Sefirot adalah 10 naluri utama dan merujuk kepada tuhan yang berterusan mewakilli alam ciptaannya dalam kewujudan.Perkataan ini membawa maksud pengiraan (Counting) tetapi pada awal Kabbalah mewakilkan number number itu dengan beberapa entomologi termasuk Sefer (Buku), Sippur (story), Sappir ( kecerdikkan, batu berharga, bersinar), Separ (Perimeter), Safra (Peniru).
Perkataan Sefrah adalah kaitan yang kuat dengan Kabbalah. Sephirot digunakan untuk menerangkan pusat tumpuan jiwa manusia. Sephirot bertindak balas dengan 4 dunia alam ghaib iaitu Atziluth, Beri’ah, Yetzirah dan Assiah.
Terdapat 11 Sephirot yang di namakan. Antaranya
Keter (CROWN bermaksud keinginan melepasi nilai kewarasan). Juga membawa maksud keinginan untuk melepasi dan menjadi nombor satu.
Chochmah (kebolehan untuk berfikir dengan sempurna). Ini membawa maksud bahawa seseorang itu berfikir dan membuat keputusan dengan bijak sekali.
Binah (Kebolehan memahami potensi), Daat (kebolehan untuk memiliki dan mentafsir ilmu pengetahuan), Chesed (Kasih sayang), Gevurah (keganjilan dan kekuatan), Rachamim (juga dikenali sebagai Tiphereth) bermaksud belas kasihan. Netzach bermaksud kemenangan dan keunggulan. Hod bermaksud kegemilangan dan kemasyuran, Yesod yang bermaksud asas dan Malkuth yang bermaksud kerajaan.
10 Sefirot adalah proses ethical. Ia juga makna lain untuk moraliti. Bagaimanapun, struktur morality akan menjadi tidak sehaluan jika penganutnya menjadi fanatic. Ini seterusnya menyebabkan kurangnya keadilan dan akhirnya melibatkan pembunuhan ramai orang yang tidak bemasalah.
Kabbalah mengaku bahawa identiti dalaman manusia terdiri daripada nefesh, ru’ach dan neshamah. Nefesh dijumpai di dalam manusia memasukki badan pada lahir. Ia merupakan naluri utama fizikal dan psychological manusia. 2 lagi identity tidak lagi wujud semasa kelahiran tetapi boleh berkembang dengan waktu dan perkembangannya bergantung kepada tingkah laku dan kepercayaan masing masing. Tidak semua individu dapat menghidupkannya secara semulajadi tetapi memerlukan unsure unsure dorongan dari luar.
Cara terbaik untuk menerangkan bahagian bahagian ini adalah seperti Nefesh bahagian terbawah iaitu bahagian seperti binatang. Ia berkait rapat dengan naluri dan kehendak semulajadi manusia.
Ruach bahagian di tengah yang dikenali sebagai roh (Spirit). Ia mewakilli moral dan kebolehan untuk menyingkirkan antara baik dan jahat.
Neshamah bahagian atas yang dianggap agung. Ia menjarakkan manusia dan membezakan manusia dan apa apa unsure kejadian yang lain. Ia boleh dikatakan sebagai akal yang membolehkan manusia hidup bahagia dan mencapai kejayaan di dunia satu lagi. Ia berkembang semasa kelahiran dan terus berkembang. Ia juga dapat memberi kesedaran tentang kewujudan dan adanya tuhan.
Friday, July 29, 2011
sefirot dan 10 naluri utama
ILHAM DARI PUTERA at 5:34:00 PM
Friday, July 22, 2011
moneyboy
Pelacur mempunyai takrifan mereka sendiri. Walaupun pada dasarnya mereka hendak menjual diri mereka sendiri untuk memperolehi ganjaran. Mereka bukannya golongan yang bersadai di tepi tepi jalan atau lorong lorong gelap untuk memberi khidmat seks.
Penyakit ini melanda golongan muda lelaki di Malaysia khususnya di Kuala Lumpur. Tidak ada tafsiran tepat mengenai golongan ini.
Moneyboy merupakan pelacur remaja lelaki yang menawarkan khidmat seks kepada lelaki kaya untuk mendapatkan wang dan habuan lain. Tidak seperti pelacur biasa yang didalangi sindiket. Mereka selalunya bergerak sendirian. Matlamat mereka adalah satu mencari sebanyak mungkin wang daripada pelanggan kaya yang memiliki nafsu songsang.
Pada pandangan kasar moneyboy adalah semacam dengan golongan remaja lelaki yang lain. Mereka tidak menunjukkan ciri ciri lembut atau sukakan lelaki seperti mak nyah. Kebanyakkan mereka mempunyai bentuk badan yang sasa dan rupa paras yang menarik tetapi sayangnya nafsu menyongsang arus.
Kebanyakkan moneyboy melakukan aktiviti ini hanyalah kerana wang dari pelanggan. Mereka selalunya akan melakukan aktiviti ini pada waktu malam.
Bagi yang bersetuju akan mengikat kontrak pula dengan pelanggan akan dibela oleh pelanggan mereka dengan gelaran uncle atau sugar daddy. Segala kehendak mereka akan dikehendaki. Biasanya mereka akan hidup mewah dan tinggal di kediaman mewah.
Jika pelajar kos pembelajaran akan ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan dan jika kelapangan mereka akan dibawa bercuti oleh pasangan ke luar negara selain ditaburi hadiah sampingan.
ILHAM DARI PUTERA at 7:51:00 PM
Sunday, July 10, 2011
Yahweh (YHWH)
Yahweh adalah empat konsonan yang dibaca sebagai YHWH. Merupakan nama tuhan tersendiri dalam kitab Bible berbahasa Hebrew. Yahweh adalah versi moden dimana ditambah dengan dengan huruf a dan e. Ejaan asal adalah YHWH yang diambil dari 4 konsonan yang dirujuk dari huruf Roman. Maksud sebenar dalam bahasa inggeris adalah “He Bring Into Existance Whatever Exists”.
The Bible mengatakan Yahweh adalah tuhan sebenar yang esa yang membawa keluar Israel ke Mesir dan menyampai seruan melalui Ten Commandments. Yahweh berkata, “I am Yahweh, tuhan kamu yang membawa kamu keluar dari Mesir dari menjadi hamba, tidak ada tuhan lain selain aku yang boleh mencabar aku. Bagi kaum yahudi mereka menganggap bahawa Yahweh sebagai tuhan yang cemburu ke atas tuhan dan patung sembahan agama lain.
Bagi masyarakat awal kaum yahudi, mereka tidak menggunakan nama Yahweh sebagai nama tuhan tetapi menggunakan nama Elohim sebagai ganti nama tuhan untuk menunjukkan keagungan tuhan yahudi kepada semua jenis masyarakat di dunia. Sedikit demi sedikit nama Elohim di tukar dengan nama Adonai (My Lord) atau haShem (The Name). Pada kurun ke 6 – 10, barulah nama YHWH berubah menjadi Jehovah (YeHoWah) dan digunakan secara meluas oleh sarjana Kristian semasa Renainsance.
Pada kurun ke 19, Sarjana Hebrew Wilhelm Gesenius (1786-1842) mencadangkan Yahweh sebagai nama yang sesuai berdasarkan kajian kepada transkrip asal Greek, nama berdasarkan Theophoric, dan laporan berdasarkan tradisi Samaritan. Hasilnya pada kurun ke 19-20, Sarjana bible mula menggunakan Yahweh dan digunakan secara meluas dalam kesarjanaan bible.
ILHAM DARI PUTERA at 11:14:00 AM
Thursday, July 07, 2011
Sigil Of Baphomet
Baphomet adalah symbol mewakili gabungan semulajadi antara tenaga positive dan negatif. Ia adalah selari dengan Ying Yang dalam ajaran Tao. Asalnya Baphomet adalah hasil gabungan 2 perkataan Greek iaitu baphe dan metis yang bermaksud menyerap ilmu pengetahuan.
Ia menjadi symbol utama bagi Church of Satan. Simbol ini juga digunakan kepada banyak organisasi di dunia yang berlandaskan kepada Satanism dan berhaluan kiri.
Perkataan Hebrew terletak pada pentagram dan diterjemahkan kepada Leviathan (LVIThN), sejenis binatang laut dalam mitos Yahudi. Sigil of Baphomet banyak berkait rapat dengan kepercayaan Judeo-Cristian.
Haiwan kambing melambangkan perhubungan. Mesir purba pula melambangkan nya sebagai symbol nafsu. Nafsu adalah factor biologi yang membuatkan manusia bercambah. Lambang bintang lima sudut datang dari Pythagoreans dimana rajahnya membawa maksud yang besar di antara satu sama lain. Ini adalah symbol matematik yang membawa maksud kesempurnaan, kesempurnaan benda hidup khususnya.
ILHAM DARI PUTERA at 8:54:00 PM