Mencari Hasil Ilmu

Tuesday, July 21, 2009

Hari Kedua Jelajah Cergas 3rd Edition

Pada edisi petang, acara yang paling happening adalah Shuffle. Memang ada yang kategory yang hot giler. Cuaca pon hot terlampau jugak. Sampai berpeluh badan.

Ada Banyak Group yang masuk acara ini yang mengakibatkan ia menjadi acara 'Panas hari ini'.




























Monday, July 20, 2009

Hari Kedua Jelajah Cergas 2nd Edition















Hari Kedua Jelajah Cergas

Hari ke dua.19 Julai 2009. Banyak aktiviti/games yang Happening. Antara nya Mendaki dinding, Pertunjukkan seni mempertahankan diri, Poco-poco, Shuffle dance, Gusti lengan dan permainan tradisional.


























filem aksi Emad Akel

Tayangan perdana filem di sini menampilkan selebriti tempatan yang bergaya di hadapan jurugambar, namun itu sahajalah persamaan yang boleh dirumuskan antara industri filem yang baru bermula di Gaza dengan Hollywood.

Filem pertama kerajaan Hamas itu yang memaparkan penghormatan ke atas pejuang paling tangkas Hamas hanya melibatkan kos pembikinan sebanyak AS$200,000 (RM715,298) dan ditayangkan kepada penonton lelaki dan wanita secara berasingan .

''Ia adalah Hamaswood menggantikan Hollywood," kata Menteri Dalam Negeri Hamas, Fathi Hamad selepas tayangan perdana filem itu pada petang Jumaat lalu di Universiti Islam Gaza City.

"Kami cuba untuk menghasilkan seni yang berkualiti yang menepati ciri Islam dan mengenai penentangan, tanpa adegan provokatif (seksual) dalam filem tersebut," ujarnya.

Fathi yang turut berperanan sebagai penerbit filem itu, manakala skrip filem ditulis oleh Mahmoud Zahar, iaitu antara orang kuat di Gaza yang disifatkan antara arkitek kepada rampasan kuasa berdarah Hamas di Gaza, dua tahun lalu.

Di sebalik reputasi bengisnya, Mahmoud, merupakan seorang doktor mempunyai bakat seni artistik, menghasilkan dua novel dan dua skrip filem yang memberi kelebihannya kepadanya.

Filem ini mengisahkan Emad Akel, iaitu seorang komander sayap tentera Hamas, yang terbunuh dalam satu pertempuran dengan Israel di Gaza pada 1993.

Akel berusia 23 tahun ketika itu, dikenali sebagai 'hantu'. Dia banyak melakukan penyamaran termasuk memakai pakaian seperti seorang peneroka Yahudi sambil memakai ketayap.

Pada awal 1990-an, namanya adalah teratas dalam senarai orang yang paling dikehendaki Israel kerana disyaki membunuh 11 askar Israel, seorang penduduk Yahudi dan empat orang pengkhianat dalam satu siri serangan.

Filem aksi tersebut yang panjangnya selama dua jam itu diberi judul Emad Akel.

Tak akan berhenti

Netanyahu ketepi 'arahan' AS babit timur Baitulmaqdis.

Amerika Syarikat mengarahkan Israel berhenti mendirikan satu projek perumahan di timur bandar ini tetapi segera ditolak Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu.

Keengganan Israel itu adalah pertikaian terbaru dua negara bersekutu rapat itu berhubung soal penempatan Yahudi, kata seorang pegawai kanan Israel, semalam.

Duta Israel di Washington, Micheal Oren diarahkan ke Jabatan Negara hujung minggu lalu berhubung projek itu yang mensasarkan mendirikan unit perumahan di kejiranan Sheikh Jarrah, kata pegawai yang enggan dikenali, mengesahkan laporan media terdahulu.

"Kami tidak boleh terima idea bahawa orang Yahudi tidak berhak tinggal atau membina rumah di mana-mana tempat di timur Baitulmaqdis.

"Baitulmaqdis yang bersatu adalah ibu kota Yahudi dan ibu negara Israel. Kedaulatan kami tidak boleh dipersoalkan," kata Netanyahu sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Projek perumahan berkenaan dikenali penduduk Palestin sebagai Karm Al-Mufti, kawasan yang pernah dimiliki Mufti Besar Baitul-maqdis, Amin al-Husseini sebelum dibeli oleh jutawan Amerika, Irving Moskowitz pada 1985.

Projek Sheikh Jarrah terletak dekat bangunan kerajaan Israel dan konsulat Amerika serta Britain. Kebenaran membina bangunan sudah diberi beberapa bulan lalu, lapor akhbar Maariv.

Tiada ulasan terkini Amerika berhubung laporan mengenai pembinaan unit rumah di tapak hotel Shepherd di kejiranan itu.

Kerja pembinaan itu dibiayai Moskowitz, yang sebelum ini memberi sumbangan kepada kumpulan ultra nasionalis Yahudi.

Masyarakat antarabangsa menganggap penempatan Yahudi di kediaman majoriti Arab di timur Baitulmaqdis sebagai halangan utama dalam proses damai Asia Barat yang terus lumpuh.

#Satu lagi bukti Israel tak mau usaha damai diteruskan dan ingin terus mencabul nya.

Saturday, July 18, 2009

Jelajah Cergas

Berlansung di Extreame Park Seks 13 Shah Alam Selangor Sempena Karnival sukan 'Jelajah Cergas'. Antara sukan yang ada, Wall Climbing,Futsal lelaki, Futsal GolGincu (perserta perempuan)dan memanah. Berlansung dari jam 0900-1700. Yang paling lama aktiviti adalah Futsal.

Hari pertama karnival sukan( hari ini)18 Julai 2009. Tambah meriah dengan Hari Keluarga Syarikat IBM.








































Friday, July 17, 2009

Hadiah Lagi

Setelah pengumuman 11 hadiah kepada rakyat pada 11 haribulan yang lalu, Kerajaan telah mengumumkan hadiah baru iaitu kenaikan baru tambang pengangkutan awam di Malaysia. Kebanyakkan nya melibatkan kenaikkan bukannya penurunan. Diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tambang teksi naik dari RM2/KM kepada RM3/km mulai 1 Ogos 2009.

Begitu juga, pengurangnya jarak dari 150 meter/10 sen kepada 115 meter/10 sen.

Bagi perubahan tempoh menuggu (Caj tambahan)adalah dari 45saat/10 sen kepada 21 saat/10 sen.

Caj penggunaan teksi pada waktu malam (12 tengah malam sehingga 6 pagi) dikekalkan (tambahan 50%). (Jumlah perkhidmatan teksi + 50% caj waktu malam). 50% ditambah selepas penumpang turun bukannya semasa memasuki kenderaan.

Tambang bas sekolah berhawa dingin dibenarkan naik sebanyak 30% bermula 1 Ogos 2009.

Tambang bas ekspress dinaikkan 2 sen per km.

Bas henti-henti di Kl dinaikkan dari 25 sen ke 70 sen mengikut zon-zon tertentu

Assalamualaikum

Pengertian yang ingin dikongsi bersama pembaca2 sekalian.

Nabi Muhammad memberi salam kepada sahabat nya "Asalamualaikum" atau As Salam dan sahabat menjawab " Waalaikum Mussalam Warah Matullahiwabarakatuh".

Berdasarkan di atas,

Memberi salam----- Assalamualaikum
Menjawab salam----Waalaikum Mussalam Warah Matullahiwabarakatuh

Hukumnya haram(berdosa) jika senario di bawah di amalkan

"Kirim salam maut kepada Amer".
Tidak lansung menjawab salam.
Mengucap As-Salam dan memasuki rumah orang dan selepas itu mencuri/merompak.

Ramai diantara kita (golongan masa kini) suka menggunakan kata2 singkatan semasa menggunakan telipon(mesej), chatting dan E-mail. Ini kerana kebanyakkan perkataaan adalah terlalu panjang. Ditambah lagi dengan kesibukkan.

Rakyat islam Malaysia banyak menggunakan singkatan"AKUM" bagi Assalamualaikum.

AKUM sebenar nya bermaksud "Avde Kokharim U Mazzalot" yang mana merupakan perkataan yahudi yang bermaksud "Hamba-hamba Binatang Dan Orang2 Sesat". Maksud dalam bahasa yahudi itu sangat menyimpang dari maksud Assalamualaikum yang bermakna "Peace Be Upon You".

Dinasihatkan Orang islam Malaysia menggunakan shorform "As-Salam" daripada AKUM.

Sejarahnya, Pada zaman dahulu Orang2 Pagan menyembelih binatang2 untuk tuhan mereka(bintang). Orang yahudi mengelar binatang itu sebagai AKUM sehingga melekat terhadap gelaran untuk orang2 bukan yahudi kerana dianggap seperti binatang.

Thursday, July 16, 2009

Dr Marwa el-Sherbini

Petikan diambil dari laman ustaz Zaharuddin.

Sibuk benar pihak media satu dunia meraih keuntungan di atas kematian Micheal Jackson (MJ). Manakan tidak, majlis peringatan MJ di Los Angeles baru-baru sahaja telah menarik minat dan tontonan oleh lebih 2 billion manusia. Rancangan tersebut turut mendapat perhatian jutaan umat Islam yang masih lagi mencari-cari tanda keislaman MJ di majlis tersebut, namun rasanya mereka hampa, tiada sebarang ciri Islam di majlis tersebut walau satu peratus.

Berita kematian MJ berterusan mendapat liputan media, amat meluas dan masih mempunyai magnet untuk menarik pembaca dan peminatnya di serata dunia. Media seperti biasa, berlumba-lumba mencari keuntungan dari kematian dan kehidupan seseorang. Kini, wujud berita baru hasil pendedahan kakaknya yang menyatakan MJ dibunuh melalui satu konspirasi individu di sekelilingnya.

Pada masa yang sama, saya lebih amat tersentak lagi marah dengan pembunuhan Dr Marwa el-Sherbini. Si pembunuh manusia celaka bernama Alex W, penganggur dan penyokong parti pro Nazi German, dia yang berasal dari Russia sebelum itu didapati bersalah mengucapkan kata-kata kurang sopan serta maki hamun kepada Dr Marwa di khalayak ramai pada bulan November yang lalu. Si celaka menjerit melolong kepada Marwa, melaungkan kata "terrorist" dan "Islamist whore" sewaktu berada di Dresden park. Ketika itu, Marwa meminta izin untuk meletakkan anaknya di buaian di taman berkenaan, tetapi si celaka tersebut tidak membenarkan, lalu pertengkaran terjadi.

Si celaka itu diheret oleh Marwa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman Euro 780. Namun si celaka ini membuat rayuan yang menyebabkan ia bertemu wajah sekali lagi dengan Marwa di mahkamah. Dengan pisau di tangannya si celaka ini menyerbu Marwa yang sedang mengandung tiga bulan lalu menikamnya sebanyak 18 kali di dalam mahkamah di hadapan hakim!.Peristiwa ini berlaku pada 1 Julai 2009 yang lalu.

Satu susana yang tidak masuk dek akal, bagaimana boleh si celaka ini membawa pisau di dalam sebuah mahkamah? Dan bagaimana ia boleh menikam sebanyak 18 kali tanpa gangguan segera dari pengawal dan orang sekelilingnya. Suami Marwa tangkas menerpa untuk membantu namun rupanya mereka terlupa sedang berada di ‘medan perang'. Suaminya ditembak oleh pihak polis semasa ingin membantu isterinya, sedangkan si celaka pembunuh dibiar hidup. Polis menggunakan alas an murahan apabila berkata ‘tersilap sangka', mereka sangkakan suaminya adalah pembunuh. Syeikh al-Azhar Syeikh Muhammad Tantawy mendesak pihak Germany untuk mengenakan tindakan berat kepada si pembunuh. Namun sejauh manakah seriusnya mahkamah akan bertindak terhadap si pembunuh, tidak dapat dipastikan?

Adalah wajar jika dapat pelajar Islam di Germany bergabung tenaga dengan umat Islam di tempat masing-masing menghantar memorandum mendesak tindakan keras ke atas si pembunuh.!

Malangnya, berita ini langusng tidak dihebahkan dan disneypakan dari media barat khususnya. BBC senyap sunyi, sedangkan berita mahkamah Dubai yang menjatuhakn hukuman kepada dua warga British yang mengadakan hubungan seks terbuka di pantai Dubai, dihebohkan, mahkamah dubai dikritik seolah melakukan satu tindakan jahat.

Namun, kisah wanita Islam yang mengandung di tikam di dalam sebuah mahkamah di hadapan hakim di sebuah Negara yang membangun kononnya tidak langsung diambil endah. Teringat saya kepada pengalaman bertamu di beberapa daerah di Germany, tidak disangka begitu hodoh wajah sebenar negara tersebut, lebih khusus sebenarnya kepada bangsa Rusia, yang mana warga Rusia sememangnya terkenal sebagai amat bersifat perkauman lagi berjiwa ganas dengan selainnya. Kepada para pelajar Malaysia di Germany dan Russia, jagalah diri anda sebaik-baiknya.

Beliau dikebumikan di Iskandariah, Mesir. Turut hadir pada hari itu adalah ahli rasmi kerajaan, menteri Tenaga Buruh Aisha Abdel Hadi dan Menteri Telikomunikasi Tariq Kamel.

Makanan Halal

From bible;

Dari daging mereka(Swine, janganlah kalian makan dan dari bangkai mereka, janganlah kalian sentuh, mereka itu kotor bagimu.

Levitus Chapter 11 Verse 8

Berdasarkan ayat di atas terdapat Bukti bahawa terdapat pengharaman memakan makanan haram di dalam agama Kristian.

Dari segi analisis darah, darah merupakan sesuatu yang amat kotor dan sangat beracun. Darah mengandungi pelbagai jenis bahan yang terkumpul di situ.

Bagi manusia yang normal akan menyingkirkan satu jenis bahan yang di panggil sebagai Uric Acid. 98% akan di singkirkan melalui air kencing manakala 2% tinggal dalam badan manusia.

Mematikan haiwan secara Vital seperti memukul kepala, mematahkan tengkok, mematikan organ vital memberi kesan buruk terhadap tissue haiwan tersebut . Ini kerana Jantung, hati dan otak dirosakkan. kegagalan organ2 ini berfungsi menyebab kan darahnya mengumpal di seluruh system darah. kegumpalan ini akan meresap ke dalam daging haiwan dan mencemarkan daging dengan limpahan Uric Acid yang belum disingkirkan. Akhirnya individu yang memakan haiwan ini sebenarnya memakan daging yang tercemar dengan Limpahan Uric Acid.

Di dalam islam, Haiwan akan di sembelih dengan cara sembelihan pada urat tengkok(ada dua) dan salur penafasannya. Semasa terputus urat dan salur penafasan, peredaran darah dalam badan haiwan tersebut meningkat bagi mengangkut oksigen dan karbon dioksida yang diperlukan. Ini menyebabkan banyak darah yang akan memancut keluar dari salur yang disembelih itu. Semasa proses itu belaku, organ vital seperti jantung,hati dan otak masih berfunsi dengan baik sehingga saat akhir kekurangan oxsigen. Ini bermakna kita memakan sesuatu yang sihat bukannya yang telah rosak.Darah dalam keadaan mengalir bukannya menggumpal. Tiada penyerapan Uric acid berlaku dalam daging tersebut.

Pengharaman daging babi adalah sangat jelas dalam islam kerana haiwan itu sangat kotor.

Darah merupakan sumber yang penggalak pertumbuhan dan memberi nutrien kepada semua jenis microorganism. Bacteria, Fungus, parasite dan lain2 organisma.

Sistem pertahanan manusia terdiri daripada tiga jenis pertahanan iaitu pertahanan pertama (pertahanan luar seperti di kulit (sebum), pertahanan kedua persekitaran acid dan alkali di luar dan dalam badan manusia manakala ketiga sistem darah

Semua jenis microorganisma yang kuat akan mempunyai target iaitu ke sistem darah.Bertujuan untuk menguasai sistem badan manusia. Kalau dapat kuasai sistem darah bererti kuasai sistem badan manusia. Kemudian simptom2 akan muncul dan mulai berasa sakit.

Di hospital Kerajaan Malaysia bahagian makmal mikrology di sudut analisa jenis organisma, terdapat 4 jenis medium kultur dan salah satunya adalah Blood agar media. Media tersebut menggunakan darah kambing. Blood agar merupakan satu media wajib sebagai media rujukkan. Blood agar adalah media penggalak yang membenarkan semua bacteria,funggus dan lain2 organisma tumbuh di atasnya. Ini membuktikan bahawa darah mengandungi banyak bakteria.

Tuesday, July 14, 2009

Cadangan pembentukan pemerintahan berdaulat ditolak keras kerajaan Israel

Kesatuan Eropah (EU) menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf pembentukan sebuah negara Palestin yang berdaulat selepas tempoh tertentu meskipun pemimpin Israel dan Palestin belum mencapai persetujuan.

Cadangan itu dibuat oleh ketua dasar luar EU, Javier Solana, dalam satu syarahan di London, Sabtu lalu, saranan yang ditolak sekeras-kerasnya oleh Israel.

"Selepas satu tempoh yang ditetapkan berlalu, satu resolusi Majlis Keselamatan PBB wajar mengisytiharkan kelulusan kepada pembentukan dua negara sebagai jalan keluar," kata Solana.

Resolusi itu juga patut meliputi persoalan garis sempadan, pelarian, pihak yang mengawal bandar Baitulmaqdis dan isu keselamatan.

"Ia (resolusi itu) akan menerima sebuah negara Palestin sebagai anggota penuh PBB dan menetapkan kalendar pelaksanaan. Ia juga memberi mandat menyelesaikan pertikaian wilayah dan mengesahkan tiada lagi pihak boleh membuat tuntutan selepas itu," kata Solana.

Sambil meminta perunding antarabangsa menetapkan jadual untuk perjanjian damai, beliau juga menyokong garis sempadan berasaskan kepada sebelum perang 1967 di antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan apabila rejim Zionis menawan Tebing Barat.

"Jika pihak berkenaan tidak dapat menerima (jadual itu), satu penyelesaian yang disokong masyarakat antarabangsa wajar dibentangkan," katanya lagi.

EU adalah sebahagian daripada Kuartet Asia Barat bersama Amerika Syarikat, Russia dan PBB. Di Baitulmaqdis, ketika menjawab balas, Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman, menolak gesaan Solana itu.

"Perjanjian damai hanya boleh dicapai menerusi rundingan secara langsung dan tidak boleh dipaksa. Sebarang pendekatan yang meminta tempoh akhir ditetapkan menjejaskan peluang mencapai persetujuan dua hala," katanya kepada radio.

Israel menghadapi tekanan yang semakin meningkat dari sekutu terdekatnya, Washington supaya mengambil langkah menggerakkan semula proses damai.

Washington menyarankan Tel Aviv memberhentikan semua kegiatan membina penempatan tetapi pentadbiran Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, enggan melakukannya.