Tindakan seorang wartawan Iraq melempar kasut kepada bekas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush pada penghujung tahun lalu, menjadi bahan gurauan di seluruh dunia dan dijadikan satira dalam internet, akhbar dan majalah serta perbualan ramai khususnya di negara Islam.
Kini sebuah 'Tugu Kasut'yang diperbuat daripada gentian kaca dan tembaga pula didirikan khas bagi memperingati peristiwa berkenaan.
Kasut gergasi itu yang dipamerkan di Tikrit, kampung halaman bekas pemimpin Iraq, Saddam Hussein, semalam, dihasilkan oleh seorang pereka, Laith al-Amari, yang menyifatkannya sebagai tanda penghormatannya kepada rakyat Iraq.
Ia juga mengandungi sajak yang dicipta khas untuk wartawan yang kini menjadi ikon rakyat Iraq, Muntadhar al-Zeidi. Dia didakwa di mahkamah atas tuduhan menyerang pemimpin negara asing, tapi perbicaraannya ditangguhkan selepas peguamnya merayu agar tuduhan itu dikurangkan.
Friday, January 30, 2009
TUGU KASUT DI IRAQ
ILHAM DARI PUTERA at 10:12:00 AM