Bahan yang boleh digunakan untuk menghalang pembekuan darah (Heparin) diambil dari mucus yang terdapat di dalam usus babi.
Insulin yang digunakan di dalam industry perubatan kebanyakkannya di ambil dari pancreas babi kerana struktur kimia yang hampir sama dengan manusia.
Hemoghlobin daripada darah babi digunakan sebagai filter atau penapis kepada rokok yang bertindak sebagai paru-paru tiruan. Tujuan untuk menghalang bahan kimia berbahaya daripada memudaratkan perokok. Juga digunakan sebagai agen pewarna merah di dalam industry makanan anjing. Dalam terapi Photdynamic hemoglobin babi digunakan dalam ubat untuk merawat kerosakan retina. Ubat ini diaktifkan dalam pancaran laser pada mata.
Dalam snek makanan anjing, hidung babi yang digoreng digunakan sebagai makanan anjing.
Glirerin daripada lemak tulang babi digunakan untuk menghasilkan struktur ubat gigi yang halus
Kolegen babi digunakan dalam industry kosmetik (Cosmetic Mask) bagi mengurangkan kedutan. Gam kayu yang kuat digunakan oleh pihak industry yang berasaskan kayu untuk menghasilkan gam yang berkualiti.
Bahan buangan daripada babi digunakan sebagai bahan bakar untuk menghasilkan tenaga.
Diolah daripada kolegen babi untuk memberikan sumber protein yang murah bagi atlet bina badan.
Gelatin digunakan sebagai penstabil makanan dalam penghasilan krim keju. Geletin digunakan dalam penghasilan krim putar untuk membentuk strukturnya.
Sunday, October 30, 2011
BABI BANYAK GUNANYA
ILHAM DARI PUTERA at 5:50:00 AM
Sunday, October 23, 2011
SIAPA ITU DAJJAL
Kebanyakan orang islam di Malaysia dan Nusantara beranggapan bahawa Dajjal adalah makhluk bermata satu melintang.
Ada juga yang mengatakan bahawa makhluk ini adalah separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari kaum jin dan ayahnya dari kaum yahudi.
Dajjal sebenarnya manusia biasa. Dia bukannya jin, gergasi, dewa atau apapun.
Berdasarkan hadis riwayat Imam Ahmad, Dajjal itu lelaki pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu ragu Dajjal tuhanmu, sesungguhnya Tuhan tidak kecut matanya.
Dari situ kita ketahui bahawa Dajjal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kuasa luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan member peringatan mengenai Dajjal yang rosak matanya dan pembohong.
Dajjal ada kelebihannya iaitu hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dajjal matanya rosak dan kebolehan menghidupkan orang mati.
Pada dahinya tertulis Kaf-Fa-Ra (KAFIR). Tulisannya boleh dibaca oleh semua orang islam. Sama ada pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucau kalimah syahadah maka tulisan di dahi Dajjal boleh dibaca.
Dajjal adalah manusia yang ditanggung ajalnya oleh Allah sehingga satu masanya dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia.
Menurut hadis yang diriwayatkan Huzaifah, Dajjal adalah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka pada kedua belah tangannya.
ILHAM DARI PUTERA at 7:23:00 AM
Ciri Ciri Asas Satanism
SIGIL OF BAPHOMET.
Berbentuk pentackle. 2 bucu ke atas, satu ke bawah dan setiapa satu di sisi. Pentacle perlu diletakkan pada bentuk yang diarahkan. Jika tidak symbol Sigil Of Baphomet tidak menggambar maksudnya. Pentangle melambangkan semangat kehidupan seluruh alam yang digunakan oleh puak Pagan yang di awal penyebaran agama kristian. Di dalam pentackle terdapat image kambing yang mana tanduknya mengisi 2 bucu pentackle ke atas, telinga mengisi 2 bucu di setiap bucu di sebelah kiri dan kanan, dan mulutnya mengisi di bucu di bawah sekali. Inilah gambaran Satan yang mereka maksudkan. Kambing dan Pentackle digambarkan dalam tema yang agak kuno. Pentackle dikelilingi oleh dua bulatan yang menyentuh pentackle. Diantara nya dua bulatan terdapat karekter Hebrew LVTHN (Leviathan).
AGAMA BERHALUAN KIRI (BERTENTANGAN SEMUA AGAMA LAIN).
Agama berhaluan kiri berpaksikan kepada individu, pemikiran dasar, pemikiran, kelebihan dan apa yang agama lain tidak berikan.Berhaluan kiri berkait rapat dengan iblis, mukjizat, psychic, sihir, dan macam macam lagi.
ADALAH AGAMA SEMATA MATA.
Agama ini berkongsi pandangan pandangan material dan ciri ciri asas methodology dengan Satan yang bertujuan untuk mengisi kekosongan dalan hidup yang tidak dapat diberikan kepada penganutnya.
ILHAM DARI PUTERA at 7:13:00 AM
Thursday, October 20, 2011
lucifer
Dalam bahasa Inggeris, Lucifer adalah merujuk kepada Satan tetapi di dalam New Testament nama ini tidak dirujuk. Nama Lucifer adalah rujukan kepada malaikat yang telah dibuang taraf malaikatnya. Dalam Isaiah 14:3-20, Raja Babylonian menberi gelaran Day Star atau Morning Star (bahasa Latin) sebagai ‘fallen’ atau dibuang daripada kerajaan langit.
Pada Peter 1:19, Lucifer merujuk kepada Morning Star dan tidak lansung berhubungkait dengan Iblis. Pada New Testament yang terbaru kerap menggunakan nama Lucifer sebagai ganti nama kepada nama Iblis dan kerap kali dalam hal hal ghaib.
Mitos Lucifer sering kali dikaitkan dengan malaikat yang dibuang dari kerajaan langit dan sering kali dihubungkaitkan dengan ‘Morning Star’. Ini disumbangkan oleh Encylopedia Yahudi dalam menyumbang kepada zaman pemulaan Kristian. Lucifer pernah menjadi malaikat kanan atau malaikat yang penting.
Dalam New Testament terdapat nama nama lain selain nama Lucifer.
SATAN – (Matt 4:10, Mark 1:13, Luke 10.18).
DEVIL - (Matt 4.1, )
ADVERSARY - (Peter 5.8, Tim 5.14)
ENEMY - (Matt 13.39)
ACCUSER - (Rev 12.10)
OLD SERPENT - (Rev 20.2)
GREAT DRAGON – (Rev 12.9)
BEEL ZEBUB - (Matt 10.25, Matt 12.24)
BELIAL - (Sameal)
ILHAM DARI PUTERA at 5:20:00 AM
Monday, October 17, 2011
KESIMPULAN AGAMA SATANISM
KESIMPULAN AGAMA SATANISM
ATHEIC. Tidak ada tuhan di dalam agama ini.
Agama ini tidak menyembah tuhan. Semua individu adalah tuhan.
Potensi seorang manusia. Manusia makhluk yang senantiasa mencari jalan bagaimana untuk hidup lebih panjang. Dan gigih dalam menuntut ilmu terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Penganutnya berusaha untuk melenyapkan kekurangan di dalam diri dan cuba berusaha untuk meningkatkan kebolehan ke tahap maksimum.
Berhaluan kiri. Agama yang menentang norma norma asas agama lain.
Bertentangan dengan agama lain. Terutamanya mengenai kehidupan selepas mati. Satanism menyerap dan menolak ciri ciri asas agama agama lain dan menghasilkan agama Satanism.
Agama Satanism tidak bersembahyang, haji dan lain lain ibadat ritual yang lain.
MEDITASI adalah satu jalan dalam menemui diri sendiri.
ILHAM DARI PUTERA at 1:43:00 AM
Saturday, October 15, 2011
LaVeyan Satanism
LaVeyan Satanism dilahirkan pada 1966 oleh Anton LaVey. Tiang tiang ajarannya adalah berpandukan kepada individualistic, kepuasan sendiri, ajaran moral individu ke individu. Berasaskan kepada pengaruh ritual dan upacara mistik. Satanism boleh dikatakan agama atau pegangan hidup yang berhaluan kiri dimana betentangan dengan agama dan pegangan hidup haluan kanan.
LaVey Satanism tidak melibatkan mana mana ketuhanan tetapi menggunakan Satan sebagai symbol pegangan, nilai nilai moral dan naluri sebenar manusia.
LaVey menubuhkan organisasi sokongan bernama Church Of Satan pada 1966 dan menzahirkan kepercayaan dan amalan dalam The Satanic Bible pada tahun 1969. Kebanyakkan mereka yang memegang amalan ini adalah mereka yang menolak kristian dan penganut baru.
Rumahnya dijadikan sebagai tempat menyebarkan ideology Satanism dan digelar sebagai Black House dengan mengenakan 2 dolar sebagai yuran. Beliau akan membentuk ikatan ‘Magic Circle’ diantara sekutu ideologinya yang terdekat. Ramai berpendapat bahawa LaVey mampu membawa ideologinya selari dengan arus semasa.
LaVey menggunakan wanita tidak berpakaian sebagai sembahan dan terdapat juga perkahwinan dengan Satan. Penampilan LaVey yang berperibadi botak, berpakaian seperti jubah agama berwarna putih. Kadang kala beliau juga memakai tanduk bagi melengkapkan penampilan menyerupai Iblis. Penampilan ini menarik banyak pengikut dan peminat.
ILHAM DARI PUTERA at 6:26:00 AM
Monday, October 10, 2011
satanism
Berdasarkan La Clef de la Magic Noire dari Rosicrucian Stanislas de Guaita, symbol kepada kambing merupakan ilusi berbentuk Pentagram.
Penganut Satanism menggunakan symbol pentagram dengan 2 bucu ke atas, dikelilingi dengan 2 bulatan dan symbol kepala kambing di dalam nya. Ini dirujuk sebagai Sigil Of Baphomet. Dirujuk dengan maksud sebagai ‘Fallen Angel’. Juga dipanggil YHYH atau YAHWEH. LaVeyan Satanism adalah pengikut Satanism sebagai symbol penolakan atau identity sebuah agama baru. 3 simbol bucu menghala ke bawah menunjukkan symbol penolakan kepada kepercayaan Triniti.
ILHAM DARI PUTERA at 5:13:00 PM
Friday, October 07, 2011
Zikir 666 Dan Amalannya
Sejak usia remaja ramai anak anak muda islam di Malaysia menggemari rentak irama muzik dari barat tak mengira rendak nya lembut, keras, lambat atau laju. Di tambah lagi dengan dunia tanpa sempadan sekarang ini di mana dengan begitu senang sekali mengekses dan mendownload lagu lagu tersebut.
Fenomena baru di negara Malaysia adalah fenomena Black Metal dimana menjurus kepada sebelah kuasa negatif iaitu pemujaan syaitan. Konsep pemulaan fenomena ini mampu meresapi Malaysia kerana rata rata masyarakat Malaysia meminati dan memiliki jiwa seorang rockers.
Mereka akan pergi ke konsert konsert dan gigs untuk menikmati situasi sebenar situasi sebenar kehidupan sebagai peminat muzik Black Metal. Mereka ke sana untuk mendapat pengetahuan dan berkesempatan berbual dengan peminat peminat seluruh negara.
Untuk ke tahap yang lebih tinggi, penganut perlu mengucap zikir yang berbunyi ‘Fucking God’ sebanyak 666 kali. Ini disertakan buku panduan dan cara cara seorang junior dalam bidang ini menganutnya. Zikir ini digelar sebagai Zikir 666. Zikir ini mampu menyebabkan pengamalnya lupa tuhan yang dianutinya sebelum ini. Seolah oleh penganutnya hilang dari dunia. Fikiran juga menjadi kosong serta merta.
Diteruskan lagi dengan ritual kepala kambing. Sambil peminat sedang melayan irama di gigs mereka, Metal Head akan menlemparkan kepala kambing kepada penonton. Penonton akan mengambil dan akan meminum darah yang masih terdapat pada kepada kambing itu. Sehingga tahap ini, boleh dikatakan seseorang itu adalah fanatik terhadap amalan syaitan itu.
ILHAM DARI PUTERA at 6:04:00 PM