga juga menceburi bidang seperti etika, metafizik, physiologi, ekonomi, teologi, politik, retorik dan kesenian, puisi, dan budaya babarian, perlembagaan Athens.

Pengaruh nya meluas sehingga karyanya di alih bahasa ke bahasa Latin, Syria, Arab, Itali, Perancis, Hebrew, Germen, dan English. Karya beliau meninggalkan kesan kepada falsafah islam.

TANGGA KE 16: LENIN

Beliau adalah pemimpin politik yang bertanggungjawab dalam perkembangan fahaman komunisma di Russia. Kesemua polisi beliau adalah kepada Karl Marx.

Lenin dilahirkan pada 1870 di Bandar Simbirsk (Ulyanovsk) di Russia. Ayahnya pegawai kerajaan manakala abangnya Alexander seorang radikal yang ditangkap kerana cubaan membunuh Czar. Pada umur 23 tahun, beliau menjadi seorang Marxist. Pada tahun 1895, ditangkap oleh Kerajaan Czar kerana aktiviti mempengaruhi revolusi sebelum dibuang ke Siberia.

Di Siberia, beliau berkahwin dengan pengikut revolusi dan menghasilkan buku ‘The Development Of Capitalism In Russia’. Kemudian dia menyertai ‘Russian Social- Demorcratic Worker Party’ berpecah kepada 2 pecahan. Lenin menjadi ketua kepada pecahan yang lebih besar iaitu ‘The Bolsheviks’.

Perang dunia pertama merupakan kesempatan terbesar beliau untuk muncul sebagai pemimpin tetapi membawa kemusnahan besar dari segi ketenteraan dan ekonomi Russia. Ini menimbulkan ketidak puasan hati terhadap system pemerintahan Czar. Kerajaan Czar digulingkan pada March 1917 dan rakyat membayangkan bahawa pemerintahan seterusnya merupakan pemerintahan yang demorkratik.

Lenin lebih berminat akan tektik revolusi dan mengiktiraf bahawa beliau mahir dalam teknik tersebut. Dia menegaskan dalam keperluan untuk bertindak di luar batas. Idea kuku besi lebih penting daripada polisi ekonominya. Polisinya adalah dengan mengawal ketat media, bank, gereja dan kesatuan pekerja . Kerajaan komunis juga perlu menghapuskan kemungkinan berlakunya pengulingan kuasa.

Dalam hidupnya , Lenin merupakan pekerja yang rajin. Beliau seorang yang berdedikasi kepada misi revolusinya. Beliau juga sayangkan keluarganya. Ironinya beliau menghabiskan masanya menghapuskan penentangan dan kebebasan seluruh dunia.

TANGGA KE 16: MOSES

Beliau dipandang tinggi oleh 3 agama utama Kristian, Yahudi dan Islam dan individu2 yang lain. Beliau adalah seorang dari bangsa Egyptian. Di dalam Old Testament dan Koran percaya bahawa Moses telah membelah 12 laut merah semasa melintasi melarikan diri daripada Firaun.

Beliau dikatakan penulis bible ( Genesis, Exodus, Leviticus,Number dan Deutteronomy) dan selalu dirujuk sebagai buku Moses yang menghasilkan Torah. Karya beliau adalah seperti Mosaic Code dan 10 Comenment.

Ramai Yahudi mengatakan bahawa Moses merupakan penemu Monothesm Yahudi. Walaubagaimanapun dalam Old Testament menyatakan bahawa Abraham adalam penemu sebenar Monothesm.

TANGGA KE 17 : CHARLES DARWIN.

Penemu teori evolusi organic dengan pilihan semulajadi telah dilahirkan di Shrewsbury England pada 12 Febuari 1809. Pada umur 16 tahun, beliau memasuki University Edinburgh untuk belajar perubatan dan akhirnya menggap subjek tersebut tidak perlu. Dia berjaya mengagumkan professor untuk memberikan nya wang sebagai ahli cinta alam dalam eksplorasi H.M.S.Beagle . Beliau berlayar pada 1831 (semasa beliau berumur 22 tahun).

Beliau pulang kembali pada 1836 dan menerbitkan siri buku yang menaik reputasi sebagai ahli biologi terkemuka England. Pada tahun 1837, beliau menyatakan bahawa binatang dan tumbuhan berevolusi mengikut geologi sejarah.

Pada tahun 1871, beliau menerbitkan ‘The Descent Of Man’ dan ‘Selection In Relation To Sex’. Buku ini mengatakan bahawa manusia berasal dari keturunan makhluk seperti beruk yang sehingga kini menimbulkan kontroversi.

TANGGA KE 18: SHIH HUANG TI

Maharaja China yang memerintah pada 238-210 BC telah menyatukan China melalui ketenteraan.

Dilahirkan pada 259-210 BC. Dilahirkan pada penghujung dinasti Chou yang diasaskan kira2 pada 1100 BC.

Beliau menaiki takhta pada 246 BC pada umur 13 tahun. Selepas 221 BC beliau menggelarkan beliau sendiri sebagai Maharaja Seluruh China. Beliau menetapkan bahawa tanah jajahan nya tebahagi kepada 36 pusat pentadbiran kecil yang diperintah oleh gabenor. Setiap satu pusat akan bertukar menjadi wilayah pada jangka masa tertentu untuk mengelak mendapat tapak untuk pemberontakan. Setiap wilayah mempuyai seorang ketua tentera yang dipilih maharaja sesuka hati. Begitu juga pegawai pusat yang memantau sama ada pegawai tempatan melakukan tugas dengan betul. Sistem pengangkutan jalan dimajukan bagi memudahkan pentadbiran dan dasar ibu kota dihubungkan dengan sempurna. Ini juga dapat memastikan rusuhan tempatan akan dapat dipatahkan dengan cepat.

Beliau juga mengukuhkan system kormersil di China dengan menetapkan system ukuran dan berat, menetapkan system wang, menyelia pembinaan jalan perhubungan dan terusan. Menyatukan China dengan system undang2 dan menetapkan satu sahaja bahasa China.

Pada tahun 213 BC, Baginda mengarahkan semua buku di China dimusnahkan kecuali berkenaan pertanian, perubatan, rekod sejarah Ch’in, karya falsafah dari penulis yang berdaftar. Walau bagaimanapun baginda mengarahkan terdapatnya salinan semua buku yang dibakar disimpan di Perpustakaan Diraja.

Baginda kemudiannya menetapkan polisi luar China yang amat tidak menyenangkan negara jirannya. Untuk mengelak dari dimusnahkan musuh, satu tembok pertahanan dibina (Tembok Besat China). Pembinaan tembok itu tergugat dengan siri peperangan , rakyat dikenakan cukai yang tinggimenyebabkan baginda tidak popular. Tidak ada satu pun percubaan membunuhnya berjaya.

Semasa anaknya memerintah, pemberontakan berlaku dengan begitu kerap sekali. Istana dan perpustakaan diraja dibakar.

Shih Huang Ti penting kerana berjaya menakluk sebahagian besar negara China. Pihak barat memang mengagumi baginda. Perbezaan China dan Eropah adalah China merupakan sebuah negara yang besar manakala eropah terdiri daripada pelbagai negara.

Komunis China meanggap beliau sebagai pemikir hebat dan boleh dibandingkan bersama Napoleon dan Augustus Ceasar.

TANGGA KE 19: AUGUSTUS CAESAR

Penemu empayar Roman. Nama Sebenar beliau adalah Gaius Octavian. Dilahirkan pada 63 BC.

Beliau mengelarkan dirinya berkuasa pada 27BC dan mengembalikan kembali system Republik dan menyarankan semua penjawat kerajaan meletak jawatan. Untuk mengukuhkan kuasanya, beliau menjadi ketua wilayah Sepanyol, Gaul dan Syria kerana wilayah ini terletaknya tentera Roman. Senate meanugerahkan gelaran Augustus. Selepas kematian beliau, system pemerintahan berubah dari republik ke monarki.

Di bawah Augustus, beliau berjaya menawan Sepanyol, Switzerland, Asia Minor dan Balkan. Beliau menyusun semula struktur cukai, kewangan, dipandang tinggi tentera Roman, menubuhkan tentera laut dan skuad Praetorian.

Di bawah Augustus, beberapa jalinan jalan yang sempurna dibina di Roman. Banyak bagunan umum dibina mengikut idea Augustus. Kuil2 dibina dan Augustus mengalakkan kecintaan kepada agama lama Rom. Undang2 pula menggalakkan perkahwinan dan meningkatkan kelahiran.

Dibawahnya, keamanan terjamin. Ini seterusnya meningkatkan kemakmuran. Era Augustus merupakan era kegemilangan dalam bidang kesenian kerana wujudnya puisi seperti Horace dan Livy. Era ini dinamakan sebagai Pax Romana.

TANGGA KE 20: MAO TSE TUNG

Individu yang bertanggungjawab menerajui parti komunis untuk berkuasa di China. Individu ini dilahirkan pada 1893 di kampung Shaoshan, wilayah Hunan China. Ayahnya seorang kaya. Pada 1911, revolusi menmusnahkan dinasti Ch’ing yang memerintah sejak 1700 lagi. Selepas beberapa bulan selepas itu, China mengaplikasi system republik. Sejak itu China tidak aman sehingga 1949.

Mao menjadi pengikut Marx pada 1920. Pada 1921, beliau salah seorang dari 12 individu yang menemui parti Komunis di China. Parti Komunismemerlukan masa dan tidak stabil. Di bawah Mao, kekuatan parti meningkat dengan drastic. Pada 1947, parti komunis telah mengalahkan kerajaan Nationalist. Pada 1949, Komunis berjaya menguasai penuh tanah besar China.

Cabaran yang menantinya sebagai ketua negara dimana rakyat China kebanyakan miskin, negara ketinggalan dari segi pembangunan dan tradisi kaum cina yang masih kuat. Pada 1976, Polisi Mao berjaya mengubah China. Salah satu aspek yang ditekankan adalah modenisasi. Yang hebatnya, proses ke arah negara industri, sector pelajaran dan sector kesihatan.

Kejayaan kedua kerajaan komunis dengan transformasi system ekonomi kapitalis dan sosiolis. Kerajaannya banyak menghabiskan wang negara dalam usaha propaganda menentang idea Confucius.

Antara projek2 besaran yang dilancarkan pemerintahan beliau adalah ‘The Great Leap Forward’ pada tahun 1950 dan ‘Great Proletarian Cultural Revolution’ pada tahun 1960.

Tidak seperti Mao dan Stalin yang banyak menumpukan soal pertanian dan pembangunan luar Bandar. Begitu juga peningkatan industri pembuatan di China.

Dosa Barat Tetapi Timur Menjadi Mangsa

SAYA yakin bahawa semua pemimpin di peringkat dunia mahukan kemajuan untuk agama, bangsa dan negara. Apa yang jelas, pemimpin-pemimpin Barat telah 'membangunkan' negara mereka ratusan tahun jauh mendahului kita.

Namun demikian, kerakusan tindakan 'barbarian' pemimpin-pemimpin masa lampau Barat ini dalam membangunkan negara tanpa mengendahkan pengurusan bio-sfera yang baik wajar ditempelak kerana tindakan mereka telah menjahanamkan iklim dunia pada hari ini.

Jika tidak, mengapa sesetengah badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa sanggup menyamakan dosa pemimpin-pemimpin seperti ini dengan kezaliman pembunuhan manusia beramai-ramai anjuran Hitler di seluruh Eropah, Ariel Sharon di Palestin dan Radovan Karadzic, Pemimpin Serb di Bosnia.

Rata-rata, berbillion-billion hektar hutan di kebanyakan negara Eropah dan Amerika Syarikat (AS) telah ditebang semata-mata untuk pembangunan. Yang peliknya, sekiranya terdapat tanah-tanah lapang pula, ia tidak diisi dengan re-forestration programme atau program penanaman semula seperti yang diterajui oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).

Gara-gara itulah, masyarakat Timur agak keliru dengan tentangan masyarakat Barat apabila berlakunya penggondolan hutan malar hijau di Asia Tenggara seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia bagi tujuan perindustrian kelapa sawit.

Apa yang pasti, peratusan tanah yang diusahakan adalah terlalu sedikit berbanding jumlah keluasan hutan yang belum lagi diterokai.

Bagi saya, hal ini adalah antara sekelumit dosa-dosa masyarakat Barat terhadap kecelaruan iklim dunia yang perlu ditebus oleh masyarakat Timur secara 'terpaksa' sebagaimana kita dijadikan 'mangsa' dalam pelbagai isu dunia yang lain.

Sudah terang lagi bersuluh. Sistem penjanaan elektrik yang berasaskan bahan bakar asas fosil adalah salah satu punca utama kecelaruan iklim dunia. Hari ini sahaja sektor perindustrian dihidangkan dengan pelbagai sistem penjanaan kuasa yang menggunakan tenaga angin, air, suria dan nuklear.

Dalam hal ini juga, AS sengaja menakut-nakutkan dunia untuk tidak menggunakan tenaga nuklear yang sebenarnya adalah paling murah dari segi bahan mentah dan operasi demi mengeksploitasi industri uranium dunia.

Dalam hal yang lain pula, saya juga tidak boleh menerima obsesi kerajaan AS dalam melindungi keuntungan syarikat-syarikat gergasi dan memastikan kerajaan mereka terus berkuasa.

Agak 'tidak masuk akal' apabila AS menyarankan dan memberi hak secara langsung kepada dunia supaya 'perdagangan karbon' dibenarkan. Saranan ini seolah-olah menganggap kemelut kecelaruan iklim dunia sebagai suatu perkara yang remeh dan boleh dikomersialkan!

Membina Kemajuan Dalam Keterbatasan

Sekalipun masyarakat Barat lebih membangun, namun masyarakat Timur sebenarnya jauh mendahului dalam usaha penyelidikan dan kajian penggunaan teknologi bagi menguruskan bio-sfera dengan baik. Sebagai contoh, usaha-usaha yang diterajui oleh syarikat Sharp, Jepun lebih lima dekad mempelopori teknologi kuasa suria perlu diikuti oleh dunia.

Begitu juga dengan pelbagai usaha syarikat-syarikat Jepun lain yang sentiasa mencari jalan untuk menghasilkan produk penggunaan manusia yang sesuai bermula dengan menggunakan bahan material terbaik, kaedah operasi yang berkesan, penghantaran yang cekap sehinggalah penggunaan yang sesuai dengan kehidupan lestari manusia yang kini terkesan dengan keuzuran dunia.

Paling membanggakan, sekalipun tiada 'penanda aras' antarabangsa untuk emisi sifar (zero emission) terhadap penghasilan karbon dioksida, para penyelidik Timur khususnya dari Jepun ini nampaknya benar-benar gigih serta serius dalam melaksanakan amanah mereka dengan begitu baik sekali.

Atas alasan ini juga, kita menghargai misi delegasi perdagangan Malaysia ke Jepun yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini. Antara teknologi yang diketengahkan adalah teknologi bangunan hijau yang bukan sahaja mesra alam malah dapat diselenggarakan pada kadar kos yang sangat rendah dan juga kenderaan elektrik atau Electric Vehicle (EV) yang sempat diuji kemampuannya oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri.

Walaupun sedikit saya cemburu kerana hanya dapat menonton kemampuan kenderaan masa hadapan yang dipanggil 'Eliica' itu di dalam YouTube, saya yakin teknologi EV yang dibangunkan oleh Profesor Shimizu dari Keio University itu adalah jawapan kepada penantian kereta elektrik dunia pertama serta penyelesaian kepada isu under powered atau kurang kuasa pecutan yang cuba diselesaikan bertahun lamanya oleh kebanyakan jurutera kereta elektrik prototaip dunia yang lain.

Melalui pembacaan saya, Eliica adalah prototaip kenderaan elektrik futuristik yang mampu menghasilkan pecutan 0-100 kmj dengan masa 3.9 saat pada kelajuan maksimum 370 kmj. Bukan sahaja ia mampu menumpaskan Porsche 911 dengan mudah sekali, malah kos pengendaliannya adalah 12 kali ganda lebih murah daripada Proton Persona!

Dua perjanjian persefahaman yang dipelopori oleh Kumpulan Chenderong Bersekutu dengan dua syarikat ulung teknologi hijau Jepun ini adalah usaha 'mengecapi kejayaan dalam keterbatasan'.

Yang lebih penting, ia petanda bermulanya langkah untuk teknologi hijau bertapak di Malaysia. Semoga usaha transformasi radikal ini terus diberikan tumpuan dan sokongan oleh kerajaan Malaysia agar generasi masa hadapan faham serta peka tentang ilmu alam dan keuzuran dunia.

Perubahan yang kita lakukan ini diharap seiring dengan ingatan pujangga China, Lao Tzu yang mengatakan "Jika kita tidak menukar arah, kita mungkin berakhir di mana kita mula melangkah." Ayuh, mari kita lakukan perubahan sekarang dan kembalikan hubungan erat antara manusia dengan alam.

Gambar Futsal

























Tuesday, December 29, 2009

Sudah Tukar Ka

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berjanji akan tukar (change) dasar-dasar Amerika Syarikat.

2. Tetapi jauh daripada menukar Obama sudah tambah tentera Amerika di Iraq dan Afghanistan. Kem tahanan Guantanamo pun masih diteruskan.

3. Tetapi kita sudah tukar. Dahulu kita pertahan negara-negara yang ditindas Amerika Syarikat. Sekarang kita sokong Amerika Syarikat menindas Iran.

4. Kononnya kerana Iran hendak membuat senjata nuklear. Kononnya dunia akan diancam oleh Iran dengan perang nuklear. Setakat kita tahu yang mengancam ialah Amerika Syarikat dan Israel. Dan Iran menjadi sasaran mereka.

5. Amerika Syarikat mempunyai 10,000 nuclear warhead. Israel mempunyai beratus senjata nuklear.

6. Yang sudah guna senjata nuklear ialah Amerika Syarikat dan Israel bukan sahaja di Hiroshima tetapi di perang Teluk dan di Gaza. Mereka guna "depleted uranium" daripada bahan nuklear. Kita relakan. Secara rasmi kita tidak protes.

7. India punyai senjata nuklear. Begitu juga Pakistan.

8. Kenapa Iran tidak boleh? Gilakah Iran hendak lancar perang nuklear dengan dua biji bom nuklear? Amerika Syarikat, Rusia dan Israel sudah tentu akan balas serangan Iran dengan 25,000 bom dan roket nuklear yang dimiliki mereka. Iran akan hancur dan hilang daripada muka bumi ini.

9. Jika India, Pakistan, China, Peranchis, Britain, Amerika Syarikat dan Israel boleh memiliki senjata nuklear kenapa Iran tidak boleh?

10. Sekatan sanction sudahpun dikenakan keatas Iran. Kita tidak membantah. Tetapi kita tidak pernah sokong sanction.

11. Tetapi sekarang duta kita dipanggil balik untuk disoal kenapa tidak sokong Amerika.

12. Dasar-dasar lama memang patut dihapuskan. Tetapi inikah dasar baru kita?

isu MIG-29

Saya dengar pesawat pejuang MiG-29 Tentera Udara Di-Raja Malaysia sudah tidak dapat digunakan lagi. Jika saya tidak silap umur pesawat ini kurang daripada 20 tahun.

2. Banyak negara-negara lain, termasuk India, menggunakan pesawat ini. Apakah mereka juga tidak dapat guna MiG-29 mereka lebih daripada 20 tahun? Apakah mereka sudah kondem pesawat MiG mereka seawal ini?

3. Walaupun pesawat tentera Rusia lebih murah daripada buatan Amerika, tetapi wang yang banyak terpaksa dibelanja juga. Kalau di-kondem ratusan juta Ringgit akan hilang.

4. Jika kita beli ganti lagi ratusan juta diperlukan. Dalam keadaan ekonomi negara sekarang, mampukah kita belanja ratusan juta untuk pesawat ganti?

5. Penjualan dan pembelian pesawat oleh Kerajaan mampu memberi keuntungan besar (berjuta-juta) kepada orang tengah. Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan kondem MiG-29 untuk beli yang baru?

6. Saya percaya ada cara untuk baikpulih pesawat pejuang dan pesawat lain. Tak bolehkah kita baikpulih MiG-29 ini? Kalau kita tak boleh, orang Rusia mungkin boleh. Mungkin India juga boleh.

7. Jika pesawat pejuang yang berharga ratusan juta hanya tahan 20 tahun, lebih baik kita tidak ada pesawat pejuang.

8. Pesawat Amerika kononnya tahan lebih lama. Tetapi kita perlu ingat apabila duit untuk beli MiG-29 diguna untuk beli pesawat F/A-18, akhirnya kita tahu syarat ketat yang dikenakan oleh Amerika Ayarikat.

9. Mereka tidak beri "source code" yang mana ini menghadkan kegunaan F/A-18 untuk pameran sahaja.

10. Saya harap keputusan untuk kondem MiG-29 dibatal dan kita baikpulih pesawat ini.

Diambil dari blog Dr Mahadhir.

Acara Penutup

Khai AF

Karnival Selangor Ria 2009

Monday, December 28, 2009

CHAQ MENTOR



Sunday, December 27, 2009

PoCo-PoC0

PoCo-PoC0

Di adakan pada Jumaat 25 dec 2009 di perkarangan stadium melawati shah alam selangor. Enjoy. Pemenang tempat utama adalah kumpulan KL extreame.









Nafsu

Nafsu kalau tidak dididik ke arah kejahatan pun, dia tetap akan buat kejahatan. Betapalah kalau dididik ke arah kejahatan dan melalui sistem yang jahat. Malang bagi suatu bangsa yang nafsunya memang jahat, dididik, diasuh dan dibaja pula ke arah kejahatan. Akan lahirlah orang pandai yang jahat, orang bodoh yang jahat, pemimpin yang jahat dan pendidik yang jahat. Sebab itu nafsu perlu dikenali tahap-tahapnya. Nafsu wataknya memang jahat.

Sesiapa yang bermujahadah terhadap nafsu, ditingkatkannya daripada jahat kepada baik, maka Tuhan akan memberi petunjuk kepada jalan yang baik. Itu janji Tuhan. Sebab itu nafsu kena dididik. Nafsu adalah musuh utama manusia. Kedua baru syaitan. Nafsu musuh dalaman. Syaitan hanya musuh luaran. Tetapi pelik, manusia tidak pandang seperti itu. Sebab itu orang yang besarkan Tuhan akan memandang nafsu itu besar dan wajib diperangi. Nafsu itulah yang sangat menyusahkan. Sebab itu dalam ajaran Islam kita mesti bermujahadah dalam melawan nafsu. Di dalam ajaran Islam, nafsu ada tujuh peringkat:

1. Nafsu Ammarah
Nafsu yang paling jahat dan paling zalim. Jika berbuat kejahatan, dia berbangga dengan kejahatannya. Kalau terpaksa susah kerana kejahatannya, dia sanggup. Jika ada orang mengingatkannya tentang kejahatannya, dia akan menjawab, "Saya anak jantan." Bayangkanlah, kalau orang macam ini jadi pemimpin dan berkuasa.

2. Nafsu Lawwamah
Nafsu yang mencerca dirinya sendiri. Sentiasa kesal dengan diri sendiri. Tidak hendak berbuat jahat tetapi tidak mampu melawan nafsu. Bila melakukan kejahatan, sedih tapi buat lagi. Contohnya, ketika lalu di kebun orang, ternampak limau, rambutan dan sebagainya, walaupun sudah berazam tidak akan mencuri, tetapi ambil dan mencuri lagi. Orang nafsu di peringkat ini sudah mula sedar tetapi tidak larat hendak melawan hawa nafsunya.

3. Nafsu Mulhamah
nafsu yang telah diberi ilham, sudah mula dipimpin, diberi hidayah. Tuhan ambil perhatian sebab dia sudah mula mendidik nafsunya. Apabila seseorang itu bersungguh-sungguh melawan nafsunya, atas belas kasihan Allah maka Tuhan akan pimpin. Oleh kerana baru dididik, ibarat orang berjalan hendak menyeberang dan melintas jalan yang di tengah-tengah ada benteng, dia sudah berada di atas benteng. Ertinya dia sudah di atas sempadan.

4. Nafsu Mutmainnah
Istilah mutmainnah bermaksud tenang, tidak digugat oleh kesenangan dan kesusahan, tidak digugat oleh sihat atau sakit, orang hina atau orang puji. Semuanya sama sahaja. Pujian orang tidak menyebabkan hati terasa sedap dan tidak berbunga. Orang keji, tidak terasa sakit. Tidak ada perasaan hendak marah atau berdendam. Sebab hatinya sudah tenang, perkara positif atau negatif tidak menggugatnya.

5. Nafsu Radhiah

Orang yang berada di peringkat nafsu radhiah ini, dia meredhai apa sahaja yang Allah takdirkan kepadanya. Ia terhibur dengan ujian. Ia merasakan ujian adalah hadiah dari Tuhan. Bila orang menghinanya, dia berterima kasih kepada Tuhan dan dia rasa bahagia. Sebab itu mereka yang berada di peringkat ini, bila kena pukul, mereka rasa puas. Bila ditampar, seolah-olah minta ditampar lagi.

6. Nafsu Mardhiah

Orang yang berada di peringkat nafsu ini ialah apa saja yang mereka lakukan mendapat keredhaan Tuhan. Mereka inilah yang disebut dalam Hadis Qudsi:

"Mereka melihat dengan pandangan Tuhan, mendengar dengan pendengaran Tuhan, berkata-kata dengan kata-kata Tuhan."

Kata-kata mereka masin, sebab itu mereka cukup menjaga tutur kata. Kalaulah mereka mengatakan celaka, maka celakalah. Kerana kata-kata mereka, kata-kata yang diredhai Tuhan. Mereka memandang besar apa saja yang Tuhan lakukan.

7. Nafsu Kamilah

Orang yang sempurna atau hampir sempurna keimanannya. Bagi nafsu kamilah, manusia biasa tidak boleh sampai ke tahap macam ini. Kamilah hanya darjat untuk para rasul dan para nabi. Manusia biasa hanya setakat peringkat keenam sahaja iaitu mardhiah. Ini sudah taraf wali besar.

Hari ini nafsu sudah tidak diperangi dan tidak dianggap musuh yang wajib diperangi. Sebab itu, tanyalah sesiapa sekalipun, tidak ada seorang pun yang memasukkan pendidikan nafsu dalam sukatan pelajaran. Ayat Al Quran dan Hadis yang dibaca dan dipelajari di sekolah pun tidak ada ayat-ayat yang berkaitan dengan nafsu dan kejahatannya.

Usaha memerangi nafsu tidak diaplikasikan dalam tindakan. Bila sebut musuh, yang mula-mula nampak ialah Yahudi dan Amerika sahaja. Sedangkan Yahudi dan Amerika itu hanya mainan nafsu sahaja. jadi, sebagai seorang manusia fikir-fikir dan renungkanlah dimanakah tahap nafsu kita sekarang. usaha mendidik nafsu ini perlu diteruskan supaya kita sebagai manusia ini akan terus menjadi manusia yang sebenarnya.

Saturday, December 26, 2009

PoCo-PoC0



Iklan Setan lagi

Friday, December 25, 2009

KISAH NABI ADAM A.S.

Setelah Allah s.w.t.menciptakan bumi dengan gunung-gunungnya,laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya,menciptakan langit dengan mataharinya,bulan dan bintang-bintangnya yang bergemerlapan menciptakan malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk halus yangdiciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para rasul dan nabinya maka tibalah kehendak Allah s.w.t. untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi memeliharanya menikmati tumbuh-tumbuhannya,mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.

Kekhuatiran Para Malaikat.

Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah s.w.t. akan kehendak-Nya menciptakan makhluk lain itu,mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu,disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau karena pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disadari.Berkata mereka kepada Allah s.w.t.:"Wahai Tuhan kami!Buat apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami,padahal kami selalu bertasbih,bertahmid,melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-hentinya,sedang makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu,nescaya akan bertengkar satu dengan lain,akan saling bunuh-membunuh berebutan menguasai kekayaan alam yang terlihat diatasnya dan terpendam di dalamnya,sehingga akan terjadilah kerusakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu."

Allah berfirman,menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:
"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku.Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepada nya,bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah,karena Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya."
Kemudian diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t.dari segumpal tanah liat,kering dan lumpur hitam yang berbentuk.Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna

Iblis Membangkang.

Iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah seperti para malaikat yang lain,yang segera bersujud di hadapan Adam sebagai penghormatan bagi makhluk Allah yang akan diberi amanat menguasai bumi dengan segala apa yang hidup dan tumbuh di atasnya serta yang terpendam di dalamnya.Iblis merasa dirinya lebih mulia,lebih utama dan lebih agung dari Adam,karena ia diciptakan dari unsur api,sedang Adam dari tanah dan lumpur.Kebanggaannya dengan asal usulnya menjadikan ia sombong dan merasa rendah untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain,walaupun diperintah oleh Allah.

Tuhan bertanya kepada Iblis:"Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?"
Iblis menjawab:"Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia.Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur."
Karena kesombongan,kecongkakan dan pembangkangannya melakukan sujud yang diperintahkan, maka Allah menghukum Iblis dengan mengusir dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan malaikat dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pada dirinya hingga hari kiamat.Di samping itu ia dinyatakan sebagai penghuni neraka.

Iblis dengan sombongnya menerima dengan baik hukuman Tuhan itu dan ia hanya mohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup kekal hingga hari kebangkitan kembali di hari kiamat. Allah meluluskan permohonannya dan ditangguhkanlah ia sampai hari kebangkitan,tidak berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu,bahkan sebaliknya ia mengancam akan menyesatkan Adam,sebagai sebab terusirnya dia dari syurga dan dikeluarkannya dari barisan malaikat,dan akan mendatangi anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan bersamanya menempuh jalan yang sesat,mengajak mereka melakukan maksiat dan hal-hal yang terlarang,menggoda mereka supaya melalaikan perintah-perintah agama dan mempengaruhi mereka agar tidak bersyukur dan beramal soleh.

Kemudian Allah berfirman kepada Iblis yang terkutuk itu:
"Pergilah engkau bersama pengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi neraka Jahanam dan bahan bakar neraka.Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hamba-Ku yang telah beriman kepada Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak akan tergoyah oleh rayuanmu walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan memfitnah."

Pengetahuan Adam Tentang Nama-Nama Benda.

Allah hendak menghilangkan anggapan rendah para malaikat terhadap Adam dan menyakinkan mereka akan kebenaran hikmat-Nya menunjuk Adam sebagai penguasa bumi,maka diajarkanlah kepada Adam nama-nama benda yang berada di alam semesta,kemudian diperagakanlah benda-benda itu di depan para malaikat seraya:"Cubalah sebutkan bagi-Ku nama benda-benda itu,jika kamu benar merasa lebih mengetahui dan lebih mengerti dari Adam."
Para malaikat tidak berdaya memenuhi tentangan Allah untuk menyebut nama-nama benda yang berada di depan mereka.Mereka mengakui ketidak-sanggupan mereka dengan berkata:
"Maha Agung Engkau! Sesungguhnya kami tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu kecuali apa yang Tuhan ajakan kepada kami.Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana."

Adam lalu diperintahkan oleh Allah untuk memberitahukan nama-nama itu kepada para malaikat dan setelah diberitahukan oleh Adam,berfirmanlah Allah kepada mereka:"Bukankah Aku telah katakan padamu bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan."

Adam Menghuni Syurga.

Adam diberi tempat oleh Allah di syurga dan baginya diciptakanlah Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya,menghilangkan rasa kesepiannya dan melengkapi keperluan fitrahnya untuk mengembangkan keturunan. Menurut cerita para ulamat Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang disebelah kiri diwaktu ia masih tidur sehingga ketika ia terjaga,ia melihat Hawa sudah berada di sampingnya.ia ditanya oleh malaikat:"Wahai Adam! Apa dan siapakah makhluk yang berada di sampingmu itu?"

Berkatalah Adam:"Seorang perempuan."Sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh Allah kepadanya."Siapa namanya?"tanya malaikat lagi."Hawa",jawab Adam."Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini?",tanya malaikat lagi.
Adam menjawab:"Untuk mendampingiku,memberi kebahagian bagiku dan mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah."

Allah berpesan kepada Adam:"Tinggallah engkau bersama isterimu di syurga,rasakanlah kenikmatan yang berlimpah-limpah didalamnya,rasailah dan makanlah buah-buahan yang lazat yang terdapat di dalamnya sepuas hatimu dan sekehendak nasfumu.Kamu tidak akan mengalami atau merasa lapar,dahaga ataupun letih selama kamu berada di dalamnya.Akan tetapi Aku ingatkan janganlah makan buah dari pohon ini yang akan menyebabkan kamu celaka dan termasuk orang-orang yang zalim.Ketahuilah bahawa Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu,ia akan berusaha memujuk kamu dan menyeret kamu keluar dari syurga sehingga hilanglah kebahagiaan yang kamu sedang nikmat ini."

Iblis Mulai Beraksi.

Sesuai dengan ancaman yang diucapkan ketika diusir oleh allah dari Syurga akibat pembangkangannya dan terdorong pula oleh rasa iri hati dan dengki terhadap Adam yang menjadi sebab sampai ia terkutuk dan terlaknat selama-lamanya tersingkir dari singgahsana kebesarannya.Iblis mulai menunjukkan rancangan penyesatannya kepada Adam dan Hawa yang sedang hidup berdua di syurga yang tenteram, damai dan bahagia.

Ia menyatakan kepada mereka bahawa ia adalah kawan mereka dan ingin memberi nasihat dan petunjuk untuk kebaikan dan mengekalkan kebahagiaan mereka.Segala cara dan kata-kata halus digunakan oleh Iblis untuk mendapatkan kepercayaan Adam dan Hawa bahawa ia betul-betul jujur dalam nasihat dan petunjuknya kepada mereka.Ia membisikkan kepada mereka bahwa.larangan Tuhan kepada mereka memakan buah-buah yang ditunjuk itu adalah karena dengan memakan buah itu mereka akan menjelma menjadi malaikat dan akan hidup kekal.Diulang-ulangilah bujukannya dengan menunjukkan akan harumnya bau pohon yang dilarang indah bentuk buahnya dan lazat rasanya.Sehingga pada akhirnya termakanlah pujukan yang halus itu oleh Adam dan Hawa dan dilanggarlah larangan Tuhan.

Allah mencela perbuatan mereka itu dan berfirman yang bermaksud: "Tidakkah Aku mencegah kamu mendekati pohon itu dan memakan dari buahnya dan tidakkah Aku telah ingatkan kamu bahawa syaitan itu adalah musuhmu yang nyata."
Adam dan Hawa mendengar firman Allah itu sedarlah ia bahawa mereka telah terlanggar perintah Allah dan bahawa mereka telah melakukan suatu kesalahan dan dosa besar.Seraya menyesal berkatalah mereka:"Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri kami sendiri dan telah melanggar perintah-Mu karena terkena bujukan Iblis.Ampunilah dosa kami karena nescaya kami akan tergolong orang-orang yang rugi bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami."

Adam dan Hawa Diturunkan Ke Bumi.

Allah telah menerima taubat Adam dan Hawa serta mengampuni perbuatan pelanggaran yang mereka telah lakukan hal mana telah melegakan dada mereka dan menghilangkan rasa sedih akibat kelalaian peringatan Tuhan tentang Iblis sehingga terjerumus menjadi mangsa bujukan dan rayuannya yang manis namun berancun itu.

Adam dan Hawa merasa tenteram kembali setelah menerima pengampunan Allah dan selanjutnya akan menjaga jangan sampai tertipu lagi oleh Iblis dan akan berusaha agar pelanggaran yang telah dilakukan dan menimbulkan murka dan teguran Tuhan itu menjadi pengajaran bagi mereka berdua untuk lebih berhati-hati menghadapi tipu daya dan bujukan Iblis yang terlaknat itu.Harapan untuk tinggal terus di syurga yang telah pudar karena perbuatan pelanggaran perintah Allah,hidup kembali dalam hati dan fikiran Adam dan Hawa yang merasa kenikmatan dan kebahagiaan hidup mereka di syurga tidak akan terganggu oleh sesuatu dan bahawa redha Allah serta rahmatnya akan tetap melimpah di atas mereka untuk selama-lamanya.Akan tetapi Allah telah menentukan dalam takdir-Nya apa yang tidak terlintas dalam hati dan tidak terfikirkan oleh mereka. Allah s.w.t.yang telah menentukan dalam takdir-nya bahawa bumi yang penuh dengan kekayaan untuk dikelolanya,akan dikuasai kepada manusia keturunan Adam memerintahkan Adam dan Hawa turun ke bumi sebagai benih pertama dari hamba-hambanya yang bernama manusia itu.Berfirmanlah Allah kepada mereka:"Turunlah kamu ke bumi sebagian daripada kamu menjadi musuh bagi sebagian yang lain kamu dapat tinggal tetap dan hidup disan sampai waktu yang telah ditentukan."

Turunlah Adam dan Hawa ke bumi menghadapi cara hidup baru yang jauh berlainan dengan hidup di syurga yang pernah dialami dan yang tidak akan berulang kembali.Mereka harus menempuh hidup di dunia yang fana ini dengan suka dan dukanya dan akan menurunkan umat manusia yang beraneka ragam sifat dan tabiatnya berbeda-beda warna kulit dan kecerdasan otaknya.Umat manusia yang akan berkelompok-kelompok menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa di mana yang satu menjadi musuh yang lain saling bunuh-membunuh aniaya-menganianya dan tindas-menindas sehingga dari waktu ke waktu Allah mengutus nabi-nabi-Nya dan rasul-rasul-Nya memimpin hamba-hamba-Nya ke jalan yang lurus penuh damai kasih sayang di antara sesama manusia jalan yang menuju kepada redha-Nya dan kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat.

Kisah Adam dalam Al-Quran.

Al_Quran menceritakan kisah Adam dalam beberapa surah di antaranya surah Al_Baqarah ayat 30 sehingga ayat 38 dan surah Al_A'raaf ayat 11 sehingga 25

Pengajaran Yang Terdapat Dari Kisah Adam.

Bahawasanya hikmah yang terkandung dalam perintah-perintah dan larangan-larangan Allah dan dalam apa yang diciptakannya kadangkala tidak atau belum dapat dicapai oelh otak manusia bahkan oleh makhluk-Nya yang terdekat sebagaimana telah dialami oleh para malaikat tatkala diberitahu bahawa Allah akan menciptakan manusia - keturunan Adam untuk menjadi khalifah-Nya di bumi sehingga mereka seakan-akan berkeberatan dan bertanya-tanya mengapa dan untuk apa Allah menciptakan jenis makhluk lain daripada mereka yang sudah patuh rajin beribadat, bertasbih, bertahmid dan mengagungkan nama-Nya.

Bahawasanya manusia walaupun ia telah dikurniakan kecergasan berfikir dan kekuatan fizikal dan mental ia tetap mempunyai beberapa kelemahan pada dirinya seperti sifat lalai, lupa dan khilaf.Hal mana telah terjadi pada diri Nabi Adam yang walaupun ia telah menjadi manusia yang sempurna dan dikurniakan kedudukan yang istimewa di syurga ia tetap tidak terhindar dari sifat-sifat manusia yang lemah itu.Ia telah lupa dan melalaikan peringatan Allah kepadanya tentang pohon terlarang dan tentang Iblis yang menjadi musuhnya dan musuh seluruh keturunannya, sehingga terperangkap ke dalam tipu daya dan terjadilah pelanggaran pertama yang dilakukan oleh manusia terhadap larangan Allah.

Bahawasanya seseorang yang telah terlanjur melakukan maksiat dan berbuat dosa tidaklah ia sepatutnya berputus asa dari rahmat dan ampunan Tuhan asalkan ia sedar akan kesalahannya dan bertaubat tidak akan melakukannya kembali.Rahmat allah dan maghfirah-Nya dpt mencakup segala dosa yang diperbuat oleh hamba-Nya kecuali syirik bagaimana pun besar dosa itu asalkan diikuti dengan kesedaran bertaubat dan pengakuan kesalahan.

Sifat sombong dan congkak selalu membawa akibat kerugian dan kebinasaan.Lihatlah Iblis yang turun dari singgahsananya dilucutkan kedudukannya sebagai seorang malaikat dan diusir oleh Allah dari syurga dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat kepada dirinya hingga hari Kiamat karena kesombongannya dan kebanggaaannya dengan asal-usulnya sehingga ia menganggap dan memandang rendah kepada Nabi Adam dan menolak untuk sujud menghormatinya walaupun diperintahkan oleh Allah s.w.t.

Thursday, December 24, 2009

Peraturan khas pastikan Ahli Parlimen BN hadir dewan

Barisan Nasional (BN) akan menyediakan peraturan khas bagi memastikan jumlah Ahli Parlimennya di Dewan Rakyat sentiasa mencukupi bagi mengelakkan masalah ketidakcukupan wakil untuk meluluskan sesuatu usul.

Peraturan baru itu akan memastikan jumlah Ahli Parlimen BN sentiasa melebihi bilangan anggota pembangkang supaya kejadian kekurangan wakilnya ketika meluluskan Bajet 2010 baru-baru ini tidak berulang.

Menurut sumber, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN kini dalam peringkat mengenal pasti prosedur yang akan diperkenalkan itu dan kemungkinan diguna pakai pada sesi persidangan akan datang mulai Mac depan.

Katanya, Najib akan mengadakan pertemuan khas dengan semua 137 Ahli Parlimen BN dalam masa terdekat bagi membincangkannya bersama serta menerangkan peraturan baru itu.

Selain itu, peraturan itu akan menugaskan semua menteri secara bergilir-gilir berada di Dewan Rakyat pada setiap sesi persidangan bagi memastikan kehadiran Ahli Parlimen BN sentiasa mencukupi.

"Perdana Menteri membincangkan perkara ini secara serius dalam mesyuarat Kabinet hari ini (semalam) dan tidak mahu kejadian 14 Disember lalu berulang," katanya.

Dalam kejadian itu, Bajet 2010 hanya diluluskan dengan kelebihan majoriti tiga undi menerusi undi belah bahagian, iaitu 66 menyokong dan 63 menolak.

Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, terpaksa bergegas dari majlis di ibu negara untuk memastikan Bajet 2010 diluluskan dalam undian pada jam 11.15 malam itu.

Ketika itu, 74 Ahli Parlimen BN tidak hadir pada sesi bacaan kali ketiga Bajet 2010 untuk kelulusan. Kehadiran Ahli Parlimen BN hanya 48 peratus, iaitu 66 daripada 137 anggota berbanding 77 peratus pembangkang, iaitu 63 daripada 82 anggota.

Mengikut konvensyen yang diamalkan di negara lain, termasuk negara Komanwel, Parlimen akan dibubarkan dan Perdana Menteri digantikan jika bajet nasional tidak diluluskan.

Sumber itu juga berkata, peraturan ini juga akan menetapkan hukuman terhadap Ahli Parlimen BN yang gagal hadir tanpa sebab ketika persidangan.

Sementara itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika dihubungi berkata, hanya Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan 12 Senator yang dilantik saja ti-dak boleh mengambil bahagian dalam undi belah bahagian.

Katanya, semua 222 Ahli Parlimen termasuk 137 daripada BN yang turut dianggotainya dan seorang lagi Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee serta 82 wakil pembangkang dan tiga wakil Bebas boleh mengundi.

"Bagi membolehkan sesi perbahasan berlangsung, jumlah korum bagi kerajaan atau pembangkang tidak ditetapkan, tetapi jumlah Ahli Parlimen dalam Dewan mestilah sekurang-kurangnya 26 orang," katanya.

Beliau juga berkata, BN hanya memerlukan kelebihan satu ketika mengundi sesuatu usul untuk diluluskan sebagai akta.

"Majoriti satu undi saja sudah memadai untuk meluluskan usul melalui undi belah bahagian. Hanya pindaan Perlembagaan Persekutuan saja yang memerlukan sokongan dua pertiga daripada Ahli Parlimen," katanya.

Wednesday, December 23, 2009

Road Show Suria Fm








Tuesday, December 22, 2009

Selangor Ria 2009

Tapak Letak Kereta Stadium Shah Alam Selangor.