Presiden Barack Obama memberitahu dunia Islam bahawa Amerika Syarikat (AS) bukan musuh mereka dan memperbaharui ikrar untuk mengunjungi sebuah ibu kota negara Islam untuk menyampaikan mesej itu.
Obama berkata beliau pernah tinggal di Indonesia selama beberapa tahun ketika kecil dan lawatan beliau ke negara Islam meyakinkannya bahawa semua orang, tidak kira fahaman masing-masing, memiliki harapan dan impian yang sama.
"Saya mempunyai ahli keluarga yang beragama Islam. Saya pernah hidup di negara Islam."
"Tugas saya kepada dunia Islam ialah untuk meyakinkan mereka Amerika Syarikat bukanlah mus Ketika kempen pilihan raya 2008 Obama berikrar untuk meningkatkan hubungan Amerika Syarikat dengan dunia Islam dan berkata bahawa beliau akan ke satu forum Islam utama di luar negara untuk menghantar mesej.
"Kita akan merealisasikan komitmen agar saya berucap kepada dunia Islam dari satu ibu negara Islam," kata Obama dalam satu temubual.
Obama bagaimanapun tidak memberikan masa atau tempat bagi lawatannya itu ke sebuah ibu kota Islam.
Sementara itu, wakil khas AS ke Asia Barat, George Mitchell memulakan misinya dengan kunjungan ke Kaherah semalam selepas mendapat arahan daripada Obama supaya berusaha keras untuk mencapai perkembangan dalam rundingan damai di antara negara Arab dan Israel.
Obama memberitahu Al-Arabiya, beliau tidak mahu berpura-pura bahawa kemajuan di Asia Barat boleh dicapai dengan pantas. uh...kami kadang kala silap, kami bukannya
sempurna," kata Obama dalam satu temubual dengan rangkaian televisyen satelit, Al-Arabiya.
"Tetapi jika anda melihat kepada sejarah... Amerika bukanlah kuasa kolonial dan tidak ada sebab kita tidak boleh kembalikan hubungan serta penghormatan di antara Amerika dengan dunia Islam seperti 20 atau 30 tahun lalu.
Wednesday, January 28, 2009
Obama ikrar dunia Islam bukan musuh Amerika
ILHAM DARI PUTERA at 9:56:00 AM