Mencari Hasil Ilmu

Saturday, August 27, 2011

Konsep kepentingan Dan Keselamatan Negara

Konsep kepentingan negara merupakan sesuatu istilah yang digunakan pelbagai negara bagi menerangkan kepada umum tentang tumpuan negara terutamanya selepas berlakunya Perang Dunia Ke 2. Konsep kepentingan negara banyak digunakan untuk membentuk kerangka dasar sesebuah negara. Perkembangan ekonomi sesebuah negara menyebabkan formula kepentingan negara telah diguna pakai terutamanya dalam membentuk dasar luar negara. Sesebuah kerajaan akan merujuk kepada eliment kepentingan negara sebelum membuat apa apa keputusan untuk mencapai apa apa matlamat yang digariskan.

Rosenau menganggap kepentingan negara sebagai alat untuk menganalisis dan instrument politik berdasarkan sumber sumber yang sedia ada dalam pembentukan dasar sesebuah negara. Wolfer (1960) berpendapat dasar luar adalah ditentukan oleh kepentingan negara. Ini menunjukkan dasar yang dibentuk itu berdasarkan tuntutan negara dan bukan individu atau kumpulan tertentu. Morgenthau (1960) mendifinisikan kepentingan negara sebagai kuasa. Kuasa yang dimaksudkan ialah kuasa politik dimana sesebuah kerajaan boleh menggunakan nya untuk mempengaruhi rakyat supaya dapat mencapai kepentingannya. Juga dianggap sebagai alat untuk menerangkan kepada rakyat terhadap sebarang keputusan dan tindakan yang dibuat oleh kerajaan.

Menurut Andrew S. Natsios, kepentingan negara terbahagi kepada empat elimen utama iaitu kepimpinan politik, polisi yang berkesan, pelaburan ke atas manusia dan komitmen kerajaan persekutuan. Kepimpinan politik iaitu pembangunan tidak akan berjaya melainkan jika pemimpin negara membuat pilihan bijak untuk keutamaan dan menunjukkan sokongan terhadap pembaharuan yang bermakna.

Polisi yang berkesan iaitu pembangunan tidak dapat dipertahankan jikalau polisi yang ditetapkan untuk mempertahankan pemerintahan dan perundangan negara. Pelaburan ke atas manusia iaitu memberi banyak peluang pembangunan akan dibazirkan melainkan semua rakyat dapat bekerja dengan bersatu padu. Komitmen kepada persekutuan pula mengandaikan manusia tidak dapat bersaing dalam pasaran global ketika ini dan pembangunan tidak akan bermula melainkan negara melabur dalam kesihatan dan pendidikan.

Secara umum nya, ramai ahli akademik lebih cenderung menggunakan istilah keselamatan kepada perkara perkara yang melibatkan aspek ketenteraan seperti konflik senjata, peperangan nuclear, ketidak seimbangan kuasa tentera, kuasa ketenteraan dan lain lain. Selepas penghujung Perang Dingin iaitu awal 1990, konsep keselamatan meliputi semua anacaman dan tidak tertumpu kepada ancaman ketenteraan sahaja.

Ancaman ancaman lain adalah seperti ekonomi, persekitaran, social dan budaya, politik, etnik, masalah sumber tenaga, migrasi, perdagangan, penyeludupan, jenayah siber, dan keganasan adalah ancaman baru kepada keselamatan negara. Oleh itu, konsep keselamatan boleh dibahagi kepada tradisional, bukan tradisional dan kritikal bukan tradisional.

Buzan, Waever dan Wilde (1998) telah memperkenalkan lima teori keselamatan iaitu ketenteraan, persekitaran, ekonomi, social dan politik. Mereka menyatakan makna keselamatan adalah bermaksud ancaman sedia ada terhadap objek rujukan yang dilakukan oleh aktor aktor keselamatan seperti pemimpin dan ahli politik yang akhirnya membawa kepada keadaan yang huru hara sesebuah negara. Objek rujukan merujuk kepada dua pihak iaitu aktor negara seperti kerajaan dan negeri atau bukan aktor termasuklah individu , masyarakat, dan kumpulan kumpulan tertentu. Ancaman keselamatan wujud apabila pemimpin dan ahli politik boleh meyakinkan masyarakan dengan ucapan nya bahawa suatu keadaan tidak menentu boleh berlaku dan boleh mengancam keselamatan penduduk penduduk di sesebuah negara.

Tujuan pemimpin adalah untuk mendapat perakuan dan pengesahan daripada masyarakat supaya kerajaan akan mendapat mandat dan peruntukan sumber kewangan tertentu untuk mengatasi ancaman. Menurut Callabero dan Emmers (2006) ancaman keselamatan tidak boleh diukur berdasarkan kepada kesan ucapan awam yang dibuat oleh pemimpin terhadap rakyat semata mata. Ia juga perlu disokong dengan data yang emprikal dan bukti statistik bagi menerangkan situasi ancaman keselamatan. Pendekatan kualitif dan kuantitif perlu supaya situasi ancaman keselamatan boleh dibuktikan secara realistic.

Aniol berpendapat sejak beberapa dekad yang lalu sejumlah nilai yang dianggap sebagai eliment keselamatan negara perlu dipertahan oleh ramai pihak. Banyak nilai sejagat yang perlu dilindungi dalam menjamin aspek keselamatan selain daripada eliment ketenteraan. Sebuah negara tidak hanya mempertahankan kedaulatan wilayah dan kebebasan politik tetapi mereka perlu melindungi kepentingan lain seperti kebebasan ekonomi, budaya dan kestabilan social.

Sunday, August 21, 2011

CIA di Amerika

Agensi Penyiasatan Pusat(CIA) adalah agensi penyiasatan awam bagi kerajaan Amerika Syarikat.

Agensi bebas ini bertanggungjawab untuk memberi penyiasatan keselamatan nasional kepada pakar pakar pembuat polisi polisi di Amerika. Agensi ini juga terlibat ke atas aktiviti aktiviti yang di rancang oleh Presiden Amerika Syarikat.

Pada asalnya CIA dikenali sebagai Office of Strategic Service (OSS) yang ditubuhkan pada Perang Dunia ke 2 untuk mengatur aktiviti pengintipan di antara cawanagn cawangan di dalam tentera Amerika.

Pada 1947, dibawah undang undang keselamatan negara, CIA ditubuhkan dan saban tahun fungsinya semakin berubah ubah dari tugas sebagai penguatkuasa undang undang ke tugas keselamatan negara (lebih ke arah ketenteraan).

Tugas utama CIA adalah mengumpul informasi mengenai kerajaan luar, syarikat, individu dan menasihati pembuat dasar negara. Agensi termasuk melakukan operasi dan aktiviti paramilitan dan skuad khas pengaruh dari luar.

Ibu pejabat CIA adalah di Langley, McLean, Unincorporated Fairfax Country, Virginia

Di CIA terdapat 4 panel yang terlibat. Pengarah Pengintipan dan Penyiasatan yang bertanggungjawab keatas penyelidikan pengintipan dan penyiasatan dan juga analisis. Pengarah ke dua adalah di bahagian Secret Servise. Dikenali juga dengan Pengarah Operasi. Tugas bahagian ini adalah dalam mengumpul maklumat dan serang balas. Pengarah tenaga sokongan dan Pengarah sains dan teknologi juga tidak kurang pentingnya.

Ketua Pengarah CIA akan berhubung terus dengan congress, White House dan Ketua Pengarah Intelligence Nasional. Timbalan Ketua Pengarah CIA akan merangkap exakutif dalaman (dalam hal hal dalaman CIA sahaja).

Pusat Pengajian Intelligence CIA akan berfungsi untuk mengumpulkan maklumat dan bahan bersejarah dan mempromosikan pengajian intelligence sebagai subjek asas.

The Office of Public affairs akan menasihati Pengarah CIA dalam semua jenis media, polisi umum dan komunikasi terhadap peranannya. Agensi ini juga bertanggungjawab terhadap semua penyiaran yang dilakukakan di dalam industri media (termasuk industri perfileman).

Bahagian Intelligence terbahagi kepada pelbagai jenis berdasarkan isu isu utama di dunia dengan fungsinya mengumpul maklumat analisis pengintipan. Terbahagi kepada kumpulan analisis benua, kumpulan isu isu antarabangsa dan unit sokongan.

Kumpulan analisis benua termasuklah unit kajian ke atas Iraq, unit kajian timur tengah dan analisis afrika utara (MENA), Unit Analisis Asia Selatan (OSA), Unit Pemantauan Russia dan Eropah (OREO), Unit Analisis Asia Timur, Pasifik, Amerika Selatan, dan Afrika (APLAA).
Kumpulan-kumpulan kajian isu isu antarabangsa adalah unit analisis aktiviti keganasan yang membantu National Counterterrorism Center. Unit Analisis Pencerobohan yang bertanggungjawab mengkaji semua kemungkinan bahaya yang akan mengugat keselamatan nasional dan menasihati pembuat polisi, perancang strategi tentera dan penguatkuasa undang undang dengan analisis, amaran dan bantuan krisis.

Kumpulan analisis ancaman senjata membekalkan maklumat risikan berkaitan ancaman kepada negara atau kepentingan dan juga kearah merendahkan ancaman dan kawalan senjata. Ia juga menerima output daripada bahagian teknikal.

Kumpulan Pusat Analisis CounterTourism mengenalpasti, memantau, dan menganalisis cubaan entity asing dalam mendapatkan maklumat risikan berbentuk nasional atau tidak terhadap kepentingan Amerika. Ia bekerja bersama sama pekerja pekerja dari exskutif CounterIntelligence Kebangsaan.

Kumpulan Pusat Analisis Operasi Maklumat bertnggungjawab terhadap ancaman system ancaman komputer. Unit ini membantu Pusat Risikan Antarabangsa.

Unit Unit Sokongan termasuklah Unit Analisis Dan Pengumpulan Strategik, Unit Sokongan Polisi.

Unit Analisis Dan Pengumpulan Strategik memberi pengumpulan maklumat risikan yang komprehensif. Pengarah risikan berfungsi membantu agensi dan komuniti pegawai risikan dan pembuat pembuat polisi negara.
Pada 2004, Unit Rahsia menjadi teras utama agensi CIA. Unit ini berfungsi untuk mengumpul maklumat risikan terutama sumber HUMINT dan tindakan susulan. HUMINT ditubuhkan untuk mengangani masalah dan tindakan yang dilakukan musuh negara Amerika dari segi pengaruh falsafah dan budget.

Bahagian sains dan teknologi pula bertanggungjawab dalam melakukan penyelidikan, merancang dan mengurus pengumpulan data disiplin teknikal dan peralatan. CIA terlalu berminat akan terknologi yang terbaik. Ini kerana mereka ingin menggunakan kelebihan sebaik mungkin dan untuk mengatasi masalah masalah yang akan tibul di masa depan seperti menangkis serangan pengganas, melawan musuh semasa peperangan dan menang dalam setiap peperangan yang ada.

Sunday, August 14, 2011

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI)

Biro Penyiasatan Persekutuan atau nama inggerisnya Federal Bureau Of Investigation (FBI) adalah sebuah agensi dibawah Jabatan Keadilan Amerika. Berfungsi sebagai badan penyiasat dan agensi khas. FBI telah menyiasat pelbagai jenis kesalahan yang derada di bawah tanggungjawabnya. MOTTO FBI adalah ‘Setia’, ‘Gagah berani’, ‘Intergriti’ yang berlandaskan tujuan asas penubuhan agensi tersebut.

Ibu pejabatnya terletak di Bangunan J.Edger Hoover di Washington D.C. Terdapat lebih 56 pejabatnya di Bandar Bandar besar Amerika. 400 agensi di Bandar Bandar kecil. 50 pejabat yang digelar sebagai ‘Legal attaches’ di kedutaan Amerika di seluruh dunia.

Budget fizikal pada tahun 2008, berjumlah 6.8 Billion termasuk 410 juta program bagi meningkatkan keselamatan negara dari pengganas, menghapuskan pengintipan terhadap negara, jenayah siber, teknologi maklumat, keselamatan, forensics, latihan dan program jenayah.

FBI ditubuhkan pada 1908 sebagai Biro Penyiasatan (BOI). Nama nya ditukar kepada Biro Penyiasatan Persekutuan pada (FBI) pada 1935.

Fungsi utama FBI adalah untuk melindungi dan mempertahankan Amerika dari pengganas dan ancaman pengintipan antarabangsa, meningkatkan dan menguatkuasakan undang undang di Amerika, membawa keadilan Amerika ke tahap yang terbaik.

Penyiasatan FBI tertumpu kepada melindungi Amerika dari serangan pengganas, melindungi Amerika dari operasi pengintipan antarabangsa, melindungi Amerika dari serangan siber dan jenayah berteknologi tinggi, memerangi rasuah di segenap lapisan masyarakat, melindungi hak sivil, melawan jenayah organisasi dan pertubuhan, memerangi jenayah kolar putih, memerangi jenayah kejam dan meningkatkan teknologi untuk kejayaan misi FBI.

Tuesday, August 02, 2011

KELEBIHAN LELAKI DAN WANITA

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita .... Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia
itu,anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "