Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
Mengikut keterangan dari kitab”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:
“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya”.
Sabda baginda lagi;
“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda keluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Mala ikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapamembaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Friday, July 31, 2009
Ayat Qursi
ILHAM DARI PUTERA at 11:21:00 AM
Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.
Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?
Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008', iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1.5 billion.
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?.
*Rujukan dari http://layan4u.blogspot.com.
ILHAM DARI PUTERA at 8:43:00 AM
Games yang menghina
Antara game yang Menghina islam. Lihat
1. Devil May Cry 3 (untuk platform ps2) Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yg menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata... dan yang membukakan pintu tersebut adalah character c.g.i. yg telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yg sememangnya islam melarang amalan itu ayat character c.g.i. itu ada membaca ayat... klau tak silap lebih kurang begini permulaannya. .. " wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan" dan character itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. .. kalau tak silap kitab bible.. . pasal di akhir scene character tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible... "wrath, sloth, lust, gluttony.."
2. Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia.. Kita kena lawan Tembak dgn askar2 yang BERAGAMA islam... Kalau kita sedar.. Masa kita tembak tuh.. Kita dengar Askar yg kna tembak jerit.. ALLAHUAKBAR. . JIHADD..
3. Prince Of Persia Pedang pada watak tuh.. Ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al- Ahzab:71).
ILHAM DARI PUTERA at 8:27:00 AM
Wednesday, July 29, 2009
Regim Zionis Israel
Regim Zionis israel adalah negara yang banyak melanggar Resolusi2 Majlis Keselamatan Bangsa2 Bersatu iaitu lebih daripada 80 resolusi sejak penubuhan Pertubuhan Bangsa2 Bersatu(PBB) sejak tahun 1945.
Regim walaupun negara yang kecil dari Negeri New Jersey di Amerika Syarikat tetapi telah menerima hampir 1/3 daripada Baget Tahunan Bantuan Luar Amerika Syarikat.
Israel mempunyai simpanan nuclear senjata nuclear dan tidak membenarkan sebarang pemeriksaan terhadap fasilitinya. Mereka tidak menandatangani 'Nuclear Non-Proliferation Treaty' dimana perjanjian sesebuah negara tidak akan membina senjata nuklear.
Mereka memberi kebenaran kepada sesiapa sahaja yang beragama yahudi berpindah ke bumi Palestine yang dijajah, tetapi bangsa Palestine yang mempunyai tanah dan rumah tidak di benarkan pulang.
Regim memperuntukkan 85% dari sumber airnya kepada bangsa yahudi dan baki 15% kepada bangsa Palestin di merata daerah yang lain.
Regim semasa pemerintahan Ariel Sharon telah didapati bersalah kerana pembunuhan beramai2 ke atas 2750 bngsa Palestine di khemah2 pelarian Sabra dan Shatila pada tahun 1982.
Selepas perjanjian Oslo pada 1993,namun tetap menambah penempatan haram di situ.
Regim Israel telah menyebabkan pelarian Palestine sebagai pelarian terbesar daripada total pelarian seluruh dunia.
Regim Israel anatar tahun 1967 dan awal 2002 telah merampas 79% tanah tebing barat dan Genting Gaza. Pada tahun 1999, Amnesty Internatinal telah menggangarkan pampasan tanah adalah seperti berikut;
tahun 1984 42%
tahun 1991 60%
tahun 1998 74%
Pada 27 Disember 2008 hingga 18 Januari 2009 sekali lagi mereka mengulngi jenayah dengan menyerang Gaza menggunakan senjata termasuk Bom Fosforus yang menyebabkan lebih 1300 rakyat Palestine terkorban dan lebih dari 5000 lagi tercedera.
ILHAM DARI PUTERA at 10:49:00 PM
Bersatu Di Belakang Palestine
Saudara2 sekalian, Kita di Malaysia hidup di sini dengan bergitu mewah sekali tetapi saudara kita di Palestine hidup dengan kehudapan yang amat pedih sekali dengan desakan dan dibuli setiap hari oleh Regim Haram Israel. Kezaliman yang di alami Gaza telah berusia lebih kurang 60 tahun sejak 1948 lagi. Sekarang kira2 5 juta rakyat Palestine terpaksa meneruskan kehidupan di khemah2 pelarian baik di luar mahupun dalam negara sendiri yang dijajah.
Pada 27 Disember 2009, regim Zionist Israel dengan kejam mengebom bumi Gaza tanpa keperikemanusian yang mengorbankan 1300 dan lebih 5000 cedera.
*Dinmana kah orang islam seluruh dunia. Terus membisu dan senyap.
*Apakah sumbangan dari anda terhadap saudara kita di sana.
ILHAM DARI PUTERA at 10:24:00 PM
Monday, July 27, 2009
Pengumuman Baru
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuk membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah, dan memerangi rasuah.
Bidang-bidang lain termasuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.
"Saya ingin mengisytiharkan bahawa bagi setiap NKRA, seorang menteri akan dilantik sebagai 'lead minister' atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan," katanya ketika berucap di majlis Perdana Menteri Bersama Anggota Pentadbiran dan penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.
Menurutnya bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menterinya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran), manakala bagi mengurangkan kadar jenayah, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri), dan NKRA memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).
Bagi NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula menterinya ialah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), dan menambah baik pengangkutan awam, menterinya ialah Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan).
"Hari ini saya akan letakkan KPI kepada 6 jurusan NKRA tersebut. Untuk setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPInya dengan sasaran khusus agar dapat diukur.
"Dengan adanya KPI ini, maka segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang dipateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan," katanya.
Najib berkata kerajaan komited melakukan proses transformasi melalui pengurusan berteraskan pencapaian dengan menggunakan kaedah penetapan NKRA dan pengukuran KPI.
Beliau berkata semua ini dilakukan bagi memastikan akhirnya rakyatlah yang akan memperoleh segala faedah nanti.
Menurutnya beliau selaku Perdana Menteri akan bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap matlamat NKRA dan pencapaian KPI tersebut.
"Setiap minggu saya akan berjumpa dengan setiap 'lead minister' ini bagi menilai pencapaian KPI yang ditentukan. Maknanya dalam setiap enam minggu, saya akan dapat menyelesaikan satu pusingan penilaian pencapaian bagi enam lapangan NKRA seperti yang direncanakan," katanya.
Sehubungan itu, Najib berkata anggota Jemaah Menteri lain yang tidak termasuk dalam NKRA pula tidak terkecuali daripada mempunyai KPI kerana mereka tetap dipertanggungjawab untuk mencapai KPI kementerian masing-masing, yang akan dinilai oleh Perdana Menteri sendiri setiap enam bulan.
Beliau mengakui pengenalan NKRA dan KPI bukan satu perkara yang baru, namun menurutnya "keluasan dan keperincian inisiatif" yang ditekankan pentadbiran sekarang adalah sesuatu yang "belum pernah ditampilkan sebelum ini" dan menjadi tanda aras yang terkini.
"Selain itu sesuai dengan pengumuman saya ketika berucap merasmikan majlis perjumpaan bersama perkhidmatan awam mengenai 'cross-fertilisation', suka saya umumkan bahawa 20 nama kakitangan kerajaan dan 20 kakitangan GLC sudah dikenal pasti untuk ditempatkan dalam program ini yang dijadualkan bermula 1 Sept ini," katanya.
Najib berkata sebagai ketua kerajaan beliau insaf bahawa yang akan menilai kepimpinan beliau akhirnya adalah rakyat sendiri.
"Saya sedar bahawa apa yang digariskan hari ini adalah sesuatu yang monumental. Ia melibatkan komitmen mendalam dan tuntutan yang tinggi kepada anggota pentadbiran dan penjawat awam secara kolektif.
"Yang nyata, amanah yang diberikan oleh tuan-tuan dan puan-puan di atas jemala pentadbiran ini bukanlah perkara yang mudah, sebaliknya saya bertanggungjawab untuk membuat perkara yang betul walaupun ia sukar.
"Jelas sekali kita tidak punyai pilihan, sama ada bergerak maju ke hadapan dengan penuh yakin, atau mengambil risiko untuk ditinggalkan dalam perlumbaan global yang sengit," kata Perdana Menteri.
Sumber : Bernama
ILHAM DARI PUTERA at 11:03:00 PM
Sunday, July 26, 2009
Kangar perlukan banyak Lagi Parking
Memandu kenderaan di bandar Kangar sememangnya menyenangkan ekoran kurangnya kesesakan lalu lintas berbanding di sekitar Lembah Klang.
Dengan pusat komersial setempat dan terletak tidak jauh antara satu sama lain seperti bank, restoran makanan segera, klinik, kedai runcit, pasar raya dan lain-lain, ia begitu memudahkan orang ramai untuk menjalankan urusan yang dirancang.
Namun di sebalik kesenangan itu, terselit kesulitan lain yang biasa dialami di bandar-bandar besar iaitu kawasan tempat meletak kenderaan yang amat terhad.
Tinjauan wartawan Ronda-Ronda di sekitar pusat bandar ini mendapati, pemandu perlu memusing sekurang-kurang tiga kali untuk mencari petak letak kereta.
Antara kawasan bermasalah yang menjadi tumpuan orang ramai ialah di Jalan Seruling berdekatan bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, hentian bas ekspres dan Jalan Penjara di Dewan Kapitol.
Apa yang menyulitkan, didapati petak letak kenderaan yang disediakan tidak mencukupi untuk menampung jumlah kenderaan yang semakin banyak.
ILHAM DARI PUTERA at 2:20:00 PM
Islam di Asean
SATU demi satu buku-buku mengenai Islam menjadi bahan karya para penulis Barat. Antaranya ialah mengenai kedukaan warga Islam sebagai golongan majoriti dan minoriti dalam ke-10 buah negara ASEAN.
Buku diedit oleh Virginia Hooker, Sarjana Jurusan Pengajian Indonesia dan Melayu di Australian National University. Turut disiarkan ialah gambar dari penjara Manila yang menunjukkan seorang pesalah Islam sedang menyampaikan azan dari menara yang pada bahagian atas memperlihatkan tanda bulan dan bintang. Lalu diperturunkan jumlah penduduk ASEAN dan bilangan peratus yang beragama Islam
Jelas bahawa Indonesia mempunyai penduduk Islam yang paling ramai sekali dalam dunia, iaitu kira-kira 13 peratus dari 1.3 bilion umat Islam di seluruh dunia. Paling ramai ialah di Pulau Jawa, Sumatera dan Sulawesi.
Di Filipina paling ramai Islam ialah di Pulau Mindanao dan Kepulauan Sulu hingga menghampiri Sabah. Di Sabah pula "ratusan ribu lagi warga Islam Filipina (Moro) bermastautin sejak perang saudara pada awal 1970-an, ramai secara tetap."
Di Thailand dilaporkan seterusnya, warga Islam berupa golongan minoriti negara yang lebih 90 peratus penduduknya beragama Buddha. Warga Islam berselerak tetapi "paling ramai ialah di Wilayah Narathiwat, Pattani, Yala, Satun dan Songkhla.
Di Brunei terdapat ideologi rasmi Melayu Islam Beraja. Mereka yang bukan Islam dibenarkan mengamalkan agama masing-masing, tetapi tidak dibenarkan mengembangkan agama mereka di kalangan orang Islam. Brunei turut mengharamkan Darul Arqam sebagaimana telah dilakukan di Malaysia.
Mengenai Myanmar disebut betapa agama Islam mula merebak melalui kelasi-kelasi kapal beragama Islam pada abad ke-8 dan berikutan itu kedatangan pedagang-pedagang Arab, Parsi dan India Islam. Orang Islam warga China pula tiba pada abad ke-13. Turut berhijrah ke Burma (nama lama) ialah kaum diakui secara rasmi oleh Republik Sosialis Vietnam dan Kemboja."
Banci tahun 2000 menunjukkan bahawa jumlah penduduk Islam di Malaysia meningkat hingga 60.4 peratus dari 58.6 peratus pada tahun 1991. "Kesemuanya orang Melayu dan sebilangan kecil orang India beragama Islam."
Bilangan orang Islam di Sabah meningkat dari 40 peratus pada tahun 1970 hingga 51 peratus dalam masa 10 tahun. Di Sarawak pula bilangan masih 30 peratus.
Juga disebut betapa jumlah warga Islam di Semenanjung (lebih 80 peratus) bertumpu di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Lantas dicatat pada peringkat awal bahawa "Islam kian lebih penting dalam kehidupan seharian Islam Malaysia dan politik negara.
Mengenai Filipina disebut betapa usaha-usaha oleh warga Islam dan bukan Islam untuk mencapai perpaduan berkali-kali gagal kerana kedudukan jauh dan kepelbagaian budaya.
Faedah
Warga Islam di Singapura adalah "minoriti Islam paling besar dan kiraan peratus." Mereka telah mendapat faedah daripada perkembangan ekonomi Singapura yang merdeka sejak 1965. Kira-kira 85 peratus orang Islam di Singapura (313,780) adalah orang Melayu dan 15 peratus lagi dari 45,927 orang India, 2,687 orang China dan 6,891 keturunan Arab.
Di Thailand warga Islam berselerak dan kebanyakan bermastautin di bahagian selatan.
"Orang Melayu Islam terpisah dari lain-lain warga Thai bukan sahaja melalui agama tetapi juga melalui budaya."
Warga Islam di lima wilayah selatan Thai kira-kira 1,769,818. Di Bangkok pula terdapat 274,100 warga Islam.
Buku yang diedit oleh Virginia Hooker dan rakannya Greg Fealy berjudul Voices of Islam in Southeast Asia (2006) menyebut betapa pada bulan September 2001 Perdana Menteri Malaysia ketika itu menyatakan bahawa Islam wajar dianggap sebagai agama rasmi. "Kenyataannya itu serta-merta mencetuskan kontroversi."
Wajar dicatat bahawa pada tahun 2004. Virginia Hooker bersama seorang lain mengedit sebuah buku berjudul Islamic Perspectives on the New Millenium. Antara kandungan ialah makalah oleh Mohamed Aris Uthman dari Universiti Islam Antarabangsa.
Antara lain Aris menulis mengenai Islam menjadi agama majoriti dalam 42 negara dunia dengan 700 juta pengikut dan 400 juta lagi di negara-negara lain. Beliau lalu menyebut perlunya masyarakat Islam disusun semula kerana beberapa faktor yang menyebabkannya tidak teratur.
Pertama ialah akibat penjajahan dan penindasan ke atas kaum pribumi. Kedua ialah proses menyokong pihak Barat melalui pelbagai kepentingan sebilangan pemimpin dan ini membawa kepada perpecahan dalam dunia Islam. Ketiga ialah kegagalan kepimpinan sekular dunia untuk berkhidmat bagi ummah.
Menurutnya lagi, dewasa ini terdapat dua juta umat Islam di Amerika dan dua juta lagi di negeri Jerman. Di negeri Perancis pula, kira-kira 2.5 juta dan di Britain lebih satu juta. Masjid-masjid telah dibina dari Los Angeles hingga ke Moscow, Rome dan Zegreb.
Pada tahun 1994. warga Islam Sepanyol mendirikan Universiti Islam Antarabangsa. Dan lima abad selepas kejatuhan Islam di Sepanyol, azan kembali kedengaran lima kali sehari dari masjid lama di Cordoba.
Jelas bahawa antara yang diterbitkan ialah buku-buku rujukan bagi pelbagai pihak. Voices of Islam, umpamanya memberi penjelasan mengenai lebih 200 juta orang Islam di Tenggara Asia.
"Kesemua yang Islam membaca al-Quran dan ramai mempelajari bahasa Arab untuk lebih memahami perintah Tuhan. Hanya sebilangan kecil orang Kristian mengkaji kitab New Testament bahasa Greek atau Latin supaya lebih memahami kandungan kita Injil. Kebanyakan membaca kitab Injil melalui terjemahan-terjemahan dalam bahasa mereka sendiri.
Turut dihuraikan ialah pelbagai cabaran yang dihadapi oleh orang Islam dan bukan Islam pada peringkat awal abad ke-21 kini. Menyusul kelak ialah lain-lain buku mengenai Islam.
**Sumber Mazlan Nordin ,Penulis ialah Tokoh Wartawan Negara 2001.
ILHAM DARI PUTERA at 12:54:00 PM
Tribute To Marwa Ali El-Sherbini
ADALAH malang bagi umat Islam pasti sahaja akan keluar pelbagai telahan negatif tentang mereka ini terutama dari penduduk di Barat dan semua ini berlaku hanya disebabkan pengaruh gejala Islamofobia yang diuar-uarkan oleh Barat. Mereka ini telah dicap kebanyakan penduduk Barat sebagai ekstremis atau jumud semata-mata kerana tidak mengikut rentak mereka dalam berpakaian.
Maka tidak menghairankan kenapa orang di Barat sering saja membuat persepsi negatif yang adakalanya di luar batasan kemanusiaan.
Oleh itu peristiwa yang berlaku terhadap Marwa Ali El-Sherbini, seorang wanita yang berasal dari Mesir dan kemudian berhijrah ke Jerman merupakan satu peristiwa yang menyayat hati namun pada masa yang sama membuktikan isi hati sebenar penduduk Barat terhadap orang Islam walaupun tidak semua hanya kerana terlalu dipengaruhi Islamofobia.
Siapa sebenarnya Marwa Ali El-Sherbini yang tiba-tiba menjadi ikon orang Islam yang tertindas di Barat. Beliau hanyalah orang biasa yang cuba menyara hidup dengan menumpang di sebuah negara asing untuk kemajuan diri dan keluarga.
Marwa yang dilahirkan pada 1977 di Mesir telah berpindah ke Jerman pada 2005. Pada 2008 beliau dan keluarga berpindah ke Dresden setelah suaminya Elwi Ali-Okaz mendapat kerja sebagai pengkaji di Institut Max Planck dan Marwa pada masa yang sama bekerja di Hospital Universiti Dresden. Namun pengakhiran hidupnya yang sangat menyayat hati telah membuka banyak mata tentang bahaya gejala Islamofobia di kalangan masyarakat Barat.
Peristiwa pembunuhan yang dilakukan terhadapnya di dalam mahkamah ketika memberi keterangan terhadap seorang lelaki yang bertindak memaki hamun dirinya kerana beliau adalah seorang beragama Islam dan bertudung merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima akal setiap manusia yang siuman.
Segalanya bermula pada bulan Ogos 2008 apabila lelaki berkenaan Alex W. seorang warga Jerman tetapi dilahirkan di Perm Russia menjerit ke arah Marwa di sebuah padang permainan kanak-kanak di Dresden kerana bertelagah berebut menggunakan buaian untuk anak buahnya dengan anak lelaki Marwa.
Wanita berusia 32 tahun itu telah digelar sebagai pengganas Islam dan pelacur hanya kerana beliau memakai tudung. Kejadian tersebut berlaku untuk beberapa ketika walaupun terdapat antara pengunjung taman permainan cuba menghalang lelaki berkenaan. Dia hanya berhenti setelah polis datang tidak berapa lama kemudian.
Alex kemudiannya telah dituduh melakukan fitnah terhadap Marwa dan didapati bersalah oleh mahkamah serta didenda sebanyak 780 Euro. Semasa perbicaraan berlangsung Alex merayu hukuman dikurangkan kerana mendakwa manusia seperti Marwa bukanlah seorang manusia sebenar oleh itu dia tidak boleh dihina.
Akibat dari dakwaan secara terbuka ini, peguam bela telah merayu bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap Alex. Oleh itu pendengaran rayuan kes ini diadakan di sebuah mahkamah di Dresden pada 1 Julai lalu.
Ketika kejadian tersebut lapan orang berada dalam mahkamah termasuklah tiga hakim, seorang pendakwaraya, Alex dan peguamnya serta Marwa, suaminya Elwi Ali Okaz dan anak lelakinya yang berusia tiga tahun. Malangnya tiada sebarang pegawai keselamatan berada di situ dan tidak ada sebarang rutin pemeriksaan untuk memastikan tiada sebarang senjata merbahaya di bawa masuk ke dalam mahkamah.
Sebaik sahaja Marwa selesai memberikan keterangannya, Alex, bertindak meluru ke arah beliau sebelum menikamnya sebanyak 18 kali sambil menjerit "anda tidak layak untuk hidup". Suami beliau, Elwi yang cuba mempertahankan Marwa turut ditikam.
Melihat kejadian ini, mereka di dalam mahkamah bertindak memanggil seorang anggota polis yang sedang memberi keterangan di mahkamah berhampiran namun malangnya suami Marwa ditembak di kaki kerana anggota polis itu menyangka Elwi sebagai penyerang.
Elwi cedera parah akibat peristiwa ini dan berada dalam koma selama dua hari namun malangnya Marwa yang cedera parah mati ditempat kejadian. Lebih menyayatkan hati kematian Marwa ini turut membunuh anak yang dikandungnya berusia tiga bulan.
Alex telah ditangkap di tempat kejadian dan kini sedang ditahan reman untuk siasatan atas tuduhan membunuh Marwa dan cubaan bunuh terhadap Elwi. Namun lelaki kejam ini dilaporkan masih belum memberi sebarang pengakuan kepada pihak penyiasat dan perbicaraan dijangka akan berlangsung selewat-lewatnya pada hujung 2009 atau awal tahun 2010.
Peristiwa ini pada awalnya tidak mendapat perhatian sewajarnya dari pihak media di Jerman dan ia hanya dilaporkan di halaman belakang akhbar-akhbar di sana.
Hanya setelah tunjuk perasaan panas yang dicetuskan oleh ribuan rakyat Mesir yang menetap di Jerman kerana menentang Islamofobia barulah kerajaan Jerman yang sebelum ini hanya mendiamkan diri menyatakan kesedihan dan kekesalan tentang pembunuhan Marwa.
Sesungguhnya peristiwa pembunuhan Marwa ini berpunca dari peningkatan kebimbangan Islamofobia yang semakin ketara terutama di negara Barat. Malah media-media utama di Mesir menyatakan kematian Marwa ini sebagai "mati syahid seorang pejuang berhijab".
Sememangnya gejala Islamofobia ini telah diwujudkan bagi meningkatkan semangat kebencian terhadap orang Islam dari mereka yang bukan beragama Islam. Cubaan menggambarkan orang Islam sebagai pengganas yang bertanggung jawab terhadap pelbagai kejadian dan kemusnahan di seluruh dunia merupakan satu tuduhan yang sangat dangkal dan berniat jahat.
Oleh itu usaha untuk membersihkan tuduhan yang dilemparkan terhadap umat Islam ini perlu dilakukan segera. Namun ini tidaklah bermaksud darah perlu dibayar dengan darah kerana ia akan hanya memburukkan lagi keadaan.
Jika tidak adalah tidak menghairankan peristiwa pembunuhan seperti Marwa ini akan berulang malah mungkin lebih teruk lagi pada masa depan.
*Sumber dari Utusan Malaysia.
ILHAM DARI PUTERA at 12:38:00 PM
Thursday, July 23, 2009
Downloading And Torents
Merupakan Trends zaman sekarang mendownload dan torents. Movie, tv show, mp3, games, books and comic semuanya availible to be torrent. Ramai yang mengistilahkan golongan yang mendawnload sebagai lanun. Lanun yang dimaksukan adalah dari 2 golongan iaitu Lanun(orang yang mendownload untuk diri sendiri) dan Lanun cetak rompak (Lanun yang mengeksploitasi bahan download untuk mencari keuntungan).Ramai yang mengatakan bahawa golongan yang mendownload menyebabkan industri menjadi lembab, kemerosotan yang semakin kurang,dan kerugian yang semakin meruncingkan. Mereka juga mengatakan bahawa akan banyak syarikat yang akan gulung tikar kerana pulangan yang tidak setimpal yang mereka dapat.
Namun, kalau sumber itu dari negara2 seperti Usa atau yang sewaktu dengannya. Teruskanlah mendownload. Ini kerana mereka tak sedikit pun terjejas dengan aktiviti ini. Industri mereka tersangat besar sampai kita mendownload bagaikan gigitan semut aja. Lagipon kebanyakkan mereka adalah produk2 yahudi.
Faktwa mencuri dari internet untuk kegunaan diri sendiri tak per. Kalau mengeksplotasinya seperti lanun cetak rompak yang mencetak dan menjualnya. Hukumnya tersangat haram.
Janganlah kita mendownload produk2 darinegara kita Malaysia kerana merugikan negara kita sendiri.
Namun torent ni tak boleh digunakan selalu kerana menyusahkan orang lain. Torent ini kuat menyedut . Sampai internet tak boleh nak bukak.
ILHAM DARI PUTERA at 9:51:00 PM
Wednesday, July 22, 2009
Tuesday, July 21, 2009
Hari Kedua Jelajah Cergas 3rd Edition
Pada edisi petang, acara yang paling happening adalah Shuffle. Memang ada yang kategory yang hot giler. Cuaca pon hot terlampau jugak. Sampai berpeluh badan.
Ada Banyak Group yang masuk acara ini yang mengakibatkan ia menjadi acara 'Panas hari ini'.
ILHAM DARI PUTERA at 12:51:00 AM
Monday, July 20, 2009
Hari Kedua Jelajah Cergas
Hari ke dua.19 Julai 2009. Banyak aktiviti/games yang Happening. Antara nya Mendaki dinding, Pertunjukkan seni mempertahankan diri, Poco-poco, Shuffle dance, Gusti lengan dan permainan tradisional.
ILHAM DARI PUTERA at 10:17:00 PM
filem aksi Emad Akel
Tayangan perdana filem di sini menampilkan selebriti tempatan yang bergaya di hadapan jurugambar, namun itu sahajalah persamaan yang boleh dirumuskan antara industri filem yang baru bermula di Gaza dengan Hollywood.
Filem pertama kerajaan Hamas itu yang memaparkan penghormatan ke atas pejuang paling tangkas Hamas hanya melibatkan kos pembikinan sebanyak AS$200,000 (RM715,298) dan ditayangkan kepada penonton lelaki dan wanita secara berasingan .
''Ia adalah Hamaswood menggantikan Hollywood," kata Menteri Dalam Negeri Hamas, Fathi Hamad selepas tayangan perdana filem itu pada petang Jumaat lalu di Universiti Islam Gaza City.
"Kami cuba untuk menghasilkan seni yang berkualiti yang menepati ciri Islam dan mengenai penentangan, tanpa adegan provokatif (seksual) dalam filem tersebut," ujarnya.
Fathi yang turut berperanan sebagai penerbit filem itu, manakala skrip filem ditulis oleh Mahmoud Zahar, iaitu antara orang kuat di Gaza yang disifatkan antara arkitek kepada rampasan kuasa berdarah Hamas di Gaza, dua tahun lalu.
Di sebalik reputasi bengisnya, Mahmoud, merupakan seorang doktor mempunyai bakat seni artistik, menghasilkan dua novel dan dua skrip filem yang memberi kelebihannya kepadanya.
Filem ini mengisahkan Emad Akel, iaitu seorang komander sayap tentera Hamas, yang terbunuh dalam satu pertempuran dengan Israel di Gaza pada 1993.
Akel berusia 23 tahun ketika itu, dikenali sebagai 'hantu'. Dia banyak melakukan penyamaran termasuk memakai pakaian seperti seorang peneroka Yahudi sambil memakai ketayap.
Pada awal 1990-an, namanya adalah teratas dalam senarai orang yang paling dikehendaki Israel kerana disyaki membunuh 11 askar Israel, seorang penduduk Yahudi dan empat orang pengkhianat dalam satu siri serangan.
Filem aksi tersebut yang panjangnya selama dua jam itu diberi judul Emad Akel.
ILHAM DARI PUTERA at 9:58:00 AM
Tak akan berhenti
Netanyahu ketepi 'arahan' AS babit timur Baitulmaqdis.
Amerika Syarikat mengarahkan Israel berhenti mendirikan satu projek perumahan di timur bandar ini tetapi segera ditolak Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu.
Keengganan Israel itu adalah pertikaian terbaru dua negara bersekutu rapat itu berhubung soal penempatan Yahudi, kata seorang pegawai kanan Israel, semalam.
Duta Israel di Washington, Micheal Oren diarahkan ke Jabatan Negara hujung minggu lalu berhubung projek itu yang mensasarkan mendirikan unit perumahan di kejiranan Sheikh Jarrah, kata pegawai yang enggan dikenali, mengesahkan laporan media terdahulu.
"Kami tidak boleh terima idea bahawa orang Yahudi tidak berhak tinggal atau membina rumah di mana-mana tempat di timur Baitulmaqdis.
"Baitulmaqdis yang bersatu adalah ibu kota Yahudi dan ibu negara Israel. Kedaulatan kami tidak boleh dipersoalkan," kata Netanyahu sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
Projek perumahan berkenaan dikenali penduduk Palestin sebagai Karm Al-Mufti, kawasan yang pernah dimiliki Mufti Besar Baitul-maqdis, Amin al-Husseini sebelum dibeli oleh jutawan Amerika, Irving Moskowitz pada 1985.
Projek Sheikh Jarrah terletak dekat bangunan kerajaan Israel dan konsulat Amerika serta Britain. Kebenaran membina bangunan sudah diberi beberapa bulan lalu, lapor akhbar Maariv.
Tiada ulasan terkini Amerika berhubung laporan mengenai pembinaan unit rumah di tapak hotel Shepherd di kejiranan itu.
Kerja pembinaan itu dibiayai Moskowitz, yang sebelum ini memberi sumbangan kepada kumpulan ultra nasionalis Yahudi.
Masyarakat antarabangsa menganggap penempatan Yahudi di kediaman majoriti Arab di timur Baitulmaqdis sebagai halangan utama dalam proses damai Asia Barat yang terus lumpuh.
#Satu lagi bukti Israel tak mau usaha damai diteruskan dan ingin terus mencabul nya.
ILHAM DARI PUTERA at 9:48:00 AM
Saturday, July 18, 2009
Jelajah Cergas
Berlansung di Extreame Park Seks 13 Shah Alam Selangor Sempena Karnival sukan 'Jelajah Cergas'. Antara sukan yang ada, Wall Climbing,Futsal lelaki, Futsal GolGincu (perserta perempuan)dan memanah. Berlansung dari jam 0900-1700. Yang paling lama aktiviti adalah Futsal.
Hari pertama karnival sukan( hari ini)18 Julai 2009. Tambah meriah dengan Hari Keluarga Syarikat IBM.
ILHAM DARI PUTERA at 7:20:00 PM